Wednesday, November 30, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Selepas seharian suntuk semalam mencari idea untuk diupdate ke dalam blog ini, hari ni pun sama takde ilham jugak. Biasanya ilham ini datang dari aktiviti harian saya. Satu je yang istimewa hari ni, was I went to the university's gym for the first time. Abis kejang semua badan ni. Lumrah manusia bila tiada ilham, mulalah berangan-angan. Therefore, saya cernakan angan angan saya kat dalam blog ni. Entry kali ini mendapat bantuan padu MSN.com, kerana post ni akan menceritakan gadgets yang cool yang boleh saya letakkan dalam rumah impian saya nanti.

Long Form Library
The first one is the Long Form Library. Benda ni saya nak sebab saya agak suka membaca. Saya hope isteri saya nanti pun suka membaca. Anak-anak saya nanti pun suka membaca. Therefore, saya patut install benda ni kat rumah. Tapi tak sesuai la nak letak buku rujukan agama, letak buku masakan boleh la. Bolehla sang isteri lepak2 dekat situ sambil belek2 resepi.

Mirror 62
Yang ni pulak ialah Mirror 62. Orang kata kalau letak cermin dalam rumah, nanti rumah nampak lebih besar. Benarkah? Wallahualam. Mirror 62 ni bukan sekadar cermin biasa malah boleh play music sebab ada embbeded sound system dan boleh detect music using bluetooth technology. Best sebab boleh mainkan alunan Al Quran dengan mudahnya, plus lagu2 yang menenangkan jiwa waktu kemas rumah time hujung minggu.

S Box
And this is S Box. Malam2 bila malas nak tengok tv dekat ruang tamu boleh guna S Box untuk view atas katil. S Box ni boleh dimuatkan kat mana2 ruang yang possible. Kat tilam ke, sofa ke. Malam2 kalau berebut tengok tv dengan family or isteri, boleh la merajuk sambil layan S Box.

De Dietrich Piano
Ha, yang ni kalau beli, khas untuk mama dan isteri weyh. De Dietrich Piano sangat berguna untuk mereka. Boleh la mereka memasak untuk saya. Sekali masak 5 lauk tu. Setiap malam boleh enjoy variasi lauk pauk. Saya nak ikan keli masak lemak cili padi and rendang ayam. Siapa baik hati boleh masakkan untuk saya.

Bathomatic
Bathomatic. Yang ni kalau ada duit lebih boleh la. tapi lebih best kalau diinkakkan di jalan Allah kan? Application ni bantu kita untuk determine suhu air bathtub and jenis wangian or sabun pun boleh. Tapi saya tak rasa saya akan beli yang ni, tapi best kalau boleh mandi air panas lepas balik kerja. Tapi air suhu normal pun ok jugak. Ada duit lebih lebih baik simpan untuk anak-anak dan keluarga.

Easy Bloom
Ok, yang ini pun boleh belikan untuk mama, isteri or adik2 perempuan saya. I'm pretty sure mereka minat hias2 laman depan rumah tu. So Easybloom will provide a agreat assist for them. Benda ni boleh monitor light intensity, soil moisture and soil fertility. Kalau saya yang berkebun memang rosak la laman depan rumah tu. Saya takde green finger.

Smart Tint
This one is my favourite. Smart Tint boleh dipasang kat ceiling rumah. Boleh berubah jadi clear ke opaque in an instant. Cool x? Malam2 atas katil boleh gaze dekat bintang bintang di langit tu. Barulah dalam rumah pun boleh hayati keindahan malam yang diciptakan Allah. Bertasbih dan berzikir sambil merenung langit dipenuhi bintang, mesti sangat mendidik jiwa hamba dan memberi ketenangan biarpun sementara.

Robo Tap Cleaner
Robo Tap Cleaner is a product of Electrolux. Bila future nanti mesti tak sempat nak sapu rumah setiap hari, so boleh la get this gadget. Biarkan robot ni lari2 atas lantai sambil vacuum rumah. Comel kan? Hati pun senang bila lantai rumah bersih je bila balik rumah. Plus cuma perlu hentak kaki 2 kali je kat tempat yang kita nak robot tu vacuum, nanti dia datang berlari dengan comelnya.

Ribbon
Lastly is another product from Electrolux, known as Ribbon. Kalau sekarang ni nak panaskan lauk kena gunak microwave, Ribbon ni lagi senang. Balut je Ribbon ni kat mana2 bekas or periuk and dah boleh panaskan dengan mudah. Boleh panaskan lauk sambil hang out dengan family.

Yang di atas ni semua hanyalah impian saya. Isalm mengajar kita untuk hidup dengan penuh kesederhanaan. Islam pun berkembang mengikut keadaan semasa. Sekiranya kemudahan yang kita ada tu mampu buatkan kita beribadah dengan lebih selesa apa salahnya? Tapi saya ingatkanlah kepada diri saya dan yang lain, harta tu lebih best kalau diinfakkan di jalan Allah dan dijadikan bantuan untuk mereka yang memerlukan. Malah, mengembirakan hati keluarga kita terutamanya mama dan sang isteri yang mesti penat buat kerja rumah tu pun satu ibadah jugak. Asalkan niat kita baik dan kita tak lalai dan salah guna teknologi yang ada, Allah pun suka. Semoga segala kemudahan di rumah tu, memudahkan kita menuju ke arah Allah. Amin.

Wassalam...




Tuesday, November 29, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Malam ni diri ini keletihan disebabkan jadual yang padat, maka hari ini saya dengan rendah hati berkongsi ilmu je la, yang saya copy paste dari orang-orang professional dalam ilmu agama. Nak harap pandangan saya, memang banyak lompang la. Nah sila enjoy tazkirah yang memberi pengajaran ni. Moga tazkirah sempena hijrah ni mampu beri kita sedikit panduan untuk menempuh tahun baru ni. 

 Awal Muharam atau Maal Hijrah bukanlah perkara asing bagi seluruh umat Islam. Peristiwa ini cukup signifikan dalam konteks memacu kemajuan ummah menghadapi cabaran-cabaran dalam pelbagai bidang.Tanpa penghayatan dan memahami konteks hijrah masa kini, akan mengundang episod kegagalan kepada umat Islam sendiri.Persoalannya berapa ramai daripada kita yang benar-benar menghayati falsafah dan sejarah di sebalik peristiwa tersebut? Secara umumnya perayaan 1 Muharam ini merujuk kepada peristiwa agung sejarah hijrah (perpindahan) yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para pengikutnya dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi Tarikh ini menjadi sebahagian daripada hari memperingati di dalam kalendar Islam kerana ia merupakan titik tolak kepada era pergerakan dakwah Islamiah yang disebarkan oleh Rasulullah s.a.w. ke seluruh pelosok dunia. 

Hasilnya sehingga ke hari ini Islam menjadi salah satu agama terbesar dunia dengan jumlah seramai lebih 1.3 bilion atau satu per lima daripada penduduk dunia.Perjalanan yang menempuh pelbagai cabaran ini bukanlah semata-mata kerana takutkan ancaman dan asakan daripada kaum kafir Quraisy tetapi menjadi strategi Nabi Muhammad s.a.w. sendiri untuk melalukan transformasi dakwahnya dan juga menjadi sebahagian ujian bagi umat Islam. Ia tidak akan berjaya tanpa perancangan bijak, teliti dan penuh berhati-hati. Ia juga tidak akan berjaya tanpa sifat pengorbanan untuk keluar dari tanah air sendiri semata-mata untuk memperjuangkan atas nama Islam. Hijrah juga akan gagal sekiranya umat Islam tidak bersatu padu, sentiasa bertelagah, mencari kesalahan dan hanya tahu mengkritik sahaja. Maknanya perpecahan hanya mengundang kegagalan dalam apa jua matlamat yang hendak dicapai lebih- lebih lagi melibatkan soal survival ummah.

Jelas betapa hebatnya hijrah tersebut yang bukan hanya berfokuskan semata-mata menyampaikan dakwah tetapi Baginda s.a.w. berjaya mendirikan daulah (negara) Islam Madinah yang lengkap melalui pakatan murni atau kontrak sosial yang dimeterai dalam Perlembagaan Madinah. Ahli sejarah menganggap ia adalah satu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.Daripada hanya sebuah agama kecil akhirnya berkembang menjadi agama terbesar dunia. Daripada kelompok minoriti yang lemah menjadi majoriti yang perkasa dalam pelbagai bidang. Daripada umat yang lemah dan dihina beranjak kepada umat terbilang yang penuh penciptaan ketamadunan. Daripada bangsa yang jahil dan zalim menjadi bangsa berilmu dan beradab. Itulah hasil perubahan yang tercetus hanya kerana hijrah.



Strategi dan pelan tindakan hijrah berkait rapat dengan bukti yang menunjukkan betapa lemahnya usaha manusia untuk menghancurkan Islam. Ini dapat dibuktikan dengan dalil daripada firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan ketika kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau, membunuh engkau atau mengusir engkau – mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.” (Al-Anfaal:30) Ayat tersebut antara lain menjadi kata perangsang kepada Nabi s.a.w. dan umat Islam agar tidak takut dengan ancaman orang kafir kerana Allah s.w.t. mengatasi segala perlakuan mereka. Namun begitu asas pertolongan Allah bukan diberikan dengan percuma, tanpa usaha dan ikhtiar yang bijak tetapi disertai dengan tahap keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t. yang cukup hebat.Ketika umat Islam dilanda dengan pelbagai konflik dari sudut politik tanah air dan cengkaman kemiskinan yang sangat ganas, kita memerlukan satu anjakan untuk turut serta berhijrah dalam konteks pemikiran masa kini. Jangan hanya sekadar retorik dan berbangga dengan pencapaian keunggulan Islam pada zaman lampau. Malah kita harus bertanya apakah kita sekarang benar-benar dapat memastikan keunggulan Islam dinikmati untuk generasi akan datang dengan pencapaian kita selama ini? 

Hijrah bukanlah bermakna kita menjadi pelarian atau orang buangan dalam konteks hari ini. Skeptikal dan salah tanggapan itu sangat menyimpang daripada kehebatan hijrah itu sendiri. Dalam dunia kejahilan kaum kafir yang bersandarkan ideologi manusia semata-mata, kita menolak dakwaan bahawa umat Islam sentiasa mencari arah perlindungan kuasa besar yang lain atau menjadi pelarian ke negara-negara lain semata-mata untuk menyelamatkan diri.Kita tidak mengiktiraf pakatan jahat kafir Quraisy yang beria-ia hendak memburu dan menamatkan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. ini kerana ia sangat bertentang dengan kebebasan hak asasi manusia yang tidak boleh dibunuh tanpa melalui sistem perundangan yang sah. Ia juga melambangkan betapa era kejahilan sangat berkuasa pada zaman dahulu yang menghuru-harakan sistem sosial manusia kerana tidak mempunyai panduan daripada wahyu.Nabi Muhammad s.a.w. tidak berdiam diri dan hanya menyerahkan kepada takdir semata-mata tanpa melakukan urusan dakwahnya dengan menggunakan metodologi yang sangat efektif.

Apa pula strategi kita untuk terus menghadapi cabaran hari ini yang jauh lebih kompleks. Sering kali terpapar di dalam media bagaimana tragisnya kehidupan ummah yang penuh dengan kesengsaraan, kemiskinan, kedangkalan ilmu, kelemahan pencapaian ekonomi dan lebih menakutkan ialah peperangan saudara yang melahirkan lebih ramai pelarian.Di samping memastikan aspek keselamatan dan keamanan negara-negara yang didiami oleh umat Islam, kita harus meletakkan visi dan misi yang sarat dengan kebijaksanaan agar tidak kecundang di pertengahan jalan. Ia sangat menuntut kepada perpaduan dan menjauhi pertelingkahan, tuduhan melulu dan membuang perasaan iri hati sesama kita semua.

Gantikanlah dengan semangat muhibah, toleransi, keazaman murni dan perilaku yang terbaik melambangkan keunggulan jati diri umat Islam melalui pelbagai bidang seperti pendidikan, penerokaan sains, kepesatan ekonomi negara dan kestabilan politik. Pastinya angka ini semakin bertambah dari semasa ke semasa hasil daripada usaha- usaha ke arah memartabatkan umat Islam dalam pelbagai lapangan kehidupan.Semoga mulai saat ini berazamlah kita semua agar tiada lagi masalah yang melanda umat Islam. Tiada lagi label keganasan yang dikaitkan dengan umat Islam, tiada kemiskinan yang menghambat negara-negara Islam, tiada lagi kepincangan sosial yang negatif, tiada lagi kedengaran semboyan peperangan. 

 RAHISAM RAMLI ialah Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM). 

 Credits : www.dakwah2u.blogspotcom 

 Wassalam....

Monday, November 28, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, tepat jam 12 semalam, telah selamat tiba ke kampus safe and sound. Perjalanan pulang daripada pulang Pulau Mutiara memang menjerihkan. Saya memang tak boleh duduk lama-lama dalam kereta. Plus dengan air cond yang mengigit tulang tu, nak tido pun tak boleh. Pulang ke Penang untuk membantu majlis walimah cousin yang paling sulung menyedarkan saya proses perkahwinan tu memang complicated abis. Semua ahli keluarga dan jiran-jiran tetangga berpeluh-peluh untuk siapkan segala preparation on time. Tapi semua tu berbaloi bila dapat tengok pasangan pengantin tu main suap2 kek. Sweetnya. Sempat lagi rasa jealous time tengah basuh pinggan tu.

Perjalanan pulang semula memang saya tak nantikan lansung. Puas fikirkan macam mana nak biskan masa 6 jam dalam kereta tu. Dulu 8 jam, tapi sekarang 6 jam je, sebab saya balik ke Shah Alam, family tersayang meneruskan perjalanan lagi 2 jam ke Melaka. Seperti biasa, memang saya yang kena stay up untuk teman ayah yang driving. Sebab kalau tak nanti, ayah mengantuk. Topik sembang kami biasanya pasal bola la. Saya suka dengar cerita bola ayah dan ayah memang semangat habis biler bercerita pasal bola. Ayah pun memang power main bola kot. Dulu masa baru kahwin dengan mama, ayah pernah dapat offer untuk main team negeri Pulau Pinang. Tapi ayah decline sebab dia tak rasa tu boleh jadi lifelong career. Kalau tak boleh la tengok ayah beraksi dalam Liga Perdana tu. Sadly, saya tak warisi sikit pun bakat main bola ayah. Berapa kali ayah ajar pun, saya tak pandai jugak. Saya bukan sportsman kot.

Semalam, lepas dah puas sembang pasal bola, ayah beri saya satu tazkirah yang cukup bermakna. InsyaAllah saya akan ingat sampai mati. Ini dah macam amang ayah untuk saya.

"Azri, ayah dengan mama ni bukan saje2 letak nama kau tu azri. Bukan kebetulan tapi ayah ada sebab. Dalam banyak2 anak ayah ni, kau seorang je yang mama kau lahirkan sampai mengalir air mata. Air mata gembira. Sebab tu ayah letak nama kau ni Azri, supaya kau jadi kekuatan untuk ayah dengan mama dan jadi penyokong untuk keluarga kita. Ayah bukan orang berharta. Takde harta yang ayah boleh tinggalkan kat korang adik beradik, yang ayah mampu provide cuma ilmu je. Kau belajarlah sungguh-sungguh. Ayah tak nak kau hidup susah macam ayah dengan mama ni. Jadi orang berilmu, bantu keluarga. Ayah letak harapan yang tinggi untuk kau. Kalau ayah dengan mama dah takde nanti, sape yang nak jaga keluarga kita ni? Jadi la contoh untuk adik2 kau tu. Bila susah nanti, boleh tolong bela keluarga kita. Ayah sentiasa doakan kejayaan kau, dan ayah nak kau selalu doakan keluarga kita jugak. Ada masa kita jatuh, tapi takkan kita nak gagal selama-lamanya. Jaga hati tu, jangan sampai jadi gelap"


Ayah :)
Sumpah saya terharu dengar ayah cakap macam tu. Ayah pun sampai mengalir air mata cakap dengan saya. Saya tahu ayah ada banyak masalah dengan kerja ayah, tapi ayah tak pernah nak tunjukkan dekat kami. Ayah selalu simpan sorang2. Kadang2 ayah bangun pagi2 solat lepas tu menangis dalam doa. Saya tak rela nak tengok ayah menangis lagi. Dah banyak ayah lakukan untuk keluarga kita.

"Allahu, kau bantulah kedua ibubapaku agar mereka dihindarkan dari sebarang kesusahan dan keburukan. Kurniakanlah mereka rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang berkekalan. Jadikan kami adik beradik, anak anak yang soleh dan solehah. Moga keluarga kami terus dalam lindungan redhaMu. Ya Allah, kau hapuskanlah air mata kesedihan ayah dan gantikan dengan tangisan gembira. Kau tempatkanlah ayah dalam jagaanMu setiap masa. Sungguh Ya Allah aku tak rela lagi melihat air mata ayah. Ampunkan dia Ya Allah, ampunkan dia..."


Saya rasa, saya masih mampu jada diri ni sebab dari F1 dulu, setiap hari mesti call mama or ayah sampai sekarang, even dah kat universiti pun. Saya rasa tak sedap hati kalau tak call. Moga Allah jadikan saya hambaNya yang selalu berbakti untuk ibubapanya. Amin.



Ahmad itu ertinya yang amat terpuji
Azri itu ertinya kekuatanku dan penyokongku
Abdullah itu ertinya hamba Allah
Jadikanlah aku seseorang yang terpuji dengan kekuatan dan sokongannya untuk hamba Allah

Wassalam...

Sunday, November 27, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Anyone here who's a watch addict? I am!!! Saya memang sangat minat dengan jam tangan ni. I have few collections of mine too. Sekarang yang saya guna ialah jam tangan Technum and Polo Brittania. Yang Polo tu untuk majlis formal dan yang satu lagi tu buat kegunaan harian je la. Kalau lah banyak duit dah lama saya spend kan untuk beli jam tangan yang style. Tapi budget pun tak besar, so beli je la yang mana yang mampu. Asalkan boleh guna dan senang mata memandang. Jam yang paling mahal yang pernah saya beli ialah jam Puma warna kuning yang dekat RM200 lebih rasanya. Tapi sekarang dah tak guna dah. Membazirkan? Ish2, amalan syaitan tu. The most valuable jam yang saya ada ialah jam Casio pemberian sekolah tercinta sempena anugerah Pelajar Contoh Putera. Tak pernah guna pun jam tu, simpan baik2 je.

Entry kali ni saya nak share 7 coolest watch dalam dunia ni. Macam biasa, sumber saya tak lain tak bukan MSN.com. Kan bagus kalau ada one of them. Kenalah start menabung ni.

Jak

Hacker

Zub 40

Aurora

Kaj

Ziiiro Gravity

Numlock


My favourite are Ziiiro Gravity and Hacker. Be ahead of time!

Wassalam...

Saturday, November 26, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Kali ini berpeluang menulis entry di tanah kelahiran hamba ini, Pulau Pinang. Cuti yang ada ini digunakan untuk mengunjungi walimatul urus abang saudara saya. Tahniah untuk beliau. Saya bila lagi? Maal Hijrah pun dah dekat ni, dah nak tahun baru dah? Bila nak beristeri? Lambat lagi la jawabnya. Biarkan tahun itu bertambah, dan sambil itu biarkan jugak ilmu dan iman di hati ini bertambah berlipat-lipat ganda. Barulah sesuai untuk mengkhitbah anak perempuan orang.



First time nak sambut Maal Hijrah kat Penang ni. Macam special je kan? Tempat itu bukan faktornya. Yang lebih signifikan ialah penghayatan kita. Apa erti Maal Hijrah untuk kita? Ke sama je? Tak de feeling lansung kah? Maklumlah, sambutan tahun baru Islam ni tak macam sambutan New Year tu yang ada Konsert Ambang Tahun Baru dan apa bagai entah. Sambutan Maal Hijrah lebih sederhana tapi begitu meaningful sekali. Di penghujung tahun ni biasanya apa yang anda buat? Kalau di pihak saya, bila dah tinggal 1 jam lebih je lagi untuk ke tahun baru tu, saya akan muhasabah diri ni. Recap balik perkara yang dah berlaku sepanjang tahun ni. My highs and lows. Analisa bahagian mana yang perlu diperbaiki, ditinggalkan atau dipertingkatkan.

Kemudian kita kajilah sedikit azam kita untuk tahun yang mendatang ni. Apa?!! Anda tiada azam? Jangan begitu ye my fellows. Azam itu penting. Anggaplah azam tu mcam target kita untuk tahun itu malah ia bertindak selaku prinsip yang assist kita untuk berasa di jalan yang betul. Tak kisahlah apa pun azam kita, nak cari jodoh ke atau nak skor 4flat untuk semester akan datang, asalkan perkara itu baik, insyaAllah redha allah mengiringi.

Timabang taralah amalan kita. Kalau boleh kita buat graph amal untuk diri sendiri biar kita nampak jelas amalan kita. Yang mana mampu kita nilai sendiri. Yang lain kita serahkan pada Yang Maha Kuasa. Sempena 1433 Hijrah ini marilah kita pasakkan azam dan teruskan strive di jalan Allah. Moga ummah kita terus maju di dunia dan di akhirat.



Salam Maal Hijrah 1433. Pergilah gelita hadirlah cahaya...


Wassalam...

Friday, November 25, 2011


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Since yesterday, tanggal 24 November 2011, UiTM is set to break another Malaysian Records by organizing a 211 hours non stop malay debate, here in the Annex Hall. I'm proud to say I'm involved in something huge this time, though I'm not the one who debates, but to be part of it is already an honour. Entah macam mana, seorang sahabat ini telah tersalah dengar nama yang dipanggil dan call saya terus sebab ingat saya pun involve sekali. In fact my name was never on the list. Tapi dah penat berjalan kaki sambil berjubah daripada surau, rasa rugi kalau pulang macam tu saja. Takpe lah, anggaplah perkara ini sebuah lagi platform untuk menimba ilmu.



Program ini berlansung sehinggalah ke 4 Disember 2011, dan ingat ianya tanpa henti, meaning pukul 2,3,4 pagi pun ada jugak sesi persidangan. Tak dapat nak bayangkan macam mana semangat pihak yang berbahas pada waktu-waktu macam tu. Disebabkan petang nanti saya akan bertolak ke kampung kelahiran Pulau Pinang untuk menghadirkan diri ke walimahtul urus abang saudara yang paling sulung, maka saya decide untuk bertugas pada shift yang pertama from 12 to 4pm. The hall was freaking cold. I was supposed to be the Yang Di-Pertua for sidang 5 but since there was an alumni present, I was pushed away to be the most accurate time keeper. The same thing happened in session 7, an accurate time keeper I was again.

The participants are not really a debater, for most of them, it's their first time debating, but it was satisfactory. At least they didn't freeze and stand silently throughout the 7 minutes. There was one argument from a woman that really caught my attention, I'm not sure from which faculty she is, but she's the best speaker that I saw for yesterday. She was the prime minister for the motion 'Bahasa Melayu Penentu Kejayaan Bangsa'. And here is the argument that she used,

"Tuan Yang Di Pertua, dengan izin, saya akan ingin memberikan analogi yang mudah. Kita lakukan perbandingan mudah di antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kalau dalam Bahasa Inggeris, kita sebut 'I think' yang bererti saya fikir, bermakna kata-kata itu datang dari logik rasional pemikiran akal. Tapi kalau menyampaikan pandangan dalam Bahasa Melayu, kita sebut 'Saya rasa' yang berti kata-kata itu bukan sahaja dari akal malah disertai oleh hati, jiwa dan perasaan. Sebab itulah bahasa jiwa bangsa"

I wish I could greet her yesterday. Her ideas were brilliant. Anyway there's more to come. Remember it's non stop, so everyone can stop by to watch a debate in UiTM. Me, myself insyaAllah will have the chance to debate on 3rd December. I'm really looking forward for it.

Wassalam...

Wednesday, November 23, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Seminggu selepas post yang terakhir baru diri ini nak terhegeh-hegeh nak update semula blog ini. Pulang semula ke UiTm bermula dengan agak sedih. Sampai sahaja ke kolej kesayangan, Kolej Perindu, dihalang pulak untuk mendaftar. Semuanya akibat kecuaian diri sendiri yang telah menghilangkan kunci bilik sem yang lalu. Somehow I managed to dodge from being exiled on my first night in college. Bilik baru yang menempatkan diri ini ialah 1421, probably bilik paling hujung kat 4th floor. Semuanya terasa jauh sekarang ni. Baru tahu bersyukur dengan lokasi bilik sem yang lalu.

First day lagi, fakulti telah sibuk dihujani student2 asasi yang bersemangat tinggi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Termasuk la diri ini yang terpaksa bergerak awal ke fakulti untuk mengingat puan-puan di pejabat untuk menampal jadual student. Sem 2 pasti menjanjikan sesuatu yang lebih fresh, sebab semua lecturer yang diberikan buat LWA02A semuanya baru, termasuk kelas bersama Pn Rafidah, Ketua Program Asasi yang dihormati.

Bermula hari pertama handphone Aino kesayangan terus diasak messages yang tak putus2 asking every possible questions. Nota-nota yang perlu dicopy mula menggunung semula di atas meja study yang masih berhabuk itu. Dan yang paling penting, scene yang tak pernah berubah, duit berjalan macam air sungai yang deras. Baru hari keempat, RM100 dah terbang macam tu je. In some way, I kinda aprreciate the current hectic moment that I am having. I can easily focus my mind on something and eventually scrap off all the rust covering my tiny tiny brain. The best part is, kaki ini kembali semula menuju ke rumah Allah. Kesempatan untuk berkunjung ke rumah Allah setiap lima waktu akan dimanfaatkan sepenuhnya insyaAllah. Di sebalik kesibukan yang melanda ini, I believe I can expect more to come and I shall be ready to face it then. Tagline kami untuk semester ini "Kembali dengan lebih matang"



Wassalam...

P/s : Sedih bila orang di sekeliling berbincang tentang MUET. Sampai sekarang diri ini masih menyesal tak sudah sebab overlook waktu test tersebut dan akhirnya I missed it. Sampai sekarang berharap diri ini berkesempatan untuk mengambil MUET pada Januari yang akan datang.

Tuesday, November 15, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. I personally prefer MSN than Yahoo! Masa first time nak create email account saya dah memang tertarik dengan MSN because it looks more organized than Yahoo! MSN jugak daily updates its headlines and so does Yahoo! But MSN's content is so much fun to read, well observe is a more appropriate word. Most of the articles consist mainly of pictures. It's interesting. Gambar-gambar yang ada memang out of this world. So semalam ada membaca an article on spectacular lightning strike around the globe. Cuba relate kan firman Allah dalam Surah Ar Rad ni dengan gambar2 kat bawah tu. 



Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air). (Ar-Ra'd 13:12) |



Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya. (Ar-Ra'd 13:13)


Athens, Greece

Balad Air Base, Iraq

Dresden, Germany

Nanjing, China

Budapest, Hungary

Zurich, Switzerland

Manitoba, USA

Betapa dahsyatnya ciptaan Allah. Amazing how they actually able to photograph this cool scenes. Kalau diri ini yang kecil ini, memang dah terketar lutut rasanya kalau melihat petir seperti ini. Kalaulah Allah tu berkehendakan, senang-senang je Dia mampu sambar kita dengan petir tu. Tapi kasih sayang Allah itu melebihi segalanya. Pesanan buat diri sendiri, "Lihatlah tanda-tanda kebesaran Illahi, berfikir lalu bersyukurlah"

Wassalam...

Sunday, November 13, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Berlama-lama di rumah ini telah membuatkan diri sangat malas membaca. Buku-buku ilmiah yang ada di rumah dah berabuk tebal seinchi. Diri ini lebih rajin menyemak dan membaca status dan comment orang di facebook. In fact, desire untuk membaca tu macam dah pudar sikit. Habiburrahman, bila nak publish novel baru ni? Haish. Memang dah jadi habit saya untuk berjalan dengan riang ke dalam kedai buku dan menghabiskan masa selam 30 minit at least menatap novel-novel yang dijual. Tapi jarang pulak membelinya. Sebab tu kalau shopping dengan buddies, diorang selalu emo bila saya melencong ke Popular, MPH mahupun Thai Kuang. Sorry.


Recently, saya telah membaca sebuah novel yang tidak ditulis oleh Habiburrahman ataupun Ramlee. I know, I broke my stand of selective reading but I desperately need something to read. Guess what, it wasn't bad at all, and it was quite refreshing, I successfully read a novel written by Dr Farhan Hadi. Absolutely not bad for a doctor. He is one lucky man, he really is. Dr Farhan ialah suami kepada Fatima Syarha. Suami isteri pandai menulis. Alhamdulillah. Novel ini sangat sesuai untuk upcoming medical practitioner kerana novel ni sangat menyentuh isu fikah kotemparari dalam masyarakat kita. It's an eye opener. Pembacaan tersebut buat diri ini terfikir banyak perkara yang tak terlintas di fikiran sebelum ni, seperti isu solat para pesakit di hospital. Para nurse dan doktor yang tak mengingatkan pesakit, pasti akan disoal Allah tanggungjawab mereka di akhirat nanti. Plus, proffesion sebagai seorang doktor memang sibuk je memanjang. Tapi watak utama Doktor Muslih masih lagi mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, berusrah, malah saling menasihati mereka yang di sekeliling. Unsur cinta tak banyak ditekankan tapi dah memadai sebab isu pokok novel ni ialah isu fekah dalam dunia perubatan.





Apapun saya rate novel ni 3.5 out of 5. Personally, jalan cerita macam kaku sikit. Ni just my personal opinion je. Kalau lebih menarik lagi penceritaannya mungkin lagi menarik. Tapi novel ni best sebab tak boring baca penerangan fekah yang disediakan. Plus, watak doktor ni graduate dari local university je. Sekaligus, berjaya highlight ability graduan tempatan kita. Hopefully ada la doktor graduan tempatan yang berjiwa seperti Dr Muslih ni. Amin. Conclusion ; worth reading.


Wassalam...

Thursday, November 10, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Semalam sempat berkunjung ke sekolah tersayang untuk menghadiri majlis bersara Mdm Ivy Foo. Well, partially attending. Perjalanan semalam yang bertemankan sahabat bernama Faris merangkap rakan berjuang sehidup semati. He is Faris, Head of BADRI 2010. Rasanya ini kali pertama kali bertemu selepas terserempak beliau beberapa bulan yang lalu. Perasaan naik semula ke sekolah dirasakan berbeza kali ini. Sepanjang driving ke atas puncak bukit tu, nyata walaupun sekejap, MOZAC sudah banyak berubah. Terlalu banyak perubahannya sehingga kadang terasa asing. Hati ini sedikit terubat bila berkunjung ke bilik guru. Cikgu-cikgu menyambut penuh mesra hingga tak terjawab kebanyakkan soalan yang disoal. Niat asal, nak pulang awal so terus cari Mdm Ivy, tapi tak kelihatan kat mana-mana. So terpaksa la menunggu. Ramai juniors datang menegur, sekadar menghidupkan semula sillahturahim itu. Bila dah nampak kelibat Mdm Ivy, beliau dah berarak masuk ke majlis. Dengan tekad, saya approach dia menghulurkan hadiah kecil yang dibawa. She insisted for me to stay until the end of the ceremony. Cikgu-cikgu yang lain even offer me to give a brief and short speech, but I have to decline. I'm not up for it yet.

So tunggu la sebentar. Sempat berbual-bual dengan keluarga Mdm Ivy, yang juga menunggu di luar dewan. Her daughter, Sherynne still recognize me. Other than her mom, she helped MOZAC debate team a lot. The thing is, why was my english so rusty? I couldn't pronounce my words properly when we were having conversation. Dush! Shame on me. Kena banyak baca english novels balik ni.

Sementara menanti di luar, Faris and I kept on remembering the past. All those fantastic memories struck us. I still remember, Mdm Ivy is the first person to bring me to the cinema alongside with my other 33 classmates of 2 Alpha. We watched Ratatouille back then. Throughout the five years I owe her a lot. She taught me how to speak confidently, to present myself elegantly. It's true when people say debate is the art of life. She taught us beyond than just debate, she guides us almost in everything. I'm not the only person that she managed to raise. Most of MOZAC's alumni consider her as the best teacher they ever had. I couldn't ask for more. For now I hope she leads a new life with happiness from time to time.

I really hope I can stay a little longer, but the ceremony was dragging and we really have to go. So terpaksa la tinggalkan hadiah tu pada prefects yang bertugas di belakang pentas. Sorry, but I hope I can still have the chance to meet her some time later. Oh well, Faris and I had a little accident too on our way back. Sebuah motosikal melanggar kami dari belakang sewaktu turun dari bukit tu. Untung dapat pengalaman tu. Haha.



"Thank you for turning this tiny microorganism into someone like I am now"

Wassalam...  

Tuesday, November 8, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Menggeliat sebentar kerana diri hamba ini baru terjaga dari tidur yang panjang. Bukan tidur yang empuk di atas katil itu tapi tertdo dalam kemalasan dan kelalaian. Kepada mereka yang maklum, pasti tahu yang kalau saya tak update blog ni maknanya saya sedang terkapai-kapai dalam keadaan yang kabur dan tak terurus. So lepas ni kalaulah blog ni tak diupdate setiap hari, silalah tanpa segan silu tegur dan remind saya berkali-kali untuk menulis sesuatu biarpun sepatah dekat blog ni. Sebagai manusia kita sering terlalai dan kita perlukan sesuatu untuk pastikan kita di jalan yang lurus. Untuk muslim tentunya kita ada solat, Al-Quran, zikir malah majlis ilmu untuk pastikan diri ini tepat di jalan yang lurus or at least tak terpesong jauh sangat. Anggap la macam semua tu sebagai signboard di tengah2 jalan yang berliku. Dan amalan-amalan sunat iti macam RNR saat diri ini jerih driving di highway milik Allah ni. Whoa, banyak betul metafora yang digunakan ni. Haha.

The truth is, diri ini sedang merindui waktu tubuh ini rajin ke majlis-majlis ilmu yang bertebaran. Sekarang ni apa yang mampu cuma bertemankan tv menonton motivasi pagi or habiskan waktu lapang watching Astro Oasis. But it's not the same not even a bit. I miss all those moments. Sekarang terasa cemburu dengan mereka yang masih mampu untuk menghadirkan diri ke usrah malah boleh berdakwah bersama-sama. As for me, my current partner for usaha dakwah ini cuma la blog warna hijau yang yang kekadang tak terkunjung. Mungkin kerinduan ni akan terubat? I hope so. By the way I'm going back to school tomorrow to deliver a gift for one of my mentors, Mdm Ivy for her retirement ceremony. She's one of the most dedicated teacher I ever have in my life, and she truly deserve a token of gratitude from me. She managed to turn this tiny microorganism into someone like me. Thank you. Dan benarlah ajaran Rasulullah untuk selalu menghormati guru-guru kita. Biarpun diri ini terkadang kecewa dengan teguran dan salah faham yang sering berlaku dengan cikgu-cikgu, they are still my dearest teacher. Can't help it, I have complete and utter faith for them.

As for the truth yang baru saya discover, saya dilahirkan tak cukup bulan. I didn't expect it to happen to me. Siapa sangka yang saya ni dalam golongan yang lahir awal daripada waktunya. Can I consider myself as lucky? Tidak, kerana semua ini rahmat Allah, saya cuma salah satu hambanya yang merima rahmatNya juga. Kesyukuran bertambah bila diri ini kembali sedar rahmat Allah jualah penentu segala-galanya. So much untuk conteng-conteng, lebih kepada luahan hati.

Wassalam...

Sunday, November 6, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Iye, saya menulis entry ini pada pagi-pagi raya. Selesai menunaikan solat sunat Aidiladha, dan masih lagi menunggu rendang kerang untuk siap dipanaskan. Beza suasananya hari ini, raya korban tak semeriah raya puasa tapi sinar kemeriahan itu masih terasa. Dalam minggu ini beberapa siri kejadian menimpa diri dan obviously peristiwa yang paling besar ialah hari result first semester dikeluarkan pada 4 November. Tak tido malam saya dibuatnya. Dalam pada itu sempat berbangga dengan betapa effisyennya sistem UiTM. Result tak perlu susah2 nak berebut nak tengok ni student portal sebab result dengan jayanya telah dihantar ke email masing2 pada jam 4 pagi. Dan pada 4 pagi itu jugaklah saya semak result tu. Kalimah pertama yang terlafaz pastinya Alhamdulillah. Keputusan yang diterima sangat bersesuaian dengan usaha yang dicurahkan. Cuma menjadi fitrah manusia tidak puas dengan apa yang ada. Masih banyak lagi ruang untuk saya majukan. Kecewa teramat kerana dapat A- untuk kedua2 subjek english tu, dah makin teruk quality english saya. Haish. Tapi yang lebih mengecewakan B untuk Islamic Studies. Ya Allah malunya, mana nak letak muka ni. Apapun, bersyukur sangat2.

Anyway, selamat meyambut Hari Raya ini dengan bahagia bersama keluarga anda. Malam ini saya nak habiskan mercun yang masih tersisa dalam bilik tu.

Wassalam...

Tuesday, November 1, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Saat menulis entry ini, diri baru sahaja selesai berwirid selepas solat subuh dengan harapan Allah akan menerima solat fardhu dua rakaat saya itu. Moga di akhirat kelak, solat itu tidak dicampakkan seperti kain buruk di muka saya nanti kerana tidak menjaga solat itu dengan sempurna. Ketika jari-jari ini menari di atas keyboard laptop ini barulah mata ini terasa mengantuk sakan. Inilah natural fenomena yang sering melanda diri ini sejak 2 3 minggu kebelakangan ini. Merujuk kepada tajuk entry ini, saya telah di'diagnose' oleh doktor tidak bertauliah bernama Ahmad Azri untuk menghidap penyakit sleeping disorder ni. Penyakit yang membuat onar dan kacau bilau kepada jadual waktu fitrah tidur manusia yang bergelar saya ini. To put it simple I can't sleep at night. Ia tidak membawa kematian tapi mengundang komplikasi yang serius buat diri saya. Betapa diri ini sekarang menghargai nilai sebuah tidur malam. Haha.

It all started a few weeks ago. I was planning to kill my night times using a so-called genius plan I made up, by watching How I Met Your Mother marathon. Mengikut logik hukum alam, esok paginya saya tidur hingga matahari dah hampir tegak atas kepala ni. At first, everything seemed to be ok, I was not showing any symptom. The consecutive night, I was about to sleep and I CAN'T. Dah bergolek-golek sana-sini atas katil pun tak boleh jugak. Dah puas termenung jauh pun tak lelap lagi. Macam mana ni? So baca la beberapa helaian Al-Quran dan still sikit mengantuk pun tak rasa. Lepas Subuh baru boleh tidur. Dan sampai sekarang saya tak boleh tidur malam, kalau tidur pun, pukul 4 tu baru terlelap. Rasa nak menangis ni weyh, nak tidur malam antara benda paling senang kat muka bumi ni pun tak boleh. T_T

Hopefully bukan insomnia...


Tapi semua yang berlaku ada hikmahnya. Sebab tak boleh tidur malam ni, Allah izinkan saya untuk solat subuh awal waktu. Habis iqamah kat masjid tu terus angkat takbir. Sejuk rasanya bila solat subuh awal waktu ni, best!!! Yang tak berapa nak bestnya, lepas subuh confirm saya tidur, haish sempit rezeki kalau hari2 macam ni. Except untuk hari sabtu, saya kena jaga sebab usually handphone tu akan mula masuk message sebaik sahaja saya selesai solat subuh dan kadang-kadang sebelum subuh pun dan berbunyi dah, mengingatkan diri untuk bangun solat. Terima kasih sahabat dan handphoneku. Penyakit ni memang kena diselesaikan dengan segera. Kalau tak tunggang langgang la urusan hidup nanti. I don't think penyakit ni ada kaitan dengan 4 November (hari result sem 1 saya keluar). I'm pretty nervous about it but it's not really disturbing. Allahu berikanlah aku jalan keluar dari masalah ini dengan sebaik-baik cara. Moga ku bertemu dengan hikmahnya dan belajar sesuatu dari ujian ini.

Wassalam...
PS : Doakan kecemerlangan result saya. Amin~  

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts