Thursday, March 31, 2011


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Well, another day has come and gone swiftly like a wind. Petang tadi akhirnya telah menempuh hari terakhir di Stamford College Melaka. It's a waste sebab tak dapat hang out dengan budak2 IE di MP pagi tadi sebab tak de transport ( inilah nasib orang belum berlesen... ) So majlis dijangka bermula pada jam 2 petang but actually pukul 4. Haha, buat penat jer rushing ngan cuak, sebab ingat dah lambat. At first, kehadiran saya disambut dengan 'meriah' oleh sahabat-sahabat terbaik kat sana. Masuk-masuk jer dah kena 'bang' ngan diorang. Semua sibuk nak amik gambar ngan saya sebab masa tu saya seorang saja yang dah suit on. Haha, ironiknya, semua label saya Datuk Azri. Agaknya muka saya ini ada iras-iras mana-mana politician kot. So biler sampai tu lepak2 jap dulu sampai kul 4.

Then, acara pun bermula. Another waste jugak sebab tak leh masuk lecture theatre. Rasa rugi sebab miss out presentation kawan-kawan. So for this occasion, saya pun kena present a public speaking entitle Prime Legacy. Mula-mula rasa relaks jer but as time progress rasa cuak tu mula mencengkam. Abis jer persembahan gitar, it's my turn. So dengan lafaz bismillah, saya pun melangkah yakin ke atas pentas. Biler stand up kat centre stage tu, mulalah akal ni proses benda-benda negatif. Nervous punya pasal. Tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu, chewah... But it's true, dah lama saya x cakap publicly depan strangers. Semua mata pun fokus kat saya. Take a deep breath and I began. To not sound so boring, saya masukkan quite a few catchy phrase and funny anecdotes. Alhamdulillah, gelak jugak audience tu. Haha.

My presentation was the last one. Lepas tu, principal pulak yang bagi speech. Segan jugak sebab tak tahu nak letak kat mana muka time tu, sebab principal banyak kali puji speech saya. But I owe a token of appreciation to everyone who inspired me to speak confidently. Lepas tu macam biasa, amik sijil and sambut one of the student's birthday. All and all it was fun and great. Bila dah nak hujung-hujung tu mula la rasa lapar. So dengan segera rushing masuk tempat makan. But harapanku meleset. Masuk-masuk je ada 2 orang pak cik ngan principal panggil saya. Diorang pun congratulate saya for my speech and interview my background. Lepas tu giliran sorang mak cik ni pulak and then another random uncle. Tak ketinggalan jugak my beloved lecturers yang datang untuk address saya. As a conclusion, mostly semua yang jumpa saya believe that someday I'll be on the top and somehow I can be a good politician. Benarkah? Wallahualam dan Amin Ya Rabbal Alamin.

So it really came to an end, my 3 months in SCM... Sebelum balik slam semua kawan2 and bid farewell to all SCM staffs yang banyak membantu. I hope one day we can all meet again. InsyaAllah, walau various pathway yang kita ambil tapi destination kita tetap satu. Goodluck in everything guys...

Sunday, March 27, 2011

REZEKI ialah apa yang dapat dimanfaatkan manusia sama ada halal atau haram,baik atau buruk. Harta pemberian Allah S.w.t merupakan rezeki yang dapat dimanfaatkan kerana ia memberi kemudahan hidup dan kemudahan untuk beribadah... ... ... .

Pengertian rezeki bukan sahaja berupa harta. Apa yang disedekahkan kepada makhluk Allah lainnya adalah rezeki. kesihatan , pandangan mata yang terang, kemurahan hati dan ketenangan juga adalah rezeki.

Tips Murah Rezeki:
1. BERSEDEKAH
orang yang pemurah(suka bersedekah, menderma,menolong orang)Allah S.w.t murahkan rezekinya.Berdasrkan ayat al-Quran:

Ertinya" perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki,dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui"
(Al-Baqarah:261)

2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT
salah satu sebab penting dan memudahkan datangnya rezeki adalah "istighfar" dan "taubat".

3. MEMILIKI SIFAT TAQWA
sifat taqwa adalah "menahan diri dari dosa"iaitu meninggalkan segala larangan.
Dalil menunjukkan taqwa dan kunci murah rezeki:
Firman Allah S.w.t:
ertinya"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menggandakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki yang tiada disangka-sangka"
(At-Talaq:2-3)

4. BERTAWAKAL

5. MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH
Maksudya, bukan hanya beribadah sahaja tanpa bekerja. Tetapi memperuntukan waktu untuk beribadah dalam kesibukan bekerja.
6.MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH
Melaksanakannya adalah termasuk amalan yang Allah jadikan sebagai kunci pembuka rezeki. Imam An-Nasa'i meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata bahawa Rasulullah bersabda:

"Ikutkan antara haji dan umrah, sesungguhnya keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana dapur api membersihkan kotoran besi"

7.BERSILATURRAHIM

8.BERHIJRAH DIJALAN ALLAH
Ertinya, berhijrah di jalan Allah ialah keluar daripada kekufuran kepada jalan keimanan.

9.BERBUAT BAIK KEPADA ORANG-ORANG YANG LEMAH

10.MENDERMA KEPADA PARA PENUNTUT ILMU AGAMA

11.MENGAMALKAN AYAT SERIBU DINAR

Thursday, March 17, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Baik, kali ini saya nak try semula tulis or at least try komen something yang agak serious. Dah lama tak buat macam ni, hopefully boleh terima sekurang-sekurangnya oleh diri sendiri. Oh, sebelum tu, semalam sempat singgah ke TESCO Cheng untuk beli karya kontroversi Tun Dr Mahathir, A Doctor in the House. Baru mula membacanya but I find it very catchy and interesting. Bila agaknya nak abis baca, insyaAllah secepat mungkin. So, kembali merujuk semula kepada tajuk posting ini, Prime Legacy atau dalam bahasa kebangsaan kita Warisan Perdana. Ilham untuk menulis perkara ini terbit ketika menghadiri Program Kepimpinan Tun Razak. Peluang bertemu orang-orang hebat di sana tidak saya sia-siakan terutamanya peserta-pesertanya yang deserve my salute. Respect anda semua!!!

Pada pandangan anda, apa maksudnya Warisan Perdana? Warisan merupakan sesuatu yang yang ditinggalkan secara turun-temurun secara batiniah dan lahiriah. Perdana kat sini pulak merujuk kepada sesuatu yang ultimate ataupun agung, sesuatu yang tersangat bernilai untuk disia-siakan. Jadi apa agaknya Prime Legacy di negara kita ni? Something yang sangat penting yang telah ditinggalkan sejak Dinasti Kesultanan Melayu Melaka lagi, sehinggakan kalau ditawarkan se'everest' emas dan permata pun tak kan terbeli warisan ini. Jawapannya sangat mudah. REMAJA HARAPAN BANGSA. Betul kan? Don't misjudge me k? I'm not referring to remaja in general, but specifically REMAJA HARAPAN BANGSA.

Kalau ikut parameter saya, Remaja bermaksud golongan insan yang berumur bawah 30 tahun dan still belum berkahwin. Kenapa golongan ini digelar Warisan Perdana? Sebabnya bukan mudah untuk mempunyai golongan seperti ini dalam sesebuah negara. Lebih penting lagi bukan mudah nak hasilkan golongan macam ini. Ingatlah, Allah itu Maha Adil. Golongan ini bukan dilahirkan dengan takdir begini, tapi mereka dibentuk dengan berhati-hati. Remaja harapan bangsa bolehlah kita define sebagai personaliti yang yakin pada diri sendiri, bersahsiah tinggi, patriotisme, nasionalisme, berilmu dan taat setia.

Yakin pada diri sendiri bukannya beerti sombong. Keyakinan yang ada ini juga bukan untuk dirinya sendiri sahaja bahkan untuk dikongsi dengan orang di sekelilingnya. Orang seperti ini memang mudah dikesan. Pernah tak anda come across someone yang bila dengar dia berkata-kata atau dekat dengan dia saja pun anda rasa bersemangat dan yakin jugak? Ada kan? Keyakinan mereka ni bukan sahaja terpendam dalam hatinya tapi mengalir dengan deras dalam setiap ittikad, perkataan dan perbuatan mereka. Niat mereka hanya kerana Allah dan setiap tingkah laku mereka ikhlas tetapi bermanfaat untuk segenap masyarakat.

Ciri kedua ialah bersahsiah tinggi. Warisan Perdana tahu how to carry on themselves. Mereka takkan buat apa-apa yang boleh tarnish imej mereka sebab diorang sedia maklum tanggungjawab yang digalas di bahu mereka. Sebagai golongan yang membawa harapan bangsa, perwatakan yang soleh itu perlu. Ingatlah, golongan ini separuh daripada hidup mereka ialah untuk membawa manfaat kepada orang lain. Ketahuilah juga dakwah manusia paling berpengaruh di muka bumi ini, Rasulullah s.a.w, lebih banyak melalui personalitinya yang menambat hati dan keyakinan orang lain. Hipokrasi bukan satu pilihan sebab apa yang golongan ini tampilkan bukan kepura-puraan.

Next are patriotisme dan nasionalisme. Dua keperibadian yang paling sukar ditemui dalam hati remaja-remaja zaman sekarang ini. Haha. Prime Legacy sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Malah, sejak dari usia yang muda lagi, mereka sentiasa peka dengan hal ehwal negara. Pemikiran mereka ditumpukan untuk kemajuan hakiki negara. Idea-idea mereka bernas dan inovatif, tapi tak sedikitpun mereka bongkak dengan abiliti mereka. Mungkin mereka layak digelar visionary. Dalam masa yang sama, semakin maju mereka, semakin selalu mereka memandang ke belakang untuk memastikan mereka yang lain pun turut maju bersama. Tanyalah diri kita sendiri apakah kita ada kesanggupan untuk berkorban apa sahaja untuk 'tanah tumpahnya darahku' ini? Well, action speaks louder than words.

Wisdom is life. Berilmu tidak semestinya cemerlang dalam akademik tetapi bijaksana dalam kehidupan. Mereka mampu mengapai kemenangan dalam segenap aspek dengan cara yang mudah tetapi efektif. Ketenangan mereka mampu meredupkan hati mereka yang gundah gulana semuanya kerana ilmu di dada mereka. Ilmu mereka juga merupakan sumber barakah buat mereka. Golongan ini sentiasa dahagakan ilmu dan minda mereka sentiasa kritis dan kreatif. Bagi mereka, tidak ada gunanya berilmu keseorangan, ilmu tersebut akan diwariskan kepada semua demi kemajuan ummah.

Lastly ialah taat setia. Ketaatan dan kesetian yang tak berbelah bahagi. Warisan Perdana juga merupakan pencinta yang romantik. Haha, mereka sanggup buat apa saja untuk apa yang mereka cintai. Mereka dan kita juga yakin segalanya bermula dengan cinta. Cinta pulak perlukan pengorbanan, keikhlasan dan kesetiaan. Cinta pada keluarga, sahabat, agama, bangsa dan juga negara mereka. Pentingnya sebab remaja zaman sekarang materialistik. Mereka anggap dan salahkan pentadbiran negara. Mereka nak maju tetapi tak rela setia kepada negara. Walhal negara dah bersusah payah untuk kita, takkanlah kita tak rela kan?

So, remaja-remaja di luar sana, adakah anda Warisan Perdana?

Sunday, March 13, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera. Finally, ada gak rasa rajin di hati untuk update semula blog ini. Dalam posting yang lalu janjinya nak berehat selama 2 minggu je but terlajak sampai 3 minggu lak. So posting kali ini sebenarnya untuk ceritakan pengalaman yang dialami selama dua minggu yang lalu. Alhamdulillah, berkat rezeki yang dikurniakan Allah, saya berpeluang menyertai kursus yang terbaik setakat ini dalam hidup saya dan mampu mendapat life long friends kat sana. I owe you a big thank you to you, Program Kepimpinan Tun Razak. But the details of that program menjadi rahsia antara AYTR dan PKTR 2010. Haha... However, there is truly no words that can describe that 2 weeks. But still, I think I found my true self there. If I have the chance I want to turn back the pendulum so that I could be together again with my OHANA and PKTR Brothers and Sisters. But I have to face the reality. We have to go on with our own journey. The path is not certain but the destination is final. Looking forward to see you guys there.

By the way this a poem I made for my PKTR Brothers and Sisters, just to share with everyone how influential they are in my life.

If there were such thing as 'miracles'
Then I would traverse time & hold you tight
I will keep on praying timelessly
For a tight bond between us in a distant place
When I realized, the story is still
In its clumsy beginnings
I take a deep breath again
If you grasp my hand in return
I'll go forward while holding your hand tightly
Because I don't wish to loose you anymore
If I could turn back the pendulum
I won't do it as I know it won't be the same
My only wish is for you to be happy
With the one that you love and care
And I'll be your shadows
So close yet so far
In my heart, in my eyes
Forever is your castle

P/s : Liew Yong Xuan, I did keep my promise right?

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts