Friday, November 15, 2013

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

Alhamdulillah, segala pujian hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam... Kerana dengan izinMu jari jemari ini kembali menari di atas keyboard semula :)

*Senyum*

Kali ni saya nak menulis tentang 2 superhero kegemaran ramai; Batman & Ironman. Satu watak yang dicipta oleh DC Universe dan satu lagi pula merupakan buatan Marvel Entertainment. Err... Ini bukan pula blog yang buat movie review kan? Ini blog Dakwah & Tarbiyyah :) Maka saya nak cerita tentang ibrah yang boleh diambil daripada cerita hero-hero manusia ni..

*Kalau sahaja Batman dan Ironman itu beriman kan?*

Ironman dan Batman mengisahkan 2 manusia biasa yang mencuba sesuatu yang luar biasa demi menyelamatkan umat manusia yang pada waktu itu diancam gangguan dan marabahaya. Kira mereka ni sanggup bersabung nyawa demi keamanan la gayanya... Kalau kita lihat semula, Ironman dan Batman ni merupakan 2 superhero yang paling biasa sekali. Maksud saya, mereka memang langsung tak dilahirkan dengan kekuatan yang luar biasa, tak boleh tembak laser daripada mata atau berlari sepantas kita. Iya mereka berdua manusia biasa. Sungguh biasa.

Kita semua juga manusia biasa kan?

So, kita ada chance la nak jadi Superhero betul tak?

Nama manusia kepada Batman dan Ironman ialah Bruce Wayne dan Tony Stark... Kita pun ada nama manusia kita kan? Ahmad Azri contohnya :) Hehe. Bruce dan Tony menjadikan diri mereka luar biasa dengan cara mereka yang tersendiri. Bruce memastikan badan dia sentiasa fit, latih seni mempertahankan diri, tahan sakit, kurang tidur, guna segala kekayaan dia untuk majukan lagi sut Batman itu. Semuanya kerana Bruce atau Batman kita ni tidak sanggup melihat kekejaman dan ketidakadilan merajai masyarakat.

Tony or Ironman ni pulak, menggunakan akal fikiran dia yang tajam tu untuk mencipta sut Ironman yang boleh buat dia terbang dan mempertahankan masyarakat sekeliling dia. Segala kekayaan dia juga dia gunakan untuk pembangunan sut Ironman. Kerana apa? Sama jugak, sebab Tony nak menyelamatkan manusia...



Begitulah juga dengan kita. Kita ini memang hakikatnya manusia biasa. Lemah tak terdaya. Dan hanya dengan upgrade diri kita barulah kita mampu menjadi manusia yang luar biasa. Tapi kita tidak pula ada sut macam Ironman atau Batman kan? Tapi kita ada sesuatu yang lebih hebat daripada tu, pertolongan Allah :) Sekali Allah bersama dan membantu kita, pasti tewas segala kuasa, pasti rebah segala musuh dan kemenangan itu semestinya di hujung jalan nanti.

Namun, bantuan daripada Allah juga bukanlah sesuatu yang mudah diraih. Tapi Allah berjanji bahawa Allah pasti akan membantu mereka yang membantu agamaNya.

Iya. Janji Allah itu pasti, maka apa lagi yang kita nak ragui? Kenalah kita berusaha meraih bantuan Illahi. Sebagai muslim yang menjulang risalah dakwah ini sepatutnya kita memperhebatkan diri kita lagi. Islam sebenar harus kita kembali! Kita wajib menjadi hebat bersama Islam. Kalau Batman upgrade diri dia dengan kurang tidur, banyak seni mempertahankan diri, belajar buat teknologi baru, kita juga selaku ikhwah dan akhawat perlu mendekatkan diri dengan Al Quran semula, lazimi zikrullah, tadabburi ayat-ayat Al-Quran, hafal Hadith 40 (err...) dan semestinya juga kurangkan tidur kita. Sebab umat kita dah semakin tenat. Umat Islam hari ini masih leka bermain-main di jurang neraka, di tepian maksiat dan jauh dari redhaNya. Kalau Batman dan Ironman ternampak orang terperangkap dalam kebakaran, tentu mereka akan selamatkan mereka kan?

Begitulah juga kita, selaku mereka yang meyakini jalan Dakwah & Terbiyyah ini. Kita mesti mengejut semula umat kita yang sedang tidur lena, sebab api kehancuran umat semakin marak! Dan untuk itu semua kita perlu upgrade diri kita. Jadikan diri kita mukmin yang luar biasa. Yang hebat bersama dan kerana Islam. Ingat kata-kata ni,

"Kita merupakan golongan yang terhina di muka bumi ini dan Allah telah memuliakan kita dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan lain selain Islam maka pasti Allah akan menghinakan kita semula"
Umar Al Khattab

Proses menyelamatkan umat ini bukan usaha yang memerlukan tenaga yang biasa-biasa sahaja. Ia menuntu hampir segalanya. Pengorbanan masa yang luar biasa, kurang tidur yang luar biasa, istiqamah yang luar biasa, amal yang biasa, kesabaran dan ketabahan yang luar biasa, dan keyakinan dan kebergantunggan kepada Allah yang cukup luar biasa. Sehinggakan dalam kita menempuh jalan ini, pasti Allah akan menukarkan kita menjadi mukmin yang luar biasa :)

Dan golongan inilah yang pasti dan pasti akan memenangkan Islam semula. Membimbing manusia ke arah Uztaziyatul Alam (Dunia Tanpa Fitnah). Menarik semula manusia ke arah Allah. Dan tujuan hidup golongan ini hanyalah satu. Hidup Mulia atau Mati Syahid di jalan ini. Allahu... Moga Dia menempatkan kita semua dalam golongan ini...

Ehem... Fuhh... Tenangkan semula diri ini, berkobar menulis perenggan itu tadi...

Menjadi superhero juga, pastinya kita akan diuji Allah dengan kehadiran SuperVillain. Batman hampir mati dan patah tulang belakang kerana ingin menyelamatkan manusia daripada Bane, Pelawak (Joker) & Orang-Orang (ScareCrow) dan Ironman pulak sehinggakan mengalami masalah peribadi, kerisauan yang melampau bila dunianya jadi tunggang terbalik akibat perbuatan musuh-musuhnya. Itu baru kerja menyelamatkan manusia kan?



Selaku Khalifah dan Daie, kita menanggung perjuangan yang lebih besar. Bukan sekadar menyelamatkan, kita mahu menyedarkan semula umat ini, memandu mereka semua pulang kepada Allah. Senang cerita kita hendak membina semula kefahaman atau fikrah umat ini. Kerana fikiran serta ideologi umat ini dah tenat diserang bertubi-tubi melalui Ghazwul Fikr. Dan tahukah anda membina manusia itu bukan satu kerja yang mudah, bukan seperti membina lego. Kita hendak membina semula cara pandang, cara hidup dan akhlak umat yang bertunjangkan iman dan Islam!

Nampak dah kan? Ini bukan kerja untuk orang biasa... Ini amanah untuk kita, ikhwah dan akhawat. Ini kerja Hero! :)

*Sebab itu Murrobi dan Murrobiah anda sering kata bukan semua orang terpilih untuk bersama dalam gerabak tarbiyyah ini. Anda memang special, cayelah cakap saya ni :)*

Dan pastinya segala usaha ke arah kebaikan pasti akan diuji, kerana musuh utama kita, KEJAHILAN, pun akan tetap terus berusaha untuk memastikan umat kita terus tertidur. Mereka pun ada agen-agen kemungkarang yang berusaha untuk melemahkan usaha kita selaku hero yang bersemengat untuk menyelamatkan umat ini! Maka mengapa kita harus berlengah lagi? Kita juga mesti all out dalam membawa risalah Dakwah & Tarbiyyah. Tiada lagi masa untuk berehat. Kerehatan adalah kelalaian bagi seorang daie!

Tambahan pulak, ujian untuk kita yang luar biasa haruslah juga luar biasa. Sebab kita sedang melawan arus ni. Sedang membaiki dan memulihkan umat yang sedang tenat. Maka musuh-musuh kita pasti akan tak tenang duduk. Bila anda betul nak berubah jadi luar biasa kerana Islam, maka anda akan dapati ujian yang mendatang semakin menggila. Godaan duniawi secara tiba-tiba akan nampak lebih menggoda, dan saya tak nafikan terkadang kita pasti tersungkur... Rilekslah... Batman dan Ironman pun pernah kalah sekali dua kan?



Tak!!!!! Sebab kita ialah ikhwah dan akhawat, mana mungkin sekali-kali kita mahu kembali kepada jahiliyyah kan? Maka, tetap teguh dan besabarlah di atas jalan ini. Kerana Allah sentiasa bersama kita. Dan kita pasti menang akhirnya, dan sesungguhnya janji Allah itu pasti. Kalah bukan pilihan buat kita.

"Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
[Muhammad: 7]

"Dan barang siapa mengambil Allah, rasulNya dan orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya, pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang"
[Al Ma'idah: 56]

Fuuh... Ujian yang diberi oleh Allah untuk kita juga, pasti terasa luar biasa berat dan lazat pulak ibrahnya yang boleh diambil. Allah pasti menguji kita... Terkadang kita akan ditampar oleh MakCik Hidayah, lepastu ditolak jatuh tangga pula oleh Pakcik Taufiq, Dibuli setiap hari dengan Mr SabarDerita, diterajang dekat hati oleh Uncle Sentap, dan diakhiri pula dengan ujian bertulis paper psikologi yang dibuat khas oleh Mr Arrogant. Alahai... Banyak betul ujian kan? Iya! Kerana ujian-ujian yang luar biasa ini, hanyalah untuk kita yang hebat luar biasa sebab kita sedang membawa Konspirasi Menuju Syurga yang cukup, cukup, cukup luar biasa...

"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah? Oleh itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal"
[Ali 'Imran: 160]


Maka hanyalah kebergantunggan 300% kepada Allah yang mampu menjadi sumber kekuatan seharian kita...



Allahu...

Tenangkan semula diri... Masih berkobar lagi sejak mula menaip. Hampir pecah keyboard library law ni...

Di akhir cerita saya mahu kita faham bahawa, kita, ikhwah dan akhawat, pendukung risalah Rasulullah ini ialah hero buat umat ini...

Berbalik semula kepada tajuk entry, ada sebab saya kata kenapa saya bukan Bruce Wayne tetapi saya ialah Tony Stark. Sebabnya pada hari ini Batman merupakan manusia yang mempunyai dua identiti yang berbeza... Seluruh dunia tidak tahu bahawa Bruce ialah superhero mereka selama ini. Dan pada waktu lapang, Bruce sebagai manusia biasa sibuk berfoya-foya, minum arak sana-sini, dan membazirkan masa...

Dear Ikhwah &; Akhawat,..
Kita nak jadi macam Ironman or Tony Stark, sebabnya Tony terasa yang sangat susah untuk membeza kehidupan peribadinya dan kehidupan superheronya. Setelah berfikir panjang, akhirnya beliau ambil keputusan untuk memikul amanah selaku Ironman sepanjang masa tanpa merahsiakan identitinya...

Begitulah juga kita. Jangan pula sewaktu dalam usrah atau ketika beramah mesra dalam golongan ikhwah dan akhwat sahaja baru kita bersemangat untuk meyelamatkan umat. Tapi bila tidak bersama dan berada dengan masyarakat kita tutup pula identiti kita selaku pada daie dan khalifah. Akhlak dan tingkahlaku kita lansung tak sama dengan sewaktu bersama dalam usrah. Hanya ada hitam dan putih dalam Islam, tidak boleh bercampur kedua-duanya. Tak mungkin kita boleh hidup sebagai ikhwah dan akhawat tetapi masih lagi bergelumang dalam kepekatan jahiliyyah yang hakiki. Berubah, insyaAllah kita mampu. Sebab kerja menjulang risalah dakwah ini memerlukan sepenuh masa kita, maka tak mungkin kita boleh hidup dengan dua identiti.

Full Time Mukmin. Full Time Daie. Full Time Khalifah.

Permanent Residence of Jannah, insyaAllah :)

Bukan Batman, tapi Ironman!

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan phonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat"
[An Nasr: 1-3]

Wassalam...

P/s : Petik kata-kata daripada blog Diari Bulatan Gembira; Tamau jadi Clark Kent, sebab tak full time jadi Superman. Ini insipirasi saya untuk entry ni :)

  

Monday, November 11, 2013

Assalamualaikum

Saya betul-betul nak menulis sesuatu dekat sini, banyak rasa yang nak dihuraikan dalam kata-kata... Tapi entah kenapa, Allah sedang genggam jiwa saya...

Saya sedang tersekat, terhimpit, dan terbatas...

Hati ni rasa sangat kering...

Jiwa sedang hampir mati...

Hamasah makin pudar...

Dan iman makin rapuh...

Saya mohon doa supaya Allah benar-benar betulkan diri saya semula... Semoga saya bersemangat semula untuk menulis, dan tetap tsabat di jalannya...

Hidup mulia atau mati syahid!


Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts