Sunday, September 27, 2009


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah masih lagi dikurniakan nafas oleh Allah swt untuk meneruskan hidup di dunia ini. Yup, hari ini merupakan hari terakhir untuk bersenan lenang kat rumah, esok dah mula balik memikul semua tanggungjawab di MOZAC. Huhu, rasa macam malas jer... Tapi kena buat jugak, ini amanah dari Allah. Saya harus menunaikannya. Ok lah, tak nak cakap panjang lagipun baju tak packing lagi ni. Sekian. Wassalam.

P/S : Sedihnya... :( Chelsea kalah dengan Wigan... Huhu..

Saturday, September 26, 2009

Syawal masa digalakkan qada puasa Ramadan
Oleh Mohd Zaki Mukhtar
wanitajim0@yahoo.com

UMAT Islam sekarang sedang menyambut Syawal selepas berjaya merentasi segala cabaran pada Ramadan al-Mubarak. Mudah-mudahan didikan Ramadan tahun ini dapat membentuk keperibadian kita sebagai umat Islam mulia yang menjadi asas kepada pembinaan masyarakat Islam cemerlang.

Syawal adalah bulan yang kesepuluh mengikut takwim Islam dan ia mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan tersendiri termasuk menziarahi saudara-mara dan kaum keluarga.

Sempena bulan mulia ini kita turut digalak berpuasa enam yang fadilatnya diibaratkan berpuasa selama setahun. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa enam hari dalam Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana enam hari dalam bulan itu.



Nabi Muhammad bersabda, "Barang siapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Seperti diketahui semua amalan sunat adalah penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardu. Perlu kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa Ramadan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan kerana kedatangan haid, Syawal ini memberi peluang terbaik untuk membayar puasa qada lebih afdal tidak digabung dengan puasa sunat enam hari Syawal walau pun ada pendapat menyatakanboleh.

Kebiasaan membayar puasa Ramadan pada hari-hari terakhir Ramadan akan datang adalah amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah.

Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qada puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajipan yang kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat dalam hati kita?

Natijah daripada amalan puasa ialah takwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepada-Nya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus, tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingat) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah.

Mana dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati mencintai nabi dan ulama, Insya Allah kita bersama mereka di akhirat. Bagaimana pula kalau kecintaan beralih kepada artis dan penyanyi?

Penulis adalah AJK Dakwah & Khidmat Masyarakat JIM Daerah Batu dengan kerjasama Wanita JIM dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com.

Tuesday, September 22, 2009


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, dah hari raya yang ketiga dah. Saya pun masih lagi belum puas jalan raya dan merasa semua kuih raya rumah orang lain. Haha, kalau rumah sendiri punya dah abis dan saya telan. K, this time saya nak share dengan anda semua beberapa SMS raya yang saya dapat raya tahun ni daripada rakan-rakan sekalian. So kepada semua yang hantar message ni, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga sebab ingat gak dekat saya ni. Alhamdulillah.

1)Raisya Syahira
Wahai Khalig Kau kurniakanlah hambaMu ini rahmatMu, sungguh muslim ini penuh rasa cinta dan kasih di dalam hatinya untuk orang lain... Maka Ya Allah kuniakanlah dia dan keluarganya kebahagiaan dunia dan akhirat... Amin Ya Allah... Slamat Ari Raye... Maaf zahir dan batin... Allah wa yubariku fik!

2)Aizat Zainal
Maaf zahir dan batin.

3)Nur
Ramadhan pergi Syawal menanti, SMS dihantar penganti diri, Maaf dipohon seikhlas hati, sempena menyambut hari yang suci ini. Drp : Nur

4)Muhd. Daniel
HaLi LaYa sULa maLi, baJu LaYa sAtU LoLi, sAtU taHuN sAtU kALi, wA mIKiN sILap wA vELy sOLi, e2 aMPau sINi mALi!

5)Akmal Arif
SELAMAT HARI RAYA DARIPADA AKMAL ARIF MOHD RAZALI... Maaf atas segala salah dan silap.. Semoga AIDILFIRI tahun ini penuh bermakna.

6)Hannan Athari
Pelita dipasang penaik seri, Ramadhan diganti si aidilfitri, mesej pendek pegganti diri, tanda persahabatan sentiasa diingati... seLaMat haRi raYa aiDilFitRi... Maaf zahir n batin... -athari-

7)Amirul Bahri
Salam... Maafkan ku

8)Alif Ishak
Mentari muncul menjelang pagi, Bersyukurlah dengan kurniaan ILLAHI, Ramadhan al Mubarak berakhir kini, Bulan SYAWAL mengganti sudah. Salam aidil fitri maaf zahir n batin. -alif ishak-

9) Atikah Alias dan Fairuza Syahira
Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya... Zohormu gembira... Asarmu bahagia... Maghribmu keampunan... Isyakmu keberkatan dan doamu diterima, diberkati rezekimu serta dibuka padamu pintu syurga seluas-luasnya... Amin.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... Maaf zahir dan batin...

10)Shakir Zufayri
Assalamualaikum... Selamat ari raya maaf zahir dan batin... Minta maaf la kalau ade wt slh ek...

11)Ariff Husaini
Slamat Hari Raya Aidilfitri!!! Kpd dude2 yg ak egt sll...
I'm s0o0o s0rry if I ter...
ksr bhse,
tengking2,
mra2,
jeling2,
umpat2,
kutok2,
n sume yang ter2 tu...
Plz halalkan mne2 yang aku t'mkn, t'mnom, t'hrop, t'sdot, t'bau dll. Yang pntg, kte kwn ye...

12)Hazim Ismail
Anak gajah kena racun... Kena racun dengan Pak Jongos... Rayer ni jangan ler korang main merc0n... Karang x psl2 ade lak yang hang0s... haha:) SELAMAT HARI RAYE... Maaf zahir dan batin...

13)Alyya Syahira
Mata kadang2 salah melihat, Mulut kadang2 salah berucap, Hati kadang2 salah menduga, Maafkan segala kesilapan yang pasti ada. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..

14)Nadhirah
Jika ksilapn smlm blm trampun, MAAFKNLAH,jk ksilpn hari ini mnyakitkn, hrap LUPAKNLH, jk ksilpn esok mndtng, jgnlh dbw ke akhirat, klu ada t'kilan dhati selama kita b'knln hrp maafknla, 0/0 Celamat ari raye!! Maaf zahir n batin!!

15)Serena Teo
Hi. Selamat hari raya. Hehe.

Well, tu la dia antara SMS raya yang saya terima tahun ini. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi ya. Jumpa lagi ya? Saya dah nak kena ready untuk pergi beraya kat rumah Mak Cik pulak. Alhamdulillah. Wassalam.

Saturday, September 19, 2009


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Saya pun tidak mahu bercakap panjang. Just nak ucap kat semua, SELAMAT HARI RAYA!!!!! MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!!

Friday, September 18, 2009


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhmadulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita semua masih lagi bernafas dan terus dilimpahi keberkatan.Saya mohon maaf kepada semua kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini sekali lagi. Saya juga mempunyai beberapa komitmen dan urusan yang perlu diselesaikan juga perlu mengejar masa keemasan di bulan Ramadhan ini yang tidak lama sahaja lagi bakal meninggalkan kita. Allahu, betapa daku impikan agar Ramadhan untuk terus berpanjangan lagi. Sesungguhnya daku masih ada banyak lagi dosa dan kesalahan kepadaMu yang ingin kutebus. Namun apakan daya, Engkaulah yang menentukan segala-galanya. Ya Allah, harusku akui semakin hari semakin bertambah ujianMu ke atasku. Dan daku juga harus akui yang setiap ujianMu kian terasa beratnya dan diri ini semakin hari semakin lemah untuk menempuhnya. Tangungjawab yang Engkau kurniaan kepadaku terasa begitu berat sekali. Sungguh daku takut untuk memikulnya. Hati ini masih lagi tidak boleh melupakan saat namaku diumumkan sebagai Ketua Pelajar Muzaffar Syah 2010. Allahu, dalam hatiku terus beristifargh bekali-kali. Saya menjadi begitu gentar memikirkan kesukaran dan kalemahan saya untuk menjadi seorang khalifah di Muzaffar Syah. Namun saat itulah daku terus teringat firmanMu, La Tahfan yang mafhumnya jangan takut. Daku yakin bahawa Engkau akan membantuku Ya Allah. Allah, daku mengharap keredhaan dan margfirahMu, ku mohon kekuatan, keteguhan serta keyakinan dalam memimpin. Ya Allah bantulah dan bimbinglah daku dalam menunaikan amanah ini. Amin Ya Allah.

Selain itu, saya juga turut dilantik sebagai Biro Multimedia untuk UNESCO dan Biro Disiplin pula untuk Pancaragam. Allahu, mampukah daku memikul semuanya ini??? Mungkin nampak mudah, tapi amanah tetap satu amanah. Hati saya juga turut bersedih saat telinga ini menagkap kata-kata beberapa orang yang mempersoalkan kewibawaan dan ketelusan daku. Allahu kurniakanlah daku kesabaran dan ketabahan dalam menempuhnya. Sungguh saya yakin dengan kata-kata Imam Ahmad bahawa tidak mungkin kita kan dapat memuaskan hati semua orang. Oleh itu Ya Allah, bantulah diri ini dalam memilih keputusan yang tepat. Tambah lagi dengan keputusan akademik ku yang juga merosot. Baru-baru ini cuma dapat 3A1, 3A2, 2B4 dan 1E8. Allahu, terangkanlah minda dan kuatkan ingatan ini dala menuntut ilmu. Buat masa sekarang ini, saya dapat merasai sedikit ketenangan kerana sudah berada di rumah. Alhamdulillah jiwa ini rasa tenang sedikit. Sekarang ini pun tengah busy sedikit untuk preparation sempena menyambut Aidil Fitri. Allah bantulah daku. Amin. Sekian sahaja buat kali ini. Wassalam.

Sunday, September 13, 2009

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

- Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

- Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

- Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

- Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

- Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

- Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

- Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

- Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

- Syarat sah iktikaf: Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

- Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

- Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

- Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

- Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

- Perkara yang membatalkan iktikaf:

- Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.

- Murtad.

- Hilang akal kerana gila atau mabuk.

- Datang haid atau nifas.

- Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

- Perkara yang sunat dilakukan.

- Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.

- Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

- Perkara yang harus dilakukan.

- Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.

- Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian. - Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Thursday, September 10, 2009


SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.

Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.

Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: ?Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. ? (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya: ?Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.? ? (Hadis riwayat Muslim )

Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.

Antaranya firman Allah bermaksud: ?Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.? (Surah al-Qadr, ayat 1-5).

Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad.

Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan .

Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan.

Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: ?Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.? ? (Hadis riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.

Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.

Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.

Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.

Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat.

Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.

Usia baginda dan umatnya adalah pendek.

Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad saw. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 80 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad saw yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja.

Kerana keutamaan inilah, Rasulullah (SAW) amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.

Dalam hal ini, memadailah Rasulullah (SAW) sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.

Rasulullah (SAW) juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.

Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud: ?Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.?

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.

Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts