Monday, December 27, 2010


Assalamualaikumwarahmatullahwabarakatuh. Alhamdulillah setelah sekian lama rasa malas untuk update blog ini, Allah kurniakan kerajinan untuk menulis juga dekat sini. Semalam, bersama-sama dengan ayah, my little brother and my cousins. Semuanya tercetus sebab ayah nak sangat tengok final AFF Suzuki Cup 2010. This year memang different sebab Malaysia yang ku banggakan beraksi di pentas final menentang Indonesia. Memang perlawanan yang saya nanti-nantikan. Harimau Malaya vs Garuda.

Perjalanan dimulakan dengan menghantar mama dan my sisters ke hotel then terus pergi pick up my cousins at Cheras. Ingatkan nak pergi mana-mana sebab baru pukul 2 petang, but Ayah just drive straight to Bukit Jalil National Stadium. Yang peliknya, baru pukul 2 tapi perkarangan Stadium Bukit Jalil dah penuh dengan peminat-peminat Malaysia and Indonesia. Yellows and Reds are all over the place. So, tunggu la sampai pukul 3 sampai gate tu open for entrance. Bila dah buka je, kami pun masuk dalam stadium dan we are like the first to be there. Baru sikit je orang yang dah masuk. Tapi polis dan ada. Memang polis kena on duty for big game like this, takut ada pergaduhan nanti. Jadi, no option but duduk je sambil makan kuaci dan tunggu game untuk start. Before that, kena solat Asar dulu, however, surau untuk lelaki betul-betul dekat dengan entrance for penyokong Indonesia. Tapi di hatiku,walau apapun Islam tetap prioriti utama, dan teruskan usaha untuk bersolat. Hari tu, first time saya bersolat berimamkan seorang lelaki Indonesia dan dikelilingi oleh ramai peminat Indonesia. Kemudian sambul menunggu.

Mula-mula memang supporters Indonesia sangat ramai dan diorang sorak bukan main lagi. By six o'clock stadium dah dibanjiri oleh hitam kuning. Dan sorakan Garuda mula lenyap. Satu perkara yang saya nak kritik, memang bagus jadi peminat setia negara tapi sampai warnakan muka tu saya rasa agak keterlaluan, I mean, x nak solat maghrib ke? Camne nak solat dalam keadaan macam tu kan? Suasana makin hangat, apatah lagi kat kawasan Ultras Malaya, sebuah fan group yang setia dengan Malaysia. Pelbagai kain rentang telah digantung. My favourites are, 'Tanah Tumpahnya Darahku' and 'Kembalikan Maruah Kita'. Rasa Patriotik sangat bila baca semua kain rentang yang ada dekat situ. Bila Jurulatih Negara keluar je untuk check padang, semua fan Harimau Malaya berikan standing ovation. Then, K. Rajagobal reply dengan thumb's up je tapi tu dah cukup untuk buat semua penyokong mengaum menyorak for Malaysia. Seketika sebelum kick off, nyanyian lagu kebangsaan berlansung. Semua malaysians yang ada dekat situ telah berdiri dan menyanyikan 'Negaraku' bersama-sama. Malam itu, tak kira Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan or Kelantan, semuanya bersatu dalam nyanyian tu. It was a really great feeling. I was deeply moved. Bayangkan, menyanyikan lagu kebangsaan bersama-sama degan seratus ribu rakyat Malaysia yang lain.

And the game begin. X nak komen tapi game yang dipamerkan Malaysia memang mantap. I loved it. Saya saksikan perlawanan tu dengan penuh komitmen dan patriotisme. Tak senang duduk jadinya. Selepas 90 minutes of excitement, WE WON IT. Harimau Malaya membaham Garuda. 3-0 is just fantastic. Excitement continues. Jalan memang sesak habis. Kibaran Jalur Gemilang x terhenti. Memang best!!! Rugi siapa yang x pergi...

For Malaysia, I wish you the best of luck. Make us Proud, Tigers!!!!

Tuesday, December 21, 2010


Sampul sijil terkumpul....

Tag of Participation

Almari Memorabilia

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh... Hari ini saya telah unpack sebahagian lagi daripada semua barangan yang saya dah kumpul 5 tahun kat MOZAC tu... Haha, ketawa sendirian saya tengok balik 'sejarah' yang telah saya lalui. Let's start of dengan 2006. Saya mulakan dunia secondary school dengan bersekolah dekat SMKA Sultan Muhammad. Then on my 13th birthday saya telah mendaftar masuk ke SMS Muzaffar Syah, sebuah SBT (Sekolah Bukit Tinggi). I started of my journey life kat dorm 3B8 di bawah bimbingan Abang Izzul. Hidup di 3B8 memang membahagiakan dan seronok sangat... Penuh dugaan, memang penat sangat buat preparation for Hari Terbuka Asrama, in the end we didn't won. Saya masih ingat seluruh warga OHANA pernah kena settle kat dorm 3B1+3B2. That 3 hours were 'heaven'.... But still I consider it as one of my memorabilia. Oh yeah, saya study kat kelas 1 Omega. nothing much to talk about coz I 'was' quite an anti social.

2007, year of changes. Saya berpindah ke dorm 3A3, a prefect dormitory bersama 5 lagi prefect yang lain. Terpaksa berpisah ngan OHANA asa diorang semua masih duduk kat floor 2B. Tahun ini jugak alhamdulillah, tahun saya mula menjadi seorang warga Alpha. Tahun ini jugak I learn to fall for someone (sebelum dia berpindah... Sigh...) It was also my first year in debate. We lost in regional tournament but came 3rd in 2007 SAKTI HKSBP natonal level then. 2007 memang challenging, terpaksa struggle untuk cope dengan akademik dan social. Saya jugak melalui masa yang sangat sukar untuk terima perubahan beberapa rakan2... I'm sorry then. Karier kriket pun bermula pada tahun ni. Kami kalah dalam perlawanan sulung aku. Haha...

2008, year of PMR and recovery. I missed her. Itu perasaan saya sepanjang tahun ini. 200% saya mencuba untuk lupakan perkara tu. I knew I was wrong but I learnt my lesson. To her, my deepest apologize is to you. PMR? It was nothing kot. This year I had to choose between Wind Orchestra and Cricket. I was not really into both of them but I chose cricket. We got 4th place this year. Then debate. Kami cuma dapat bertahan sehingga suku akhir je. Lost to TKC back then. Tapi for me, HKSBP 2008 SMSAH paling best sekali. Pasca PMR memang seronok. Bangun lambat, lepak, lepak, tido, then lepak balik sampai akhir tahun. 2008 saya mula belajar mengenai tanggungjawab. I started to really getting into the meaning of the blue uniform. Dorm? Bosan giler... Saya seorang jer F3 time tu. 5 F4 dan 7 F2...

2009, year of challenging yourself and holding your head up high. Belajar di 4 Alpha memang perlukan komitmen yang tinggi. Here I met my long life enemy 'Add Math'. Hoho. You got me. Saya berada di dorm 2A2 bersam prefct2 F4 yang lain dan bersama seorang lagi bang dorm, Abang Akim yang kini berada di US. Kami menang Hari Terbuka Asrama. Ini tahun yang penuh cabaran. Saya banyak sekali kena marah dengan cikgu dan memang saya x puas hati. But then I knew it was for my own good. Saya tertanya2 nape cikgu2 sangat concern dengan apa je yang saya buat. Salah sikit je mesti kena on spot. 2009 memang MOZAC pack dengan macam2 aktiviti. Saya sangat tension tahun tu. Debate was up and down tahun tu. We won Melaka but kalah sangat awal untuk HKSBP 2009. Cricket ok. Dapat 2nd place. One day before cuti Ramadhan begin, I figured out why cikgu2 selalu marah2 (nasihat...) saya. I was announced as MOZAC's 2010 Head Student. What? From this point, 2009 semakin mencabar. I had a few quarrel dengan my own batch. But I just had to set my priority between OHANA and Prefects.

2010, the final year and year of OHANA. Permulaan tahun, I was buzy dengan prefects. Menguruskan itu dan ini. Look after the juniors. Trying to put off the battle between the F5 and the Prefects. It was tiring. I really had to manage my time. Best jugak sebab dapat peluan untuk attend Kursus Ketua Pelajar SBP dan bantu sekolah for KESUMA. Again MOZAC was full of comitment.Dorm memang first class. 3B3 ada ruang tamu, meja study, kusyen, 4 katil single dan fully carpet. Walaupun 4 orang je dalam dorm tapi tiap malam memang havoc. In the middle of the year, I let go the prefects dan kembali memperjuangkan OHANA. Kami start to build again our image and virtue. It was a great time the. We did everything together. Kalau nak list memang sangat panjang. Semakin penghujung, kami makin kuat berusaha for our SPM. We faced it with bravery and tawakkal. I really hope we make history for SPM 2010. Just then.. I realized it was all over right now... How I wish to turn back the pendulum. Once a Muzaffarian always a Muzaffarian.

We
The Students of Muzaffar Syah Science Secondary School
pledge,
to always go for excellence
in the field of academics and co curricular activities
We will obey the school rules
and work diligently to uphold the good name of the school
Respecting others is our life long practice
We also promise to be good individuals
for our religion and nation

Monday, December 13, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Kejadian ini telah berlaku pada tanggal 12 Disember 2010. Hayatilah kejadian ini

Saya : Dah update blog kau?
Ukhti : Belom lah. Aku x tau nak tulis ape. Huhu..
Saya : Tulis pasal aku je la... Haha... Ok x? :)
Ukhti : Hm. Haha. Kau undescriable la. Kau lah tulis dulu. Hehe.
Saya : Aku? Haha... X payah... Aku just typical human je... Sama macam orang lain. Kalau aku tulis pasal kau nak?
Ukhti : Huhu. Boleh jugak.
Saya : Ok. You got my word then.
Ukhti : Trimas. Bole x rasa x sabar? Haha

So lama jugak saya berfikir. Ukhti, kali ini saya sediakan posting ni khas untuk kau je. Disebabkan ini untuk ukhti maka saya bahasakan diri saya sebagai aku je la ye kali ni....

Bila agaknya aku kenal kau ye ukhti? Mesti masa sekolah rendah la kan? Ntah la aku pun x tahu sejak biler kita satu kelas. Aku start notice kau pun masa darjah 6. Haha, maaf ye ukhti, aku ni mana tau apa-apa masa kecik-kecik dulu. Yang aku tahu makan, tidur ngan sembang. Haha... Apa yang aku tahu tentang kau yer masa primary school kita. Aha, aku tau kau telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas. That's it. Sekali aku mintak maaf, masa dulu aku jadi pengawas pun tak tahu nak buat apa. Kau pulak kan dekat atas-atas sana, aku ni pulak just golongan hamba pengawas jer.. Pernak ke aku cakap dengan kau? Hmm.......... Maybe........ Ye ke..... Pasal apa yer..... X tahu la..... Aha! Tapi aku tau kau pun dapat 5A untuk UPSR kan? Masa tu aku ada la tabik sikit2...

Then, we move on to our own path. Aku pun tak tahu kau kat mana. X pernah teringat pun pasal kau, (sori...). Kemudian Allahu pun pertemukan kita dalam keadaan yang agak berhikmah. Masa tu dekat friendster kan? Kau tulis dekat profile aku, 'Your life looks so good'. Ermm...? Siapa perempuan ini year. Oh ini berlaku time 2008. Selepas beberapa lama berfikir, oh ukhti rupanya... So aku pun minta la dan beri no handphone aku dekat kau.... Selepas itu kau miss call aku. Then it all begin.

Honestly. aku sangat takut nak message kau mula-mula. Tapi aku beranikan diri jugak. Resultnya, aku dah bertemu dengan seorang yang sangat-sangat baik... Ukhti, masa aku first call kau, kita asyik cakap pasal prefect je kan? Aku pun naik heran sebenarnya... Prefect, prefect, prefect... Kau tak bosan ke ukhti? Then baru aku tahu yang kau ni rupanya ialah Head Student of MGHS. Oh, aku bertambah kagum lagi. Aku dapat rasakan sepanjang aku tak bertemu dengan kau ini, mesti kau dah jadi seorang yang sangat dihormati.

Masa reunion 6 Cemerlang, aku minta maaf aku tak cakap apa-apa pun dengan kau. Haha, sebab aku dah lama sangat tak jumpa kawan2 kita yang lain. Bukan apa, sebab aku tau ukhti aku ini sentiasa di sisi aku x kira apa pun... Mesti kau terasa kan? Sebab kau suruk ada budak ni kata kau kirim salam sombong dekat aku... Haha... Sorry sekali lagi. Then, kau visit sekolah aku, aku pun kasi la kau air kotak laici sebab aku tengok kau macam dahaga jer... Tak sangka pulak kau simpan air tu sampai Ramadhan! Kelakar la kau ni ukhti. Still, walaupun kita selalu bersembang, aku x pernah cakap face to face dengan kau.

Allahu masih nak beri kita peluang. Allah pertemukan kita kat Karnival Wind Orchestra. Masa tu, diam-diam aku selalu perhatikan kau. Aku tengok macam mana kau lead school kau. Tegas, ceria dan saksama. Melalui perkara tu, aku tau kau seorang sangat komited dan buat apa sahaja untuk perkara yang kau suka. Hai ukhti, makin bertambah kagum lagi aku terhadap kau. Then masa closing dinner, itulah first time aku dapat cakap berdepan dengan kau, walaupun sekejap. Kita cakap pasal perkara yang sama tapi aku rasa lain sangat. Ukhti, aku nak kau tahu aku sangat kagum dengan kau.

Sepanjang kenal dengan kau ini, aku banyak sekali share problems dengan kau. Kau tak pernah merungut. Aku selalu gurau dengan kau, kau x pernah marah pun. Aku rasa segala sifat-sifat mahmudah ada dalam diri kau. Just kau gila-gila sikit. Tapi itu yang buat aku rasa selesa dengan kau. Bagi aku kau memang bijak, baik, penyabar dan sangat tabah. Hehe, aku tak boleh nak komen panjang ukhti sebab aku belum cukup kaji pasal kau lagi. Ukhti, ini untuk kau. Memang posting ini tak sebaik karangan BM SPM aku, but ini ikhlas dan khas untuk kau.

K? Aku dah tunaikan janji aku kan ukhti? Walapun posting ni tak banyak sangat pasal kau... Janji dengan aku kau akan selalu jadi ukhti aku yang solehah dan muslehah untuk seluruh umat manusia di muka bumi ni...

Sunday, December 12, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Baru 4 hari sahaja saya da rasa kosong sangat kat rumah ni. OHANA, I miss you. I felt that I had lost half of myself. Sampai bila nak macam ni... Haru biru hidup ni... Allahu, beri aku petunjukmu. Jadi selepas beberapa lama berijtihad, hmm I came out with an idea.. Well that's for starting... I believe I really need a plan for my holiday....

Jadi saya listkan kat sini sebab mana tau boleh bagi inspirasi kat anda semua :

1) Baca Yasiin selepas solat Subuh, seperti mana dengan OHANA dulu
2) Jogging (boleh ke ni...)
3) Reading, anything yang bermanfaat
4) Internet 2 hours the most (betul ke ni...)
5) Ni rancangan paling besar saya untuk cuti ini,: MENULIS NOVEL, Hahaha... Draf tu dah ada cuma tak tau la boleh ke x, but I want to give it a shot a least once... Nantikannya ye.. 'Nur Bukan Cahaya'! Ehem, ada sesiapa nak jadi editor saya?
6) 3 zikir selepas solat Asar
7) Jogging lagi...
8) Solat sunat hajat dan taubat everyday...
9) Date dengan Al Quran selepas Isya'
10) Baca komik...
11) Baca buku2 agama, InsyaAllah

Sigh... I really hope rancangan ni boleh isi rasa rindu yang sangat mendalam terhadap OHANA... Wassalam.

Saturday, December 11, 2010

Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik... inilah idola kita, Zinnirah....

Blog : uztaznaim.blogspot.com

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts