Thursday, July 25, 2013

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

Alhamdulillah ala kulli hal...

PadaMu Allah, aku panjatkan kesyukuran agar bertambah-bertambah rasa cintaku pada diriMu.

Kita dah berada di sini! Iye, di sinilah. Separuh masa kedua Ramadhan Al Mubarak. Macam mana 16 hari berpuasa sebelum ni? Saya harapkan Ramadhan anda kali ini lebih indah daripada biasa.



Rata-rata umat Islam sangat meraikan bulan Ramadhan. Mana tidaknya, secara automatiknya masjid dipenuhi jemaah yang ramai setiap hari. Para jemaah pun secara hebat dan bergayanya boleh stay di masjid lama-lama... Sedekah makanan di masjid pun tak pernah putus, program-program Islam di tv pun bertambah-tambah. Fuyoo... Semua ni berkat Ramadhan :) Hebat kan?



Tetapi ramai juga terlupa intipati sebenar Ramadhan kali ini. Ramadhan memang bulan mengejar ibadah, melipat gandakan amalan-amalan sunat. Tapi Ramadhan bukan setakat menyediakan anda untuk 30 hari sahaja tahu? Ramadhan ialah madrasah untuk kita menghadapi 11 bulan lagi selepas ni..



Bulan puasa ni jadi terminal rehat buat kita semua, kita berehat sebentar daripada bergelumang dengan segala dosa sebelum ni.. Ramadhan ni tempat untuk sediakan menjadi hambaNya yang lebih progresif dalam ibadah dan lebih konsisten dalam mengerjakannya. Ramadhan jugak tempat untuk kita berperang habis-habisan melawan nafsu yang selama ni telah berjaya mengawal segala tindakan kita.



Anda dah bersedia? Masih belum terlambat sebenarnya... Ada masa lagi untuk kita tundukkan nafsu kita tu... Tanpa nafsu, bukan manusia namanya kita ni. Nafsu mustahil untuk dihapuskan, sebaliknya ia perlu dikendalikan dgn baik supaya kita yang kawal nafsu bukan sebaliknya... Oleh itu, dalam bulan Ramadhan ni, tatkala semua anasi-anasir jahat geng-geng iblis semua dah dirantai, maka kita memang peroleh kekuatan luar biasa untuk menghadapi nafsu kita kali ini...

Anda dah bersedia tak?

Marilah kita masuk ke arena pertarungan ni...

Kita bergedebak gedebik gedebuk melawan nafsu kita! :)



Nafsu Makan
Nafsu ni paling payah kita nak handle sebenarnya, kita kena banyak nilai semula apa yang kita main sumbat je dalam perut kita sebelum ni. Ramadhan kan bulan untuk kita muhasabah dan kenang kesusahan orang lain. Kalau kita beli berpuluh plastik juadah berbuka, itu bukan kenang orang susah namanya sahabat. Kawal jumlah makanan kita, ambil mana yang perlu sahaja.



*satu tumbukan padu kepada nafsu...



Nafsu Merokok
Ehem... Err.. Anda... Cubalah yee hentikan membakar duit anda secara terang-terangan tu. Hentikan merokok tu. Duit nak beli berkotak-berkotak rokok kita boleh buat derma tahu. Berlipat ganda kot ganjaran sempena bulan Ramadhan ni :) Jumm cuba!

*tumbukan super power kepada nafsu...

Nafsu Berinternet
Tak dinafikan, internet banyak betul faedah. Tapi dekat web ni jugaklah banyak perkara-perkara yang tak baik untuk mata, hati dan boleh buat nafsu kita makin power pulak... Kurangkanlah, satu hari online 2 jam je ke... Gunakan masa anda untuk mengadap komputer tu menjadi masa untuk tadabbur al quran. Barulah nampak ciri-ciri muslim dekat kita kan?

*tumbukan bertubi-tubi, bagi nafsu kita rase sikit...

Nafsu Mengumpat
Allahu... Ini memang bahaya... Terkadang kita guna alasan untuk bersembang pasal seseorang tapi kita end up dengan mengumpat, mengeji dan memburuk-burukkan orang tu. Sebab tu lah, mari bulan puasa ni kita hayati pesanan Rasulullah, lebih baik kita diam daripada bercakap perkara yang sia-sia... Jaga lidah kita, kalau nak bercakap juga, pastikan perkataan kita tu baik-baik dan menyenangkan orang di sekeliling kita...

*satu hentakan kuat kepada nafsu kita, disertai tamparan yang menginsafkan

Nafsu Malas
Err... Ini satu lagi nafsu tipikal kita... Bila masuk bulan puasa, semua benda jadi perlahan, lembab, kerja pun tak perfect. Alasan, sebab lapar dan dahaga... Oh, itu hanya sebuah lagi alasan. Tahukah anda waktu Ramadhan dulu, umat Islam berperang dengan kaum kuffar dalam perang Badar di tengah-tengah padang pasir panas tu... Siap menang weyh :) Kita mampu ke? Emak suruh jemur baju di ampaian pun kita dah mengeluh..

Aha... Ini paling bahaya...
Nafsu Tidur
Ini bersangkut paut dengan nafsu di atas tu, bila kita dah malas-malas, takde benda berfaedah nak buat, kita pun masuk selimut dan berdengkur sampai puas... Ini sumpah bahaya. Bulan puasa bukan tempoh untuk kita berasa lemah, tetapi ia medan perjuangan yang membangkitkan diri!



Ayuh, kita runtuhkan tembok nafsu tu. Selamat menempuh separuh masa kedua ye :)

Wassalam...

Sunday, July 7, 2013

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillahi Rabbil Alamin...

Banyakkan beristighfar. Panjatkan doa. Jangan berhenti berdoa. Terus tersenyum. Moga Allah sentiasa redha...

Saya dah berada di rumah, cuti. Ramadhan dah semakin hampir. Excited. Tak sabar :')

Seperti yang anda semua maklum, hidup di Malaysia, negara yang bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan, suara kita seorang rakyat disalurkan melalui Wakil Rakyat yang kita pilih melalui Pilihanraya Umum. Wakil Rakyat ini kita beri mandat selaku umara' untuk memimpin dan menguruskan perihal kebajikan dan kemaslahatan masyarakat. Dalam bahasa mudah, kita lantik seorang Yang Berhormat (YB) untuk bertanggungjawab ke atas kita.



Perlu kita jelas, rasanya sekitar tahun 2005 dan ke atas, Malaysia mengalami proses islamic resurgence yang hebat dan mendesak. Kematangan rakyat dan hidayah Allah s.w.t mengubah halatuju rakyat Malaysia untuk kembali memahami islam yang sebenar, bukan islam ciptaan manusia. Maka ramai yang mula memilih mereka yang mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai pegangan agama yang baik untuk dihantar ke Parlimen kerana yakin dengan peribadi mereka. Kenapa tidak bukan? Bukankah orang-orang yang beriman akan menghapus korupsi dan penyelewangan kerana tujuan hidup mereka ialah Allah, bukan kepentingan duniawi.

Ini bukan entri politik. Ini cerita. Saya bukan pakar untuk ulas isu politik Malaysia. Kabur.

Dalam 200 lebih YB yang ada di seluruh Malaysia, belum dikira lagi dengan ADUN setiap negeri, serta golongan Datuk yang dilantik, saya masih lagi tercari-cari seorang YB yang boleh saya hormati dan ikut cara kepimpinannya. Bagi anda, mungkin anda dah jumpa seorang YB yang mantap dan hebat agama dan perihal dunianya tapi saya belum jumpa lagi seorang yang boleh buat saya kata, "Inilah dia YB yang mampu membawa kita ke syurgaNya" :')

Kalau Allah nak temukan, pasti Allah temukan.

Ada seorang YB, dah bersara, tinggal berhampiran dengan kampung saya. Beliau bukanlah seorang YB yang diva dan popular, hatta jadi ahli parlimen pun tak pernah. Sekadar seorang Datuk, beberapa kali berkempen, ada ketika beliau menang, ada waktu beliau tewas. Saya mula mengenalinya ketika beliau sering hadir memberi ucapan perasmian di beberapa majlis sekolah rendah saya. Begitulah hidup YB yang dah bersara.

Saya meningkat dewasa dan banyak luangkan masa di asrama. Jarang tahu perihal penduduk tempatan. Bila Ramadhan saya balik. Luangkan masa dengan keluarga dan berterawikh di masjid kampung. Setiap tahun rasanya, mesti ada dijemput Imam-iman daripada Mekah, Madinah ataupun Syria untuk jadi imam jemputan sempenan Ramadhan. Saya seronok juga. Siapa tak suka kan dapat solat dengan Imam Mekah. Ayah pernah kata yang semua imam yang dijemput ni, YB tu yang biaya. Beliau yang jemput dan tanggung perbelanjaan tu dan tumpangkan rumah dia semua. Sehingga kini, setiap tahun mesti ada imam jemputan. Waktu tu, saya hanya terfikir yang kaya betul YB ni...

Teringin bersolat berimamkan Perdana Menteri
Saya meningkat dewasa lagi. Makin rajin ke masjid. Hehe. Sekurang-kurangnya, kalau tak rajin, makin kerap. Bila saya pergi masjid waktu subuh, saya perasan yang YB tu mesti dah ada, bersedia untuk ikut jemaah solat. Saya singgah pulak waktu zohor, beliau hadir sama lagi. Asar pun dia ada, maghrib, isya' dan ceramah-ceramah mingguan pun beliau tak pernah ponteng. Kagum pulak rasanya. Beliau pun datang masjid naik motor kapcai je. Simple. Tentulah saya kagum, sebab melihatkan kebanyakan YB-YB yang ada sekarang ni, susah sangat nak nampak di masjid. Kalau ada di masjid pun, mesti datang dengan media perlu dihebahkan dalam Buletin Utama lagi. Dan kalau datang mesti ada sambutan khas, disediakan tempat istimewa semua. Kalau sampai perlu diraikan begitu sekali, bagi saya itu ertinya YB jarang singgah ke masjid, betul kan? Mungkin sambutan tu semua untuk menarik minat YB-YB untuk selalu datang masjid lagi lepas ni... YB kampung saya, macam dia pulak yang jadi siak dan noja masjid, beliau yang hadir awal. Siapa tak kagum kan?

Bulan Ramadhan tahun 2011, masjid kampung saya anjurkan Qiamulail sepanjang sepuluh malam terakhir Ramadhan. Berimamkan imam daripada Syria, qiamulail bermula jam 4 pagi sehingga waktu sahur. Kalau diikutkan memang tak larat nak bangun awal setiap pagi nak pergi masjid, tapi ayah semangat nak pergi setiap pagi maka saya pun terbabit sama. Rasa malu pula sebab kadang-kadang bila lewat bangun, tak sempat mandi lagi dah ke masjid. Hehe. Dan sepanjang Qiamulail setiap hari tu, YB tu tak pernah ponteng. Siap datang pakai jubah, siap mandi and wangi. SubhanAllah... Anda kagum tak sekarang? Err... Saya teringin juga melihat ahli Parlimen kita yang sedia ada ni berqiamulail bersama rakyat :) Tentu mahabbah. Mohon Perdana Menteri jadi Imam :) Dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan tu, ramai para jemaah menangis pohon keampunan pada waktu qiamulail sambil berdoa ramai-ramai. YB tu pun menangis jugak. Siap teresak-esak lagi. Tersentuh hati ni.

Teringin jugak nak dengar tazkirah DSAI
Pernah sekali bila ayah saya sibuk dengan kerja and jarang dapat singgah ke masjid, beberapa kali jugak YB ni telefon ayah dekat rumah waktu subuh tanya kenapa dah lama tak datang masjid, ada masalah ke semua? Haaa... Pernah tak YB tempat anda buat gini?

Lupa nak maklum, masa Ramadhan 2011 tu, YB tu jemput imam daripada Syria, Bilal Tantawi untuk jadi imam jemputan sepanjang Ramadhan dekat masjid kampung. Beliau siap jemput Imam Bilal dengan keluarga dia semua ke Malaysia. Perbenlanjaan ditanngung dia sepenuhnya. Rumahnya ditumpangkan buat imam daripada Syria tu. Tahun tu dapatlah tengok Imam Syria main bola petang-petang dengan anak-anak kampung and main bunga api waktu malam. Hehe. Geli hati. Lepas je habis tarawikh, imam Syria tu mesti akan bagi tazkirah ringkas dalam bahasa kampung. Habislah orang kampung macam saya ni nak faham macam mana kan? Alih-alih, anak YB tu sendiri yang jadi translator. Hebat. Imam Syria tu duduk dekat rumah YB tu sampailah raya baru dia balik Syria.

Keluarga YB ni pun hebat-hebat. 4 orang anak perempuannya semua jadi doktor dan 2 anak lelakinya dihantar ke negara arab dididik untuk jadikan uztaz dan hafiz. Saya kenal juga anak dia, peramah. Tahun 2012, waktu krisis Syria makin teruk, dengar cerita Imam Bilal Tantawi ditangkap oleh Rejim Bashar, dipenjarakan. Lepad dibebaskan, YB ni terus selamatkan Imam Bilal dan family dia bawa ke Malaysia. Beri tempat tinggal dan pendidikan untuk anak-anak Imam Bilal tu. Sekarang ni Imam Bilal tu jadi perlarian dekat Malaysia ni. Mengajar anak-anak kampung mengaji dekat masjid waktu petang-petang. Dan untuk beberapa bulan dah ni, YB tu yang tampung semua belanja Imam Bilal dan keluarga...

Kalau nak cerita lagi tentang kebaikan YB ni, banyak lagi rasanya. Tentulah YB ni belum mampu lagi untuk kita simpulkan as pemimpin umat yang baik, tapi sekurangnya dia better daripada yang lain yang pernah saya kenal secara peribadi. Tentu seronok kalau YB seluruh Malaysia ada jiwa macam ni. Rakyat dan masyarakat pun akan senang hati and impian kita nak bentuk negara Islam yang gemilang boleh jadi kenyataan...

Kalau kita masih terus nak harapkan YB yang penuh korupsi, suka mencarut, kaki arak, suka menunjuk kebaikan, susahlah kita nanti. Kita perlu buat pilihan yang lebih baik. Mesti seronok kalau YB semua turun solat jemaah setiap waktu, mesti masyarakat pun akan terikut sekali.

Mesti bahagia kalau gini tiap masa, duduk bersama berbincang sambil senyum tawa
Menjadi YB bukan tanggungjawab yang kecil, pasti Allah akan persoalkan kita di akhirat nanti.

Saya yakin YB kita semua mampu untuk buat lebih baik lagi. Kalau YB kampung saya yang dah bersara ni boleh buat, kenapa tidak anda?

Mulakan dengan langkah mudah dulu YB-YB yeee... Firstly, dekatkan diri di masjid and lazimi solat berjemaah. Tak perlu cerita pada sesiapa. Allah pasti menilainya :)

Moga Allah beri limpah hidayah buat semua YB kita, dan kita masyarakat juga hendaknya...

Moga Allah redha...

Wassalam...

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts