Tuesday, January 31, 2012


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Ehem2.... (Clear kan suara)...

Sorry sangat2 sebab dah lama tak menulis kat sini. Saya dah try sehabis mungkin untuk cari masa untuk update blog ni. Tapi biasalah, saya terpaksa utamakan mana yang lebih utama. Dan lebih penting lagi, saya nak pastikan penulisan saya dalam entry ini dan entry2 yang sebelumnya dan yang akan mendatang ini semuanya berkualiti. Penulisan saya harus, even kalau sedikit sekalipun impak dia mampu memberi kesedaran buat diri sendiri dan ummah yang tercinta.

Saya baru sahaja menyelesaikan sebuah event untuk student2 asasi undang2 UiTM Shah Alam. Memang proses nak menyiapkan Hari Kecemerlangan Asasi (HAKA) tu penuh sangat ranjau dia. Rasa macam nak pengsan pun ada. Tapi alhamdulillah, syukur banyak2 ke hadrat Illahi atas bantuan yang tak kunjung putus. Many many thanks to lecturer dan jawatankuasa yang banyak membantu. Dan hati ni rasa gembira sangat bila dengar Dekan nak selaraskan program HAKA ini untuk batch2 asasi yang akan datang. Malah mungkin berkolaberasi dengan universiti lain lagi. So, watch out for HAKA future asasians, it's going to be legend.... wait for it... dary!!!

Kali ini saya nak menulis something mengenai cemburu. Cemburu is something that we can't run away. We have to face even if we don't have the knowledge to handle it. Maka kita lihat dalam segenap kehidupan kita, selalu sangat kita merasa cemburu kepada seseorang or rasa jealous sangat terhadap kejayaan orang lain.

Cemburunya... Ok kalau cemburu yang ni tak beberapa sweet sangat...
Menurut Islam, cemburu dalam mengejar kejayaan itu sangatlah digalakkan sebab ia akan menjadi daya motivasi buat diri kita untuk mencapai lebih lagi daripada orang lain. Malah cemburu dalam beribadah pun ok. Seperti saya misalnya. Saya sangat cemburu tau bila ada orang dapat pergi dengar ceramah Syeikh Dr Juma'ah from overseas tu sedangkan saya ni tidak dapat kesempatan yang sama. Cemburu bila orang lain boleh buat amalan sunat, tapi saya pulak rasa malas je. Bila dah rasa cemburu tu, kenalah berusaha lebih keras lagi sbb saya pun nakkan attention from Allah jugak.

Ketahuilah cemburu ni sangat sweet sebenarnya. Terutamanya dalam hubungan suami isteri. Kenalah ada perasaan cemburu antara satu sama lain. Kalau saya ni, memang akan sangat cemburu rasanya kalau nampak zaujah saya bercakap2 dengan lelaki lain. Geramnye.... Dengan future zaujah insyaAllah, pun saya dah rasa cemburu sangat. Tapi betullah orang kata cemburu itu tandanya cinta. Orang2 melayu pun selalu kata, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sweetnya orang melayu kan? Tapi kalau yang baru couple2 ni, x perlulah nak cemburu yer? Couple tu sendiri dah haram. Kalau nak sangat rasa cemburu tu sila berkhitbah cepat2.

So True... Carilah Allah dulu... Yang perempuan, sila larut dalam cinta Allah
Tahu tak yang syariat kita telah meluruskan perasaan cemburu ni? Cemburu dah ada sejak zaman jahiliyyah lagi tapi Islam telah mengharmonikan cemburu ni.



Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallambersabda :

لا شيء أغير من الله / رواه الإمام أحمد والبخاري
"Tidak ada sesusatu pun yang lebih pecemburu dari Allah" (HR.Imam Ahmad dan al-Bukhari)
Beliau bersabda :
إن الله يغار, وإن المؤمن يغار, وغيرة الله أن يأتي المؤمن ما حرم الله عليه / رواه الإمام أحمد والبخاري ومسلم
"Sesungguhnya Allah cemburu, orang beriman cemburu, dan cemburuNya Allah jika seorang Mu'min melakukan apa yang Allah haramkan atasnya" (HR. Imam Ahmad, al-Bukhari dan Muslim)

Beliau bersabda dalam khutbahnya ketika terjadi gerhana matahari :

يا أمة محمد, ما أحد أغير من الله / رواه البخاري ومسلم
"Wahai ummat Muhammad, tak seorang pun yang lebih pecemburu dari Allah" (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Beliau juga bersabda:

إن من الغيرة ما يحب الله.../ رواه الإمام أحمد وأبو داود والنسائي 
"Sesungguhnya ada di antara sifat cemburu yang Allah cintai…" (HR.Ahmad, Abu Daud dan an-Nasa'i)

Apa yang tersirat dalam rasa cemburu tu? Maknanya kita ni ada kemampuan untuk mencintai seseorang. Cemburu ni lansung tak buruk tau. Cemburu itu maknanya, kita tak sanggup nak lepaskan orang yang kita sayang. Dengan kawan kita pun, kalau diorang lepak dengan orang lain, kita dah rasa macam tersisih kan? Itulah tanda cemburu. Dan cemburu tu tandanya cinta. Konklusinya, Islam mengajar kita kalau kita bercemburu secara tepat, memang cemburu tu sangat sweet. Jealousy is a sweet torment kan?

Wassalam...

Wednesday, January 18, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Mecukupkan hamba hambaNya yang kekurangan. Moga rahmatMu terus hadir tak putus2.

Selepas melalui seminggu yang cukup menjerihkan, saya kembali dengan semangat yang lebih jitu dan keimanan yang lebih teguh, insyaAllah. Selama beberapa hari ni, keimanan yang tertancap dalam hati ini perlukan sedikit ruang untuk ia bangkit dan marak menyala semula. Saya lebih suka refer keadaan ini sebagai iman saya demam. Demam panas yang memaksa iman kita tidak effisyen dalam menjaga pergaulan seharian kita.

Baiklah, perkara yang saya alami ni bukanlah perkara yang saya seorang je alami. Ramai lagi menghadapi penyakit yang sama. Penyakit hati ni, memang susah nak cari ubatnya, even though ubat tu around kita jer. So, selepas 2 3 hari memohon petunjuk dari Illahi saya temukan ubat yang saya klasifikasikan sebagai sangat mujarab. Ehem, saya bukanlah orang pertama yang discover ubat ni. Para anbiya, awliya, dan ulama dah lama jumpa dah. Yang saya ni baru nak tahu. Tapi ada masih boleh panggil saya Doktor Iman kalau anda mahu.

Pesakit : Doktor, cepatlah.... Iman saya dah sakit sangat ni

Saya : Oh, Eh jap jap... Ok2, sabar yer... saya nak bagi la awak ubatnya ni.


Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi
bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.
Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Ha, itulah dia ubat yang telah saya temui beberapa hari ni. Allah dah janji yang takde penyakit yang takde ubat kecuali mati. Semuanya ada tau, cuma kita kena rajin mencari.

Iman awak semua sihat tak???
Pesakit 1 : Doktor....? Ubat apa ni.... Macam mana nak guna dia....

Saya : Pengunaan dia? Mudah sangat... Biar saya tuliskan.

Langkah penggunaan 'ubat' penyakit iman ni ;


  1. Muhasabah dulu diri kita. Ambil waktu untuk bertenang, duduk sorang kat tempat yang selesa dan recap balik segala perlakuan kita. Kenalpasti kelemahan kita dan bahagian mana dalam peribadi kita yang kena dibaiki ni. Teliti betul2, jangan sampai ada bahagian yang tertinggal yer
  2. Yang kedua, kita kena merancang. Iyer, merancang. Rancang macam mana nak betulkan balik diri kita ni. Kalau tak rancang, memang gagal lah jawabnya. Tapi ingat yer, kemampuan kita sebagai hamba Allah sekadar merancang jer, Dia jugak yang menentukan segala-galanya. Jangan lupa pulak untuk berdoa sekali agar perancangan tu tak tersilap.
  3. Langkah yang ketiga ni memang liat sikit. MENGUATKAN AZAM DAN TEKAD. Whoa.... Bunyi pun dah susah. Saya harus akui, part ni memang susah sangat. Selalunya, catalyst sangat diperlukan dalam langkah ni. Catalaysts seperti kawan-kawan, keluarga usrah, geng halaqah ataupun ohana circle pun banyak membantu. Berlari ke arah Allah secara beramai-ramai lagi cool ok?
  4. Yang keempat ni memang langkah wajib. Perlaksanaan. Dah penat merancang, takkan tak nak buat pulak kan? Kena la kerjakan, disamping meninggalkan larangan dia. 
  5. Yang kelima ini ialah penyelesaian bagi penyakit kita ni. Ingredient yang paling penting sekali. Yakni, istiqamah. Istiqamah ni la perkara yang paling selalu kita terlepas pandang. Selalu jer kita abaikan. Sebab kita anggap istiqamah ni picisan jer. Sebanarnya tak. Istiqamah ni memastikan kelansungan kita dalam menjaga iman kita.
Pesakit 2 : Doktor!!!.... Kejap2... Istiqamah tu ape yer? Hehe.....

Saya : Kamu ni.... Ish... Ok, saya jelaskan...

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh
Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.  Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu.  Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata).  Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)."
(Surah As Syura Ayat 15)

So based on firman Allah tu, istiqamah ni ialah berpendirian teguh di atas jalan yang lurus secara teorinya. Secara praktikalnya pulak, istiqamah itu berterusan perlaksanaanya. Contohnya, bila kita dah membaca al quran 5 pages sehari, so berterusanlah melaksanakan perkara tu. Jangan amalkan konsep, "Kalau sempat buatlah..." Kita kena tekad untuk buat perkara tu setiap hari, barulah keimanan kita ni constantly terjaga. Barulah kita ni sejahtera. Barulah iman kita sihat dan cergas setiap masa. Banyak perkara yang kena kita istiqamah, antaranya muhasabah diri, zikir, menghadiri majlis ilmu dan segala perkara yang makruf la.

Pesakit 1,2,3,4 dan ramai lagi : Ooooh......

Saya : Dah faham kan? So lepas ni tak mau sakit2 lagi yer? Apa lagi yang awak semua ni tunggu?.... Selamat beramal! 

Wassalam....

Saturday, January 14, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Finally some space for breathing. Ehem2, masyaAllah, rasanya dah lama sangat dibiarkan blog ini terabai. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ni, blog ni dah jadi macam indicator hidup saya. Kalau blog ni terabai dan tak terupdate, maka begitulah jugak hidup saya.

Apapun saya ucapkan terima kasih buat semua yang telah menaikkan pageviews untuk entry sebelum ni. Kalau entry pasal nikah je, confirm berlambak jer pageview dia. Haha. Kalau anda bertanya menegenai siapakah si dia dalam entry sebelum ni, maaf saya tak boleh jawab. Sebab dia cumalah pilihan hati saya, tak lebih dari tu dan tak kurang tu insyaAllah.

Pentingnya seorang Umala' dan umara' jugak
Entry kali ini saya nak berkongsi sedikit perihal seorang pemimpin kecil bernama Ahmad Azri ni. Iye, saya nak menulis tentang minggu saya. Memberikan anda sebab musabab kenapa blog ini dibiarkan bersawang untuk beberapa hari. Hal ini adalah kerana saya terpaksa menempuh satu minggu yang sangat menjerihkan.

Minggu sibuk ini bermula saat Handphone kesayangan, Aino, yang baru setahun jagung umurnya mengalami demam panas. Dia rosak, maka rosaklah segala perancangan hari saya yang agak teratur tu. Terutamanya apabila saya bukan lagi sekadar seorang mahasiswa yang 24 jam berhibur dan belajar, tapi sekarang ini bertindak selaku Pengarah program Hari Kecemerlangan Asasi 2012 dan Makan Malam Tahunan Asasi. Baru tahu tinggi rendah langit tu. Selain itu, assignment yang menggunung tu turut menemani diri saya setiap hari. Assignment memang sangat setia.

Pengurusan ni memang memerlukan perhatian saya setiap masa. Sekali saya terlepas pandang, memang rosaklah la perancangan tu. Dijadikan cerita, saya mengalami demam panas pada hari Khamis yang lalu. Maka terpaksa untuk skip kelas sepanjang hari tu. Dan jadilah saya orang2 yang rugi sebab tak pergi kelas. Saya baru tak hadir sekali je ke kelas untuk semester ni, dan saya dapat 14 miss calls from different callers. Sebabkan handphone saya tak mampu nak menjawab panggilan2 tu semua maka saya pun tak tahu apa yang terjadi di dunia luar. Call boleh dapat, tapi bila dah pick up suara orang yang call tu tak dapat didengari pulak. Akibatnya, saya dimarahi orang atasan kerana gagal memunculkan diri pada satu event yang turut wujud pada hari itu. Saya rasa sangat depressed pada hari tersebut.

Aino jatuh sakit pada waktu yang salah...
Hari Jumaat pulak, saya berhempas pulas menjawab soalan ujian Akta Kontrak. Kenapa la semua soalan2 law mesti susah dan panjang jawapannya? Haish. Penat tau. Baru kebah dari demam panas, minda tak bersedia lagi untuk berkerja keras. InsyaAllah, Dia akan membalas usaha itu dengan pencapaian yang setimpal.

Seminggu ini saya rasakan sangat tertekan dan penat sampai mengadu dekat mama. Ini baru versi Ahmad Azri si pemimpin kecil, belum lagi versi Ahmad Azri versi ketua keluarga, macam mana pulak nanti Ahmad Azri versi Perdana Menteri Malaysia? Semua ini mengajar saya, amanah itu sangat berat. Dan hanya mereka yang Allah pilih sahaja mampu memikul amanah tu. Dan kita kena sentiasa doa pada Yang Maha Kuasa supaya ringankan sikit bebanan tu. Biarpun saya hanya seorang pemimpin kecil, tapi biarlah usaha saya itu besar dan diredhai Allah. Tak guna bekerja keras kalau redha Allah tak datang mengiringi. Amanah itu datang silih berganti, tak kiralah kita ni pemimpin kecik ke, pemimpin besar or even pemimpin comel sekalipun, janganlah berada jauh2 dengan Allah. Selalu rapat2 dengan Dia. Allah sangat sayangkan kita tau. Maka balaslah segala rahmat dan kasih sayangNya dengan patuh kepada perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Biarpun engkau dianggap pemimpin kecil, engkau tetap akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Pemimpin kecil sekalipun, pasti ada mereka yang dahagakan pimpinan kamu.
Maka, memimpinlah dengan cara pimpinan Rasulullah....

Wassalam....

Saturday, January 7, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Retorik sungguh ye tajuk entry ni?

Anda semua pernah tak tanya soalan tu tak kepada mana2 orang sebelum ni?

Pernah tak tanya, "Awak..., nak nikah dengan saya tak?"

Saya? Saya pun belum lagi. Tak berani weyh, ingat soalan tu macam teka teki ke? Itu sungguh satu soalan yang mampu merevolusikan hidup anda. Selama 19 tahun hidup (saya actually belum 19 lagi...) di dalam dunia ini, saya dah banyak kali dengar dialog, "Awak nak jadi couple saya tak?" or "Awak nak jadi girlfriend/boyfriend saya tak?" Cliche kan? Selalu sangat kita dengar, mugkin ada di antara kita yang dah pernah melafazkan soala2 tu, tapi saya yakin tak ramai pernah tanya soalan pasal nikah tu. Kepada yang dah, saya ucapkan tahniah.

Sebagai remaja, memang tak BOLEH lansung nak lari daripada permasalahan hati dan emosi ni, terutamanya bab2 CINTA ni. Masalah utama ummah kita semestinya ialah menggangap bercouple itu satu keperluan di alam remaja ni. Iye, jom tepuk dahi ramai2. Pahit untuk kita akui, tapi memang inilah keadaan remaja muslim kat Malaysia. Mempunyai pasangan itu dianggap satu achievement dan orang yang tidak bercouple akan dianggap noob. Iye bukan?



Sekarang ni saya nak ajak diri saya sendiri serta anda2 semua untuk fikirkan semula apa tujuan bercouple ni? For fun? True love? Money? Fame? Banyak sangat sebabnya. Ramai sekali yang ada persepsi macam ni, "Kami bercouple je, bukan buat apa-apa pun. Jumpa pun tak pernah". Oops, salah sekali fikiran kita kalau berfikiran macam tu. Logik akal mungkin membenarkan, tapi logik iman akan sentiasa menidakkan konsep ini. Bila kita berada menjadi dalam relationship ni, susah tau. Trust me, I've been there or probably almost been there. Saya tak pasti. Haha.

Mari kita buat perbandingan mudah antara nikah dan bercouple ni. Nikah itu tujuannya sangat jelas. Yakni saling melengkapi satu sama lain malah ini sunnah Rasulullah. Couple pulak, sangat2 DILARANG oleh Allah s.w.t. Malah sekarang ada pulak yang mengunakan alasan nak membimbing pasangannya itu. Dush! Kita sendiri dah melanggar larangan Allah, macam manalah nak jaga pasangan kita tu. Bila bercouple ni, niat kita akan sentiasa berubah2, pastu akan wujud second thoughts, then saling tak mempercayai, pastu tiba2 clash!!! Kan sangat nenbazir kasih sayang tu? Simpan untuk bini lagi baik tahu.



Anonymous : Eh kau ni nak tazkirah orang ni, kau ni pulak macam tak couple ke? Ntah2 guna alasan cinta islamic, lagi teruk la kau ni sebab bercinta guna alasan agama. (sambil buat muka tak puas hati)

Saya : Err.... Couple itu memang salah, tapi bercinta kerana agama itu lansung tidak salah tahu. Sebab memang sepatutnya mencintai seseorang itu kerana agamanya. Rasulullah pun pesan suruh pilih calon isteri based on agama dia. So tak salahlah kalau nak bercinta islamik pun, asalkan kita dah bernikah dulu.

Anonymous : Abis tu takkan tak boleh nak rapat dengan perempuan lansung?

Saya : Err... Saya pun ada rapat dengan beberapa orang perempuan. Kalau saya tak menyokong couple ni bukan beerti saya anti perempuan. Saya sangat hormatkan mereka. Berkawan je la, tak de masalah asalkan syariatnya terjaga. Batasnya tak dilanggar dan iman tak rosak, Semudah itu.

Saya sendiri harus akui saya juga mengagumi seseorang malah hormatkan dia, dan bila semakin lama perasaan untuk menyintai itu muncul. Allahu, apa aku nak buat ni?

"Takutnya aku. Aku sukakan dia, tapi aku tak nak sebab aku cintakan dia nanti KAU pula murkai aku. Aku bukan hamba yang tamak, tapi aku dambakan cinta dariMU dan cinta dari dia."

Sampai begitu sekali saya rasa. Maka satu hari itu saya kumpul niat dan terus saya jelaskan niat saya.

Si saya : Awak, saya serius ni, saya nak masuk meminang awak nanti. Saya nak jadikan awak isteri saya yang sah dan halal

Si dia : (awkward silence....)

Si saya : ....... err......

Si dia : (awkward silence masih beterusan....)

Si saya : Awak marah dengan saya ye?

Si dia : Tak... Tapi kalau awak yakin dengan niat awak, silalah berjumpa dengan mak saya, sampaikan terus hajat awak. Saya ok je, tapi yang penting awak kena tanya mak saya dulu.

Si saya : Itu saya tahu, saya cuma nak jelaskan niat saya ni. Perjalanan hidup kita dua ni pun jauh lagi. Banyak lagi perlu kita sediakan. Yang pasti saya nak lamar awak cuma mungkin bukan dalam masa terdekat, dan tak lah dalam masa terjauh. Haha.

Si dia : Ha... Tau pun kita dua ni masih banyak lagi nak kena bersedia. So, pesan saya kat azri mudah je, SILA JAGA HATI AWAK ELOK-ELOK.

Dialog tadi tu cerita benar yer, bukan rekaan cuma dialog ni mungkin lain sikit. Kenapa saya terus lafazkan niat saya pada si dia tu even though saya tau saya tak ready lagi. Sebab saya nak tetapkan niat saya. Saya nak cinta dia dengan cara yang halal dan saya terus kejar cinta Allah pada masa yang sama. Dan saya sangat berterima kasih pada si dia sebab dia selalu pesan dekat saya supaya jaga hati, sebab hati kita ni sangat susah untuk dijaga.

Saya tak pernah mintak dia couple dengan saya or suruh dia jad girlfriend saya, sebab saya nak muliakan dia. She deserves a 'halal' relationship to begin with. So kenapa saya berani mati sangat pergi sampaikan hasrat saya? Sebab saya yakin dengan agama dia. InsyaAllah, kalau ada jodoh Allah akan satukan kami, dan kalau tak moga Allah sediakan yang lebih baik lagi untuk kami berdua.



Tak perlu pun bercouple ni, kalau susah sangat nak jaga hati macam saya ni, terus sampaikan je hasrat tu. Sebab biar mudah untuk kita tetapkan niat kita dan pada masa yang sama, belajar untuk menjaga hati. Saya sedia maklum cara saya ni bukanlah cara yang paling tepat tapi saya lebih suka macam ni, daripada saya couple dan rosakkan perempuan tu. At least dia tahu saya serius, dan saya pun harus lebih serius menyediakan diri saya. Apa apa pun, sebelum buat apa langkah sekali pun, betulkan niat kita dan minta tolong daripada Allah dulu. InsyaAllah, 'si dia' anda masing2 akan memahami.

Wassalam....
(P/s : Tolong doakan saya dan si dia itu ada jodoh dan disatukan oleh Allah dengan cara yang terbaik)  

Tuesday, January 3, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Kita mulakan tahun baru ini dengan kembali mengejar ilmu di UiTM. Alhamdulillah sempat untuk blog biarpun kejap lagi je, saya ada test yang perlu dihadapi. InsyaAllah, Dia akan beri kemudahan.


So, setelah sekian lama, saya tak baca apa2 novel, saya mulakan review buku untuk 2012 ni dengan sebuah karya daripada penulis yang saya kagumi, John Grisham. His latest masterpiece is a book entitled The Litigators. As to many John Grisham fans out there, his books bring a new element of literature, something other authors didn't bother to portray in their writings. Truthfully, I might be a little bit bias, as he is really awesome in legal literature and through my opinion, he is number one in it and he lives up his reputation in each an every of his book.

Grisham's book exposed to the normal civilian like us, the true colours of the legal system that we trust. And this exposure is what the society craves for though it may be a fiction. His latest novel mainly focus on the issues of ethical code of a lawyer. How lawyers are supposed to carry out their duty and obligation? What do they have to sacrifice to become the best and how on earth does boutique firm can survive against those giant firm consisting hundreds of lawyers?

The Litigators focuses on three different counsel working in the same firm with different aims and personalities. Lets take a tour on this three main characters,

David Zinc : A former solicitor for a giant firm of Rogan Rothberg, but left the firm as he believed he can't stand working there even for another second. A Harvard graduate but never appear before the court. He was employed to work again at Finley & Figg after he bravely help them in some way. David is my favourite character so far as he is someone very knowledgeable but he never has the chance to apply it. Working at F&F revealed to him the truth of street lawyers. He learned step by step and never afraid to learn what he didn't know. Zinc give full commitment in everything and has the courage to go up against a big corporation in a litigation and prove to be beyond expectation for a novice. His compassion for the needy prove to be fruitful when he gained a huge settlement and without hesitation share the income with his other two associates though he done everything by himself.

Wally Figg : A junior counsel at F&F. A sober and obsessed with the idea of obtaining a huge settlement. He was so obsessed that he done everything legal and unethical to squeeze himself into the Krayoxx litigation. Figg is a character that I won't hire as my counsel. He depends on others to do the job for him and went M.I.A when he is needed. He does have the courage to try something new but he's to lazy to work for it and expect money to come rolling. And obviously out of his wits when his huge back up, Jerry Alisandros, surrender too early without a fight.

Oscar Finley : A senior counsel at F&F. And old man with lack of inspiration. His goal in his life is to ditch his wife and he is not the supportive type. He was like going with the flow. He got a heart attack during hi opening speech during the litigation. Finley is supposed to be full of experience but he failed to show it throughout the story. His only achievement is probably divorcing his wife and become a bachelor again.

This cover seems to be more breathtaking
Summary :
The partners at Finley & Figg—all two of them—often refer to themselves as “a boutique law firm.” Boutique, as in chic, selective, and prosperous. They are, of course, none of these things. What they are is a two-bit operation always in search of their big break, ambulance chasers who’ve been in the trenches much too long making way too little. Their specialties, so to speak, are quickie divorces and DUIs, with the occasional jackpot of an actual car wreck thrown in. After twenty plus years together, Oscar Finley and Wally Figg bicker like an old married couple but somehow continue to scratch out a half-decent living from their seedy bungalow offices in southwest Chicago.

And then change comes their way. More accurately, it stumbles in. David Zinc, a young but already burned-out attorney, walks away from his fast-track career at a fancy downtown firm, goes on a serious bender, and finds himself literally at the doorstep of our boutique firm. Once David sobers up and comes to grips with the fact that he’s suddenly unemployed, any job—even one with Finley & Figg—looks okay to him.

With their new associate on board, F&F is ready to tackle a really big case, a case that could make the partners rich without requiring them to actually practice much law. An extremely popular drug, Krayoxx, the number one cholesterol reducer for the dangerously overweight, produced by Varrick Labs, a giant pharmaceutical company with annual sales of $25 billion, has recently come under fire after several patients taking it have suffered heart attacks. Wally smells money.

A little online research confirms Wally’s suspicions—a huge plaintiffs’ firm in Florida is putting together a class action suit against Varrick. All Finley & Figg has to do is find a handful of people who have had heart attacks while taking Krayoxx, convince them to become clients, join the class action, and ride along to fame and fortune. With any luck, they won’t even have to enter a courtroom!

It almost seems too good to be true. And it is.

The Litigators is a tremendously entertaining romp, filled with the kind of courtroom strategies, theatrics, and suspense that have made John Grisham America’s favorite storyteller. (From Amazon.com)


 All in all, I definitely recommend this novel and rate it 4 out of 5. It's really inspiring and I wish for more from John Grisham in the future.

Wassalam...

Sunday, January 1, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

Selamat tinggal 2011 dan ahlan wasahlan 2012.

2011 merupakan tahun yang paling mencabar saya rasakan dalam hidup saya. Maklumlah, buat pertama kali meninggalkan bumi melaka dan berhijrah ke shah alam untuk mengejar cita-cita. Selaku seorang remaja muslim yang imannya selalu turun naik, memang saya desperate untuk mencapai tahap istiqamah. Bukan mudah tahu? Bahkan istiqamah ni perkara yang sangat Rasulullah suka kalau ada pada setiap umatnya. Biarpun hanya beristiqamah dalam perkara yang kecil sekalipun.

Seperti biasa bila masuk tahun baru, kita pun excited memikirkan azam tahun baru kita. Tapi ramai di antara kita yang terlupa untuk muhasabah diri di akhir tahun yang lalu. Tapi x pe, ni baru hari pertama 2012, masih sempat untuk muhasabah. Muhasabah ni bukanlah kita fokus kat dosa2 kita yang lalu sahaja, bahkan mengenang semula pencapaian dan kejayaan kita pun boleh.



Oleh itu saya teringin sekali nak recap balik the important highlights throughout my very own 2011.

2011:

  • Saya join Intensive English at Stanford College. It was cool. I learnt english in a more interesting way and socialize like never before. Haha, betul ni, ni first tempat saya bersosial di luar MOZAC.
  • I was admitted into AYTR. Saya rasa this is the best part of 2011. Menyertai Program Kepimpinan Tun Razak (PKTR). Berjumpa dengan 68 orang yang sangat awesome dan superb. Banyak saya belajar daripada mereka. And now I know that kemesraan yang kekal selama-lamanya boleh terbentuk dalam masa 2 minggu je, as long as you open up your heart for everyone.
  • Saya dapat lesen kereta!!! Yahoo!!! Sadly though sebab duduk di Shah Alam, so tak banyak sangat bwak kereta
  • Meneruskan impian dalam pengajian undang-undang di UiTM Shah Alam. To be part of the big Asasi family is an honour for me. Sekarang saya tahu Law tak semudah yang disangka.
2012:
Obviously belum ada sebarang highlights lagi. Yang ada cumalah harapan, tawakkal dan impian yang menggunung untuk mengharungi 2012 ni. Bercakap tentang azam ni, saya tak de azam yang besar2 ni. Saya nak macam dulu jer. Saya nak jadi balik Ahmad Azri yang dulu or progress to be a better person. InsyaAllah. Senang cerita saya nak tunaikan segala yang fardhu dan tingkatkan yang sunnah. Mudah kan? Bak kata Imam Muda Asyraf dalam Forum Perdana hari tu, azam tu biarlah yang mampu dicapai.

Perkara yang paling saya suka bila new year, BUNGA API!!!

Moga 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk diri saya, orang-orang yang saya sayang, kawan-kawan, serta untuk ummah yang saya cintai ini...

Wassalam...

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts