Saturday, January 14, 2012

 6:24 PM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Finally some space for breathing. Ehem2, masyaAllah, rasanya dah lama sangat dibiarkan blog ini terabai. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ni, blog ni dah jadi macam indicator hidup saya. Kalau blog ni terabai dan tak terupdate, maka begitulah jugak hidup saya.

Apapun saya ucapkan terima kasih buat semua yang telah menaikkan pageviews untuk entry sebelum ni. Kalau entry pasal nikah je, confirm berlambak jer pageview dia. Haha. Kalau anda bertanya menegenai siapakah si dia dalam entry sebelum ni, maaf saya tak boleh jawab. Sebab dia cumalah pilihan hati saya, tak lebih dari tu dan tak kurang tu insyaAllah.

Pentingnya seorang Umala' dan umara' jugak
Entry kali ini saya nak berkongsi sedikit perihal seorang pemimpin kecil bernama Ahmad Azri ni. Iye, saya nak menulis tentang minggu saya. Memberikan anda sebab musabab kenapa blog ini dibiarkan bersawang untuk beberapa hari. Hal ini adalah kerana saya terpaksa menempuh satu minggu yang sangat menjerihkan.

Minggu sibuk ini bermula saat Handphone kesayangan, Aino, yang baru setahun jagung umurnya mengalami demam panas. Dia rosak, maka rosaklah segala perancangan hari saya yang agak teratur tu. Terutamanya apabila saya bukan lagi sekadar seorang mahasiswa yang 24 jam berhibur dan belajar, tapi sekarang ini bertindak selaku Pengarah program Hari Kecemerlangan Asasi 2012 dan Makan Malam Tahunan Asasi. Baru tahu tinggi rendah langit tu. Selain itu, assignment yang menggunung tu turut menemani diri saya setiap hari. Assignment memang sangat setia.

Pengurusan ni memang memerlukan perhatian saya setiap masa. Sekali saya terlepas pandang, memang rosaklah la perancangan tu. Dijadikan cerita, saya mengalami demam panas pada hari Khamis yang lalu. Maka terpaksa untuk skip kelas sepanjang hari tu. Dan jadilah saya orang2 yang rugi sebab tak pergi kelas. Saya baru tak hadir sekali je ke kelas untuk semester ni, dan saya dapat 14 miss calls from different callers. Sebabkan handphone saya tak mampu nak menjawab panggilan2 tu semua maka saya pun tak tahu apa yang terjadi di dunia luar. Call boleh dapat, tapi bila dah pick up suara orang yang call tu tak dapat didengari pulak. Akibatnya, saya dimarahi orang atasan kerana gagal memunculkan diri pada satu event yang turut wujud pada hari itu. Saya rasa sangat depressed pada hari tersebut.

Aino jatuh sakit pada waktu yang salah...
Hari Jumaat pulak, saya berhempas pulas menjawab soalan ujian Akta Kontrak. Kenapa la semua soalan2 law mesti susah dan panjang jawapannya? Haish. Penat tau. Baru kebah dari demam panas, minda tak bersedia lagi untuk berkerja keras. InsyaAllah, Dia akan membalas usaha itu dengan pencapaian yang setimpal.

Seminggu ini saya rasakan sangat tertekan dan penat sampai mengadu dekat mama. Ini baru versi Ahmad Azri si pemimpin kecil, belum lagi versi Ahmad Azri versi ketua keluarga, macam mana pulak nanti Ahmad Azri versi Perdana Menteri Malaysia? Semua ini mengajar saya, amanah itu sangat berat. Dan hanya mereka yang Allah pilih sahaja mampu memikul amanah tu. Dan kita kena sentiasa doa pada Yang Maha Kuasa supaya ringankan sikit bebanan tu. Biarpun saya hanya seorang pemimpin kecil, tapi biarlah usaha saya itu besar dan diredhai Allah. Tak guna bekerja keras kalau redha Allah tak datang mengiringi. Amanah itu datang silih berganti, tak kiralah kita ni pemimpin kecik ke, pemimpin besar or even pemimpin comel sekalipun, janganlah berada jauh2 dengan Allah. Selalu rapat2 dengan Dia. Allah sangat sayangkan kita tau. Maka balaslah segala rahmat dan kasih sayangNya dengan patuh kepada perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Biarpun engkau dianggap pemimpin kecil, engkau tetap akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Pemimpin kecil sekalipun, pasti ada mereka yang dahagakan pimpinan kamu.
Maka, memimpinlah dengan cara pimpinan Rasulullah....

Wassalam....

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts