Wednesday, January 18, 2012

 10:14 AM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Mecukupkan hamba hambaNya yang kekurangan. Moga rahmatMu terus hadir tak putus2.

Selepas melalui seminggu yang cukup menjerihkan, saya kembali dengan semangat yang lebih jitu dan keimanan yang lebih teguh, insyaAllah. Selama beberapa hari ni, keimanan yang tertancap dalam hati ini perlukan sedikit ruang untuk ia bangkit dan marak menyala semula. Saya lebih suka refer keadaan ini sebagai iman saya demam. Demam panas yang memaksa iman kita tidak effisyen dalam menjaga pergaulan seharian kita.

Baiklah, perkara yang saya alami ni bukanlah perkara yang saya seorang je alami. Ramai lagi menghadapi penyakit yang sama. Penyakit hati ni, memang susah nak cari ubatnya, even though ubat tu around kita jer. So, selepas 2 3 hari memohon petunjuk dari Illahi saya temukan ubat yang saya klasifikasikan sebagai sangat mujarab. Ehem, saya bukanlah orang pertama yang discover ubat ni. Para anbiya, awliya, dan ulama dah lama jumpa dah. Yang saya ni baru nak tahu. Tapi ada masih boleh panggil saya Doktor Iman kalau anda mahu.

Pesakit : Doktor, cepatlah.... Iman saya dah sakit sangat ni

Saya : Oh, Eh jap jap... Ok2, sabar yer... saya nak bagi la awak ubatnya ni.


Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi
bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.
Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Ha, itulah dia ubat yang telah saya temui beberapa hari ni. Allah dah janji yang takde penyakit yang takde ubat kecuali mati. Semuanya ada tau, cuma kita kena rajin mencari.

Iman awak semua sihat tak???
Pesakit 1 : Doktor....? Ubat apa ni.... Macam mana nak guna dia....

Saya : Pengunaan dia? Mudah sangat... Biar saya tuliskan.

Langkah penggunaan 'ubat' penyakit iman ni ;


  1. Muhasabah dulu diri kita. Ambil waktu untuk bertenang, duduk sorang kat tempat yang selesa dan recap balik segala perlakuan kita. Kenalpasti kelemahan kita dan bahagian mana dalam peribadi kita yang kena dibaiki ni. Teliti betul2, jangan sampai ada bahagian yang tertinggal yer
  2. Yang kedua, kita kena merancang. Iyer, merancang. Rancang macam mana nak betulkan balik diri kita ni. Kalau tak rancang, memang gagal lah jawabnya. Tapi ingat yer, kemampuan kita sebagai hamba Allah sekadar merancang jer, Dia jugak yang menentukan segala-galanya. Jangan lupa pulak untuk berdoa sekali agar perancangan tu tak tersilap.
  3. Langkah yang ketiga ni memang liat sikit. MENGUATKAN AZAM DAN TEKAD. Whoa.... Bunyi pun dah susah. Saya harus akui, part ni memang susah sangat. Selalunya, catalyst sangat diperlukan dalam langkah ni. Catalaysts seperti kawan-kawan, keluarga usrah, geng halaqah ataupun ohana circle pun banyak membantu. Berlari ke arah Allah secara beramai-ramai lagi cool ok?
  4. Yang keempat ni memang langkah wajib. Perlaksanaan. Dah penat merancang, takkan tak nak buat pulak kan? Kena la kerjakan, disamping meninggalkan larangan dia. 
  5. Yang kelima ini ialah penyelesaian bagi penyakit kita ni. Ingredient yang paling penting sekali. Yakni, istiqamah. Istiqamah ni la perkara yang paling selalu kita terlepas pandang. Selalu jer kita abaikan. Sebab kita anggap istiqamah ni picisan jer. Sebanarnya tak. Istiqamah ni memastikan kelansungan kita dalam menjaga iman kita.
Pesakit 2 : Doktor!!!.... Kejap2... Istiqamah tu ape yer? Hehe.....

Saya : Kamu ni.... Ish... Ok, saya jelaskan...

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh
Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.  Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu.  Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata).  Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)."
(Surah As Syura Ayat 15)

So based on firman Allah tu, istiqamah ni ialah berpendirian teguh di atas jalan yang lurus secara teorinya. Secara praktikalnya pulak, istiqamah itu berterusan perlaksanaanya. Contohnya, bila kita dah membaca al quran 5 pages sehari, so berterusanlah melaksanakan perkara tu. Jangan amalkan konsep, "Kalau sempat buatlah..." Kita kena tekad untuk buat perkara tu setiap hari, barulah keimanan kita ni constantly terjaga. Barulah kita ni sejahtera. Barulah iman kita sihat dan cergas setiap masa. Banyak perkara yang kena kita istiqamah, antaranya muhasabah diri, zikir, menghadiri majlis ilmu dan segala perkara yang makruf la.

Pesakit 1,2,3,4 dan ramai lagi : Ooooh......

Saya : Dah faham kan? So lepas ni tak mau sakit2 lagi yer? Apa lagi yang awak semua ni tunggu?.... Selamat beramal! 

Wassalam....

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts