Sunday, September 30, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Hidup ini ialah satu perjuangan yang menjerihkan. Maka hati harus selalu kuat dan tabah dalam setiap langkah kaki. Sekiranya terjatuh sekalipun maka pasti akan berdiri teguh semula meruskan perjuangan.

Kerana Manusia itu tidak akan berhenti berjuang sehinggalah kedua-dua kakinya menginjak syurga.

Mujahadah, biiznillah. InsyaAllah :)

-Saat Dia mula menguji, jangan takut untuk menangis mengharap kemudahan daripadaNya. Dia lebih tahu bukan?-





P/s : Maaf untuk sebuah lagi entry yang pendek dan ringkas. Saya masih lagi menyusun kehidupan baru di UM. Belum bertemu kelapangan. Doakan insyaAllah :) Biar ringkas, asalkan ikhlas dari hati...

Wassalam...

Wednesday, September 19, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

*This is another short entry, sorry. Hehe...

This afternoon, Alhamdulillah by Allah's blessings I finally met my naqib, a person that I dearly hope can guide and assist me throughout this super unimaginable long journey. We were having a quality conversation, and I realized that myself failed to grasp the basic essence of Islam. Dear Allah, more hidayah for me pretty please?

A lot of questions was thrown at me. And all of them triggered me. It was kinda like a wake up call. One of the questions was, "When we say 'Islam', what are the things that come through your mind?" I replied saying Islam is closely associated with Malays, Solat, Mecca, Madinah, Zakat, Fasting, and etc. But then I realized, Islam is way more than that. It is the way of life. Syumul and comprises every aspect of life.

That was the answer by me, a muslim. But what are the common perception of the non-believers? Most of muslim countries are plagued with terrorism and Islam is a religion that encourages spreading of Islam through war and sword, will probably be their common understanding of Islam. As a muslim, we have an obligation to correct them. Let start first by correcting the fact of the so called Islamic terrorism. The question is who are the true enemy of peace?


A food for thought isn't it? Think!

Wassalam...



Monday, September 10, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah Ya Rabbal Alamin, berkat kasih sayangMu, hambaMu ini masih lagi di sini terus menerus mencuba untuk bernafas dalam jiwa hamba. Bila difikirkan semula memang dirasakan diri ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan rahmatMu yang terlalu melimpah ruah dalam pelbagai bentuk dan cara.

Eheh, rasanya dah berhari-hari blog ini ditinggalkan berhabuk. Penulis lansung tak mempunyai waktu sepanjang minggu lepas untuk menyentuh pun laptop ni. Sekarang ni 10 September, jam 4.30 pagi barulah berkesempatan untuk online dengan tenang. Digagahkan hati juga menulis sesuatu biarpun diri sendiri pun tak pasti apa sebenarnya yang hendak dituliskan. Yang pasti, menulis haruslah kerana Illahi.

Seminggu yang lalu, saya berkesempatan menempuh Minggu Haluansiswa UM 2012/2013. Kini setelah tamat orientasi, saya sudah selamat dan sah bergelar seorang warga Universiti Malaya. UM is ONE!!! InsyaAllah akan menempuh 4 tahun kehidupan di sini. Moga Allah yang sentiasa mengemudi bahtera kehidupan ini. Beberapa jam sahaja lagi, admin akan menempuh pula satu lagi minggu orientasi selama 7 hari di Fakulti Undang-Undang. Moga segala-galanya dimudahkan. Sekali lagi, Allah tambah lagi ujian, diangkat diri ini mengetuai barisan pelajar-pelajar tahun pertama undang-undang. Dalam hati, perasaan bercampur-baur, takut plus takut plus mengharap sangat-sangat agar ada orang yang sanggup teman sepanjang memenuhi aspirasi amanah ni. Kalau tak pikul dengan baik, pasti di akhirat akan kena soal.



Tapi tak mugkinlah Allah nak uji seorang hambaNya, dengan perkara yang memang hamba Dia tak mampu nak buat. Maka, kalau benar ini ujian untuk saya, maka pasti Allah akan tolong mudahkan. Sweetnya Allah :)

Bila dikenang semula, minggu orientasi ni banyak sangat nilai-nilai tarbiyyah yang boleh dikutip. Berterabur sepanjang minggu. Macam-macam sangat ragam umat Islam. Ada yang bagus dan ada yang terlalu menyimpang dari syariat. Saya pun hairan, kadang-kadang jadi terikut-ikut dengan perkara yang tak sepatutnya. Malas nak cerita panjang lebar tentang MHS. Kalau anda nak tahu, boleh je layari facebook warga-warga first year UM, confirm ada status update the orientation week :) Hehe... Alhamdulillah, kini saya menetap di Kolej Kediaman Kesebelas Ungku Aziz (KUAZ), bolehlah visit kalau anda sudi.

Bila saya bercakap tentang memulakan kehidupan sebagai student degree ni, maka takkan larilah daripada bercakap tentang Islam. Wah, wah, semua benda nak berkait dengan Islam ye? Eh, mestilah! Islam yang sebenar itukan syumul, holistik dan menyeluruh, meliputi segala genap kehidupan. Bangga :)

Bagi mereka yang bergelar muslim, menuntut ilmu itu ialah fardhu ain, tuntutan wajib daripada Yang Maha Esa. Kena mencintai ilmu. Apa ayat Quran pertama yang diturunkan? Iqra'!!! Bacalah!!! Wahyu pertama sekali Allah dah suruh kita membaca, arahan wajib ni. Jadi Ahmad Azri, jangan mengada-ngada nak rasa bosan lecturer suruh baca banyak notes kalau nak jadi pandai :)



Rasulullah S.A.W bersabda,
"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai ilmu, dan janganlah engkau menjadi golongan yang kelima, dengan sebabnya kau akan binasa"
(Riwayat Al Bazzar)

Hadith dekat atas ni mesti ramai dah biasa dengar. Ni la hadith yang kita ulang study untuk SPM dulu. Tapi kalau kita tak semai dalam hatipun, tak guna juga. Hakikat yang kita kena faham, Islam sangat mementingkan ilmu. Malulah kalau bergelar seorang daie, pendakwah tapi pelajaran entah ke mana, kelas selalu tak datang. Mungkin ada yang marah dengan statement ni, tapi perkara ini memang wujud. Ada je golongan daie songsang ni, or nama elok dia daie pondan. Kalau kita maju dalam pelajaran, dengan sendirinya dakwah akan berjalan. Orang akan pandang Islam sebagai umat yang mulia. Knowledge is Power! Kena tanam dalam hati prinsip ni, 'Tarbiyyah nombor satu, tapi akademik bukan nombor dua'.



"Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar." - Surah Al-Qasas [28] : 80

Nak masuk jannah pun kena ada degree jugak tau. Kalau x de, kena mohon rayuan kat Allah. Ehem tapi nak masuk syurga bukanlah guna degree yang anda semua berhempas pulas dapatkan dekat Universiti tu. Ini degree khas dari Illahi. Memang awesome tahap universal punya. Kalau anda berjaya dalam mendapat degree ni, insyaAllah hidup senang dunia akhirat.

Universiti dia adalah kampus paling besar dalam peradaban manusia. Seluruh dunia ialah kampus kita. Dan semua orang ialah lecturer kita, dari semua orang bahkan semua makhluk kita boleh belajar sesuatu. Kalau anda ada murobbi lagi bagus, kira murrobi tu macam Pembantu Mahasiswa kitalah. Inilah Universiti Kehidupan, universiti terbaik dalam dunia :)

"...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." - Surah Al-Mujaadalah 58 : 11

Minggu orientasi kita pun cukup panjang, daripada kita lahir sehinggalah kita mencapai akil baligh. Kemudia kita memulakan pembelajaran kita. Nak cari redha ke nak raih murka, kita yang tentukan. Dalam universiti ni takde fakulti yang specific, tapi ada ujian berkala. Bila-bila masa je Allah akan hantar ujian dalam pelbagai bentuk untuk tarbiyyah kita. Biar hati kita jadi kuat. Dengan semua ujian-ujian ni, barulah boleh lahirkan mahasiswa yang berketerampilan. Kalau kita fail satu dua ujian pun takpe, tak effect cgpa pun. Kita just kena taubat banyak-banyak dan tabahkan lagi hati kita untuk menghadapi ujian akan datang. Allah takkan pernah marah punyalah, asalkan kita ikhlas nak belajar. InsyaAllah semua orang boleh graduate pada waktu yang ditetapkan (bila waktu ajal datang menjemput...)



Hakikatnya wahai diri sendiri, Allah takkan pandang segulung ijazah yang kau penat berhempas pulas dapatkan daripada Universiti Malaya nanti. Allah cuma nak kita selalu dekat dengan Dia dan buat yang terbaik untuk Islam. Kalaulah boleh saya bertanya kepada malaikat raqib dan atib, tentu dah banyak kali saya fail ujian daripada Allah, tapi tak pernah sekali pun Allah buang saya daripada Universiti Tarbiyyah ni. Maka dah tau besarnya rahmat Allah kan? So bersyukurlah, Alhamdulillah :)

Saya doakan kita semua berjaya menempuh kehidupan di alam Universiti Tarbiyyah ni. Biar kita dapat degree kita yakni kefahaman yang sebenar tentang agama Allah. Bila dah faham kenalah sama-sama amal nanti. Selamat berpesan-pesan dan selamat beramal. InsyaAllah kita jumpa sebagi alumni Universiti Tarbiyyah di syurga nanti :)



"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." - Surah Al-Baqarah [2] : 269  

"..dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al Quran itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus." - Surah Al-Hajj [22] : 54

"Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan jalan menuju syurga." - Sahih, At-Tirmidzi [2646]



Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts