Wednesday, May 18, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. Yes I know, a bit dusty here sebab penulis blog ini tidak bersemangat untuk update for the past few days. Well, bukannya sebab tak ada pape pun yang berlansung kebelakangan ni but I was extremely busy mending my own heart. Yeah, it broke. But now it's fine and as good as new, that I can assure you. So the unupdated period of time began with latihan di MOZAC, ya, bumi cinta saya. Pergi ke sana untuk training juniors debate. I am not a great debater but at least I can help with something. Kehadiran saya disambut dengan baik. A bit touched. I was getting emotional there. So saya pun train la mereka dengan bantuan Cikgu Husaini yang sering perli pasukan debate dan bahas tahun ini. It's ok. Take it as a motivation my juniors.

Dan pada hari itu jugak, JPA finally announced the results for PILN. Alhamdulillah saya dapat tapi hanya untuk dalam negara sahaja. I am not cut out for overseas. To be honest, saya sangat sedih, true story. It's not that saya tak suka belajar kat Malaysia tapi saya rasa left out. Sahabat-sahabat OHANA dan PKTR yang seangkatan dengan saya most of them dapat peluang to go overseas. Trust me they are all great people and they deserved it. Saya just orang biasa yang ingin lakukan sesuatu yang luar biasa pulak. Deep inside me saya sangat percaya yang saya mampu macam mereka. But Allah said, "No, you're not quite ready." Untuk mengubat hati yang luka saya pergi tengok wayang cerita Thor and jumpa my buddy, Faris Roslan. We talked a lot and I learnt a lot too. All in my life, I had achieved everything that I worked for. UPSR, PMR and suprising enough SPM as well. Bersyukur sangat terhadap segala nikmat Allah ni. Tapi kali ini why me? Kenapa mesti saya pulak yang gagal? Bukan ke saya dah work hard for it?

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." -
Surah Al-Imran ayat 139

Yes Allah dah bagi saya jawapannya. Apa salahnya tak dapat apa yang kita nak sekali dua kali? Sebab jalan ke arah keredhaan dan rezeki Allah itu sangat luas. Tertutup satu pintu, insyaAllah 10 yang terbuka. It's good that I learnt it here, sebab inilah yang orang panggil life.

Frust memang frust, tapi tu dulu. Sampai bila nak frust lagi? It's time to march on. So next chapter UiTM Shah Alam. I'll be there. Meneruskan impian bergelar seorang Peguam Negara satu hari nanti. Rasa x sabar jugak nak sambung study balik ini. So that's it for now. Kalau ada sesiapa yang senasib macam saya, just remember kita bukan orang paling gagal dalam duni ini sebab kita khairu ummah, umat terbaik yang dijanjikan Allah.

P/s : Congratulations to my OHANArians and PKTRians, no matter which path we take our destination will still be only one which is success. Form 6 ke, Matriks, A levels, Foundation, Diploma or even Asasi macam saya, just remember I always pray the best for all of you, so never give up sebab rahmat Tuhan itu tersangatlah luas. Wassalam~

Thursday, May 12, 2011

Assala,ualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. Hmm, hari ini dan beberapa hari sebelum ini memang x de mood nak buat apa-apa. Rasa macam malas jer nak bergerak, rasa macam nak tido jer 24 jam. No worries, I know the root of this problem. And that is my solat. Saya sangat percaya, kalau elok solat fardhu saya, eloklah urusan seharian hidup ni. Then, recently, bila bersolat rasa macam tak kena jer. Selalu terdetik, 'Eh, dah berapa rakaat solat ni?'. Saya sedia maklum, bukan an easy task untuk mencapai khusyuk dalam solat. But we can at least try our best. Tapi dua tiga hari ini rasa memang lain jer. Rasa seba tak kena jer. So, biler dah duduk jauh dari MOZAC ni, dah x de tempat nak rujuk masalah ni. So my only solution, GOOGLE. Biler main google-google tadi, menerjah pulak ke website JAKIM, and found this hadith ;

Hadis:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Penerangan :
Syaitan berada di mana-mana. Oleh kerana itu pohonlah perlindungan dengan berzikir atau membaca ayat-ayat al-Qur’an. Dalam menghadapi keadaan-keadaan yang membahayakan, mencemaskan atau menakutkan, malah dalam keadaan biasa sekalipun pun, eloklah kita mengamalkan amalan-amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, Contohnya, dalam waktu kecemasan seperti kebakaran, azan dan takbir amat sesuai dilaungkan di samping ayat-ayat atau zikir-zikir pendek. Selain itu untuk berlindung daripada syaitan juga kita dikehendaki melaungkan azan dan iqamah ke telinga bayi yang baru lahir. Sesungguhnya syaitan itu tidak lain melainkan sentiasa ingin menggoda manusia dengan apa cara sekalipun hatta di dalam solat supaya manusia lalai daripada mengingati Allah dan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kebinasaan pada dirinya. Sebab itulah Rasulullah menyuruh kita mengamalkan berbagai bacaan doa sama ada ketika makan, ingin memasuki tandas, keluar tandas, memasuki rumah memakai pakaian, tidur, membawa kenderaan dan sebagainya. Maka apabila manusia terlindung dengan doa yang dibacanya itu akan terlepaslah peluang syaitan untuk merosakkan manusia.

And well, selain daripada gangguan hakiki musuh Allah ni, saya pun tahu saya pun ada weakness gak. Ni ha, my nafsu ni. Makin susah pulak nak control recently. Oh. what a hard work to be done. Kena betulkan diri ini pulak and mulakan dengan solat dulu.

P/s : Going back to MOZAC tomorrow, haha suddenly nervous tak tentu pasal...

Tuesday, May 10, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Yes, dah lama rasanya tak review any novel. Bukan tak nak but tak jumpa novel yang menepati citarasa saya. Well, this is a new release of one of my favourite authors, Ramlee Awang Murshid. Anyway saya cuma ada dua favourite authors, besides Ramlee, of course la Habiburahman El Shirazy yang menjadi sumber inspirasi saya. To the two of you, do you know how long I wait for a new novel from you guys? Let us talk about Ramlee Awang Murshid saja kali ini. Yes, he really deserves the title 'Penulis Novel Thriller No 1 Malaysia'. His masterpiece is really10x magnificent. Genre yang diketengahkan sangat berbeza dengan pengarang-pengarang novel di Malaysia yang asyik fokus kisah-kisah cinta sahaja. Sorry. My favourite genres is fantasy, islamic, adventurous, and of course romance. Haha, and I don't read english novels sebab.... err... I don't know, just rasa x nak baca je. To my suprise Ramlee Awang Murshid fulfil my desires. Dia banyak karang novel but my favourite semestinya ialah Kronologi Bagaikan Puteri. What a masterpiec. Impak yang ditinggalkan dalam first installment Bagaikan Puteri sangat berkesan dalam jiwa saya ini. And it does not end there. I continue to fall in love to its sequel Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi and the latest Sutera Bidadari.

Dan saya semestinya belum baca lagi sebab belum sampai lagi di Melaka. So please do support karya-karya sastera bekualiti negara kita. I do believe all his novel especially Kronologi Bagaikan Puteri wajar diadaptasi ke dalam layar perak. Confirm Box Office punya. Can't imagine kalau dijadikan filem, pasti akan jadi sentanding dengan Harry Potter series. It's good!!! So do read it. And here I give you the synopsis.



Sinopsis:
Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.

Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.

Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.

Thursday, May 5, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah baru-baru ini hidup semakin progress at least. Tak de la macam dulu clueless je 24/7... HAti ini sekarang berdebar-debar menanti results UPU dan JPA yang dijangkakan akan keluar esok. Moga Allah kurniakan apa yang terbaik untuk diriku ini. Entry kali ini actually tak tahu nak tulis pasal apa so just randomly tulis pasal jealousy ni la. It's not really random though, I think selalu jugak saya rasa macam ni deep kat dalam hati ni. Cuma selalu pendam jer tapi sekarang ini rasa nak tulis la sikit dekat sini supaya tenang sikit hati ini. I need serenity!!!

"Green is envy"

Yes, I know... Green is one of my favourite colour but that doesn't mean that I am envious. Or am I? I don't think I am. Cemburu? Sukar nak ditafsirkan. Tak salah cemburukan kejayaan orang lain supaya dijadikan teladan. Cemburu itu memang sifat manusia. Fitrah la katakan. Tapi rasanya my jealousy is a bit different. Is not that bad but selalu buat saya resah. What makes me jealous is quite silly. Biasa la, teenagers, emosi tak stabil. I don't care kalau ada orang lagi kaya dari saya, lebih berjaya dari saya or even lebih smart daripada saya ( semestinya sangat ramai orang yang lebih smart daripada saya... Haha... ). Sebab saya sedia maklum itu semua rezeki masing-masing. Allah itu Maha Adil, siapa yang berusaha dia lah yang dapat hasilnya.

So what makes me jealous easily? Sampai hati rasa tak tenang sahaja. Sebagai remaja, a typical one, saya selalu je peri mall jalan-jalan, kadang-kadang ikut family beli barang dapur. One of my habit is saya suka jalan sorang-sorang jer. I liked the tranquillity. Yeah, I 'liked'. But not anymore. Bila dah makin dewasa ni, I started to look even wider. Melihat dunia ciptaan Allah ini dan segala tipu daya yang ada di dalamnya. Saya selalu perasan, banyak jer pasangan-pasangan bercinta yang berpegangan tangan dekat mall ni. I'm not trying to be skeptical, so saya assumed hubungan mereka itu halal in other words suami isteri. Last night memang paling buat saya cemburu la, nampak satu pasangan parents ini, pegang tangan satu sama lain sambil tolak troli shopping tu bersama-sama anak-anak mereka yang comel. I was starstruck for a while. Then I realised it too apa yang buat saya jealous sebenarnya. Deep inside me, I want that too. Saya nak jumpa dengan belahan jiwa saya jugak. Bila? Tak tahu. Siapa? Tak tahu jugak. But I know she's out there. Oh Allah, pertemukanlah kami cepat-cepat. I'm not rushing though tapi untuk ketenangan jiwa maybe. I want to meet her under your blessings. I know I can trust You Allah.

Yeah I found that the parents is pretty romantic. You don't think so? I consider it as romantic walaupun ia maybe daily routine untuk banyak suami isteri di luar sana. Moga Allah makbulkan segala harapanku...

Monday, May 2, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. Beberapa ketika tidak update blog ini. Alhamdulillah Allah s.w.t dah pulihkan sepenuhnya tubuh badan ini. Moga-moga dengan hilangnya sakit tu, hilang jugalah dosa-dosa ku yang diizinkanNya. Amin~

Well, sekarang ni selalu jer dengar pasal NKRA, GTP and ETP. Semua idea ini dilancarkan agar dapat mewujudkan a better Malaysia. Yeah,.. bagus kan a better Malaysia. Baca jer langkah-langkah yang ada dalam idea tu, rasa bangga sangat. I felt proud. Proud because ada orang-orang yang bijak berfikir dalam negara ni. Haha, pelik kan? I suppose that I am a very patriotic person. Or at least that is what I think of myself. I have to be honest to myself. Saya sangat mudah tersentuh degan video-video atau ceramah-ceramah yang membabitkan perjuangan untuk negara. There was one time in MOZAC, can't remember what event specifically tapi ada tayang video yang ada element of patriotisme time tu. And yeah, I cried. T_T Oh randomly I want to say I LOVE YOU MALAYSIA. Since I don't have any special one for me right now, so I shall concentrate my love on you, Malaysia.

Oh, enough with the introduction. Selepas baca semua idea-idea geniuses of Malaysia tu, I think a need a specific programme for myself gak. Boleh kan? Objective? Simple. For a better Azri. I really think I need to change. My current state is not that bad tapi saya nak lebih lagi. A better me can contribute more for everyone else. So saya kena merancang guidelinesnya...

  1. No more sleep selepas solat Subuh
  2. Mulakan pagi dengan Asma Al Husna
  3. Bacaan Al Quran selepas solat Zohor
  4. Riadah selepas Asar
  5. Bacaan Yaasin selepas Maghrib
  6. Solat sunat Hajat dan Taubat
Kepada sesiapa yang rapat dengan saya mesti tau benda ni not a big deal pun kan? Sebab ini memang rutin harian dekat sekolah dulu. But seriously dekat rumah ni tak termampu nak buat semua ni lagi. Ada je la godaan. I want to see a better me or maybe the previous me? Anyway I don't want excuses anymore, I want results!!!

Man Jadda wa jada wa man zaro'a hasada

Wassalam~

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts