Sunday, April 19, 2009

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah, masih lagi dikurnai nafas, denyutan jantung dan iman untuk meneruskan perjuangan di dunia ini. Pertama sekali, mohon maaf atas keterlewatan untuk update blog ini. Sungguh tahun ini dipenuhi dengan pelbagai cabaran. Sungguh saya begitu letih menghadapi ujian Allah yang begitu mencabar. Masa terasa begitu cepat berlalu. pelbagai perkara perlu diuruskan. Entah bila perkara ini akan berakhir. Begitu banyak perkara mendatang dalam satu masa. Mana satu yang perlu dipilih? Jalan mana yang perlu diambil? Saya juga ingin berkongsi kegembiraan bersama anda semua. Baru-baru ini, Alhamdulillah, saya bersama rakan-rakan sepasukan berjaya menjuarai pertandingan bahas kawasan Ayer Keroh. Berkat izin Allah, saya akan meneruskan perjuangan ke peringkat negeri pula. Sungguh merupakan satu peluan yang bagus namun begitu memenatkan. Seterusnya, saya telah mengahadiri kursus pembangunan Nuqaba' yang dianjurkan oleh KRJ (Kumpulan Remaja JIM). Subhanallah begitu banyak input tentang usrah yang telah saya perolehi. Akhir sekali saya juga berjaya menyiapkan folio Formula One yang begitu menjerihkan. Argh! Saya sudah terlalu rindu dengan Al-Quran dan solat malam...... Ya Allah, tolong aku ingin cintaMu. Baiklah, sampai sini saja nampaknya. Jumpa lagi dalam keredhaan Illahi. Assalamualaikum.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts