Saturday, October 30, 2010


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Agak lama juga rasanya saya dah tak update blog ni. So actually banyak benda nak tulis, but let see how it goes... Pertama sekali semestinya trial Melaka yang telah berlansung dan menandakan peperiksaan terakhir sebelum menjelangnya SPM. Saya rasa macam trial kali ni agak prepared jugak but keputusan masih lagi belum memuaskan... Results cuma 6A, 2A- ngan 1B, haha add math sekali lagi macam biasa B. Well, ada masa lebih kurang 21 hari lagi sebelum SPM.. Woho... Scary! Tapi saya penuh optimistik, saya yakin boleh dan OHANA pun boleh, InsyaAllah!!!Lepas ini jadual waktu membunuh bakal dilaksanakan. Bayangkanlah, satu subjek sampai 3 jam satu masa. But segala-galanya sanggup OHANA tempuh demi kegemilangan kami dalam SPM.

Seterusnya, next event ialah Interhouse OHANA. Program ini telah berlansung di kalangan pelajar putera sahaja dan pada petang tersebut semua putera f5 telah turun ke padang untuk bermain bola antara rumah buat kali pertama dan terakhir, maybe. Perlawanan pertama mempertemukan Temenggung dan Laksamana. Temenggung telah dibelasah 3-0 oleh Laksamana. Next game between Bendahara against Syahbandar. Biarpun banyak menyerang Bendahara ditewaskan 1-0 pada minit2 akhir perlawanan. So, Bendahara telah bertemu dengan Temenggung untuk tempat ke-3, dan Azfar Adam telah menjadi wira Bendahara apabila menjaring gol penalti untuk Bendahara. Final Match pula, menyaksikan Muhammad Mustapah menjadi hero Syahbandar apabila menjaringkan gol penalti untuk menumpaskan Laksamana. Konklusinya diharapkan program ini dapat memperkukuh lagi ukhwah antara kita.

Yang ketiga Merentas Desa MOZAC 2010. Well that was our last cross country OHANA. Jadi ramai diantara kami yang prefer untuk relax jer sepanjang perjalan sebab nak amati our last run. Honestly kami tak ada niat nak boikot pun program sekolah. Semua warga OHANA agak berduka cita dengan tuduhan yang kamu terima. Tapi kami memang semangat nak join cross country ni, just nak make it different for our last year. Sigh... Let bygones be bygones... Yang manis kita jadikan kenangan yang pahit kita jadikan pengajaran..

Lastly ialah Malam Augerah Muzaffar 2010. This year cukup berbeza dan bermakna sebab majlis ini ialah untuk meraikan OHANA. Sedih jugak sebab ini menandakan penutup untuk our life selama 5 tahun kat MOZAC. Majlis bermula pukul 8 dengan F5 diarak masuk dengan paluan kompang. Pastu kami pun makan dengan jayanya, haha... Next, semua F5 telah menerima cenderamata daripada pihak sekolah. Thank you MOZAC!!! Agak takut jugak malam tu sebab, saya telah diamanahkan untuk menyampaikan ucapan mewakili semua pelajar yang lain. Alhamdulillah sebab semua berjalan dengan lancar. Malam itu jugak beberapa f5 telah menerima anugerah-anugerah khas daripada pihak sekolah. Berikut merupakan senarai penerima anugerah:

Penyumbang markah rumah
Bendahara : Muhd Azfar Bin Adam
Temenggung : Nur Alia Ng Binti Abdul Latif Ng
Syahbandar : Nur Anis Atika Binti Zainal Abidin
Laksamana : Amira Binti Azhar

Augerah Sumbangan Khas MOZAC:
1) Muhammad Faris Bin Roslan
2) Muhammad Shakir Zufayri Bin Nor Samsudin

Augerah Pelajar Contoh
Putera : Ahmad Azri Bin Abdullah
Puteri : Alyya Syahira Binti Roszelan

Bintang Muzaffar : Nur Anis Atika Binti Zainal Abidin

Well susah nak percaya saya pelajar contoh, but anyway tahniah buat Anis. You deserved it. Tahniah jugak buat yang lain dan tahniah untuk semua OHANA. Thanks untuk guru-guru kerana meraikan kami dengan meriah. Sayang cikgu. Dan tak dilupakan tahniah untuk rumah sukan saya, Bendahara, kerana berjaya megekalkan gelran Rumah Terbaik buat kali ke 5 berturut-turut sejak 2006 hingga 2010. K, that's it. Selamat maju jaya MOZAC untuk tahun-tahun yang bakal mendatang. Sekian, Wassalam.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts