Tuesday, April 26, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, dikuniakan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk berblogging lagi. So today nak tulis sikit pasal doa yang ringkas ni, "Allahuma Afini Fi Badani" yang membawa maksud Allahuma sihatkanlah tubuh badanku. Kenapa nak tulis pasal ni? Sebab baru-baru ini, experience something yang dah lama tak rasa iaitu DEMAM. Ini memang demam yang betul-betul hardcore la. Sampai terbaring atas katil takboleh nak buat apa-apa. Kepala rasa macam nak pecah, asyik batuk-batuk je dan dada pulak rasa sempit jer. Sakitnya, Allah je lah yang tahu. Mula-mula ingat macam biasa jer. So telanlah panadol 2 bijik. Tak sembuh pun. Makin melarat pulak. Masuk hari ketiga memang dah tahanlah, terpaksa la jugak pergi klinik. Aha, patutlah semacam jer, rupanya kena asthma. Rasanya last time kena serangan ni time darjah 5 kot. Kena la sedut gas tu.

So balik jer rumah, terus telan ubat dari klinik and baring jer kat atas sofa tu. Try nak tido but batuk yang sangat teruk telah menggagalkan usaha tersebut. Masa tu mengelamun je lar. Dah pukul 1.30 pagi pun tak leh nak tdo lagi. Masa tu teringat masa kat MOZAC dulu. Pagi-pagi sabtu masa junior years. mesti baca Al-Ma'thurat. Terus teringat kat salah satu doa yang ada dalam Al-Ma'thurat tu. "Allahuma Afini Fi Badani". Terfikir sendirian, dulu masa kat sekolah, kalau sakit-sakit, ada jer kawan-kawan yang take care especially dormmates. Dulu pun masa sakit-sakit selalu jer sebut doa tu dekat mulut. Masa tu la terasa diri ni dah jauh dari Allah s.w.t. Lepas dah graduate dari MOZAC jer terus Al-Ma'thurat saya dah sentuh lagi. Amalan pun tak tentu hala dah. Kecewa betul dengan kekuatan iman ni.

Lepas tu jer, terus la mulut ni terkumat-kamit baca doa tu. Teringat dekat semua dosa-dosa selama ni. Memang betul la orang kata, bila susah baru nak ingat Allah. Sigh... Harap-harap la, sakit selama 4 hari ni dapat hapuskan sebanyak dosa yang mungkin. Berapa kali ntah menyebut doa tu sampai tak sedar dah terlelap. Tapi not for long. Setiap 2 jam jer terjaga sebab tekak rasa kering degan sakit jer sebab banyak batuk. Masa tu la hidayah Allah datang dengan sendirinya. Time tu tegah pandang kat decoder Astro tu, nampak baru pukul 3 pagi. Masa ni la teringat kat Qiamulail. Lama dah tak rasa nikmat berjaga malam. Tapi waktu tu sakit sangat, nak duduk pun tak larat dah. Allahu... ini ke apa yang Kau nak tunjukkan? Jarak antara hambaMu ini denganMu. Terus air mata mengalir kat pipi ni. Waktu tu la baru nak nangis menyesal. Lama jugak saya nangis sampai tertido balik. Sedar-sedar jer dah Subuh. Apapun tetap bersyukur, dengan keadaan macam ni pun Allah masih lagi sayangkan saya sampai sekarang. Thank you Allah for Your guidance. T_T

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Wassalam~
(P/s : Aleeya Elyana, what can I do? I do realise it. Almost all my post must mentioned the word MOZAC kan? I can't help it, because MOZAC is not only a school for me. It is always a part of my life ^^)

Friday, April 22, 2011


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Still, most of the time I spend my time lying around and doing nothing. Huah~ always sleepy some more and I find one vulnerability in my own self. Every time I turn on my music player, satu lagu tak abis lagi pun, saya dah di send ke alam mimpi. Confused? But that is what reality is ; confusing. So lately, itulah my daily routine. Sudah ketandusan idea untuk perkara-perkara lain. And well, still hoping ada sesiapa yang sangat dermawan untuk sponsor my studies. JPA? Please.... ^^ And well, I'm sure SC already rejected me. Looks that it was really the first and the last time menjejakan kaki di HQ SC. I won't forget that amazing building of yours. Oh! Back again to the music issue, ^^! Petang tadi macam biasa, mendegar lagu lagi, anyway my intention memang nak tido pun so ok je la. But then, masa petang dengar satu lagu yang dah lama tak dengar, Warna-warna Cinta by Brothers. Satu group nasyid yang memang saya minat dulu. So masa dah nak lelap tu, my ears tangkap this one catchy phrase ni.

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Yeah, colours. Touching kan lyrics ni? For me it is? Dah yeeeeeeesssss, it is true. Memang warna banyak pengaruh setiap aspek kehidupan kita. Bila baca balik perkataan 'pelangi' tu, teringat kat sahabat Faris Roslan. Masa tu, ada apa yer? Tak ingat sangat tapi masa tu budak-budak perempuan solat kat musolla putera. Bestnya masa tu, oops not because of the girls tapi sebab masa rushing2 nak turun musolla tu ternampak one of the many amazing scenery kat MOZAC. Double Rainbow!!!! Whoa~ Tak pernah tengok pun kat mana-mana pun. Masa tu, Faris kata 7 colours tu melambangkan 7 masalah manusia. Betul lah apa yang orang kata, kadang-kadang Allah berikan kita hujan lebat, sebab lepas itu akan muncul pelangi nan indah.

Warna or colours? Well, saya sedia maklum warna yang berbeza melambangkan personaliti orang. Hmm, for me saya tak mampu nak discuss perkara ini sebab it's too complicated. Tapi cuma nak state sikit how colours made up my life. Kalau nak tahu macam mana mesti mula dekat closet dulu. Bila bukak je almari ni, gloomy nyer... Sebab kebanyakan pakaian saya semuanya warna hitam jer. Oho... That is a fact because it suits me the best then. But bukan la nak katakan my favourite colour is black. I don't think I have favourite colour by the way. But setiap kali beli baju mesti nak hitam jer. Ada banyak jugak warna-warna yang attract me. Putih, hijau, biru, oren and purple. Sometimes, saya rasa macam the true colours within me selalu jer berubah-rubah. I find it hard to be explained or expressed. But I do thank Allah for creating such beautiful colours in our life. Colours make us different but they unite us at the same time as well. I really like to end this entry dengan thing that came across my mind petang tadi.

Wahai hati, jangan hilang merahmu, sebab di situ terletak keberanianku,
Wahai akal, jangan hilang birumu, sebab di situ terletak ketenanganku,
Wahai mata, jangan sekali hilang hijaumu, sebab di dalamnya ada kedamaianku,
Wahai tangan, jangan hilang unggumu, sebab di situ terletak ketenanganku,
Wahai senyumanku, jangan hilang jinggamu, sebab di situ terletak keriangan orang-orang yang ku sayangi,
Wahai jiwa, jangan hilang putihmu, sebab di situ ada kenurniaanku
Wahai rohku, jangan sekalipun kau hilangkan imanku, sebab iman itu kurniaan Allah yang terbesar buat diriku...

Wassalam.....

Wednesday, April 20, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. Sedang diri ini masih mencari track sebenar untuk diri ini, baru-baru ini realise yang lepas dah graduate dari MOZAC, dah tercipta satu habit baru pulak. Or maybe boleh dikategorikan sebagai addiction. Tak sedar pun, tapi bila muhasabah balik rasanya memang dah betul-betul ketagih pun. Kenapa rasa macam ni? Sebab setiap hari, mesti nak sangat benda ni. Kalau keluar rumah tu or pergi mall ikut parents, asal ada jer duit dalam dompet ni, mesti dapatkan benda ni. Kalau nampak jer, mesti rasa nak beli, and bila dah bila rasa berat hati jer nak share dengan orang lain. Haha. Bunyi macam makes my life miserable kan? But, benda ni senang jer nak cari. Kat mana-mana kedai pun ada. Bagi orang lain, mungkin benda ni biasa jer atau ada gak yang x suka langsung dengan benda ni. Forget other's opinions, it is something very special for me. Senang jer nak notice dari jauh, warna merah plus putih-putih sikit. Bunyi macam rokok kan? But no, no. Saya janji takkan rokok dalam hidup ini. So, inilah benda yang paling buat saya sangap sangat sekarang ni...




But then, tak kisah sama ada Kinder bueno white or yang original punya, dua-dua best. Wassalam~

Tuesday, April 19, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Fuh, nampaknya lifestyle sekarang ada menampakkan progress untuk berubah. Akhirnya, ada jugak rasa sedikt ketenangan walaupun banyak lagi yang kena improve. Let's begin with dengan apa yang berlaku recently, saya dengan terkejutnya menerima panggilan telefon daripada Suruhanjaya Sekuriti untuk offer scholarship mereka. Memang x expect lansung dapat call tu sebab application untuk SC sangatlah complex. Mula-mula ada rasa ragu-ragu nak pergi ke x? Tapi fikirkan balik masa yang dah spend untuk karang 1000 perkataan, akhirnya pergilah jugak. Amik masa jugak nak cari tempat interview plus jam yang sangat teruk di KL. Bila arrived je kat sana rasa amazed sangat dengan bangunan HQ SC. Canggihnya... Well, maybe sebab tu the first and the last time jejak kaki dekat situ kot. Tak tau la lucky ke apa, but jadi orang pertama kena interview and I wasn't ready at all. Interviewer memang friendly mula-mula sebelum diri ini di'slaughter'. Haish, it was a nightmare. Tapi salah saya jugak sebab x prepare langsung but now I know why SC is well known for its toughness. Phew...

Beberapa hari sebelum interview tu, rumah ini dikunjungi dua orang sahabat OHANA, saudara Sollahudaim dan Hannan Athari. Memang menerima mereka dengan hati yang terbuka sebab boring kat rumah x buat apa-apa. So hari sabtu yang lalu, pergi ke MC untuk jemput mereka berdua dan hantar diorang ke rumah dengan bantuan driver kami, Wafiy, haha... Wafiy2, kau memang x de sense of direction. Haha... So mula-mula macam kekok jer tak tau nak buat apa but then kitaorang lepak-lepak sambil view Maharaja Lawak sampai pukul 6. Pastu sambung aktiviti dengan main badminton kat depan rumah. ^^ tengah-tengah main tu datang pulak Azfar yang baru balik kerja dari TESCO. Terkejut jugak, rupanya Azfar datng nak amik Hannan pergi. So lepas dah riadah tu, kami siap-siap ready nak gi MOZAC untuk Panca Delima. Tunggu punya tunggu driver kami, tak sampai-sampai jugak. Bila call kata dah dekat jer, pelik betul... But then our saviour muncul, Shafiq yang muncul secara tiba-tiba.

So perjalanan ke MOZAC pun bermula dan terhenti kejap sebab enjin mati. Haha, kesian Syafiq, but ok la... Lagipun tu first time dia drive lepas dapat lesen. So kami arrived kat MOZAC dalam pukul 9. Everything was fine. Rindu jugak masa zaman OHANA yang hold Paca Delima dulu. Tahun ni nampak macam lagi meriah, maybe sebab ada tarian moden yang mostly guna lagu korea or pentas tahun ni yang memang cantik. So jalan-jalan lawat kedai-kedai yang ada. Best part was dapat jumpa ramai kawan-kawan, seniors, juniors and teachers that were around. But of course hoping nak jumpa sahabat seorang ni, but takut sangat. Bukan takut apa, just takut tersangkut balik. Hmm..., so dapat tengok dari jauh pun ok la. Nampak dia senyum and sembang2 dengan kawan dia. So maknanya, she's doing good la kan. Ok la tu, x perlu nak worry sangat. Ada bertembung a few times but I chose to remain still. Kalau boleh nak jer tegur tanya khabar tapi from my observation saya dapat rasakan dia ok. Then lepak-lepak sampai kul 10.30 sebelum bertolak balik. It was fun. Haha, lastly hope untuk boleh keluar lepak-lepak lagi dengan OHANArians. Wassalam~

Thursday, April 14, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Lamanya tak menulis apa-apa dekat sini. Sememangnya kalau boleh setiap hari nak update something kat blog ni, tapi kadang-kadang ilham tu tak de or memang malas nak menaip. But fikirkan balik, bila x update blog ni, rasa macam life sendiri x bergerak or unupdated jugak. Rasa macam semuanya sama, walhal sepatutnya setiap hari mesti ada perkembangan dan kemajuan dalam hidup kita. Tapi, honestly, memang itu apa yang saya rasa kebelakangan ni. Rasa macam perkembangan terhenti buat seketika. Ibadah macam x bertambah, rasa macam berkurang ada la... Oh Iman, macam mana la level kau sekarang ni? Tinggi ke rendah?

Life selepas keluar results SPM ni memang agak mendatar. Selepas sibuk hunting scholarship yang layak sekarang ni hanya mampu menunggu dan keep on hoping. So sekarang ni memang completely menghabiskan masa duduk kat rumah mengadap komputer ngan PS 24 jam sehari. Kalau masa berada kat bumi Muzaffar dulu memang selalu sangat nak merasa waktu-waktu macam ni. But now, I feel clueless, hilang arah tuju. So semalam just attended interview by JPA. Pergi dengan perasaan yang amat cuak dan rasa kecil jer diri ni sebab bila sampai kat sana rasa macam my results are the worse. Tapi alhamdulillah sesi interview boleh diterima. Tapi kalau ada peluang untuk ulang sekali lagi, insyaAllah rasanya boleh perform better lagi. Haha, sekarang ni selalu terfikir : Apakah impian bergelar Peguam Negara satu hari nanti akan tercapai? Amin Ya Rabbal Alamin.

Next thing yang happen kat diri saya baru-baru ini ialah menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang MOZAC. It was fun at first sebab lepas abis majlis tu dapat keluar dengan kawan-kawan. But bila balik rumah je, all my good times was shattered into pieces. Tanpa disedari, diri ini telah melukakan hati guru-guru MOZAC. Memang tak sangka perkara tu terjadi. Tapi tetap kena refer balik pada kelemahan diri sendiri. Berkali-kali memohon maaf pada semua guru dan berharap mereka semua dilembutkan hati dan memaafkan perbuatan kami. Banyak jugak belajar dari incident ni, yang paling penting sekali berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan usahalah sebaik mungkin untuk puaskan hati semua pihak biarpun kadang-kadang it sounds impossible.

Seorang kawan baik saya cakap macam ni,

"Haha, you have change Azri. You used to be serious but now you sound more like a carefree person."

Terima kepada orang tu sebab noticed perubahan saya. Agaknya sebab tak dibelenggu dengan komitmen yang menggunung macam dulu x? But still I like the new me except kena pertingkatkan diri lagi dalam bab-bab ibadah ni. Wassalam~

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts