Tuesday, April 26, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, dikuniakan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk berblogging lagi. So today nak tulis sikit pasal doa yang ringkas ni, "Allahuma Afini Fi Badani" yang membawa maksud Allahuma sihatkanlah tubuh badanku. Kenapa nak tulis pasal ni? Sebab baru-baru ini, experience something yang dah lama tak rasa iaitu DEMAM. Ini memang demam yang betul-betul hardcore la. Sampai terbaring atas katil takboleh nak buat apa-apa. Kepala rasa macam nak pecah, asyik batuk-batuk je dan dada pulak rasa sempit jer. Sakitnya, Allah je lah yang tahu. Mula-mula ingat macam biasa jer. So telanlah panadol 2 bijik. Tak sembuh pun. Makin melarat pulak. Masuk hari ketiga memang dah tahanlah, terpaksa la jugak pergi klinik. Aha, patutlah semacam jer, rupanya kena asthma. Rasanya last time kena serangan ni time darjah 5 kot. Kena la sedut gas tu.

So balik jer rumah, terus telan ubat dari klinik and baring jer kat atas sofa tu. Try nak tido but batuk yang sangat teruk telah menggagalkan usaha tersebut. Masa tu mengelamun je lar. Dah pukul 1.30 pagi pun tak leh nak tdo lagi. Masa tu teringat masa kat MOZAC dulu. Pagi-pagi sabtu masa junior years. mesti baca Al-Ma'thurat. Terus teringat kat salah satu doa yang ada dalam Al-Ma'thurat tu. "Allahuma Afini Fi Badani". Terfikir sendirian, dulu masa kat sekolah, kalau sakit-sakit, ada jer kawan-kawan yang take care especially dormmates. Dulu pun masa sakit-sakit selalu jer sebut doa tu dekat mulut. Masa tu la terasa diri ni dah jauh dari Allah s.w.t. Lepas dah graduate dari MOZAC jer terus Al-Ma'thurat saya dah sentuh lagi. Amalan pun tak tentu hala dah. Kecewa betul dengan kekuatan iman ni.

Lepas tu jer, terus la mulut ni terkumat-kamit baca doa tu. Teringat dekat semua dosa-dosa selama ni. Memang betul la orang kata, bila susah baru nak ingat Allah. Sigh... Harap-harap la, sakit selama 4 hari ni dapat hapuskan sebanyak dosa yang mungkin. Berapa kali ntah menyebut doa tu sampai tak sedar dah terlelap. Tapi not for long. Setiap 2 jam jer terjaga sebab tekak rasa kering degan sakit jer sebab banyak batuk. Masa tu la hidayah Allah datang dengan sendirinya. Time tu tegah pandang kat decoder Astro tu, nampak baru pukul 3 pagi. Masa ni la teringat kat Qiamulail. Lama dah tak rasa nikmat berjaga malam. Tapi waktu tu sakit sangat, nak duduk pun tak larat dah. Allahu... ini ke apa yang Kau nak tunjukkan? Jarak antara hambaMu ini denganMu. Terus air mata mengalir kat pipi ni. Waktu tu la baru nak nangis menyesal. Lama jugak saya nangis sampai tertido balik. Sedar-sedar jer dah Subuh. Apapun tetap bersyukur, dengan keadaan macam ni pun Allah masih lagi sayangkan saya sampai sekarang. Thank you Allah for Your guidance. T_T

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Wassalam~
(P/s : Aleeya Elyana, what can I do? I do realise it. Almost all my post must mentioned the word MOZAC kan? I can't help it, because MOZAC is not only a school for me. It is always a part of my life ^^)

1 comments:

Che'ma said...

salamun alaik!for the second time tgok blog ni..untuk sekian lama...and i like this post..just wanna take a glance at this blog..okey..syukran!OHANA ALWAYS..

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts