Tuesday, September 17, 2013

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah Ya Allah, untuk satu minggu yang penuh tarbiyyah dan ibrah dan tidak lupa juga penuh sangat dengan ujian yang datang. Iya, ujian itu pasti datang. Sebab kita sentiasa memerlukan peringatan. Maka bersyukurlah saat diuji kerana itu ertinya Dia masih cinta.



Berubah.

Iye.

Itu topik entry ini. Ringkas. Dan dah banyak kali diulang-ulang ceritanya di dalam mana-mana blog yang pernah anda baca. Tapi saya nak tulis jugak. Err... Sebab semua apa yang tulis ni pun, peringatan yang paling utama hanyalah buat diri saya sendiri.

Hmm... Berubah ye...

Rasanya perkataan ubah ni dah jadi perkataan paling viral dekat Malaysia ni kot. Iyelah dengan situasi kita sekarang yang asyik nak merubah semua benda yang mampu untuk kita ubah. Misalnya;

"UBAH sekarang! Selamatkan Malaysia!"

"Anda mampu mengUBAHnya"

"Woi, kenapa kerajaan pergi UBAH harga minyak pulak?" Hehe.



Itulah antara sedikit sebanyak ayat ubah yang asyik kita dengar dalam seharian. Terkadang hairan juga sebab anda yang laung ubah-ubah ni, tau ke apa yang nak ubah ni sebenarnya? 

Bagi daie, murrobi, mutarrabi, ikhwah, akhawat mesti macam allergic sikit dengan perkataan ubah ni kan? Iyelah, baru beberapa bulan berbulatan gembira sudah digesa untuk tuntutan untuk berubah, untuk transfrom jadi sesuatu yang lebih hebat lagi. Aigooo.... Dah la kena ubah jadual waktu semua sebab nak commit dengan waktu usrah yang kadang boleh sampai lewat malam. Daripada situ and then banyak lagi nak kena ubah...

Ikhwah, akhawat semua tu manusia juga tahu. Mereka bukan objek yang boleh diputar 180 darjah dan dengan magic Harry Potter terus berubah menjadi Daie Sun Goku (baca : Daie Super Power). Ambil banyak sangat masa sangat untuk berubah.

Peluh besar.

'Kalau gitulah keadaannya, kalau ikhwah dan akhawat pun ambil masa untuk berubah, berapa lama pula kita perlukan untuk mengubah mereka yang disekeliling kita?"

Baik, sebelum kita tersasar jauh lagi, jumm kita tengok sekejap antara perubahan yang terpaksa ditempuhi mereka yang hidup berbulatan gembira ni;



Ubah Jadual dan Masa
Zuuuppppp sahaja bila anda decide dan sampai berbulat tekad untuk bersama gerabak ini, anda kena faham bukan sahaja diri, tenaga malah masa anda juga bakal ditagih untuk disalurkan kepada Dakwah dan Tarbiyyah. Kalau masih belajar, siap kena letak waktu usrah dalam jadual waktu kita tu sebab usarah itu kan kursus kita sepanjang hayat :) Biarlah sibuk terkejar-kejar baca artikel perlembagaan sekalipun, waktu usrah wajib jangan dikacau. Dan nak hadir pun dah perlukan konsestrasi yang tinggi, tak boleh datang sekadar tunjuk muka je. Hati pun kena tunjuk jugak :) Kalau tidak bazir la waktu yang kita peruntukkan buat perjuangan Islam tu. Tak ke mana nanti kalau tak bersungguh. Iye, yang pertama, harus diubah waktu anda. Fuuuuuh...



Ubah Cara Hidup
Kebanyakan daripada terlupa hakikat utama menjadi seorang Islam. Hakikatnya pada setiap masa kita adalah Islam. Di bilik kita Islam, di kolej kita Islam, di kelas kita Islam, di padang kita Islam hatta dalam tandas pun kita masih lagi seorang muslim. Makanya senanglah kalau saya kata kita ni full time muslim. Kerana sebelum mengenal hakikat dakwah, kita selalu terlupa yang bahawa kita muslim di beberapa waktu. Cara nak uji dia senang je. Ambil contoh kita dalam kelas, dalam waktu tengah sibuk highlight textbook or waktu tengah catat nota ada kita teringat kat Allah ke?

Penting sangat ke nak ingat pada Allah setiap masa?

Sebenarnya elemen ini terlalu amatlah penting. Bukankah kita rindu pada kematian? Bukankah kita bercita-cita mahu mati dalam keadaan ingat kepada Allah? Itu impian kita semua bersama kan? Err... Bukan impian anda? Kena tajdid diri semula ni..

Dan cara hidup bukanlah perkara yang paling mudah untuk diubah. Susah sangat. Terkadang perlu dibebel murrobi sehingga 200kali barulah ada terkesan rasa nak berubah tu. Apa itu cara hidup Islam? Pastikan anda sentiasa ingat bahawa anda ialah muslim sepenuh masa maka pasti anda sendiri akan terkejut dengan perubahan cara hidup anda. Ingat Allah tau. Dia sumber kekuatan :)



Ubah Pergaulan
Ehem... Ehem... Ehem... Ehem.. Uhuk.. Uhuk... Uhuk... Iye, saya sangat memerlukan ubat batuk bila bercakap tentang hal ini. Sebab banyak sangat yang nak kena batang hidung sendiri ini. Rasa malu nak tulis juga.

*tenangkan diri*

Pergaulan kita sesama rakan kita yang perlu kita beri perhatian dulu ni. Sebab merekalah bakal menjadi saksi kepada perubahan maha dahsyat yang berlaku pada anda selepas menyertai 'Konspirasi Menuju Ke Syurga' ini. Bahkan mereka pun mad'u anda kan? Apa? Bukan mad'u? Mad'u anda hanya junior dan adik-adik? Err... Kena tajdid semula ni... Kesian kat kawan-kawan kita tu... Tak mahukah anda berkonspirasi bersama mereka menuju ke syurga juga? Saya nak :)

Maka pergaulan bersama kenalan rapat harus berubah. Kita perlu menjadi contoh dalam geng kita. Remember this, it is always qudwah before da'wah :) Kalau sifat kita lebih kurang sahaja macam sebelum ditarbiyyah malah makin liar, itu satu kehampaan.Perkataan kita harus lebih sopan, perbuatan kita perlu menyenangkan, peribadi kita harus menyegarkan mereka yang disekeliling kita. Itu barulah ikhwah qawwiy namanya. Hehe. I hope that's me.



Err... Yang lebih berat buat kita ialah menjada pergaulan dengan golongan yang berlainan jantina daripada kita. Saya tahu sangat. Saya tahu sangat yang bab ini sangat susah. Dan saya pun setiap masa doa moga Allah mudahkan perubahan saya. Dalam keadaan ini, nasihat kita, kita sangat perlu menjaga pandangan mata, bercakap bila perlu, bertegur bila ada tuntutan. Islam tak pernah halang kita berbaik dengan semua orang, hatta dengan berlainan jantina pun kita perlu menjaga hubungan yang baik, tetapi biarlah selari dengan apa yang Allah syariatkan. Biarlah kita terkadang digelar sombong, kurang kawan lelaki/perempuan sikit, asalkan Allah redha dengan kita :) Allah pasti takkan sia-siakan hambaNya. Kalau benar kita nak berubah, Allah pasti bantu. Yakinlah :)

"Errr... Tapi kawan-kawan saya macam menjauhi saya kalau saya jadi baik ni. Cemane eh?"

Hakikatnya manusia itu sangat suka kepada kebaikan sebenarnya. Mereka pasti menghampirinya bukan menjauhi. Rasulullah dulupun dipulau juga, tapi baginda tak hentikan usaha mengubah jahiliyyah masyarakat dulu kan? :)

Kalau kawan anda lari juga, takpelah. Allah pasti akan gantikan dengan sahabat-sahabat yang lebih baik. Orang yang baik takkan pernah keseorangan. Ikhwah and akhawat, you'll never walk alone! 

*banyak sangat yang dah kena batang hidung sendiri*



Ubah Ibadah
Haaa...???? Orang yang berbulatan gembira ni kena solat extra rakaat kah?

Hehe. Bukanlah begitu. Malah, kematangan kita dalam dakwah dan tarbiyyah sangat boleh diukur melalui ibadah kita.
Kalau dulu solat dekat bilik je, sekarang ni mesti solat dekat masjid bersama jemaah, belakang imam, siap tolong jadi bilal dengan solat sunat rawatib lagi. Complete set.
Kalau dulu al Ma'thurat baca sebulan sekali, sekarang setiap pagi dan petang kena baca.
Kalau dulu puasa sunat Isnin Khamis rasa berat je nak buat, sekarang ni mesti rasa bersalah kalau tinggalkan ibadah tu...
Kalau dulu subuh kita lambat sesangat, sekarang kitalah jadi mereka yang mengejut roomate kita untuk Subuh :)
Kalau dulu Qiyyammulail... Err... Qiyyammulail tu apa?



Ubah Keutamaan
Bersama 'Konspirasi Menuju Syurga', anda terpaksa menjadikan dakwah dan tarbiyyah keutamaan pertama anda. Lebih utama daripada final exam. Nampak macam berat je kan nak diterima oleh hati. Tapi inilah formula kebangkitan semula Islam. Bukan sekadar kita ikut gerabak dakwah dan tarbiyyah ini bergerak, tetapi kita memastikan bahawa keutamaan kita untuk memastikan gerabak ini terus bergerak laju. Indahnya bila kita menjadi menjadikan dakwah dan tarbiyyah sebagai tujuan hidup. Kita takkan rugi apa-apapun. Percayalah, malah anda akan lebih kuat lagi dan mampu untuk achieve segala-galanya yang and impikan.

Betul ke ni?

Betullah!!! Sebab realitinya kita sedang membantu agama Allah. Kebenarannya kita telah menjual segala jiwa, usaha, tenaga, masa dan hati kepada Allah maka Allah pasti takkan sia-siakan kita!!! Ya Allah... Kenapa aku rasa sebak sangat nak menangis ni...

Dear Ikhwah...
Dear Akhawat...
Dear mereka yang berbulatan gembira...

Itu barulah sedikit daripada apa yang kita perlu ubah. Berubah bukan sehari tetapi hari-hari... Berubah bukan benda paling mudah, tapi paling liat, paling susah dan paling berat. Tapi kalau tak susah, itu bukan jalan cinta para pejuang kan? 

Selepas berubah nanti, mahu mengejar istiqamah pulak. Mungkin menjadi ikhwah merupakan the biggest challenge dalam hidup saya. Tapi yang susah, penat, lelah ni semua akan menjadi sesuatu yang paling indah buat kita :) Tak percaya? Sama-sama kita nantikan di syurga ye :)

Allahuma... Terima kasih sebab sentiasa hadirkan mereka yang sentiasa gembira melihat aku berubah, tak jemu menasihatiku, tak bosan menegur dan tak pernah henti menyayangiku... :')



UBAH sekarang!!! Selamatkan diri anda!!

Moga Allah sentiasa membantu kita semua dalam perubahan kita... Saya tak pernah berhenti mendoakan anda. Kerana saya tahu anda sangat sangat sangat kuat :') *sebak sangat*...

Rindu.

Wassalam... 

Tuesday, September 3, 2013

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Maaf.



Sungguh lama tak menulis apa-apa.

Buat mereka yang tahu, dan mengerti..

Anda pasti tahu kenapa saya tidak menulis apa-apa untuk kesekian lamanya kan? :)

Saya mengalami, beberapa sindrom;

Downfall of Imaan...

Patah Hati...

Futur?...

Sebab tu,

Saya ambil masa yang lama. Rawat hati. Baiki jiwa. Teguhkan semangat. Tabahkan perasaan. Sabar dalam ketaatan. Rehat sebentar. Dan akhirnya, harus bangun semula... *bayangkan ada rainbow di sebelah anda*



InsyaAllah, saya dah sedia. Istiqamah bersama dakwah dan tarbiyyah. Moga Allah mudahkan. Moga Allah muliakan.

Tema penulisan hari ini, hmm.... Aha! Mudah. Rant on Dakwah and Tarbiyyah...

Anda tahu apa maksud rant? Rant ialah sejenis perkataan yang membawa maksud tak puas hati, geram, emo, nak amuk, nak belasah, nak mengadu, nak marah dan berbagai lagi ketidakpuasan yang tak mampu terungkap dengan kata-kata...

Err... Kenapa tiba-tiba nak marah-marah dekat Dakwah dan Tarbiyyah ni? Anda belum baik daripada demam lagikah?

Sebab kecewa. Titik.



Sejak bermula menjinakkan diri bersama dunia Dakwah dan Tarbiyyah, sungguh, sangat besar harapan saya hendak merasai betapa manisnya hidup berukhuwwah, saling mengingati, saling menjagai, saling menyayangi, dan segala saling lagi la...

Saya pasang tekad mahu berlumba-lumba ke arah kebaikan, fastabiqul khairat. Aiwah!

Tetapi setelah setahun bersama dunia DnT ini, saya belum lagi merasakan itu semua. Bukanlah takda lansung. Tapi belum mencapai tahap yang saya harapkan. Kita kan dalam gerabak tarbiyyah yang sedang bergerak. Perlahan? Iye, takpe. Tapi takkan selamanya kita mahu perlahan? Mesti nak masuk gear empat bukan? Mesti nak tekan pedal minyak sampai tercabut kan? Saya mahu itu semua. Laju. Iye, saya nak laju. Laju bersama anda. Tariklah saya dan heretlah. Heretlah sampai ke depan pintu syurga. Kalau saya tergelincir, papahlah, jangan biarkan dan tinggalkan. Kalau saya malas-malasan dan berbaring-berbaring setiap masa sambil bermain FIFA mahupun PES, tolong shut down laptop saya dan cakaplah begini;

Ikhwah : Enta ada bau wangi tak?

Saya : Ada... Bau apa tu akhi? Wanginya...

Ikhwah : Itulah bau mereka yang sedang berjuang berhempas pulas, membanting tulang empat kerat demi dakwah dan tarbiyyah!

Saya : Eh, kenapa mereka bau wangi sampai begitu sekali?

Ikwah : Sebab mereka sedang menuju syurga! Nak ikut?

Saya : (...senyum...) Haruslah akhi!



Begitulah sedikit sebanyak fantasi melampau-lampau saya ketika saya menjerumuskan diri dalam dunia penuh konspirasi ini. Konspirasi beramai-ramai menuju ke syurga :)

Namun, hakikat sebenarnya dakwah dan tarbiyyah yang sedang saya lalui lain daripada apa yang saya impikan. Lebih tawar daripada manisnya. Ikhwah, inilah masanya untuk kita yang kononnya sudah taiko di jalan ini untuk memberi kemanisan kepada mereka-mereka yang masih baharu. Pendekatan yang baik amat perlu untuk dilakukan untuk membina akidah yang sejahtera dalam hati dan hari mereka. Cinta mereka kepada Allah harus tebal dan,

Rasa cinta mereka kepada ikhwah juga harus berbunga-bunga...

Bahkan ramai, bukan sedikit, mereka yang melarikan diri daripada DnT kerana mereka rasakan tidak ada bezanya duduk bersama dalam ikwah daripada melepak bersama member-member mereka yang lain. Sentuhan tarbiyyah mereka tak dapat, dakwah fardhiyyah kita pun entah ke mana...

Perasan tak apa masalah dia? Sebab kita ada sindrom, 'Marilah duduk bersama ikhwah'

Yang sebetulnya patut gini. 'Ayuh, kita bergerak bersama ikhwah'!



Kerana hakikat realiti dakwah dan tarbiyyah ini sesuatu yang mengerakkan. Usaha itu haruslah mengerakkan. Gerakkan hati mereka! Gegarkan jahiliyyah dalam jiwa mereka! Pengerrak Mahasiswa!!! Haha, ok... Ini lawak hambar...

Sebenarnya, saya dapati sangat kurang follow up yang dilakukan oleh ikhwah terhadap mereka-mereka yang masih baru di jalan ini. Jalan ini kan panjang, berbagai dugaan dan ujian hinggan ke syurga... Habis tu, kenapa bila jumpa di jalan nak pergi fakulti pun terlupa nak bertegur sapa?

Husnuzon! Bersangka baiklah...

Salamatul Sadri! Berlapang dadalah...

Bahkan lebih teruk lagi, sewaktu cuti ini betapa ramai di antara kita yang terpinggir. Tidak berusrah selama beberapa bulan. Daurah pun tak dijemput. Tazkirah mesra pun tidak ada. Habis semangat kita semuanya ditelan cuti. Sebagai daie, tiada cuti buat kita. Kerehatan hanya sebentar, berjuang untuk selamanya...

Hoi! Nape sentap sangat?
Dear ikhwah,

Rant atau rasa tidak puas hati ini, saya tujukan yang pertama sekali buat diri saya sendiri yang gagal menyempurnakan amanah sebagai seorang ikhwah. Sungguh saya malu dengan gelaran itu dan tidak ada satu pun alasan di dalam dunia ini yang mampu saya berikan atas kegagalan saya ini. 

Saya gagal. Ini kebenaran pahit yang perlu ditelan.

But failure is never final, you know?

Kita perlu lebih serius lagi dalam usaha kita. Bertambah-tambah hebat lagi dalam berukhuwwah. Bertambah-tambah sungguh lagi dalam menjaga. Bertambah-tambah ikhlas lagi dalam mengasihi.

Dear ikhwah,

Masih ramai lagi yang memerlukan sentuhan kasih sayang kita. Masih ramai lagi yang bermain-main di tepi jurang neraka. Mereka itu, siapa yang nak bantu? Kita kan!

Wahai ikhwah yang berselimut, bangkitlah! Ini bukannya gerhana, hanya terbenamnya mentari...

Ujian-ujian yang mendatang itu, kita harungi bersama kerana setiap ujian yang kita harungi bersama ada kemanisan ukhuwwah di dalamnya...

Ayuh kita ubah. Bermula dahulu dari usaha yang kecil, kita ubah diri kita. Pastikan diri kita menjadi seorang ikhwah yang mantap. InsyaAllah Dia akan hantarkan ansar untuk membantu perjuangan kita.

Ameen... 



*Entry ini bukanlah sepenuhnya mengenai diri saya, bahkan saya wakilkan perihal masalah yang sedang membelenggu dunia ikhwah dan perasaan dan harapan mereka yang baru di jalan ini...

**Entry ini mungkin juga boleh pakai kepada akhawat. Mungkin. Sebab saya tak tahu dunia anda. Mungkin lebih manis daripada ini. Saya doakan. InsyaAllah

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." 
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rindu.
Wassalam...

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts