Monday, March 31, 2014




Banyak kali jugaklah, saya diajukan pertanyaan seperti ini,

"Erm.. Kau ni sibuk gi usrah sana-sini, program ke hulu dan ke hilir, sampai takde masa nak lepak. Takyah la nak komited sangat. Biasa-biasa sudah. Kalau kau takde pun, usrah on je, dakwah tu tak mati pun. Bukan kau sorang je buat kerja dakwah ni kan?"

Or

"Weyh... Chill ar. Sekali terlepas liqa' mingguan, takgi daurah takpe kot. Dakwah Islam jalan je kot.. Kau takde pun takpe... Jom wayang!"

Ehem, untuk mereka yang bertanya dan berkata seperti ini, saya ucapkan kepada anda, Tahniah!!! Sebab anda dah pun memahami sebahagian daripada hakikat dakwah :)

Hakikatnya memang dakwah tak perlukan saya, dakwah tak perlukan anda, dakwah tak perlukan kita.

Hakikatnya, sayalah yang perlukan dakwah dan tarbiyyah, anda memerlukan dakwah dan tarbiyyah, dan kita yang perlukan dakwah dan tarbiyyah. Bukan sebaliknya...

Sebab itulah, aku cuba sebaik mungkin untuk komited di atas jalan ini. Jalan yang menuju Illahi, insyaAllah... Sebab inilah aku kejar dan berusaha untuk hadir setiap ruang tarbiyyah yang ada... Sebab aku yang perlukan semua tu. Islam, dakwah dan tarbiyyah tak perlukan aku pun. Tanpa aku pun, Islam pasti menang akhirnya... (nanges kejap) Kalau aku tak mahu pikul amanah dakwah ni, pasti Allah akan menggantikan aku dengan golongan lebih baik, yang komited di jalan dakwah. Dan aku sumpah ingin menjadi mereka yang membantu agamaMu :')

P/s : Dakwah dan tarbiyyah adalah hidupku, mana mungkin aku hidup tanpanya? :'(



Wassalam...

Tuesday, March 18, 2014

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Mengetahui betapa berbolak-baliknya keadaan hatiku...

Allah... Kenapa saat ini dan ketika aku terasa amat jauh daripadaMu?

Apakah benar Engkau sedang meninggalkan ku?

Tidak.

Aku yakin Engkau sentiasa dekat.

Mungkin aku yang sedang cuba menjauhi, sedangkan Kau sentiasa hampir

:'(



Tuhan...

Aku tahu Engkau telah melihat

Betapa seronoknya aku dibuai dunia

Gembiranya aku berselimutkan maksiat

Beraninya aku mengusahakan kemungkaran

Kufurnya aku mendustai nikmat

Allah... Aku tahu Engkau telah melihat

Dan Tuhan terus melihat


Tuhan...

Aku tahu Engkau telah mendengar

Saat aku datang membawa taubat

Menadah tangan memohon keampunan

Bersujud lama dengan keringat yang ada

Kerana fitrah seorang pendosa

Harus kembali kepada Yang Mencipta

Sedangkan esok, belum pasti taubatku kekal berpanjangan

Sedangkan esok aku kembali bermain di jurang maksiat

Allah... Aku tahu Engkau telah mendengar

Tak pernah bosan melayan kerenah hambaMu yang derhaka ini

Sedangkan Engkau telah melihat

Dan Tuhan terus melihat


Tuhan...

Aku tahu Engkau telah berjanji

JanjiMu

Manusia itu khalifah

Islam itu benar

Sabar itu ikhlas

Syurga dan neraka itu benar

Mati itu pasti

Akhirat itu kekal

Dunia ini mati

Setiap amal bakal dihitung

Setiap dosa bakal ditayang

Tiada tersembunyi

Semuanya terzahir

Allah... Aku tahu ini janjiMu

Sedangkan Engkau telah melihat

Dan Tuhan terus melihat


Di mana janji dan taubat yang manis meniti di bibir?

Di mana mujahadah tegar yang menari di hati?

Di mana sabar dan ikhlas yang ditunjuk-tunjuk dan dibangga-banggakan itu?

Di mana diri ini hendak menahan malu?

Di mana diri ini hendak selindung takut?

Saat Tuhan Yang Maha Melihat

Melihatkan kepadaku apa yang dilihatNya!

Dan Tuhan terus melihat...



Wassalam.
18.3.2014
03:44am

Monday, March 10, 2014

Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Menggerakkan.

Politik.

Sebuah frasa kata yang ringkas tetapi amat berkuasa.

Ramai rasanya yang boleh bercerita panjang lebar, sampai kering air liur kalau kita ber'diskusi' tentang politik ni. Terutamanya politik di Malaysia. Walaupun diskusi tersebut kebiasaanya dipenuhi dengan 'kritikan', 'pandangan' dan 'penambahbaikan'. Iye, setiap aktiviti itu mempunyai 'inverterd' comma yang tersendiri. Sebab apa? Sebabnya anda faham-fahamlah sendiri. Bila bicara soal politik, hatta forum ilmiah tentang politik pun jadi tanpa nilai sebab yang sepatutnya ada tidak ada. Yang tak perlu ada, makin ditambah-tambah pula. (ie : Kutukan, cacian, makian, rasa parti sokongan sendiri ialah parti malaikat sebab tak pernah salah dan sentiasa benar)

Tetapi keadaan yang lebih teruk lagi dan mendapat perhatian saya ialah saat penangan politik ini sudah makin melampau-lampau pula. Kalau sekadar bersembang di kedai kopi sambil membuang masa, atau ketika sedang memasak lauk untuk kenduri pengantin ataupun saat sedang bersuka ria bersama keluarga di dalam kereta dalam perjalanan jauh pulang ke kampung itu mungkinlah, bagi saya, takpe lagi. Tetapi 'status quo'nya sekarang, perihal-perihal 'perbincangan politik ini dah jadi makin merebak sehingga ia turut di'bincang'kan dengan hangat oleh kanak-kanak sekolah rendah riang gembira sewaktu menjamah nasi lemak di kantin, dan err... juga sewaktu sesi usrah bulatan gembira tak berapa nak bulat sebab ada 3 ahli sahaja (tiga segi mungkin).



Aseef... Mohon maaf terlebih dahulu. Saya yakin ada 1 atau 2 persoalan sedang menyerbu pemikiran anda sekarang ini. Err, itu pun jika anda membaca setiap bait tulisan saya dengan rasional dan tenang. Kalau anda membaca dengan emosi dan marah mungkin yang saya dapat sekarang ini ialah cacian dan makian yang rancak. (Err... Kalau tiada yang baca langsung, mungkin air mata saya yang mengalir dengan deras pula)

Tentu ada berfikir macam ni,

"Apa salahnya kalau si Razak tu nak kutuk kerajaan waktu tengah rehat di kantin bersama rakan taulan beliau. Janganlah kita nak pandang rendah pada keupayaan kanak-kanak riang ribena ni. Zaman dulu, Hang Nadim yang comel itu juga yang selamatkan Singapura tahu?"

"Eh, tarbiyyah is everything kot. Sesi berbicara tentang politik ini tentu sahaja membuatkan bulatan gembira saya untuk bertambah bulat okay. Barangsiapa yang memisahkan agama dengan politik, dia memang sekular. Arrgghh!!! Blog ni sekular! Sekular! Sekular! (jerit sampai hilang akal)"

"Errm... Dasar penulis berlatar belakangkan pendidikan undang-undang sivil. Kerja dia asyik nak memisahkan agama dan pentadbiran je. Orang suruh belajar undang-undang syariah dulu tamau. Degil. Ketegaq."

Mungkin ayat-ayat seperti itu sedang bermain dalam benak fikiran anda. Mungkin juga tidak sebab imaginasi saya memang liar dan menarik sedikit.

Secara asasnya saya mohon anda rujuk semula kenapa saya banyak gunakan inverted comma bila menulis perihal politik ni. Sebab situasi politik yang optimum, yang kita idam-idamkan serta mimpi-mimpikan itu belum wujud lagi. Perbicaraan ilmiah itu memang sekadar di atas kertas dan pada tajuk forum sahaja. Isinya dan halatuju perbincangan tersebut mungkin boleh dipersoalkan. Kebanyakan 'perbincangan' politik masyarakat tempatan kita lebih bertumpu kepada perkara-perkara yang saya jelaskan dalam perenggan satu tadi.

Bagaimana pula dengan masyarakat usrah? Masyarakat usrah ni kan dekat-dekat belaka dengan Allah. Ehem-ehem. Tentu sahaja perbincangan mereka ni mantap dan menyejukkan telinga. Err... Saya juga berharap seperti itu. Sebab saya amat yakin dengan pendekatan usrah. Tetapi... Sila bayangkan perkara ini...

"Weyh, serius lah enta nak pergi dengar ceramah LGBT tu? Enta ni demam panas ke? LGBT tu musuh nombor satu dalam negara kot. Enta jangan main-main. Penat dah ana tarbiyyah enta selama ni, takkan enta masih tak faham"

"Kau tengok jemaah tu. Katanya mendokong Islam. Tapi selalu sangat ambil pendekatan terbuka. Open minded la sangat. Akhirnya orang ingat Islam ni ikut sedap cakap manusia je. Quran entah ke mana, hadith campak sana-sini. Dasar liberal"

"Kau tengok pulak jemaah tu. Jumud. Kolot. Tertutup. Tarbiyyah berdasarkan kaum. Come on lah, cubalah terbuka sikit. Jangan nak 'kampung' sangat boleh tak. Diorang ingat diorang tu best sangat ke?"

"Antum semua kena ingat, kita mesti sokong parti ni. Parti ini bagus. Menekankan dakwah & tarbiyyah. Itu yang kita mahukan. Kalau parti lain yang memerintah, kita sama-sama turun demo di jalanraya. Tumbangkan kezaliman!!!"

Saya pasti sedikit sebanyak dialog tersebut mungkin pernah dilalui oleh anda. Saya rasa tak salah kalau saya katakan geng-geng usrah, dan kaki tegar tarbiyyah memang amat rajin turun ke jalanraya untuk demonstrasi politik. Err kalau minta turun ke padang untuk isu-isu kemanusiaan ni mungkin akan dapat respon bunyi cengkerik kerana sikitnya bilangan mereka yang mahu bersama.

Siapa saya untuk menilai bukan? Mungkin pendekatan berbeza di ambil untuk setiap isu yang berbeza. Saya setuju dengan perkara ini. Mungkin untuk mengembalikan kerbersihan politik di negara kita, kita perlu hadir beramai-ramai ke jalanraya. Mungkin sahaja. Mungkin tidak juga. Siapa tahu? Saya cuma berpendapat masih banyak lagi pilihan yang ada sebelum demonstrasi jadi pilihan.

Betullah tu. Tiap isu yang berbeza perlu ada pendekatan yang berbeza.

Err... Tapi yang buat saya allergik sekarang ni ialah masyarakat kita mula mempolitikkan semua perkara. Pengsan.



Mahkamah Tinggi
"Anwar Ibrahim dibebaskan daripada semua pertuduhan"
"Alhamdulillah, kehakiman Malaysia sudah semakin berani."
"Akhirnya keadilan tetap terselah juga. Benarlah janji Tuhan, yang haq pasti menewaskan yang batil"
"Inilah episod baru untuk Malaysia yang lebih baik. Sama-samalah kita melangkah"

Mahkamah Rayuan
"Anwar Ibrahim didapati bersalah. Penjara 5 tahun"
"S**l, B**i, Dasar kehakiman ni anjing kerajaan. Hakim Malaysia memang korup. Dasar ambil rasuah"
"Najib ni memang, kau dah naikkan harga barang lepas tu kau penjarakan Anwar pulak. Dasar suka tutup isu.
"Keadilan sudah mati di Malaysia. Black Day for Malaysia indeed"

Dan ketika baru-baru ini berita sedih yang menimpa negara kita, kehilangan pesawat MAS MH370, sekali lagi semua isu dipolitikkan.

"Memang kerajaan BN ni sengaja hilangkan kapal terbang tu. Saja nak alihkan pandangan masyarakat kita terhadap isu Anwar."

"Anwar Ibrahim dan MH370 sama-sama telah menjadi mangsa permainan politik UMNO"

"Kalau PR yang memerintah, tentu sahaja MH370 takkan hilang"

Err... Dan begitulah dialog-dialog yang boleh anda temui di FB, Twitter dan banyak lagi laman media sosial.

Saya juga antara orang yang sangat menyanjungi DS Anwar Ibrahim. Seni berhujah beliau dan ketabahan dalam mengharungi ranjau politik itu jadi inspirasi. Tetapi saat berita beliau disabitkan bersalah, saya tidak mahu cepat melatah. Respon pertama saya terhadap isu ini ialah,

"Perlukah mahkamah sentiasa memenangkan insan bernama Anwar Ibrahim untuk kelihatan adil?"

Sistem keadilan kita, selagi belum kembali seperti anjuran Islam, selagi itulah kita tidak akan mencapai keadilan yang hakiki. Banyak sahaja isu ketidakadilan mahkamah yang berlaku, tapi isu terbaru ini mendapat respons yang amat meluas. Mungkin kerana DS Anwar merupakan seorang public figure.

Bagi saya, cukuplah. Hentikkanlah mempolitikkan semua perkara. Kadang-kadang ada hati mereka yang boleh terluka dengan kata-kata kita. Sekalipun kita tidak berniat. Dalam waktu kecemasan seperti ini, emosi orang ramai memang cepat melatah. Maka berhati-hatilah dengan perkataan kita. Kalau rasanya tidak membawa kebaikan ataupun berkemungkinan membawa mudharat sekalipun tidak disengajakan, lebih baik berdiam diri.



Kepada perbincangan politik di dalam usrah. Saya setuju. Ia perkara yang baik untuk dibincangkan. Tapi pesan saya, bincang. Bukan doktrinisasi. Terkadang hanya kerana berbeza fahaman politik, ada orang yang melarikan diri daripada usrah. Terkadang usrah sering dikaitkan dengan sesebuah parti politik kerana begitu cenderungnya kita kepada parti tersebut. Saya yakin, sukar untuk bersifar neutral setiap masa dengan keadaan politik negara kita sekarang. Tapi sebaiknya, moga usrah jadi platform yang baik dalam diskusi politik. Moga berlaku pertukaran pandangan. Moga berlaku interaksi hujah. Bukan sekadar menghukum yang lain bersalah hanya kerana berbeza pandangan kita.

Sudah tiba masanya para duat membawa perubahan. Sekarang sedang berlaku fenomenan politikkan segala-galanya. Dan kesannya sangat merbahaya dan sedang merebak dengan cepat dalam ummat. Para duat harus bangkit dalam mengubah persepsi ini. Seharusnya kita tarbiyyahkan segala-galanya. Kerana tarbiyyah mungkinlah bukan segala-galanya. tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Kalau rasa usrah anda tidak mampu untuk membawa perbincangan politik secara harmoni dan saksama, nasihat saya pisahkan dulu ye? Bukanlah buat selama-selamanya tapi sehingga kita sudah mempunyai individu muslim yang ramai dan fikrah sudah mekar menyubur dalam masyarakat. Waktu itu, erti politik sebenarnya akan kita rasai dan hargai bersama.

Buat masa sekarang, saya mohon agar kita jangan lari fokus. Fokus utama gerakan ini ialah untuk menyemai semula akidah yang sejahtera. Membawa semula manusa kembali kepada Allah. Bagus untuk kita peka dengan isu semasa, tapi jangan sampai kita sendiri terbuai dalam isu tersebut hinggakan perjuangan sebenar usrah terluput pada perbincangan politik yang sia-sia.



Sejujurnya saya amat tidak suka mereka yang mempolitikkan isu MH370. Ini benar-benar melakukan. Kalau boleh elakkan lansung mengaitkan isu politik dengan MH370. Berhati-hati dalam menulis status atau twitter anda. Buat masa sekarang lebih baik kaitkan MH370 dengan tarbiyyah daripada politik kan? Bukankah tarbiyyah itu segala-galanya? Senyum

Jangan kita berhenti untuk mendoakan semua penumpang MH370. Dan doa kita itu bukanlah hanya di FB ataupun twitter, moga ia juga dilafaz dalam rantaian sujud dan doa.

Buat keluarga mangsa MH370, Allah bersama mereka. Allah itu Maha Dekat. Yakin dan bersabarlah!

Wassalam...

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts