Monday, December 29, 2014

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dah lama tak menulis, rasanya jari-jemari ni dah berkarat. Or hati yang berkarat sebenarnya, tu yang berat je nak angkat jari-jari ini untuk menaip.

"Hidup adalah sebuah perjuangan. Dalam perjuangan, tercedera, terluka, lelah dan air mata ialah hiasan dalam perjalanan ini, Maka selagi belum puas hidup, mengapa harus berhenti berjuang?"

Okay, nampak ayat dekat atas ni macam quoted from someone phenomenal kan? Tak sebenarnya. Ayat di atas tu cuma rekaan penulis yang marhaen ini. Hehe.

Umum mengetahui. saya adalah pengikut gerabak dakwah ini. Sungguhpun terkadang terasa macam sifat saya ini tidak melambangkan pun mereka yang mengikut jejak DnT. Tapi takpelah, setiap orang ada pace masing-masing yang boleh dilakukan. Dan dakwah dan tarbiyyah juga bukan usaha satu hari, atau seminggu bahkan bukan setahun. (Errr.... Tapi ni umur dakwah nak dekat 3 tahun dah ni, guane?)

Sepanjang di 'jalan' ini, saya juga berkesempatan untuk merasai sendiri azab malasnya turun ke usrah, kretivitas untuk memberi alasan meng'excuse'kan diri sendiri daripada join daurah, nikmat menyempurnakan perkara-perkara lagha. Sungguh, banyak sekali yang telah saya tempuh di sepanjang perjalanan ini. Biasanya bila menyertai DnT, orang akan mula mendekatkan diri dengan hal-hal akhirat, memperkayakan diri dengan amalan-amalan sunat, menghiasa peribadi dengan sifat mahmudah serta meniggalkan perkara mazmumah. Dan diri yang sedang menulis ini berada pada keadaan terbalik. Semakin lama di jalan ini, semakin banyak perkara-perkara yang sepatutnya dijauhi telah saya tempuh. Ini adalah kelemahan diri yang patut saya akui. Sebabnya di sepanjang perjalanan dakwah ini harus kita ingat, jalan ini memang jauh dan panjang. 'Destinasi' akhir itu sepertinya tak terlintas di mata, tak terdengar di telinga, tak terucap di mulut. Amboi. Haha. Jauh sekali.



Ramai golongan daie sedar akan hakikat ini, alhamdulillah. Cuma satu perkara yang saya ingin ingatkan bersama, semakin jauh jalan ini, maka semakin kuat juga ujian yang akan kita terima. Hipotesis dakwah. Haha.

Allah pasti menguji. Itu janji Dia. Jadi bila kita teruji, kalau boleh janganlah terkejut sangat, dan meratap menyoalkan kenapa diri kita ditimpa ujian sebegitu rupa. Ini adalah tapisan khas daripada Illahi untuk melihat hamba-hambaNya yang benar-benar teguh dalam beriman kepadaNya. Semakin lama kita di jalan ini, ujian yang bakal memunculkan diri juga akan semakin banyak dan dalam updated version.

Ujian-ujian yang bakal mendatang ini terkadang tak pernah terlintas pun di imaginasi liar kita. Bahkan, saya berani juga mengatakan bahawa ujian-ujian ini ada yang kalau kita tak join DnT ni memang dia takkan datang menjenguk kita. Seriyus tak bohong. Saya yakin anda yang sedang menempuh jalan ini pernah sekali, 2 kali ataupun berkali-kali diuji dengan cubaan yang terasa begitu berat hingga hampir patah, retak dan bengkuk tulang rusuk dakwah ini. Sedangkan mereka yang lain, kawan-kawan yang sering berhibur tiap masa pula bersenang lenang dalam kehidupan.

Pernah saya nukilkan sebelum ini, para duat merupakan golongan yang sangat luar biasa, maka logik je kalau ujian mereka ni pun luar biasa. Mungkin ramai yang memahami frasa luar biasa ini sebagai para duat mungkin diuji seperti kesusahan material yang melampau, kemunduran akademik, terputusnya sillahturahim, kelaparan berterusan. Kiranya semua jenis 'kesusahan' yang turut dirasai oleh orang lain, cuma para duat diuji pada skala luar biasa.

Bukan perkara di atas yang saya maksudkan. Luar Biasa ujian yang menjenguk golongan dakwah ini ialah ujian yang jarang-jarang menjengah orang-orang yang tidak berada dalam jalan dakwah ini. Pertama dan paling common walaupun masih luar biasa adalah ujian riya' dan takbur. Berada di jalan dakwah ini membuatkan kita merasa nyaman dengan biah solehah yang baru kita rasai. Suasana penuh kebaikan ini kalau boleh kita nak rasai selama-lamanya. Hakikat ia tidak benar. Kita akan dihantar keluar daripada comfort zone kita. Diletakkan terus dalam masyarakat yang sedang rosak dan tenat. Di saat sepatutnya kita menjadi agen kepada dakwah islam, saya melihat ramai duat gugur dengan ujian ini. Mereka merasakan diri mereka terlalu baik dan mulia hingga akhirnya terasa pandangan mereka sahajalah yang betul. Saya juga melihat bertapa golongan duat agak sukar untuk menerima pandangan daripada mereka yang tidak pernah berada dalam jemaah dakwah apatah lagi bila pandangan itu berkaitan dengan gerakan dakwah dan tarbiyyah.

Untuk mengelakkan kejadian seperti ini, ada para duat yang memililah jalan yang lebih mesra alam. Mereka mencampuri dan menggauli masyarakat umum. Saya tabik. Saya kira ini langkah yang sangat proaktif dan mulia. Tapi masih kita perlu ingat ujian Allah itu maha halus dan kreatif. Ada pula golongan pendakwah yang merasakan mereka selesa diangkat sebagai wira dakwah kerana mereka bersifat sederhana, tidak memaksa dalam dakwah dan tarbiyyah, sering memberi keringanan hingga akhirnya prinsip dakwah yang selama ini memandu diri hilang entah ke mana. Nah, lihat. Kalau kita tidak menyertai perjuangan dakwah ini, mana mungkin ujian seluar biasa ini hadir?

Cukuplah satu contoh rasanya yang saya berikan sebabnya saya nak berikan sebuah lagi teori untuk membantu kita menempuh ujian-ujian luar biasa ini.



Saya namakan ia sebagai Inertia Dakwah.

Inertia; the resistance of any physical object to any change in its state of motion, including changes to its speed and direction. It is the tendency of objects to keep moving in a straight line at constant velocity.

Kalau dalam bahasa arab, lebih kurang maksud dia dengan istiqamah kan? Hehe.

Perjuangan dakwah perlu istiqamah. Perlu ada nilai inertia. Saat kemalasan melanda, maka jawapan yang perlu diambil ialah paksaan. Kita memang kena paksa diri kita. Paksa diri untuk membaca bahan-bahan dakwah, paksa diri untuk turun liqo' mingguan, paksa diri untuk dekat dengan ikhwah, paksa diri untuk proaktif dalam daurah. Selagi kita tidak mula memaksa, selagi itulah kita akan kekal di dalam comfort zone kita dan akhirnya progress dakwah tidak akan berlansung.

Paksaan yang mula-mula disulami dengan perasaan yang tidak ikhlas, mungkin diselit sedikit keluhan, rungutan dan kepenatan lama-lama ia akan mengubah kita. Paksaan yang selama ini kelihatan keras akhirnya akan jadi ringan kerana nikmat inertia yang bakal terbina. Paksaan ini akan mencetuskan momentum yang berterusan. Semakin kita memaksa diri ini untuk keluar daripada comfort zone, semakin kita akan mempunyai lebih kefahaman berkenaan jalan dakwah ini, Dan akhirnya kefahaman inilah yang akan membantu kita mengharungi ujian-ujian luar biasa tersebut.

Saya yakin daie juga mempunyai inertia tersendiri. Sebagaimana, dalam teori inertia bahawa objek besar mempunyai inertia yang lebih besar. Saya juga percaya mereka yang mempunyai sejarah silam jahiliyyah yang melampau besar itu juga boleh mempunyai inertia dakwah yang paling kuat seandainya dia sudi untuk sedikit terpaksa pada permulaan perjuangan ini. Para duat yang mempunyai inertia yang kuat ini akan menolak mereka untuk terus kekal dan bergerak dalam gerabak dakwah ini dan bukan hanya constant di takuk yang lama dan akhirnya tenggelam kerana sering terpukul oleh ombak ujian.



Inertia dakwah. Dan semua pesanan yang telah saya nukilkan di atas, seharusnya saya tujukan dan dijadikan amalan oleh diri ini. Untuk perkongsian bersama, insyaAllah.

Wassalam...

Sunday, November 30, 2014

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Lama tak menulis. Dah berhabuk. Maaf. Ampun.

Jadi sebagai penutup kepada November, saya ambil izin buat comeback semula kepada blog ini.



Esok ialah hari penamaan calon-calon pilihanraya kampus UM, kalau warga UM, mereka panggil beberapa hari yang mendatang ni sebagai pesta demokrasi. Tempoh untuk berkempen, mengangkat pemimpin mereka supaya diberikan mandat untuk memimpin seluruh mahasiswa UM yang lain. Dan kalau anda semua nak tahu, pilihanraya di UM ni jiwa dia berbeza dengan IPT-IPT lain. Seolah-olah siapa yang menang di UM ni bakal memacu pentadbiran negara. Dahsyat betul sehingga ada isu-isu seperti calon hilang, kepala khinzir ditemui dalam surau, poster dijatuhkan, komputer lama dihempas dan dipecahkan, dan paling baru perarakan masuk DS Anwar Ibrahim ke Dewan Tunku Canselor berserta insiden pagar roboh dirempuh yang telah diputar-putar oleh media.

Fuhh... This is UM.

Tapi kebanyakan daripada insiden yang saya tulis tadi itu berlaku pada waktu lampau. Waktu tu, saya sendiri pun belum masuk UM lagi. Alhamdulillah, sejak saya bergelar mahasiswa dekat sini, secara umumnya politik kampus ni makin sihat dan segar, pada pandangan saya je la.

Saya masih ingat lagi pilihanraya pada sesi 2012/2013, waktu ni hanya 2 orang sahaja yang bertanding sebagai calon fakulti undang-undang, maknanya menang percuma kepada kedua-dua calon bebas ni Waktu saya masih freshman, saya hairan juga kenapalah fakulti ni bebas. Maksud bebas di sini ialah fakulti ini tidak menerima calon-calon daripada dua gerakan politik pelajar paling besar di UM, Penggerak Mahasiswa dan ProMahasiswa. Dalam bahasa moden, non partisan. Sampaikan warga UM yang lain panggil wilayah undang-undang ni sebagai Tanah Bebas. Bagi saya, mahasiswa di fakulti ini bukanlah bersikap non partisan. Ramai sahaja dalam kalangan kami yang memang aktif dan sebahagian sudahpun mempunyai pendirian sokongan kepada parti-parti politik di luar sana. Malahan isu-isu politik negara, polisi dan dasar memang menjadi bualan harian kami, sama ada dalam persekitaran yang santai mahupun serius.

Jadi kenapa, di sebalik tahap kesedaran yang tinggi ini, mahasiswa undang-undang begitu berat untuk menerima salah satu daripada gerakan politik pelajar sebagai perwakilan mereka. Jawapan yang temui ialah, dalam gerakan politik pelajar UM, terlalu banyak drama yang akhirnya tidak membawa sebarang kemajuan kepada pelajar.

Bila seseorang calon itu didokongi sebuah parti di belakang mereka, akhirnya kepentingan gerakan pelajar itu yang akan diketengahkan terlebih dahulu dan mahasiswa yang diwakili mereka sedikit terabai. Perkara ini bukanlah spekulasi saya semata-mata, saya akan jelaskan lagi selanjutnya nanti.

Kebetulan pada sesi ini juga, seorang wakil pelajar daripada Fakulti Undang-Undang, calon bebas, telah diangkat naik sebagai Presiden MPP UM. Sedangkan sebelum ini, presiden perwakilan mahasiswa ini akan ditentunkan oleh Penggerak Mahasiswa dan Pro Mahasiswa mengikut jumlah kerusi yang mereka perolehi. Bagaimana seorang calon bebas boleh diangkat sebagai seorang presiden? Kisah itu saya tidak mahu panjang-panjangkan, terlalu banyak versi, yang penting seorang mahasiswa daripada bebas telah diangkat untuk mengetuai gerakan kepimpinan mahasiswa paling besar di UM.



Pada waktu itu, saya percaya itu adalah langkah terbaik untuk kita membina student unity yang kita selalu laung-laungkan tu. Apatah lagi 'Student Power' merupakan agenda utama ProMahasiswa pada setiap pilihanraya. Tapi mana boleh wujud Student Power without Student Unity kan? Menyedihkan apabila kabinet MPP UM telah dibentuk, student unity ini gagal diwujudkan. Menurut Presiden pada tahun tersebut, macam mana nak capai student unity kalau perwakilan Pro Mahasiswa sering boikot mesyuarat? Kesetian tidak diberikan pada Presiden yang dipilih tapi kepada calon presiden daripada gerakan pelajar masing-masing?

Di sini, saya kecewa dengan sikap ProMahasiswa. Mungkin mereka boleh berkata, takhta presiden MPP UM telah dirampas oleh mereka kerana kerusi majoriti masih milik mereka. Dan perwakilan mereka juga telah diletakkan ke dalam exco yang tidak sepatutnya seperti 'Exco Budaya'. Pertamanya, perkara ini menimbulkan persoalan seperti adakah ProMahasiswa tidak boleh menerima kepimpinan lain? Maksud saya agenda studet unity ataupun student power ini akan terhenti sekiranya bukan mereka yang membentuk majlis tertinggi MPP UM. Kalaulah begitu sikapnya, saya kecewa. Kecewa kerana pada sangkaan saya perjuangan student unity ini adalah milik semua mahasiswa UM. Bukan eksklusif kepada ProMahasiswa semata-mata. Presiden pada tahun itu juga sudah bersedia untuk membentuk kabinet mahasiswa yang majmuk, gabungan antara Penggerak dan ProM. Tapi gagal, oleh sebab isu boikot mesyuarat. Bila kita boikot mesyuarat ni, apakah pada waktu itu atas dasar kepentingan mahasiswa UM atau sebab kepentingan gerakan politik pelajar atau sebab kepentingan peribadi? Sepatutnya ProM memainkan peranan yang lebih baik dalam menyebarkan agenda student unity. Kalaulah MPP UM itu tidak berjaya menjadi simbol kepada student unity, kita buatlah pilihanraya berapa kali pun, kita akan gagal juga.

Persoalan kedua, isu pemilihan exco? Saya hairan juga bagaimana ProM yang tidak rela diletakkan dalam exco budaya boleh diletakkan dalam exco tersebut pada mulanya? Adakah penentuan exco ditentukan oleh majlis tertinggi semata-mata tanpa sebarang suara atau pandangan daripada ahli majlis MPPUM yang lain? Bahagian ini saya tak tahu, maklumlah saya bukan seorang MPP. Kalau boleh, saya mohon penjelasan tentang pemilihan exco ini.

Persoalan ketiga, PRK UM, sebuah platform untuk memilih MPPUM yang baharu atau sebuah kempen untuk memilih samada Penggerak atau ProM sebagai pimpinan utama? Nampak macam dua perkara yang sama, tapi sebenarnya tidak. Sebab mahasiswa UM terlalu rakus dalam menyokong gerakan politik pelajar ini hingga akhirnya kita hanya mementingkan parti mana yang menang instead of siapa yang membentuk MPPUM. Bila ProM atau Penggerak berjaya menguasai kerusi, mereka meraikan kejayaan ini ke seluruh kampus dan akhirnya bila MPPUM dibentuk, lansung tidak ada sebarang ucapan tahniah walaupun MPPUM lah yang sebenarnya berjuang demi kebajikan mahasiswa, bukan gerakan politik pelajar ini. Sebab itulah pada hemat saya, silakanlah mempunyai perbezaan ideologi dalam bentuk Penggerak atau ProM, tapi sebaik sahaja MPPUM terbentuk, marilah kita tumpukan kesetiaan kepada mereka, curahkan kerjasama, tidak kira siapa pun yang membentuk kabinet mahasiswa ini kerana dengan sikap ini barulah boleh kita secara berterusan meneruskan agenda student unity dan student power.

MPPUM adalah sebuah badan pelajar yang unik dan penuh potensi. Tapi kepimpinan saban tahun akan berubah. Tempoh 2 semester memimpin tidak akan cukup untuk mencapai agenda. Apatah lagi pada sesi-sesi yang akan datang ideologi pimpinan mungkin berubah, maka perjuangan untuk student unity tidak mempunyai nilai sustainability. Maka sebab inilah, mahasiswa UM perlu mempunyai satu fahaman atau nilai yang perlu dikongsi bersama disebalik segala perbezaan kita. Dan nilai tersebut ialah "Pemimpin kita adalah MPPUM, bukan Penggerak ataupun ProM"

Amat mengecewakan sebenarnya apabila kita sedang menuju ke arah musim PRK yang baru, setiap blok, akan menceritakan apakah usaha dan kejayaan MPP daripada gerakan pelajar mereka sedangkan usahan setiap MPP ialah usaha kolektif daripada MPPUM. Agaknya sikap MPP yang tidak sedar bahawa mereka sedang mewakili mahasiswa UM, bukan Penggerak atau ProM, yang mengakibatkan mereka lupa bahawa mereka kini MPP milik mahasiswa UM, bukan milik parti pelajar mereka.

Persoalan saya yang terakhir dalam isu ini, apakah fungsi calon kawasan umum. Di UM kita mempunyai 4 kawasan umum. Dan setiap kawasan mempunyai 2 kerusi. Sangkaan saya, calon umum yang menang inilah yang akan membentuk majlis tertinggi MPPUM, tapi tidak sebenarnya. Tempat majlis tertinggi boleh diisi oleh sesiapa sahaja. Jadi apakah nilai seorang MPP kawasan umum? Sedangkan dah 2 PRK UM telah saya tempuh, pada kedua-dua sesi, hanya pada musim kempen sahaja saya pernah melihat calon umum kawasan saya. Selepas itu, entah lesap ke mana?

Hal-hal diatas banyak berkisar tentang kritikan saya mengenai atitud gerakan ProM pada tahun tersebut serta beberapa isu MPPUM yang saya kira perlu kita baiki.



Seterusnya saya nak menukilkan sedikit tentang Penggerak Mahasiswa. Gerakan pelajar yang ditohmah sebagai pro HEP. Proksi Barisan Nasional kampus. Dan begitulah sebaliknya ProM digelar proksi Pakatan Rakyat. Tapi secara peribadinya lah saya melihat ProM lebih kepada struktur BN sebenarnya. Mereka ada komponen lain khas untuk mahasiswa bangsa cina, UMANNY. Mungkin mereka ada sebab mereka sendiri atas pembentukan ini, tapi saya lebih suka andainya mereka semua boleh bergabung pada satu payung yang sama. Sebab agenda ProM kan ialah 'Kebersamaan'. Maka bersamalah terlebih dahulu bawah satu nama yang sama.

Tentang Penggerak Mahasiswa, sejujurnya pada tahun pertama pengajian saya, saya mengikuti secara rapat gerakan ini. Malah saya juga terlibat secara langsung dalam usaha kejenteraan mereka. Hal ini kerana saya mengikut ajakan senior daripada alma mater saya yang pada waktu itu merupakan Presiden Kolej Kediaman saya.

Minggu Haluan Siswa adalah medan doktrin Penggerak Mahasiswa. Saya berani mengatakan sebegini. Doktrinisasi tidak perlu hadir dalam bentuk yang jelas, cukup sekadar ia datang dalam persekitaran yang mempengaruhi. Pada zaman freshman saya, saya yakin masih berterusan sehingga kini, Pemudahcara Mahasiswa (PM) Sentral, ialah milik penyokong-penyokong Penggerak Mahasiswa. Kalau tidak takkanlah simbol PM Sentral itu sendiri menggunakan motto Penggerak Mahasiswa, UM is One. Kalau tidak takkanlah kami mahasiwa tahun pertama kita itu diajar untuk melaungkan cheers rasmi UM yang diakhiri dengan 3 kali laungan UM is One? Dan ada sahaja PM yang menggenakan baju Penggerak Mahasiswa sepanjang sesi MHS.

Selesai MHS, beberapa pelajar mula direkrut untuk membantu usaha-usaha kejenteraan Penggerak. Saya antara mereka yang dipilih. Saya telah diberikan beberapa lampiran untuk diedarkan. Antaranya ialah poster calon-calon, gambar-gambar ikon mereka, propaganda kejayaan Penggerak Mahasiswa. Okay, semua ini saya boleh terima lagi dan saya bantu juga edarkan kepada yang terdekat. Sebab bagi saya ini bukan masalah, mereka perlu untuk mempromosikan calon mereka. Sampai sekarang ni pun kalau ada ProM atau Penggerak bagi flyers, saya ambil sahaja. Menghormati usaha mereka. Tapi perkara yang buat saya kurang senang ialah beberapa lampiran poster yang jelas menuduh, memfitnah dan memburuk-burukkan gerakan ProM. Antaranya ialah poster ProM = ProMenipu. Saya tidak boleh menerima pendekatan politik yang sebegini. Apatah lagi bila kononnya politik UM ialah arus baharu kepada politik negara yang lebih baik. Tapi perangai masih sama dengan politikus di luar sana. Terus bila saya dapat poster-poster yang berbentuk sebegitu, saya campakkan terus dalam tong sampah. Kertas-kertas sebegitu tidak layak untuk menerjah pemikiran mahasiswa. Memalukan.

Saya juga terlalu kecewa dengan sikap Penggerak Mahasiswa. Sehingga ke insiden terbaru sewaktu Debat Perdana Presiden, mereka menyebarkan flyers fitnah bahwa moderator bias. Membawa sepanduk yang mencerca majlis. Sedangkan Yang Di Pertua anda sendiri menegaskan nilai Penggerak Mahasiswa ialah pada Ilmu, Amal dan Adab. Mana dia adab penyokong Penggerak pada waktu itu? Kalau betul moderator bias, kenapa tidak ada bantahan sebelum itu? Lepas tu bukti bias yang boleh anda kemukan hanyalah moderator ada bergambar dengan saudara Fahmi Zainol? Lah, kalau macam tu siapa je yang tak bias dalam dunia ni? Sebab saya yakin semua daripada kita ada kawan-kawan daripada kalangan Penggerak atu ProM. Mengecewakan.

Say juga pernah mempersoalkan benarkah Penggerak ini bersama HEP? Jawapan mereka tidak tetapi sebaliknya. Maksudnya HEP yang bersama mereka. You know what, jawapan ni doesn't make sense at all. Isu tentang Penggerak Mahasiswa bersama HEP ini saya akan jelaskan lagi dalam bahagian kedua, sewaktu saya juga bertanding sebagai seorang calon.

Secara umumnya, Penggerak bangga bahawa mereka tidak memilih jalan demonstrasi tetapi diplomasi menjadi keutamaan. Tetapi daripada trend pilihanraya mereka saya melihat, fitnah dan provokasi ialah budaya sebati mereka. Tapi ini pada sesi 2012/2013. Mungkin sekarang dah ada perubahan. Betul atau tidak, anda nilailah sendiri.

Bahkan pada sesi ini, disebabkan Penggerak Mahasiswa menguasai MPPUM, habis semua kejayaan atau usaha MPP yang diketengahkan hanya daripada blok Penggerak Mahasiswa. Pengumuman yang sepatutnya dilakukan oleh MPPUM pun, Penggerak tolong buatkan. Dan bila MPP mereka melaksankan sesuatu mereka tidak akan lupa meletakkan ayat "MPP Penggerak Mahasiswa". Sebab itulah saya jadi kurang senang dengan pendekatan ini. Akhirnya mahasiswa UM melupakan MPPUM dan sibuk bergaduh antara Penggerak atau ProM, siapa lebih baik. Hal yang sama turut berlaku pada pada pentadbiran ProM pada sesi 2013/2014 yang saya akan jelaskan pada bahagian lain.

Akhirnya atas perkara-perkara yang berlaku sepanjang sesi ini di antara Penggerak mahupun ProM, saya mula memahami prinsip non partisan yang dipegang oleh Fakulti Undang-Undang. Kalaulah Student Unity yang ingin dicapai oleh mahasiswa UM, anda pasti boleh belajar sesuatu daripada Fakulti kecil di pintu masuk ini. Bagaimana MPP bebas mempunyai kebolehan yang jelas dalam memimpin golongan mahasiwa undang-undang. Sebab bila tidak ada parti yang menunjangi mereka, maka segala usaha, idea, dan gerakan adalah penuh khas buat mahasiwa yang mereka wakili. Bagi saya fakulti undang-undang adalah bukti jelas Student Unity dan Student Power. Beberapa bukti ialah contohnya anjuran Program Solidariti untuk Prof Azmi oleh MPPUM, tidak mendapat tentangan walaupun bukan semua mahasiswa undang-undang pada ketika itu mempunyai ideologi yang berbeza. Tapi kebersamaan dalam perjuangan itu mereka raikan kerana memegang kepada nilai prinsip kebebasan akademik yang sama. Bahkan turut disertai bersama-sama dengan pensyarah lagi. Student Power mereka jelas anda boleh lihat sendiri dalam proses AGM Law Society, di mana mahasiswa undang-undang benar-benar melihat dan menilai kepimpinan pelajar mereka dan pimpinan pelajar mereka pula bersedia untuk memberikan yang terbaik serta dikritik untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kalaulah AGM Law Society terbuka untuk semua, anda datanglah dan lihatlah sendiri.

Banyak lagi isu-isu PRK yang saya ingin komen dan kritik, tapi cukuplah beberapa perkara ini untuk bahagian yang pertama. InsyaAllah saya jelaskan dengan lebih terperinci dalam bahagian seterusnya. Tujuan tulis ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menyebarkan kesedaran kepada mahasiswa lain tentang politik kampus kita. Samada kita hanya bermain secara retorik atau sebenarnya kita betul-betul sedang berusaha ke arah era yang lebih baik.

Dalam bab selanjutnya saya sentuh mengenai isu mansuh AUKU, Pengalaman Pilihanraya saya sendiri, serta isu-isu semasa pimpinan PMUM 13/14.

Wassalam.
Moga bermanfaat.

Ditulis dengan harapan oleh,
Ahmad Azri Abdullah
Mahasiswa Tahun 3 Fakulti Undang-Undang

Monday, October 27, 2014

In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

By reading the title for the first time, most of our mind will quickly start a mini-concert of a song which goes by the same name. ‘The Man Who Can’t Be Moved’ is actually a hit song from a band known as The Script which through this song, it depicts the idea of man who is just unable to stop himself from hoping and waiting for his dream girl.

Though this song is frequently heard when most of us is in the ‘lovey dovey’ mood or simply reminiscing the good old memories of our past failed relationship, I would like to think that somehow this song is more than that. I would not say that the lyrics may have implied another alternative meaning, because you know, people around the world is getting very paranoid about the idea of indoctrination through songs which are mostly related to Illuminati. The lyrics in this song in particular are very clear in delivering its messages.

However the title of the song which I have made into becoming the title of this article keeps me wondering till this day. The first wonder or question would be, is it possible for us to be ideally faithful to someone?



Let me start by sharing a true story that happen to me while I was studying in a boarding school. The environment is just different compared to normal daily school. Instead of discovering your new super duper mega best friend during your secondary school years, somehow in boarding school, you are granted with a newfound family. The bond between friends is so strong that it equates the bond between siblings. Without parents to look after you all around the clock, your friends are you only hope to look after each other. In short, I was very close to my batch mates. One day, our English teacher hand us all a piece of paper which contains the names of every member of the class with blank boxes beside each name. The instruction was simple. Write a word to describe your friend.
The result was quite surprising. Out of all the adjectives available, one of my friends, male or female, describe me as faithful. A word which at the time was so alien to me. If I am given the chance to describe myself via one word, the word faithful is never an option. However I am one of the people who strongly believe in the notion of ‘the people around you will decide who you are’. To an extent, it is true. The people around us are a reflection of ourselves. Thus, I have confidence in my friends’ description but at the same time I have no idea what being faithful is.

The struggling concept of the present is you need to adapt to survive. The ability to change is the number one quality in the modern era. The world is changing in a fast pace, the people is living in the fast lane. The urgency to change, adapt and survive is no doubt great qualities to begin with. Nevertheless, the modern society seems to be missing on something.

Something is just not meant to change. That something is your principle. If you don’t stand for anything, you will without a doubt fall for everything. The culture of ‘changing for a better future’ perhaps has a very great impact on our physical changes to cope with the current demand of modernity but at the same time it exerts more significant impact on us psychologically.

Researches by psychologists provide that the current generation is facing a problem of identifying themselves. People like to be different. Somehow for everyone, being different means you are special. It’s a human nature. The truth is, all of us are different and distinct to each other, initially. As I was stressing about the idea of we need to keep changing to keep up with the ever changing environment, actually we area changing with a magnitude. All of us is changing into something uniform. Something standardize, under the perception of this is what we need to survive.



Let us ponder for a moment, why is it that the previous generation has been able to come out with great discoveries for humanity and just by reading their history, we will realize that the society was also quite uniform at the same time. They believe that they can’t develop further. They believe that they have reached the pinnacle of modernity. While a few selected other refuse to have the same mindset. They on the other hand, believe that we are destined for something greater. And as history recorded, these people who were despised for being different, are now glorified by the current generation for leading humanity to discover many great things for the benefit for our own kind.

Again then, why is it, when we had actually endorsed the idea of changing, the current generation is lacking in significant discoveries? Are we satisfied with what we had or do we think that we had reached the pinnacle of everything just like the previous generation thought they have done so? Personally, as I mentioned before, we have a problem with our concept of changing. We are changing with a magnitude, we are moving towards a direction. The way of uniformity. Our education system does not cherish and celebrated the different. The system does not promote diversifying ideas and opinion. The sole aim of education is to create a same understanding for everyone. For me, that is not education, that is simply a quasi-indoctrination.

Back to our main discussion. What does faithful mean in the current world? I like to believe that you need to be faithful to yourself, be loyal to who you are. We were different into the world. All of us possessed great and creative ideas to help mankind to reach a greater height. But we are so busy changing, so busy adapting in order for us not to be treated differently from anyone else. We are so afraid of isolation or being secluded by the society. In fact, it is when we are alone that we can truly discover ourselves. People will judge us for being different, it’s human nature to be judgmental anyway. But they are only doing so because we don’t let them to discover the different side of us. Humanity is made to learn. Instead of changing and adapting, for the future of everyone, it is high time for humanity to learn to be accepting.



Remember, be faithful to yourself, even when the whole world is against you. In the immortal words of Ali bin Abu Talib, “It is only when the darkest night, that the stars shine the brightest” 

Wassalam. 


Wednesday, September 24, 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Memahami

Allahumma Rabbi…

Secara jujurnya ini bukan 3 minggu pertama permulaan semester yang terbaik untuk diri ini.Futur melanda tanpa henti, ibadah terabai tanpa disedari.

Allah, kalau tidak teringatkan bahawa semua ini tetap dalam perancanganMu, pasti sudah aku tertunduk jatuh. Rebah dalam putus asa. Statik dalam penyesalan. Sungguh aku ingin cepat-cepat masa ‘futur’ atau jauh daripadaMu ini berlalu, agar kembali aku merasakan betapa manis dan nikmatnya beribadah kepadaMu.

Ketenangan bila bersama Allah, tak siapa dapat gambarkan.



“Wallahu Khairul Makirin…”

Jelas, Allah ialah sebaik-baik perancang.

Cuma kita sebagai manusia yang diciptaNya, serba-serbi kurang dan lemah, seringkali salah faham tentang perancangan Allah. Rata-rata mereka yang mula mendalami agama, yang mula menjebakkan kaki ke dalam arena dakwah dan tarbiyyah sudah mula menjinak-jinakkan diri dengan konsep di atas, ‘bahawa semuanya adalah dalam perancangan Allah’.

“Bahawa semuanya adalah dalam perancangan Allah”. Okay saya ulang sekali lagi frasa ni.

Kita mudah sahaja memahami bahawa memang Allah memiliki masterplan kepada hidup kita. Hatta, daripada sekecil-kecil perancangan, hinggalah ke besar-besar rancangan seperti penentuan dasar Negara dan sebagainya. Manusia memang boleh je merancang. Menyusun jadual agar tidak serabut dalam menjalani aktiviti seharian. Manusia memang boleh je menanda dalam calendar aktiviti-aktiviti dan jemputan-jemputan yang perlu dipenuhi. Manusia memang boleh je merancang bila nak kahwin. Manusia boleh je merancang nak kerja apa nanti lepas habis study.

But bila kita fikirkan semula, apa tujuan kita merancang? Sebab kita nak plan outcome kita. Kita cuba memastikan kita dapat capai sesuatu di akhir perancangan kita. Tapi apakah perancangan manusia yang serba kekurangan boleh mewujudkan keadaan pasti di akhir perancangan kita tu?

InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah…

Dengan izin Allah, Dengan izin Allah, Dengan izin Allah..

Kerana akhirnya tetap juga kita kena ingat Allah Maha Merancang. Kadang-kadang kita sangka plan kita memang dah yang terbaik vavavoom bak kata orang-orang sekeliling. Kalau menemui kebuntuan di pertengahan jalan pun, kita sudah sediakan back up plan untuk memastikan kita on track semula. Tapi sekali lagi Allah ‘menegur’ kita dengan mengagalkan rancangan kita di awal-awal lagi, atau waktu di waktu pertengahan atau lebih tragis lagi bila kita dah hamper-hampir tiba di akhir perancangan, saat kita macam dah boleh nampak hasil perancangan kita.

Kenapa ye?

Sebab kita faham, Allah tetap tahu apa yang terbaik untuk kita. Logik kita dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita biasanya didasarkan kepada keadaan, masa, tempat, dan suasana. Tapi, SubhanAllah, logic Allah melampaui semua itu. Allah Maha Mengetahui segala-galanya daripada seawal-awal permulaan hinggalah ke hujung-hujung pengakhiran.

Bila manusia tidak faham perancangan Allah, sebab itulah kita kadang-kadang berduka cita yang teramat dan berputus asa seketika. Tapi kita sedar atau tak, bahawa saat kita berasa sedih itu pun, dan saat kita hampir-hampir berputus asa, itu juga dalam rancangan Allah Yang Maha Teliti. Allah tidak pernah merancang keburukan untuk kita. Hakikatnya manusia yang selalu mempunyai perancangan untuk keburukan biarpun pada mata kasar ia nampak indah belaka.

Takkanlah kita tak perasan dalam diri kita sendiri, saat nak kena buat kebaikan, kita rasa berat, malas, ragu-ragu dan kurang keyakinan. Tapi sekali kita dah bertekad untuk buat sesuatu kejahatan, secara tiba-tiba otak kita jadi ligat memikirkan pelbagai strategi untuk menjayakan niat ‘murni’ kita itu. Kita didatangi keberanian luar biasa. Bila nak skip kelas, berani dan selambe je memonteng, tapi bila hendak buat kebaikan macam turun berjemaah di surau pun kita rasa penat, lemah dan tak terdaya.
Wallahi, tanpa panduan Allah, pasti kita sentiasa menghampiri keburukan.

Pada hemat saya, kenapa Allah berikan kita dalam keadaan macam ni? Maksud saya kenapa selalunya rancangan kita kurang selari daripada perancangan Allah or kadang-kadang terbabas habis daripada planNya?

Jawapannya mudah cukup mudah. Sebab Allah nak kita tahu, faham, dan rasai apa ertinya meletakkan pengantungan sepenuhnya kepada Allah semata-mata. Bila sekadar kita dengan mudah lafazkan bahawa hanya Allah tempat bergantung. Bukan sekadar dengan mudahnya kita mengingatkan orang lain bahawa Allah Maha Menentukan waktu tazkirah petang-petang, tapi Allah nak kita rasa sendiri kaw-kaw punya apa itu makna untuk benar-benar bergantung hanya kepada rahmat Allah.

Dan pada itu pasti kau akan temui ketenangan yang luar biasa. Out of this world. Allah… Rasa nak menangis bila kenangkan semula segala rancangan Allah untuk diri ini.
Saat anda bersedih, ingatlah saya juga pernah melalui fasa-fasa sebegitu.
Malah pernah saya hampir-hampir berputus asa terhadap Allah.

Sebab saya terlupa “Bahawa semuanya dalam perancangan Allah”. Saya terlupa kepada perkataan “semuanya”. Saya terlupa bahawa penderitaan, kesedihan, kesakitan, kegagalan yang saya pernah rasai dan alami semuanya dalam perancan baik Allah. Saya terlupa saat doa lambat atau tidak dimakbulkan, saat janji yang telah diikat telah dileraikan, saat tidak menyukai sesuatu perkara yang diberikan, bahawa itu semua tetap dalam rancangan baik Allah.

Kerana ini cara Dia mengingatkan kita, untuk bergantung harap kepadaNya.

Tetaplah bersabar dan utuh keyakinan dalam cepat atau lambat mengharungi perancangan Allah. Sebab diakhirnya perancangan Allah ini pasti akan membawa kita ke syurgaNya.

Saat diuji teruk, jangan cepat melatah, tapi tenanglah dalam muhasabah, agar dapat dirasa hikmah dari setiap ujian yang ditimpakan, supaya diri lebih tabah dan gagah untuk terus teguh di jalan Allah.
Mari kita berusaha sebaik mungkin dan mula memaknai semula erti berserah diri kepadaNya.

Tak cukup hanya tahu. Tapi kena faham dan rasa.

Kerana ‘Islam’ itu ertinya berserah dan berharap hanya kepadaNya.

"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Dan Allah sebaik-baik Perancang"
[Ali Imran : 54]

Wallahu Khairul Makirin…


Wassalam…  

Wednesday, September 10, 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah.

Tabarakallah.

Moga anda yang membaca dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dan dipermudahkan segala urusan harian, insyaAllah.

Err... Ada ke yang rindu blog ini yang 2 bulan menyepi tanpa khabar dan berita? Haha.

Kalau ada, saya mohon maaf sebab membuatkan anda rindu tanpa sebab, dan kalau tiada, saya minta maaf juga sebab mungkin anda dah biasa yang bila saya cuti, blog ni memang agak krik krik sikit...

Kalau boleh saya jelaskan, cuti yang lalu ni, Allah menguji saya dengan pelbagai ujian. Dan antara ujian yang paling besar sekali ialah bila laptop saya yang banyak berjasa, berbalut warna biru Chelsea, tenat dan terpaksa saya rushkan beliau ke kedai komputer terhampir.

Cuti tempoh lalu juga, saya berkerja di kedai runcit berhampiran rumah, adakalanya masuk kerja malam, waktu pagi baru pulang. Lumrah orang mencari rezeki, kena bersusah baru di akhir bulan nanti terasa indah. Sungguh, kalau tidak kerana bekal tarbiyyah yang saya bawa, kalau tidak teringat usaha menyantuni manusia untuk ke jalan Allah itu lebih perit, pasti dan pasti saya akan berperang mulut dengan beberapa customer yang hadir.

Allah, terima kasih atas nikmat sabar ini.

Ouh, saya pernah tulis sebelum ini, kalau boleh kita tukarlah pandangan umum masyarakat kita bahawa sabar itu punyai batasan. Cuba kita usahakan bahawa kesabaran kita tidak mempunyai batasan. Supaya di syurgaNya kelak nanti, kita akan melihat nikmat sabar yang sering kita pertahankan.

InsyaAllah... Semester baru. Azam baru. Resolusi baru. Strategi baru.



Moga Allah mudahkan, dan moga Allah tidak gagalkan saya sekali lagi dalam usaha membentuk barisan pelapis di Sekolah Undang-Undang, kali ini.

Dakwah needs a continuation. When you leave, people will only remember your legacy. And I would really like dakwah to be my legacy. No other things can please me.

Erm, rasanya, ini sahajalah untuk entry kali ini. Saja-saja nak warming up untuk musim menulis yang seterusnya ni. Hehe. Doakan saya diberikan keikhlas, masa dan ruang untuk menulis dengan lebih kerap lagi ye selepas ni.

Ada banyak sangat projek penulisan yang tertangguh, insyaAllah saya selesaikan satu persatu nanti.



Wassalam.

Monday, June 9, 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Memahami dan Maha Mengetahui

Allah, sungguh saya tengah struggle di waktu ini. Final exam untuk semester ini sudah semakin mampir dan struggle itu perlu dalam mengulangkaji dan menelaah pelajaran. Err... Tapi struggle saya bukanlah kerana berhempas-pulas membelek setiap kes ada di library tetapi lebih kepada mujahadah melawan sifat malas. Adeh.

"Ijtahid wa la taksal" Bersungguh-sungguhlah kamu dan janganlah kamu malas.

Moga apa yang baca, dipermudahkan pememahamannya. Moga apa yang saya study, ikhlas hanya untukNya. Ilmu ini milik Dia juga. Exam hanya alat, ilmu ini untuk ummat. Biidznillah.



Baru-baru ini dalam tempoh study week juga, saya sempat, ehem macam mana nak kata ni ye, berkunjung ke pawagam terdekat untuk melihat filem terbaru Tom Cruise, Edge of Tomorrow. Dan jujur saya katakan, rasanya ini kali pertama saya berpeluang menonton sebuah filem yang berisi di pawagam. Eh, bukan bukan. Ini bukan pertama kali saya menonton movie ataupun berkunjung ke pawagam. Tapi inilah kali pertama sebuah movie mempunyai isi yang sehingga saya rasakan ia sebenarnya memberi makna yang lebih luas lagi kepada sisi kehidupan seorang manusia.

Before that, here's the synopsis for Edge of Tomorrow


The epic action of "Edge of Tomorrow" unfolds in a near future in which an alien race has hit the Earth in an unrelenting assault, unbeatable by any military unit in the world.
Major William Cage (Cruise) is an officer who has never seen a day of combat when he is unceremoniously dropped into what amounts to a suicide mission. Killed within minutes, Cage now finds himself inexplicably thrown into a time loop—forcing him to live out the same brutal combat over and over, fighting and dying again…and again.
But with each battle, Cage becomes able to engage the adversaries with increasing skill, alongside Special Forces warrior Rita Vrataski (Blunt). And, as Cage and Rita take the fight to the aliens, each repeated encounter gets them one step closer to defeating the enemy

Okay. Itu sinopsis yang ringkas. Nak tahu lebih lanjut lagi anda amat-amat dipersilakan untuk view trailer movie ini di YouTube.

Edge of Tomorrow is a story about time travelling but not in the conventional sense (but hey? time travelling itself is already unconventional). Unlike any other time travel, the main character, William Cage, can only travel in a loop. Which means dia akan repeat benda yang sama berulang-ulang kali. Kinda like trapped in a time frame. Setiap kali William mati, dia akan reboot semula masa dan kembali ke titik permulaan yang sama.

Sebagai umat Islam (hehe... Jangan ingat ini review movie yang kosong sahaja. Mesti nak kaitkan dengan dakwah dan tarbiyyah), kita percaya masa itu tidak akan pernah kembali. Buatlah advance technology macam mana sekalipun, time travel is impossible. Time is not physical, mana mungkin kita recreate balik the past. Bahkan Allah bersumpah dengan masa dalam surah Al Asr

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
(Surah Al 'Asr)

Kalau pepatah orang-orang tua ada mengatakan bahawa masa itu emas, bagi saya masa lebih daripada itu. Masa itu kehidupan. Bukankah rezeki, jodoh, dan MAUT kita sudah ditentukan. Bermakna setiap saat yang habis, setiap minit yang berlalu, dan setiap jam yang pergi hanyalah membawa kita lebih hampir lagi ke arah kematian. Jangan anda risau, MATI ITU PASTI, MATI ITU DEKAT. Maka Allah berjanji, manusia dalam kerugian sebab masa yang berlalu memang takkan kembali lagi dah. Caye lah.

Back to the movie, William Cage is someone yang amat pentingkan diri sendiri. Even waktu dunia sedang berperang pun, yang beliau tahu hanya mengaut keuntungan semata. Memanipulasi keadaan menggunakan kemahiran bercakapnya untuk kepentingan diri. Akhirnya bila dia ditipu untuk untuk turut sama ke medan pertempuran, dalam 5 minit pertama sahaja beliau sudah dijemput ajal. Kerana kurangnya persediaan dan kerelaan untuk bertempur. Nampak tak? Medan amal dengan medan cakap beza weyh!

Tak ready nak mati lagi weyh....
Mujurlah William dapat ability untuk reboot balik masa dan hidup semula. Itu pun pada hari kedua beliau turut menemui ajal lagi dan masa terus-terusan di reboot. Untunglah William boleh hidup semula. Ehem, beginilah kita diakhirat kelak nanti. Bila Allah bentangkan depan mata apa yang kita pernah buat di muka bumi ini sehingga aktiviti sekecil zahrah itu pun tidak terlepas, pasti gementar lutut kita. Sehinggakan penghunu neraka pada hari akhirat nanti melutut merayu-rayu untuk kembali semula ke dunia biarpun cuma untuk sehari, kerana mereka ingin beribadah kepadaNya. Di akhirat sana nanti, mana mampu untuk kita reboot semula masa, mana mampu untuk kita betulkan semula. Yang tinggal hanya penyesalan yang sia-sia. Lebih baik kita menyesal awal-awal dekat dunia ini, harapan masih ada.

Pun dengan ability yang sebegitu, William masih lagi tercengang-cengang dan tak tahu untuk berbuat apa. Masih clueless dan mati lagi secara sia-sia. Dan masa pun di reboot kan lagi. Begitulah hari-hari William untuk beberapa ketika. Begitulah juga kita di muka bumi ini. Saat kita berdosa, Allah masih lagi beri peluang untuk kita hidup sehari lagi. Untuk apa agaknya? Tak lain tak bukan untuk memberi kita peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa kita, membuat perubahan. Namun rata-rata daripada kita masih lagi bermain-main di tepi jurang neraka dan menutup setiap hari dengan lelapan mata tanpa taubat yang dibina. Dan kita kena ingat, dalam dunia realiti ni, sekali mati dah takde second chance dah weyh. Memang siaplah kita dihadapan mahkamah Illahi nanti.

Sebaik sahaja William sedar perubahan yang boleh beliau buat dengan kebolehan yang ada, dia mula berubah sedikit demi sedikit. Dan fitrah alam, dalam movie mahupun realiti, berubah memang memerlukan mujahadah yang besar. William juga dalam berubah beberapa kali menemui kegagalan bahkan sampai menempah maut. Mujurlah dia boleh hidup semula. Tapi apa yang kita nak teliti ialah tentang perubahan tu. Berubah memang berperingkat. Tak boleh secara semberono, takut nanti bila diuji kita mudah rapuh. Dan setiap manusia juga mempunyai potensi yang berbeza-beza. Sama seperti William, bila kita mempunyai tujuan yang jelas, barulah kita akan nampak ke mana kita nak gunakan potensi yang kita ada ini.

Tagline filem ini ialah Live.Die.Repeat. Bagi saya dalam dakwah juga terkadang kita begitu. Asyik mengulang benda yang sama. Bila buka semester baru nak kena tajmik juniors yang baru masuk, bina ukhuwwah semula, dakwah fardhiyyah lagi. Anak-anak usrah dan ikhwah sedia ada pun perlu kita santuni. Sampai ada yang merasakan semua ini membosankan. Sejujurnya, kita kena fikir semula, kenapa Allah perintahkan untuk kita ulang solat 5 waktu setiap hari? Tak boleh ke kita solat sekali je setahun. Eh itu pun kena ulang lagi tahun depan jugak kan? Tak boleh ke kita solat sekali je seumur hidup? Erm, dalam sesetengah perkara elemen repitasi itu perlu. Sebagai manusia yang mudah terlupa, amat perlu kita diberikan tazkirah yang berulang-ulang. Rujuk surah Al 'Asr tadi, manusia yang tak rugi ialah mereka yang berpesan-pesan ke arah kebaikan dan kesabaran. Perkataan berpesan-pesan tu dah menunjukkan keadaan yang kita perlu diingatkan berulang kali.

Dakwah juga begitu. Kita mungkin seorang daie paling qawiyy di universiti, akhawat paling vogue di fakulti, atau ikhwah yang paling suci di muka bumi, namun masih juga kita perlukan peringatan yang berulang-ulang. Dari segi dakwah pula, saya rasa masalah berulang-ulang ini boleh diatasi dengan mudah. Seperti William dalam filem ini juga, setiap kali dia menemui jalan yang gagal untuk menewaskan musuh, dia akan wujudkan strategi yang baru dan berbeza. Pendekatan dakwah yang sama barangkali akan mewujudkan kebosanan sedangkan hiburan yang melalaikan makin rancak ke hadapan. Dakwah juga perlu bervariasi kerana dakwah juga sebuah hiburan, tetapi ini hiburan yang menggerakkan jiwa kepadaNya.



Ohoyy, sungguh banyak lagi benda yang boleh kita bincang from this movie. Sungguh, dah lama saya secara personal tidak menonton filem yang berisi seperti ini. Harapnya pada masa akan datang, ehem, Malaysia juga mampu menghasilkan filem seperti ini. Hehe. Saya amat menganjurkan kepada anda, kalau berkesempatan silalah menonton filem ini. Sebuah filem bijak tentang kehidupan dan masa yang disia-siakan.

"Al wajibat aksaru minal awqat" 
Kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang kita ada

Live.Tarbiyyah.Repeat

Wassalam.

P/s : Mohon doa anda, agar saya ikhlas dalam mengulangkaji pelajaran. Bukan hanya untuk exam, tetapi semata-mata untukNya

Tuesday, May 27, 2014

Ditulis dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Tuhan,

"Aku rindu hatiku yang bersih dan hidup keranaMu, agar mudah aku gapai hidayah, agar ringan langkah dakwah, agar laju menderu aku mampir ke syurgaMu..."

(Mohon anda semua ameenkan)

Nak hati baru yang bersih, bercahaya, lebar dan luas. Hehe

Okay, dah lama tak menulis.

Bercakap tentang isu dakwah, saya dapati pasca 2010 dan ke atas, rata-rata aktiviti dakwah di Malaysia makin meningkat secara zahirnya. Gerakan-gerakan, jemaah-jemaah, NGO-NGO yang berbentuk Islami tumbuh macam cendawan selepas hujan. Namun hakikatnya, lapangan dakwah masih luas terbentang, dan umat masih lagi lintang pukang.

Ouh, mungkin kerana setiap jemaah dakwah sibuk membina kader-kader mereka, mempersiapkan demi masa depan dakwah yang gilang-gemilang itu nanti. Ini alasan cliche (ada unsur eskepism dekat sini)

Sungguh, saya tidak punyai masalah dengan pendekatan ini, biarpun terkadang hati melonjak-lonjak mahu bercerita dan berceloteh panjang lebar mengenai risalah islam, dakwah dan tarbiyyah kepada semua classmate, roomate, batchmate dan mana-mana sahaja susuk tubuh manusia yang berhampiran, saya perlu menelan hakikat bahawa dalam kerja dakwah juga perlu berstrategi dan bertahap. Bahkan saya sendiri turut mengimani pendekatan Maratib Amal yang menggariskan panduan asas tahapan dakwah. Sebab inilah juga yang diamalkan oleh Baginda s.a.w dalam membina empayar akidah sejahtera yang membawa kepada pembangunan pesat Madinah yang berpusat kerana Illahi.

Tahapan atau pembinaan dakwah itu penting kerana asas itu perlu dibina secara terperinci dan menyeluruh terlebih dahulu sebelum syariat hendak ditegakkan.

Mungkin atas alasan ini juga, kita melihat percambahan jemaah islami yang melakukan gerakan dakwah di bawah lembayung jemaah mereka. Soalan-soalan ini biasa kita temui:

"Kau dah join usrah eh?"

"Haah"

"Ouh.. Usrah under apa je ye?"

Erm, terkadang saya layankan je persoalan ini, tetapi kebanyakkan masanya saya respons sahaja dengan mengatakan usrah under Islam bro. Usrah ini bukan milik jemaah mana-mana, ia adalah intipati agama ini, sunnah terbesar Rasulullah. Sebab itulah, deep down in my heart, saya sedikit kurang senang dengan percambahan jemaah Islami. Sedikit sahaja tau. Sebab saya menilai melalui tindakan-tindakan gerakan jemaah Islam di Malaysia sendiri yang suka label-melabel, banding-membanding, kutuk-mengutuk, fitnah-memfitnah.

Jemaah Tetap Satu

Saya faham, tuntutan zaman sekarang mungkin memerlukan jemaah-jemaah untuk memenuhi kesesuaian masyarakat. Tapi lain pula yang jadi, trend dakwah bergerak mengajak masyarakat ke arah jemaah, dan bukannya ke arah Islam. Okay, anda mungkin boleh argue bahawa, bila dah kenal jemaah, akan kenal Islam juga nanti. Hakikatnya, gerakan-gerakan Islam sedia ada sekarang terlupa bahawa, di sebalik nama berbeza yang mereka namakan sendiri ini, kita semua masih di bawah sebuah jemaah. Jemaah Islam. Jangan kita lupa.

Please, anda boleh refer sendiri kisah di antara Ikhwanul Muslimin dengan Jamaat Islami. Boleh belajar daripada 2 figur gerakan ini bagaimana untuk harmonikan keadaan.

Err, hehe. Tapi isu gerakan ini bukanlah tokok perbincangan utama saya dalam entry ini. Saya cuma sedikit kecewa sebab bila kita gagal memahami hakikat perjuangan kita maka akan berlakulah aktiviti-aktiviti kurang sihat seperti label-melabel, fitnah memfitnah sesama jemaah. Akhirnya, pembinaan kader terabai, masyarakat pun gagal disantuni.

Saya nak tulis tentang 'Rifqi'

Bila berbual soal dakwah, kita tidak boleh lari daripada hakikat dakwah itu ialah mengajak manusia mengenal Penciptanya, menarik ummat ke arah kebaikan, dan lari jauh-jauh daripada keburukan. Or in short, 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.

Ibnu Taimiyah pernah berkata,

"Mesti memiliki tiga perkara: ilmu, rifqi (lemah lembut) dan sabar. Ilmu sebelum melakukan amar makruf dan nahi mungkar, rifqi semasa melakukannya, dan sabar selepasnya"

Nampak tu? 3 perkara yang perlu ada. Terkadang saya sendiri melihat berapa ramai yang menjalankan amar makruf nahi mungkar tanpa sebarang ilmu yang mencukupi. Maka bila disoal tentang dalil ataupun perkaitan dengan keadaan semasa, ramai daie terkedu dan terdiam. Dan dakwah pun terbantut di satu. Penyelesaiannya mudah sahaja sebenarnya, banyakkan membaca, ambil tahu isu semasa, attend majlis-majlis ilmu, insyaAllah keperluan pertama ini akan anda penuhi. Ingat juga, berkata 'La Adri (tidak tahu)' juga sebahagian daripada ilmu. Seterusnya kita melihat isu sabar pulak. Ramai daie yang semberono dalam menjalankan dakwah, maka hasilnya juga semberono. Lalu bila dakwah tanpa kesabaran ini dilakukan, maka ramai yang mudah kecewa bila hasilnya tak muncul-muncul jua. Isbir, ya qalbi! Sabarlah, teruskan bergantung kepadaNya, Allah janji untuk menyertai mereka yang membantu agamaNya. Jalan ini jauh dan panjang. Sabar, sabar dan teruslah bersabar.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik"
[An Nahl : 125]

Umumnya, Rifqi bukan sekadar nama moden anak-anak melayu zaman sekarang. Rifqi ialah suatu nilai dakwah yang kian menghilang.

Saya hargai sangat diversiti dalam menyampaikan dakwah. Pelbagai langkah kreatif di ambil untuk memikat hati-hati mereka yang menagih hidayah di luar sana.Diversiti ini akhirnya mewarnai dunia dakwah dan tarbiyyah dan merancakkan lagi. Dakwah tidak lagi tersekat dalam ruang ceramah di masjid sahaja, bahkan menyanyi dan berfesyen juga boleh menjadi dakwah. Fuh.

Err, sekali lagi menurut pengamatan saya yang hina-dina ini, saya dapati cara dakwah yang paling trending sekarang ialah 'sentap' dan 'troll'. Sehinggakan pernah someone melontarkan soalan ini kepada saya,

"Budak-budak usrah ni memang cakap dan bagi orang sentap je ek?"

Ouh Tuhan Esa.

Isu Sentap. Methode sentap ini bolehlah saya katakan sebagai kaedah memberi peringatan yang 'menyegarkan' terus atau ber'bekas' di hati. Biasanya dalam bentuk kata yang sinis. Setengah-setengah manusia memang boleh je terima sentapan ini dengan hati yang terbuka. Ada yang dengar dan tersentap langsung. Ada yang dengar, meleleh air mata keinsafan dan terus join usrah! Chewah. Tapi ada juga yang bila kena sentap tu, dia terasa terhina. Rasa inferior, kurang, down dan sebagainya lah. Hingga paling teruk ada yang beranggapan geng dakwah tarbiyyah suka memuliakan dan menghinakan orang. Nauzubillah.

Contoh Troll yang berhikmah. Hehe. Ada elemen sentap gak

Isu Troll pulak. Okay, saya mengaku, saya pun banyak guna kaedah ini, Banyak baca troll. Bukan setakat troll dari segi dakwah je, politik, ekonomi, sosial semua saya pernah troll kan. Err, anda yang pernah terkena tu, saya ambil peluang dekat sini buat public apology. Maaf. Methode troll pula ialah biasanya kita menjenakakan sesebuah perkara yang hendak disampaikan agar mudah dan terasa ringan penerimaan itu. Dalam perkara ini saya dapati, humour itu selalu ditagih dan intipati dakwah yang cuba diselitkan itu akhirnya macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri (ke terbalik?). And mind you, certain orang sangat susah menerima jenaka. Apatah lagi bila mereka yang dilawakkan. Akhirnya, makin menjauh mad'u kita daripada mendekati risalah ini.

Contoh-contoh troll yang ada nilai hikmah dan tarbawi; (Yang ni bagus :)





Tak kisahlah apa jenis pendekatan yang kita ambil pun dalam menyampaikan dakwah ini, nilai 'Rifqi' itu perlu. Perlu ada lemah lembut, sopan, santun dan berhikmah. Dakwah fardhiyyah kena buat dengan teliti dulu, fahami kesesuaian mad'u. Ini tidak, menyantuni masyarakat sekeliling pun jarang, tetiba sekali dua bersua terus nak main 'sentap-sentap'. Tak ke horror gitu? Saya lebih prefer nilai rifqi ini. Eh, bukan prefer, wajib ada. Para duat kena pandai ambil hati dulu, bina kepercayaan, kukuhkan ukhuwwah barulah mudah nak dakwah.

Dan ingat juga, rifqi bukan hanya lemah-lembut saat berdakwah, jangan ingat waktu lain kita boleh tunggang-langgang pulak. Duat kena ingat, seluruh susuk kehidupan kita ada dakwah. Nafas kita dakwah, makan kita dakwah, lepak kita dakwah, main bola kita dakwah hatta tidur itu pun dakwah. Maka seluruh akhlak kita perlu ada nila bersopan, santun dan berhikmah tu. Ia boleh jadi semudah tolong kemaskan kasut-kasut roomate, minta izin bila nak keluar bilik serta tolong-menolong bila study. Ingatlah, bila kita berada di jalan ini, seluruh hidup kita telah korbankan untuk dakwah. Bukan rifqi sana-sini bila bersama naqib anda sahaja ye.

Ingat dakwah, ingat rifqi.

Sekian, pandangan marhaen saya.

Wassalam.

P/s : Saya betul-betul rindu hati saya.  


Monday, May 5, 2014



“Uwais… Main futsal jom!”

“Erm… Malas ar. Aku takde mood hari ni. Rasa nak baring-baring je atas katil”

“Ala… Come on ar bro. Dah lama kot kita tak berpeluh ni. I miss futsal so bad”

Dari atas katil, Uwais merenung muka sahabatnya Khairullah yang berdiri pintu biliknya. Sahabatnya berlari-lari setempat di depan pintu. Ada lagak atlet cemerlang di situ.

“Jom ar Uwais. Time is running out ni. I am even wearing my favourite jersey today.” Khairullah menepuk-nepuk dadanya. Cuba show off jersey Chelsea kegemarannya.

“Orait. You win Khai.” Uwais bangkit perlahan-lahan untuk bersiap.

“Now that’s my bro”

“But on one condition though”

“Anything for you my man”

“Kalau kena jadi keeper, kau je la jadi eh. Haha”

“Well played bro, well played”

*********

GOOOOOOLLLLLL!!!!! Striker pasukan lawan bersorak girang. Dengan mudah sekali mereka skor gol demi gol. Masuk gol yang sebentar tadi dah lima kali rasanya Khairullah gagal mengawal gawang golnya daripada dibolosi. Nama sahaja riadhah waktu petang, nama sahaja main game friendly demi sihatkan badan, tapi mentaliti mereka yang sedang bermain di atas padang macam berjihad di medan perang. Game futsal jadi serious dan tegang.

“Khai, sorry aku tak defend elok-elok tadi” Uwais rapatkan dua tapak tangannya tanda minta maaf atas kecuaiannya yang menyumbang kepada gol pihak lawan.

“Takpe. Chill je. Main je”

Uwais main as defender. Ada segaris stress dekat wajah Uwais setiap kali opponent score gol. Khairullah yang main sebagai keeper yang kejap-kejap kena bolos pulak masih dengan tenangnya tersenyum sengih main futsal. Enjoying the game katanya.

GOOOOOLLLLLLL!!!! Dan itulah gol keenam yang diperolehi pihak lawan. Khairullah masih setia mengutip bola yang dia lepaskan ke dalam gol. Khairullah yakin kalau game petang ni anugerah ‘flop of the match’, dengan yakinnya dia bakal merangkul anugerah tu. Dah enam kali kena bolos, Khairullah pun naik segan juga. Walaupun tiada fans yang sedang cheering di keliling padang futsal tu, dia tetap ada rasa malu. Di carinya Uwais dengan pandangan matanya. Moga-moga dengan melihat wajah sahabat baiknya itu, ada terdorong sirna cahaya motivasi untuk bermain dengan prestasi yang lebih baik.

Saat anak matanya menangkap Uwais, sahabatnya sedang berjalan keluar daripada padang dengan kepalanya menunduk ke bawah. Ada riak hampa di wajahnya. Khairullah terus membuat isyarat tangan untuk diganti. Dia terus bergegas menuju ke Uwais yang sedang duduk termenung panjang di tepi padang.

“Kau injured ke Uwais?”

“Tak lah.” Uwais membalas ringkas.

Mereka berdua diam sebentar. Memerhatikan perlawanan futsal antara pasukan lawan dan pasukan mereka. Bezanya pasukan mereka sekarang dah dapat khidmat 2 pemain baru yang dari tadi hanya jadi substitute di tepi padang. Dan tak sampai 5 minit pun, pasukan mereka tadi dah jarring 3 gol untuk kejar balik.

“Good game bros!!!” Khairullah menepuk tangan meberikan sokongan kepada pasukannya. Walapun pujiannya nampak macam tak diendahkan.

“Pffft…” Uwais mengeluh sikit. Pelik bunyi keluhan dia.

“Are you okay Uwais? Kau nampak macam under the weather. Bad day ke?”

“Kau tak perasan ke apa yang berlaku dalam game tadi?”

Khairullah senyap. Dia tahu ni titik permulaan untuk Uwais buka cerita.

“Dari awal kita main tadi, kau nampak tak teammates kita tak passing kat aku. Aku macam tunggul je kot. Bila aku terlepas bola, semua buat muka.”

“Well I suppose kita berdua memang a bit kaki bangku sikit. But, chill. It’s just a game”

“That’s not the point Khai”

“Then tell me”

“Kita dah 4 semester dekat law school ni. And I am still a nobody. Aku datang fakulti ke, tak datang ke, mana ada orang kisah”

“I care”

“Kau lain. Kau bestfriend aku. I mean look at me. I am so awkward. Susah nak mingle around. Bila jumpa orang, lidah aku terus jadi kelu. Law students kan kena pandai interact, get along with everyone.”

“Not necessarily”

“Hear me out first. I’ve been thinking a lot kot. Aku ni, kalau benda-benda kecil pun susah nak buat properly. Buat tu salah, buat ini salah. You remember what happen in land law class?”

“Yang mana satu?”

“Ni masa tutor kita criticize aku. Dia kata aku present nothing. Dia kata I was not well prepared, tak pandai present and so on. Kecik hati aku weyh. Kalaulah dia tahu effort yang aku letak dalam nak present all those cases kat depan class tu. And not just land law. Other classes as well. Kadang-kadang aku kecewa bila idea yang aku lontarkan kena gelak just because it was different. Aku tak tahu la Khai… Tak mudah orang nak faham aku and aku ni pulak on the other end susah nak fahamkan orang apa yang ada dalam fikiran aku. I just wish to be heard. To be somebody in their eyes”

“Jadilah diri sendiri kalau gitu”

“That’s another problem. I know I’m a bit different. Fesyen aku. Cara aku bawak diri aku. And people somehow can’t comprehend that. They tried to change me. Diorang kata untuk kebaikan aku jugak. I appreciate their efforts. Tapi aku rasa tak selesa kot kena berubah just to fit in. But at the same time, I want to be acceptable. Sigh… Khai, tengoklah aku ni. Hakikatnya aku ni nobody kot. Kalau kau tanya seniors or juniors maybe ada yang tak kenal aku. I’m not surprised kalau ada batchmates kita yang tak kenal aku. This nobody feeling is killing me”

Permainan futsal semakin rancak. Dan Uwais juga makin larut meluah perasaan kepada Khairullah. Selang beberapa ketika, Khairullah tersenyum mendengar luahan Uwais.

“Khai, aku serious ni. Nape kau senyum-senyum pulak?”

“I know you are. Bila law students start speaking, that means they are serious. Aku senyum pun bukan apa, tengah fikir jawapan nak pujuk kau. Haha”

“Iye lah tu”

“Iye… In fact aku dah ada jawapan dah pun untuk masalah kau ni”

“Serious?”

“Yes I am. Wanna know the answer?”

“Yes please”

“Haha. Well not know. Malam ni lepas usrah, kita gi minum-minum dekat Nabila Corner, nanti aku cerita dekat kau everything untuk selesaikan masalah kau ni. Deal?”

“Deal”

*********

“Bos! Air extra joss anggur taruk susu gelas besar dua ye!” Khairullah memesan minuman sebaik sahaja mereka tiba di kedai makan.

“Kau nak makan pape tak Uwais? Aku belanja ni”

“Nope. Aku nak dengar jawapan kau Khai. Aku dah penat dah jadi gini. I want to change”

“Okay then. Merujuk kepada curahan hati kau petang tadi, sebenarnya aku dah lama pun perasan. Aku tahu kau lama dah pendam perasaan gitu. Cuma aku tunggu masa yang sesuai untuk bagitau kau”

“Meaning?”

“Meaning dia sesetengah perkara kita kena sampaikan pada masa yang sesuai”

“So?”

“Jadi… Takyah nak ‘so-so’ sangat. Wakaka. Dengar sini. Aku mulakan dengan sebuah cerita. Pada suatu hari…”

“Khai, seriour ar…”

“Okay, okay aku memang nak cerita ni. Tapi takdelah sampai start dengan pada suatu hari semua tu. Uwais, kau pernah dengar kisah Uwais Al Qarni?”

“Tak”

“There you go. Proving my point”

“Apa kau merepek ni Khai?”

“Point aku is, kau tak pernah dengar kisah pasal Uwais Al Qarni ni kan? So most probably mamat ni mesti bukan someone yang famous, bukan someone yang well known”

“Okay…”

“Okay sekarang kau pernah tak dengar kisah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman Auf, Khalid Al Walid, Salahuddin Al Ayubbi, Muhammad Al Fateh?”

“Pernah la. Kan kita ada bincang kisah para sahabat dan tokoh-tokoh Islam dalam usrah kita”

“Bagus, aku pun confirm kau pun tahu kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan mereka. Betapa mereka bersungguh-sungguh untuk Islam semua kan. Atas sebab kisah luar biasa ni lah kisah mereka jadi teladan sepanjang zaman. Sebab sungguh luar biasa mereka semua. So, soalan aku, kenapa kau tak pernah tentang Uwais Al Qarni ni pulak?”

“Sebab dia tak luar biasa. Ye ke? I don’t know”

“Are you sure? Kau nak kunci jawapan tu tak?”

“Hey, kau ingat ni program realiti ke nak kunci jawapan semua”

“Haha… Sorry, sorry. Saja nak menceriakan suasana. Lambat pulak air ni nak sampai”

Dan panjanglah umur pakcik kedai tersebut sebab baru sahaja mereka menyebut-nyebut tentang minuman yang dipesan, 2 gelas besar extra joss anggur campur susu telah terhidang di depan mata. Masing-masing menikmati minuman mereka.

“Cepatlah sambung Khai”

“Okay. Nak sambung la ni. Jawapan kau tadi separuh betul. Uwais Al Qarni memang tak terkenal. Tak seperti para sahabat nabi yang lain, yang kisah mereka semua terakam untuk bacaan kita. Uwais Al Qarni tidak pula. Tapi tu bukanlan bermakna Uwais Al Qarni tidak se’luar biasa’ para sahabat yang lain. Kisahnya, Uwais Al Qarni ni seorang yang yatim. Langsung tiada ciri-ciri istimewa, namun taat kepada ibunya luar biasa. Dia juga sering dicemuh masyarakat sekeliling sebab dia sopak, miskin, pakaian pun buruk. Tapi kita kena ingat, kemiskinan bukan ertinya kehinaan. Sepanjang hidup Uwais Al Qarni sangat ingin untuk bertemu dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Sebabkan taat kepada ibunya dan Uwais Al Qarni waktu tu stay dekat Yaman, jauh beribu batu daripada Madinah, jadi dia keberatan sikit nak travel ke Madinah untuk menatap sendiri wajah Rasulullah, insan yang paling dikasihinya. Sampai Rasulullah wafat pun, Uwais Al Qarni tak sempat nak jumpa Nabi. But… The twist of the story is… Cuba teka?”

“Manalah aku tahu Khai, cepatlah sambung cerita”

“Orait, even though dia tak sempat nak jumpa Rasulullah, tapi baginda Nabi sangat mengenali dirinya. Rasulullah siap pesan dekat Umar dan Ali lagi supaya bila jumpa Uwais Al Qarni, minta doa dengan dia. Dahsyat kan? Kalau dalam keadaan kita la sekarang, dia ibarat kau jumpa Uztaz Azhar Idrus, then UAI minta kau doakan dia. Kan dah macam terbalik gitu? Tapi itulah specialnya Uwais Al Qarni. Rasulullah tambah lagi, menurut baginda memang Uwais Al Qarni ni sangat biasa pada pandangan manusia. Terlalu biasa sangat pada pandangan manusia. Tapi dekat atas sana, dalam kalangan penghuni langit, wallahi, Uwais Al Qarni teramat-amat terkenal hingga tahap selebriti gitu”

“Ouh… Cool nya. Apa yang dia buat sampai dapat penghormatan yang macam tu sekali?”

“That’s another point to ponder. Kita pun tak tahu. Yang kita tahu Uwais Al Qarni seorang anak yang taat, sabar dalam mengharungi kesusahan hidup. Apa yang buat dia begitu special di mata Illahi, kita sendiri pun tak tahu”

“Okay… Interesting story tapi apa kaitan dia dengan masalah aku”

“Semuanya berkait Uwais. Dalam dunia yang kita tinggal sekarang manusia semuanya mementingkan pandangan manusia. Apa yang kita cakap, buat, pakai, makan semuanya kita nak ikut trend. Kita nak fit in, blend in dengan orang sekeliling. Kita jadi buta sebab terlalu dan mengejar acceptance dan recognition. Akhirnya pandangan dan kata-kata manusia jadi segalanya buat kita. Seolah-olah pandangan manusia tu dah jadi kiblat hidup kita. Yang lebih teruk lagi, kita terlalu leka dengan semua tu hingga pandangan Allah yang sepatutnya kita utamakan, tergadai”

Khairullah berhenti untuk mengambil nafas seketika.

“Bezanya kita zaman sekarang ni dengan Uwais Al Qarni. Dia tak pernah kejar recognition di mata manusia. Yang dia cari keredhaan ibunya dan keberkatan hidup bertuhan. Penyakit sopak yang membuatkan dia lagi terhina di mata manusia itu pun dia tempuh dengan sabar dan ikhlas. Betapa Uwais Al Qarni sangat mensyukuri kebiasaan dan kesederhanaan yang Allah kurniakan padanya. Pada mata manusia yang biasa ini, dia bukan sahaja nobody, malah someone yang terhina, yang tidak punya apa-apa. Tapi dalam pandangan Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya, Uwais Al Qarni dipandang dengan penuh rasa cinta, sayang dan rahmat hingga namanya di sebut-sebut dekat langit sana”

Uwais menghirup air biarpun yang tinggal dalam cawan hanyalah ketulan-ketulan ais.

“Antara terkenal di mata manusia ataupun terkenal di mata Illahi, mana satu yang lebih mulia? Antara mengumpul berjuta likes di FB or beribu retweet di Twitter dengan nama kita disebut-sebut di kalangan penghuni langit sana, mana lagi awesome?”

“Kenapa kau cerita kisah ni kat aku Khai?”

“Sebab aku nak kau jadi Uwais Al Qarni zaman moden. Toksah la dok fikir lagi pasal pandangan orang lain tu Uwais. Orang kita ni memang mengamalkan judicial activism. Aktif benar dalam menghukum dan menghakimi orang lain. Ingat pesan Imam Ahmad, hidup ni kalau asyik nak puaskan manusia, sampai bila pun takkan tercapai. Sia-sia. Jadilah diri sendiri. Kan lebih selesa gitu? Yang kita kena fikirkan, risaukan dan bimbangkan ialah pandangan Allah terhadap kita. Kalau seluruh umat manusia suka dekat kita pun tapi Allah murka, apalah ertinya kan?”

Kali ini Khairullah berhenti sekejap. Memberi masa untuk Uwais menghadam apa yang baru disebutnya.

“Uwais… Aku dah kenal kau 2 tahun dah. Aku tahu kau anak yang baik, selalu dengar cakap mak ayah. Potensi yang ada dalam diri kau besar sangat. Biarlah kalau orang lain tak perasan, tapi aku sentiasa tahu. Dalam banyak-banyak batchmates kita, kau paling rajin. Kalau paling banyak bagi effort kalau groupwork, kau jugak yang selalu research nak cari info, cases, and related laws semua. Uwais, aku nak kau faham, terkadang kerja-kerja yang kau buat ni, orang panggil di kerja-kerja background. Usaha-usaha yang tersembunyi di mata manusia, tapi jelas mulia di mata Illahi. Kita hidup, berkerja di muka bumi bukan sebab nak kejar nama, kita nak kejar syurgaNya nanti. Macam dalam dakwah juga, ramai je yang jadi artis-artis Islamic, dapat followers dan fans yang beribu. Tapi itu bermakna artis-artis tu lebih mulia di mata Allah berbanding dengan para naqib dan naqibah yang sibuk membanting tulang mengendalikan bulatan usrah? Tak kan? Allah akan sentiasa pandang usaha, ingat tu. Dan kalau kau nak rasa special, ingat ni Uwais. Kau special sangat di mata aku. Bila berkawan dengan kau, bila kau ada dekat aku terus rasa bersemangat nak berkerja, terus malu nak buat dosa. Itulah specialnya kau Uwais”

Uwais mengangguk-angguk. Cuba betul-betul memahami ceramah panjang Khairullah.

“Kalau kita baca surah Al Kahfi pun, Allah ada cerita tentang pemuda-pemuda Ashabul Kahfi kan? Tapi ada tak Allah sebut nama diorang? Kan ada unsur unmensi di situ? Tapi pemuda Ashabul Kahfi tetap sahaja jadi inspirasi selamanya”

“Thanks Khai. I really need to hear that. It’s just so hard sometimes”

“Sabar Uwais… Dunia ni memang tempat untuk diuji. Allah akan datangkan pelbagi ujian dalam pelbagai bentuk sampai terkadang ada yang kita tak pernah terbayangkan pun”

Mereka dua diam sebentar. Sama-sama muhasabah diri.

“Uwais… Kau tahu apa jadi bila Uwais Al Qarni jumpa Sayyidina Umar?”

“Erm, ceritalah”

“Lepas jumpa Sayyidina Umar, Uwais Al Qarni minta izin untuk ke Kufah. Maka Umar pun nak offer la dengan nak menulis surat kepada gabenor Kufah. Ye lah sebab selebriti langit nak travel ke Kufah ni. Tapi Uwais Al Qarni menolak dengan lemah lembut. Dan ayat dia sumpah lejen”

“Apa je yang dia kata?”

“Uwais Al Qarni kata kepada Umar, “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai” Lejen kan? Aku harap aku tak salah dalam memberi nasihat ni dekat kau Uwais. Aku pun, banyak lagi nak kena muhasabah diri jugak. Kita sama-sama la belajar daripada kisah biasa yang luar biasa tentang Uwais Al Qarni ni. Okay?”

“Orait bro. Thanks again”

“Thanks je ke? Belanja la aku nasi goreng ikan masin. Perut jadi lapar lepas cerita semua ni. Wakaka”

“Kau memang…”

*********

“Eh, Uwais… Kau tukar nama Twitter kau eh?”

“Haah”

“Abis kau pakai nama apa je ni? Cepatlah, aku nak tag nama kau dalam gambar ni”

“Selebriti Langit”



Dan Khairullah dan Uwais pun saling tersenyum. Mengharap ukhuwwah mereka umpama Musa dan Harun. Teguh menderu di jalan Allah.

Wassalam...

P/s : Alhamdulillah siap sebuah karya ringkas. Saya nukilkan karya ini buat teman-teman seperjuangan. Terutamanya buat Akh Akmal, yang menjadi inspirasi saya untuk menulis. Semoga bertemu ibrah dalam membacanya.




Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts