Tuesday, May 27, 2014

 1:50 PM   Anonymous   ,    No comments
Ditulis dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Tuhan,

"Aku rindu hatiku yang bersih dan hidup keranaMu, agar mudah aku gapai hidayah, agar ringan langkah dakwah, agar laju menderu aku mampir ke syurgaMu..."

(Mohon anda semua ameenkan)

Nak hati baru yang bersih, bercahaya, lebar dan luas. Hehe

Okay, dah lama tak menulis.

Bercakap tentang isu dakwah, saya dapati pasca 2010 dan ke atas, rata-rata aktiviti dakwah di Malaysia makin meningkat secara zahirnya. Gerakan-gerakan, jemaah-jemaah, NGO-NGO yang berbentuk Islami tumbuh macam cendawan selepas hujan. Namun hakikatnya, lapangan dakwah masih luas terbentang, dan umat masih lagi lintang pukang.

Ouh, mungkin kerana setiap jemaah dakwah sibuk membina kader-kader mereka, mempersiapkan demi masa depan dakwah yang gilang-gemilang itu nanti. Ini alasan cliche (ada unsur eskepism dekat sini)

Sungguh, saya tidak punyai masalah dengan pendekatan ini, biarpun terkadang hati melonjak-lonjak mahu bercerita dan berceloteh panjang lebar mengenai risalah islam, dakwah dan tarbiyyah kepada semua classmate, roomate, batchmate dan mana-mana sahaja susuk tubuh manusia yang berhampiran, saya perlu menelan hakikat bahawa dalam kerja dakwah juga perlu berstrategi dan bertahap. Bahkan saya sendiri turut mengimani pendekatan Maratib Amal yang menggariskan panduan asas tahapan dakwah. Sebab inilah juga yang diamalkan oleh Baginda s.a.w dalam membina empayar akidah sejahtera yang membawa kepada pembangunan pesat Madinah yang berpusat kerana Illahi.

Tahapan atau pembinaan dakwah itu penting kerana asas itu perlu dibina secara terperinci dan menyeluruh terlebih dahulu sebelum syariat hendak ditegakkan.

Mungkin atas alasan ini juga, kita melihat percambahan jemaah islami yang melakukan gerakan dakwah di bawah lembayung jemaah mereka. Soalan-soalan ini biasa kita temui:

"Kau dah join usrah eh?"

"Haah"

"Ouh.. Usrah under apa je ye?"

Erm, terkadang saya layankan je persoalan ini, tetapi kebanyakkan masanya saya respons sahaja dengan mengatakan usrah under Islam bro. Usrah ini bukan milik jemaah mana-mana, ia adalah intipati agama ini, sunnah terbesar Rasulullah. Sebab itulah, deep down in my heart, saya sedikit kurang senang dengan percambahan jemaah Islami. Sedikit sahaja tau. Sebab saya menilai melalui tindakan-tindakan gerakan jemaah Islam di Malaysia sendiri yang suka label-melabel, banding-membanding, kutuk-mengutuk, fitnah-memfitnah.

Jemaah Tetap Satu

Saya faham, tuntutan zaman sekarang mungkin memerlukan jemaah-jemaah untuk memenuhi kesesuaian masyarakat. Tapi lain pula yang jadi, trend dakwah bergerak mengajak masyarakat ke arah jemaah, dan bukannya ke arah Islam. Okay, anda mungkin boleh argue bahawa, bila dah kenal jemaah, akan kenal Islam juga nanti. Hakikatnya, gerakan-gerakan Islam sedia ada sekarang terlupa bahawa, di sebalik nama berbeza yang mereka namakan sendiri ini, kita semua masih di bawah sebuah jemaah. Jemaah Islam. Jangan kita lupa.

Please, anda boleh refer sendiri kisah di antara Ikhwanul Muslimin dengan Jamaat Islami. Boleh belajar daripada 2 figur gerakan ini bagaimana untuk harmonikan keadaan.

Err, hehe. Tapi isu gerakan ini bukanlah tokok perbincangan utama saya dalam entry ini. Saya cuma sedikit kecewa sebab bila kita gagal memahami hakikat perjuangan kita maka akan berlakulah aktiviti-aktiviti kurang sihat seperti label-melabel, fitnah memfitnah sesama jemaah. Akhirnya, pembinaan kader terabai, masyarakat pun gagal disantuni.

Saya nak tulis tentang 'Rifqi'

Bila berbual soal dakwah, kita tidak boleh lari daripada hakikat dakwah itu ialah mengajak manusia mengenal Penciptanya, menarik ummat ke arah kebaikan, dan lari jauh-jauh daripada keburukan. Or in short, 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.

Ibnu Taimiyah pernah berkata,

"Mesti memiliki tiga perkara: ilmu, rifqi (lemah lembut) dan sabar. Ilmu sebelum melakukan amar makruf dan nahi mungkar, rifqi semasa melakukannya, dan sabar selepasnya"

Nampak tu? 3 perkara yang perlu ada. Terkadang saya sendiri melihat berapa ramai yang menjalankan amar makruf nahi mungkar tanpa sebarang ilmu yang mencukupi. Maka bila disoal tentang dalil ataupun perkaitan dengan keadaan semasa, ramai daie terkedu dan terdiam. Dan dakwah pun terbantut di satu. Penyelesaiannya mudah sahaja sebenarnya, banyakkan membaca, ambil tahu isu semasa, attend majlis-majlis ilmu, insyaAllah keperluan pertama ini akan anda penuhi. Ingat juga, berkata 'La Adri (tidak tahu)' juga sebahagian daripada ilmu. Seterusnya kita melihat isu sabar pulak. Ramai daie yang semberono dalam menjalankan dakwah, maka hasilnya juga semberono. Lalu bila dakwah tanpa kesabaran ini dilakukan, maka ramai yang mudah kecewa bila hasilnya tak muncul-muncul jua. Isbir, ya qalbi! Sabarlah, teruskan bergantung kepadaNya, Allah janji untuk menyertai mereka yang membantu agamaNya. Jalan ini jauh dan panjang. Sabar, sabar dan teruslah bersabar.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik"
[An Nahl : 125]

Umumnya, Rifqi bukan sekadar nama moden anak-anak melayu zaman sekarang. Rifqi ialah suatu nilai dakwah yang kian menghilang.

Saya hargai sangat diversiti dalam menyampaikan dakwah. Pelbagai langkah kreatif di ambil untuk memikat hati-hati mereka yang menagih hidayah di luar sana.Diversiti ini akhirnya mewarnai dunia dakwah dan tarbiyyah dan merancakkan lagi. Dakwah tidak lagi tersekat dalam ruang ceramah di masjid sahaja, bahkan menyanyi dan berfesyen juga boleh menjadi dakwah. Fuh.

Err, sekali lagi menurut pengamatan saya yang hina-dina ini, saya dapati cara dakwah yang paling trending sekarang ialah 'sentap' dan 'troll'. Sehinggakan pernah someone melontarkan soalan ini kepada saya,

"Budak-budak usrah ni memang cakap dan bagi orang sentap je ek?"

Ouh Tuhan Esa.

Isu Sentap. Methode sentap ini bolehlah saya katakan sebagai kaedah memberi peringatan yang 'menyegarkan' terus atau ber'bekas' di hati. Biasanya dalam bentuk kata yang sinis. Setengah-setengah manusia memang boleh je terima sentapan ini dengan hati yang terbuka. Ada yang dengar dan tersentap langsung. Ada yang dengar, meleleh air mata keinsafan dan terus join usrah! Chewah. Tapi ada juga yang bila kena sentap tu, dia terasa terhina. Rasa inferior, kurang, down dan sebagainya lah. Hingga paling teruk ada yang beranggapan geng dakwah tarbiyyah suka memuliakan dan menghinakan orang. Nauzubillah.

Contoh Troll yang berhikmah. Hehe. Ada elemen sentap gak

Isu Troll pulak. Okay, saya mengaku, saya pun banyak guna kaedah ini, Banyak baca troll. Bukan setakat troll dari segi dakwah je, politik, ekonomi, sosial semua saya pernah troll kan. Err, anda yang pernah terkena tu, saya ambil peluang dekat sini buat public apology. Maaf. Methode troll pula ialah biasanya kita menjenakakan sesebuah perkara yang hendak disampaikan agar mudah dan terasa ringan penerimaan itu. Dalam perkara ini saya dapati, humour itu selalu ditagih dan intipati dakwah yang cuba diselitkan itu akhirnya macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri (ke terbalik?). And mind you, certain orang sangat susah menerima jenaka. Apatah lagi bila mereka yang dilawakkan. Akhirnya, makin menjauh mad'u kita daripada mendekati risalah ini.

Contoh-contoh troll yang ada nilai hikmah dan tarbawi; (Yang ni bagus :)





Tak kisahlah apa jenis pendekatan yang kita ambil pun dalam menyampaikan dakwah ini, nilai 'Rifqi' itu perlu. Perlu ada lemah lembut, sopan, santun dan berhikmah. Dakwah fardhiyyah kena buat dengan teliti dulu, fahami kesesuaian mad'u. Ini tidak, menyantuni masyarakat sekeliling pun jarang, tetiba sekali dua bersua terus nak main 'sentap-sentap'. Tak ke horror gitu? Saya lebih prefer nilai rifqi ini. Eh, bukan prefer, wajib ada. Para duat kena pandai ambil hati dulu, bina kepercayaan, kukuhkan ukhuwwah barulah mudah nak dakwah.

Dan ingat juga, rifqi bukan hanya lemah-lembut saat berdakwah, jangan ingat waktu lain kita boleh tunggang-langgang pulak. Duat kena ingat, seluruh susuk kehidupan kita ada dakwah. Nafas kita dakwah, makan kita dakwah, lepak kita dakwah, main bola kita dakwah hatta tidur itu pun dakwah. Maka seluruh akhlak kita perlu ada nila bersopan, santun dan berhikmah tu. Ia boleh jadi semudah tolong kemaskan kasut-kasut roomate, minta izin bila nak keluar bilik serta tolong-menolong bila study. Ingatlah, bila kita berada di jalan ini, seluruh hidup kita telah korbankan untuk dakwah. Bukan rifqi sana-sini bila bersama naqib anda sahaja ye.

Ingat dakwah, ingat rifqi.

Sekian, pandangan marhaen saya.

Wassalam.

P/s : Saya betul-betul rindu hati saya.  


0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts