Wednesday, February 20, 2013

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Alhamdulillah wa syukurillah wa la ila ha illallahu Allahu Akhbar...

Fuyoo.. Lama sangat dah rasanya tak conteng apa-apa dekat blog hijau ini. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, kalau saya tidak menulis apa-apa dalam masa yang terdekat, malas update blog, maknanye memang saya sedang mengalami konflik dalaman, hati tidak tenteram dan iman makin menjunam turun ke gaung kefuturan dengan kelajuan cahaya. Begitulah penangan bercuti di rumah, habis semua tunggang langgang, dakwah dan tarbiyyah habis dicampak jauh-jauh. Rugi sangat. Bahkan, diri ini alpa malah buat-buat lupa masa bercuti yang digunakan sepenuhnya untuk bersama family itu, rupanya medan dakwah untuk menyampaikan shahadatul haq buat keluarga tercinta... Oooiii... Rugi sangat woiiii...

Cuti saya yang lansung tidak selamat... Err.. :'(

Very well then, tidak berguna menangiskan segelas susu yang telah tumpah itu, adalah lebih baik untuk kita bersihkan susu yang telah tumpah itu dan buat yang baru campur madu lebah manis sangat banyak-banyak dan minum sehingga hilang haus. Err, dalam erti kata lain, lupakan yang lama dan mulakan langkah baru yang lebih mantap. Moga langkah semakin kuat. Pasakkan tekad sekuat hati dan terus-terusan baiki taubat kita dan tiap saat kita tidak lupa memperbaharui iman kita.

Sepanjang cuti yang lalu, tidak banyak perkara yang saya lakukan. Bangun pagi, bersihkan muka daripada air liur basi dan terus meluru ke kedai makan milik bonda dan ayahanda tercinta. Duduk di kedai tanpa sebarang tv mahupun internet connection memang sangat-sangat menyeksa jiwa. Tak senang duduk lansung. Tetapi Allahu dah sediakan peluang dan ruang masa yang terbaik untuk membaca, paling tidak pun amik kesempatan untuk membelek semua buku fikrah yang dibeli dengan penuh minat dan satu pun belum habis baca tak sudah. Aiyooo.... Lalu, tempat cashier kedai itu telah menjadi mini library saya sebentar dan bertimbun dengan buku-buku agama khas untuk menampar jiwa dan membuatkan iman anda bergetar. Dan satu lagi perkara menarik dalam menjaga kedai atau berkedai ini, tentu sekali sangat bagus untuk mendidik jiwa hamba anda. Bayangkan setiap hari harus angkat sisa makanan, pinggan dan gelas kotor, mop kesan tapak kasut yang kotor, bersihkan bekas habuk rokok, buat air untuk orang lain, hidang makanan buat orang lain... Semua ini sangat mendidik jiwa kita supaya merendah diri tidak sombong dan sedar hakikat kemanusiaan kita.

Saya telah bertindak cemerlang selaku waiter yang mantap. Saya datang menghidang makana rohani buat iman anda. Hehe 

Paling kena bersabar bila customer memberi komen membakar telingan apabila air yang ada buat tawar dan bila ditambahkan sesudu gula pulak sudah menjadi terlalu manis. Sabar, sabar, sabar dalam berulang alik dari tempat buat air ke meja customer. Lebih seronok lagi bila cikgu sekolah anda hadir bersama anaknya merangkap junior anda, dan anda secara bertuahnya dipilih sebagai waiter untuk melayan mereka. Semua ini, semua ini sekali sangat sangat memerlukan rasa rendah hati. Tak percaya? Anda cubalah sendiri. Alhamdulillah, berada di kedai makan pun tarbiyyah Illahi pun tidak putus-putus datang menerpa. Cuma kita, mahu ambil tindakan atau buat tidak tahu sahaja.

Membuat teh tarik sangat-sangat memerlukan bakat. Susah nak buat buih tuuu... Hehe..

Bercuti di rumah jugak, memberikan saya banyak sangat ruang untuk saya driving ke sana ke sini menunaikan perintah membeli barangan basah buat kedai. Saya sangat-sangat terpaksa belajar membeli udang, sotong, ikan-ikan yang baik untuk dimasak. Cooking is an art itself. Betapa saya sendiri pun bila balik rumah je, terus terbaring depan tv menonton rancangan memasak sambil berangan untuk menjadi chef juga. Hehe. Pastinya makcik-makcik yang turut serta bersama saya di pasar untuk membeli barangan dapur buat seisi rumah juga hairan dengan saya yang hadir ke pasar dengan tujuan yang sama. Pasti mereka tertanya-tanya, "Mana je isteri budak tuu?" Hehe...

Menghabiskan masa di dalam kereta sangatlah bosan tanpa teman, dan memang radio sangat jarang saya bukak sebab saya memang kurang gemar sikit nak dengar radio. Saya lebih suka bersembang dengan mereka-mereka yang berada bersama-sama di dalam kereta. Allahu rabbi, satu hari ini selepas pulang mengambil kereta di bengkel, saya tergerak hati nak mendengar siaran radio IKIM.FM. Sebuah pengisian yang menarik sedang berlansung dalam slot Usrah Nurani. MasyaAllah, saya sangat-sangat bersetuju dengan pandangan uztaz tersebut. Dia mengelar syaitan ini sebagai Delay Master. Saya terangguk-angguk setuju bila uztaz tersebut berkata, "Syaitan ini tidak akan suruh kita jangan bertaubat, sebab memang fitrah manusia untuk kembali dan bertaubat juga akhirnya. Tapi syaitan akan cucuk jarum dia sikit-sikit suruh kita lengah-lengahkan taubat kita". Benar bukan? Sebab itulah sangat-sangat sukar buat kita membina sebuah taubat nasuha yang mantap dan istiqamah. Mungkin ini yang perlu kita ingat setiap kali kita mahu lambat-lambatkan taubat kita. Takut tak sempat pulak nanti. Taubat memang bukan satu urusan yang boleh kita nak procrastinate.



Sekarang ini saya telah selamat kembali semula ke Universiti Malaya meneruskan lagi saki-baki kehidupan. Saya sangat sangat mencemburui mereka yang cemerlang dalam exam mereka baru-baru ini. Seharusnya saya, seorang yang mengakui kepentingan misi dakwah dan tarbiyyah ini lebih cemerlang lagi agar dapat tunjukkan qudwah yang hasanah buat mereka yang lain.

Sejujurnya, saya belum puas bercuti.

Moga Allah redha...

Wassalam...

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts