Monday, January 21, 2013

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Saya promis saya akan menulis entry yang penuh dengan perkataan dalam masa yang terdekat. Sebab sekarang ni saya ada banyak sangat masa. Tapi untuk hari ini, saya share sebuah lagi infographics dengan anda ye :)

Siapa kata dakwah dan tarbiyyah hanya untuk rijal-rijal muda dan syabab yang muda bergetah. Maratib amal tidak berhenti di tangga baitul muslim sahaja. Ada banyak lagi anak-anak tangga yang perlu didaki. Ayuh zauj di luar sana, kita bina masyarakat muslim sedikit demi sedikit. In before, tabik hormat buat muwajih yang telah berkahwin namun masih galak dan ligat di jalan dakwah ni. Apakah saya juga akan seperti itu suatu hari nanti. Mudah-mudahan insyaAllah :)


P/s : Saya kena usaha lebih lagi dekat habit no 2 tu... Hehe..

Wassalam...

Thursday, January 3, 2013

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Saya dengan bona fide (suci hati) memohon ampun kerana membiarkan blog ini terbengkalai bersawang-sawang tanpa sebarang update dan entry entry yang membina.

Saya nak minta maaf lagi sebab ini pun sebuah lagi entry yang pendek dan ringkas :)

Sempena tahun baru ini, 2013 selain daripada kita sibuk memikirkan azam tahun baru yang setiap tahun kita perbaharui, jum kita tanam sebuah impian untuk bertaaruf mengenal semula Islam pada setiap tahun. Tak kenal tak cinta bukan? Maka marilah mengenal Islam, terlalu banyak untuk anda jatuh cinta nanti :) Mulakan proses mengenal Islam mengikut kesesuaian anda, bertanyalah jika tidak tahu. Since ini entry yang pendek, itu sahajalah seruan saya untuk anda tahun baru ini. Hehe. Ampun...

*Sedang menduduki final exam pertama sebagai Law Student di UM, doakan saya :)
*Sedang mengharungi continuous assessment saya di bumi ini sebagai khalifahNya dan hambaNya dalam Universiti Kehidupan, doakan saya dan anda semua ke syurga Dia juga akhirnya... Ameeen... :)







Wassalam...

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts