Wednesday, September 24, 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Memahami

Allahumma Rabbi…

Secara jujurnya ini bukan 3 minggu pertama permulaan semester yang terbaik untuk diri ini.Futur melanda tanpa henti, ibadah terabai tanpa disedari.

Allah, kalau tidak teringatkan bahawa semua ini tetap dalam perancanganMu, pasti sudah aku tertunduk jatuh. Rebah dalam putus asa. Statik dalam penyesalan. Sungguh aku ingin cepat-cepat masa ‘futur’ atau jauh daripadaMu ini berlalu, agar kembali aku merasakan betapa manis dan nikmatnya beribadah kepadaMu.

Ketenangan bila bersama Allah, tak siapa dapat gambarkan.



“Wallahu Khairul Makirin…”

Jelas, Allah ialah sebaik-baik perancang.

Cuma kita sebagai manusia yang diciptaNya, serba-serbi kurang dan lemah, seringkali salah faham tentang perancangan Allah. Rata-rata mereka yang mula mendalami agama, yang mula menjebakkan kaki ke dalam arena dakwah dan tarbiyyah sudah mula menjinak-jinakkan diri dengan konsep di atas, ‘bahawa semuanya adalah dalam perancangan Allah’.

“Bahawa semuanya adalah dalam perancangan Allah”. Okay saya ulang sekali lagi frasa ni.

Kita mudah sahaja memahami bahawa memang Allah memiliki masterplan kepada hidup kita. Hatta, daripada sekecil-kecil perancangan, hinggalah ke besar-besar rancangan seperti penentuan dasar Negara dan sebagainya. Manusia memang boleh je merancang. Menyusun jadual agar tidak serabut dalam menjalani aktiviti seharian. Manusia memang boleh je menanda dalam calendar aktiviti-aktiviti dan jemputan-jemputan yang perlu dipenuhi. Manusia memang boleh je merancang bila nak kahwin. Manusia boleh je merancang nak kerja apa nanti lepas habis study.

But bila kita fikirkan semula, apa tujuan kita merancang? Sebab kita nak plan outcome kita. Kita cuba memastikan kita dapat capai sesuatu di akhir perancangan kita. Tapi apakah perancangan manusia yang serba kekurangan boleh mewujudkan keadaan pasti di akhir perancangan kita tu?

InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah…

Dengan izin Allah, Dengan izin Allah, Dengan izin Allah..

Kerana akhirnya tetap juga kita kena ingat Allah Maha Merancang. Kadang-kadang kita sangka plan kita memang dah yang terbaik vavavoom bak kata orang-orang sekeliling. Kalau menemui kebuntuan di pertengahan jalan pun, kita sudah sediakan back up plan untuk memastikan kita on track semula. Tapi sekali lagi Allah ‘menegur’ kita dengan mengagalkan rancangan kita di awal-awal lagi, atau waktu di waktu pertengahan atau lebih tragis lagi bila kita dah hamper-hampir tiba di akhir perancangan, saat kita macam dah boleh nampak hasil perancangan kita.

Kenapa ye?

Sebab kita faham, Allah tetap tahu apa yang terbaik untuk kita. Logik kita dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita biasanya didasarkan kepada keadaan, masa, tempat, dan suasana. Tapi, SubhanAllah, logic Allah melampaui semua itu. Allah Maha Mengetahui segala-galanya daripada seawal-awal permulaan hinggalah ke hujung-hujung pengakhiran.

Bila manusia tidak faham perancangan Allah, sebab itulah kita kadang-kadang berduka cita yang teramat dan berputus asa seketika. Tapi kita sedar atau tak, bahawa saat kita berasa sedih itu pun, dan saat kita hampir-hampir berputus asa, itu juga dalam rancangan Allah Yang Maha Teliti. Allah tidak pernah merancang keburukan untuk kita. Hakikatnya manusia yang selalu mempunyai perancangan untuk keburukan biarpun pada mata kasar ia nampak indah belaka.

Takkanlah kita tak perasan dalam diri kita sendiri, saat nak kena buat kebaikan, kita rasa berat, malas, ragu-ragu dan kurang keyakinan. Tapi sekali kita dah bertekad untuk buat sesuatu kejahatan, secara tiba-tiba otak kita jadi ligat memikirkan pelbagai strategi untuk menjayakan niat ‘murni’ kita itu. Kita didatangi keberanian luar biasa. Bila nak skip kelas, berani dan selambe je memonteng, tapi bila hendak buat kebaikan macam turun berjemaah di surau pun kita rasa penat, lemah dan tak terdaya.
Wallahi, tanpa panduan Allah, pasti kita sentiasa menghampiri keburukan.

Pada hemat saya, kenapa Allah berikan kita dalam keadaan macam ni? Maksud saya kenapa selalunya rancangan kita kurang selari daripada perancangan Allah or kadang-kadang terbabas habis daripada planNya?

Jawapannya mudah cukup mudah. Sebab Allah nak kita tahu, faham, dan rasai apa ertinya meletakkan pengantungan sepenuhnya kepada Allah semata-mata. Bila sekadar kita dengan mudah lafazkan bahawa hanya Allah tempat bergantung. Bukan sekadar dengan mudahnya kita mengingatkan orang lain bahawa Allah Maha Menentukan waktu tazkirah petang-petang, tapi Allah nak kita rasa sendiri kaw-kaw punya apa itu makna untuk benar-benar bergantung hanya kepada rahmat Allah.

Dan pada itu pasti kau akan temui ketenangan yang luar biasa. Out of this world. Allah… Rasa nak menangis bila kenangkan semula segala rancangan Allah untuk diri ini.
Saat anda bersedih, ingatlah saya juga pernah melalui fasa-fasa sebegitu.
Malah pernah saya hampir-hampir berputus asa terhadap Allah.

Sebab saya terlupa “Bahawa semuanya dalam perancangan Allah”. Saya terlupa kepada perkataan “semuanya”. Saya terlupa bahawa penderitaan, kesedihan, kesakitan, kegagalan yang saya pernah rasai dan alami semuanya dalam perancan baik Allah. Saya terlupa saat doa lambat atau tidak dimakbulkan, saat janji yang telah diikat telah dileraikan, saat tidak menyukai sesuatu perkara yang diberikan, bahawa itu semua tetap dalam rancangan baik Allah.

Kerana ini cara Dia mengingatkan kita, untuk bergantung harap kepadaNya.

Tetaplah bersabar dan utuh keyakinan dalam cepat atau lambat mengharungi perancangan Allah. Sebab diakhirnya perancangan Allah ini pasti akan membawa kita ke syurgaNya.

Saat diuji teruk, jangan cepat melatah, tapi tenanglah dalam muhasabah, agar dapat dirasa hikmah dari setiap ujian yang ditimpakan, supaya diri lebih tabah dan gagah untuk terus teguh di jalan Allah.
Mari kita berusaha sebaik mungkin dan mula memaknai semula erti berserah diri kepadaNya.

Tak cukup hanya tahu. Tapi kena faham dan rasa.

Kerana ‘Islam’ itu ertinya berserah dan berharap hanya kepadaNya.

"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Dan Allah sebaik-baik Perancang"
[Ali Imran : 54]

Wallahu Khairul Makirin…


Wassalam…  

Wednesday, September 10, 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah.

Tabarakallah.

Moga anda yang membaca dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dan dipermudahkan segala urusan harian, insyaAllah.

Err... Ada ke yang rindu blog ini yang 2 bulan menyepi tanpa khabar dan berita? Haha.

Kalau ada, saya mohon maaf sebab membuatkan anda rindu tanpa sebab, dan kalau tiada, saya minta maaf juga sebab mungkin anda dah biasa yang bila saya cuti, blog ni memang agak krik krik sikit...

Kalau boleh saya jelaskan, cuti yang lalu ni, Allah menguji saya dengan pelbagai ujian. Dan antara ujian yang paling besar sekali ialah bila laptop saya yang banyak berjasa, berbalut warna biru Chelsea, tenat dan terpaksa saya rushkan beliau ke kedai komputer terhampir.

Cuti tempoh lalu juga, saya berkerja di kedai runcit berhampiran rumah, adakalanya masuk kerja malam, waktu pagi baru pulang. Lumrah orang mencari rezeki, kena bersusah baru di akhir bulan nanti terasa indah. Sungguh, kalau tidak kerana bekal tarbiyyah yang saya bawa, kalau tidak teringat usaha menyantuni manusia untuk ke jalan Allah itu lebih perit, pasti dan pasti saya akan berperang mulut dengan beberapa customer yang hadir.

Allah, terima kasih atas nikmat sabar ini.

Ouh, saya pernah tulis sebelum ini, kalau boleh kita tukarlah pandangan umum masyarakat kita bahawa sabar itu punyai batasan. Cuba kita usahakan bahawa kesabaran kita tidak mempunyai batasan. Supaya di syurgaNya kelak nanti, kita akan melihat nikmat sabar yang sering kita pertahankan.

InsyaAllah... Semester baru. Azam baru. Resolusi baru. Strategi baru.



Moga Allah mudahkan, dan moga Allah tidak gagalkan saya sekali lagi dalam usaha membentuk barisan pelapis di Sekolah Undang-Undang, kali ini.

Dakwah needs a continuation. When you leave, people will only remember your legacy. And I would really like dakwah to be my legacy. No other things can please me.

Erm, rasanya, ini sahajalah untuk entry kali ini. Saja-saja nak warming up untuk musim menulis yang seterusnya ni. Hehe. Doakan saya diberikan keikhlas, masa dan ruang untuk menulis dengan lebih kerap lagi ye selepas ni.

Ada banyak sangat projek penulisan yang tertangguh, insyaAllah saya selesaikan satu persatu nanti.



Wassalam.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts