Thursday, June 20, 2013

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Fuuuhhhhh.... *tiup habuk dan sawang-sawang spider dekat blog ni.

Aseef... Maaf ye... Rasanya dah lama sangat saya tak bukak and menulis apapun dekat ruang hijau ni. Well, mostly sebab musim exam. And secondly, sebab saya takda apa yang nak ditulis. Very well, meh sini rapat-rapat, kita tengok apa yang saya ada untuk anda.

Tahukah anda bahawa ukhuwwah itu sukar terbina tapi mudah sangat terputus?

Iye. Hari ni kita nak berbicara ringkas mengenai ukhuwwah.

Saya janji, ringkas. Hehe :)



Mengikuti gerabak dakwah dan tarbiyyah ini, bahkan sebagai seorang muslim pun, kita selalu sangat terdengar betapa penting dan manisnya nila ukhuwwah dalam hidup kita. Bahkan dikatakan ukhuwwah itu ialah asas kepada perkara-perkara yang lebih besar lagi. Bagaimana empayar Islam telah terbentuk kerana ukhuwwah. Kerana rasa sayang menyayang itu dan rasa kasih mengasihi.

Ukhuwwah tak mengenal pangkat, kaler, harta, hatta bangsa sekalipun. Ukhuwwah itu ialah ikatan hati, kesetiaan, kejujuran serta rasa cinta super duper antara dua hati yang saling terikat kerana keimanan. Tiada ukhuwwah tanpa iman dan iman takkan sempurna tanpa ukhuwwah. Percayalah kata saya, ukhuwwah yang kita bina ini, persahabatan yang kita hargai ini, takkan kekal lama kalau kita tidak berlandaskan Allah s.w.t. Kalau bukan iman yang menjadi penghias ukhuwwah kita, pasti kita akan terhias ukhuwwah kita dengan jahilliyah. Eh?

"Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara"
(Al Hujurat 49:10)

Rasanya, kita sudah terlalu jauh dengan realiti ukhuwwah ini. Kita lalai dan terlupa kenapa kita bersahabat dan berukhuwwah di awal cerita kita dulu? Untuk apa kita berukhuwwah bermati-matian kalau kita tidak jelas matlamat kita?



Tujuan ukhuwwah? Untuk bersama melangkah bergandingan tangan ke syurgaNya. Mudah. Titik.

Bukankah syurga itu terlalu luas untuk kita berseorangan di dalamnya? :)

Sebab kita terlupa tujuan berukhuwwah inilah yang menyebabkan kita terlupa betapa bernilainya ukhuwwah kerana keimanan dan kerana Allah semata-mata. Akhirnya manisnya ukhuwwah yang seperti gula-gula melaka itu terasa pudar, pahit, dan tiada rasa macam waktu kita habis mengunyah chewing gum. Even worst, kita mula menghiasi ukhuwwah kita dengan perkara jahil. Tertukar tujuan kita kat situ. Nilai semula, kita berukhuwwah untuk ke neraka kah?

Macam mana nak capai kemanisan iman kalau kita tak mampu mencintai sahabat kita kerana Allah semata-mata? Macam mana nak betulkan semula ukhuwwah kita ni? Selama ni kita bersahabat berlandaskan apa? Kita sedang menuju syurga atau neraka ni?



Pening.

Realitinya, kita telah diserang teruk oleh pemikiran yang meluputkan erti sebenar ukhuwwah. Ukhuwwah yang sebelum ini suci pun mampu dirosakkan nilainya oleh serangan pemikiran yang mengubah kebatilan kepada benda-benda indah dalam diri kita. Astagfirullah... Persahabatan yang kita sedang jalinkan sekarang, apakah boleh bantu kita menggapai reda Allah?

Kita terlalu seronok dengan apa yang kita ada sekarang. Ukhuwwah or persahabatan buat kita hanyalah keluar makan bersama, tengok wayang bersama, naik kereta bersama, lepak bersama.... Ke masjid bersama mana pulak kita campak? Duduk dan beriman, berbual rancak tentang kebesaran Allah s.w.t mana pulak kita buang? Solat berjemaah dan bangun qiyam berduet kita dah lupakan ke?

Ukhuwwah bukan on off. Ia perlu disemai, dijaga elok-elok. Kerana kita sedang berukhuwwah dengan manusia. Dan manusia punya hati yang mudah terasa. Jadi bersabarlah. Macam mana nak rasa manisnya ukhuwwah tu kalau tak pernah diuji?

Semaklah semula ukhuwwah kita, jangan sombong dan jangan sombong :) Mehla kita bersama semula, duduk beriman dalam taman-taman syurga bersama, bahagia hingga ke syurga.



Kita kan bestie semuanya? Jummlah kita tarik diri kita bersama ke syurga. Jalan ini tidak mudah, tapi kalau bersama tentu indah :)

Ingatlah, biar jauh di mata tapi jangan jauh di doa. Namamu sentiasa aku doakan. Biar kita bersama, hebat dalam redhaNya.



Dah tiba masa untuk kita kembali. Dah tiba masa kita maniskan semula ukhuwwah kita.

Saya sedang pujuk anda ni... Betulkan semula ukhuwwah kita. Ubah sekarang! Kita selamatkan ukhuwwah kita. Kita tolak ukhuwwah fi jahiliyyah dan semai semula ukhuwwah fillah kita.

Sesungguhnya seorang muslim itu, 
Apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hantinya sahaja, 
Bahkan dibawa bersama hati saudaranya. 
Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya.

*Saya tahu tajuk entry takde kena mengena dengan isi entry. Hehe.
**Ringkas kan? Saya promis, lepas exam akan menulis dengan betul-betul semula.

Wassalam...

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts