Monday, December 27, 2010


Assalamualaikumwarahmatullahwabarakatuh. Alhamdulillah setelah sekian lama rasa malas untuk update blog ini, Allah kurniakan kerajinan untuk menulis juga dekat sini. Semalam, bersama-sama dengan ayah, my little brother and my cousins. Semuanya tercetus sebab ayah nak sangat tengok final AFF Suzuki Cup 2010. This year memang different sebab Malaysia yang ku banggakan beraksi di pentas final menentang Indonesia. Memang perlawanan yang saya nanti-nantikan. Harimau Malaya vs Garuda.

Perjalanan dimulakan dengan menghantar mama dan my sisters ke hotel then terus pergi pick up my cousins at Cheras. Ingatkan nak pergi mana-mana sebab baru pukul 2 petang, but Ayah just drive straight to Bukit Jalil National Stadium. Yang peliknya, baru pukul 2 tapi perkarangan Stadium Bukit Jalil dah penuh dengan peminat-peminat Malaysia and Indonesia. Yellows and Reds are all over the place. So, tunggu la sampai pukul 3 sampai gate tu open for entrance. Bila dah buka je, kami pun masuk dalam stadium dan we are like the first to be there. Baru sikit je orang yang dah masuk. Tapi polis dan ada. Memang polis kena on duty for big game like this, takut ada pergaduhan nanti. Jadi, no option but duduk je sambil makan kuaci dan tunggu game untuk start. Before that, kena solat Asar dulu, however, surau untuk lelaki betul-betul dekat dengan entrance for penyokong Indonesia. Tapi di hatiku,walau apapun Islam tetap prioriti utama, dan teruskan usaha untuk bersolat. Hari tu, first time saya bersolat berimamkan seorang lelaki Indonesia dan dikelilingi oleh ramai peminat Indonesia. Kemudian sambul menunggu.

Mula-mula memang supporters Indonesia sangat ramai dan diorang sorak bukan main lagi. By six o'clock stadium dah dibanjiri oleh hitam kuning. Dan sorakan Garuda mula lenyap. Satu perkara yang saya nak kritik, memang bagus jadi peminat setia negara tapi sampai warnakan muka tu saya rasa agak keterlaluan, I mean, x nak solat maghrib ke? Camne nak solat dalam keadaan macam tu kan? Suasana makin hangat, apatah lagi kat kawasan Ultras Malaya, sebuah fan group yang setia dengan Malaysia. Pelbagai kain rentang telah digantung. My favourites are, 'Tanah Tumpahnya Darahku' and 'Kembalikan Maruah Kita'. Rasa Patriotik sangat bila baca semua kain rentang yang ada dekat situ. Bila Jurulatih Negara keluar je untuk check padang, semua fan Harimau Malaya berikan standing ovation. Then, K. Rajagobal reply dengan thumb's up je tapi tu dah cukup untuk buat semua penyokong mengaum menyorak for Malaysia. Seketika sebelum kick off, nyanyian lagu kebangsaan berlansung. Semua malaysians yang ada dekat situ telah berdiri dan menyanyikan 'Negaraku' bersama-sama. Malam itu, tak kira Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan or Kelantan, semuanya bersatu dalam nyanyian tu. It was a really great feeling. I was deeply moved. Bayangkan, menyanyikan lagu kebangsaan bersama-sama degan seratus ribu rakyat Malaysia yang lain.

And the game begin. X nak komen tapi game yang dipamerkan Malaysia memang mantap. I loved it. Saya saksikan perlawanan tu dengan penuh komitmen dan patriotisme. Tak senang duduk jadinya. Selepas 90 minutes of excitement, WE WON IT. Harimau Malaya membaham Garuda. 3-0 is just fantastic. Excitement continues. Jalan memang sesak habis. Kibaran Jalur Gemilang x terhenti. Memang best!!! Rugi siapa yang x pergi...

For Malaysia, I wish you the best of luck. Make us Proud, Tigers!!!!

Tuesday, December 21, 2010


Sampul sijil terkumpul....

Tag of Participation

Almari Memorabilia

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh... Hari ini saya telah unpack sebahagian lagi daripada semua barangan yang saya dah kumpul 5 tahun kat MOZAC tu... Haha, ketawa sendirian saya tengok balik 'sejarah' yang telah saya lalui. Let's start of dengan 2006. Saya mulakan dunia secondary school dengan bersekolah dekat SMKA Sultan Muhammad. Then on my 13th birthday saya telah mendaftar masuk ke SMS Muzaffar Syah, sebuah SBT (Sekolah Bukit Tinggi). I started of my journey life kat dorm 3B8 di bawah bimbingan Abang Izzul. Hidup di 3B8 memang membahagiakan dan seronok sangat... Penuh dugaan, memang penat sangat buat preparation for Hari Terbuka Asrama, in the end we didn't won. Saya masih ingat seluruh warga OHANA pernah kena settle kat dorm 3B1+3B2. That 3 hours were 'heaven'.... But still I consider it as one of my memorabilia. Oh yeah, saya study kat kelas 1 Omega. nothing much to talk about coz I 'was' quite an anti social.

2007, year of changes. Saya berpindah ke dorm 3A3, a prefect dormitory bersama 5 lagi prefect yang lain. Terpaksa berpisah ngan OHANA asa diorang semua masih duduk kat floor 2B. Tahun ini jugak alhamdulillah, tahun saya mula menjadi seorang warga Alpha. Tahun ini jugak I learn to fall for someone (sebelum dia berpindah... Sigh...) It was also my first year in debate. We lost in regional tournament but came 3rd in 2007 SAKTI HKSBP natonal level then. 2007 memang challenging, terpaksa struggle untuk cope dengan akademik dan social. Saya jugak melalui masa yang sangat sukar untuk terima perubahan beberapa rakan2... I'm sorry then. Karier kriket pun bermula pada tahun ni. Kami kalah dalam perlawanan sulung aku. Haha...

2008, year of PMR and recovery. I missed her. Itu perasaan saya sepanjang tahun ini. 200% saya mencuba untuk lupakan perkara tu. I knew I was wrong but I learnt my lesson. To her, my deepest apologize is to you. PMR? It was nothing kot. This year I had to choose between Wind Orchestra and Cricket. I was not really into both of them but I chose cricket. We got 4th place this year. Then debate. Kami cuma dapat bertahan sehingga suku akhir je. Lost to TKC back then. Tapi for me, HKSBP 2008 SMSAH paling best sekali. Pasca PMR memang seronok. Bangun lambat, lepak, lepak, tido, then lepak balik sampai akhir tahun. 2008 saya mula belajar mengenai tanggungjawab. I started to really getting into the meaning of the blue uniform. Dorm? Bosan giler... Saya seorang jer F3 time tu. 5 F4 dan 7 F2...

2009, year of challenging yourself and holding your head up high. Belajar di 4 Alpha memang perlukan komitmen yang tinggi. Here I met my long life enemy 'Add Math'. Hoho. You got me. Saya berada di dorm 2A2 bersam prefct2 F4 yang lain dan bersama seorang lagi bang dorm, Abang Akim yang kini berada di US. Kami menang Hari Terbuka Asrama. Ini tahun yang penuh cabaran. Saya banyak sekali kena marah dengan cikgu dan memang saya x puas hati. But then I knew it was for my own good. Saya tertanya2 nape cikgu2 sangat concern dengan apa je yang saya buat. Salah sikit je mesti kena on spot. 2009 memang MOZAC pack dengan macam2 aktiviti. Saya sangat tension tahun tu. Debate was up and down tahun tu. We won Melaka but kalah sangat awal untuk HKSBP 2009. Cricket ok. Dapat 2nd place. One day before cuti Ramadhan begin, I figured out why cikgu2 selalu marah2 (nasihat...) saya. I was announced as MOZAC's 2010 Head Student. What? From this point, 2009 semakin mencabar. I had a few quarrel dengan my own batch. But I just had to set my priority between OHANA and Prefects.

2010, the final year and year of OHANA. Permulaan tahun, I was buzy dengan prefects. Menguruskan itu dan ini. Look after the juniors. Trying to put off the battle between the F5 and the Prefects. It was tiring. I really had to manage my time. Best jugak sebab dapat peluan untuk attend Kursus Ketua Pelajar SBP dan bantu sekolah for KESUMA. Again MOZAC was full of comitment.Dorm memang first class. 3B3 ada ruang tamu, meja study, kusyen, 4 katil single dan fully carpet. Walaupun 4 orang je dalam dorm tapi tiap malam memang havoc. In the middle of the year, I let go the prefects dan kembali memperjuangkan OHANA. Kami start to build again our image and virtue. It was a great time the. We did everything together. Kalau nak list memang sangat panjang. Semakin penghujung, kami makin kuat berusaha for our SPM. We faced it with bravery and tawakkal. I really hope we make history for SPM 2010. Just then.. I realized it was all over right now... How I wish to turn back the pendulum. Once a Muzaffarian always a Muzaffarian.

We
The Students of Muzaffar Syah Science Secondary School
pledge,
to always go for excellence
in the field of academics and co curricular activities
We will obey the school rules
and work diligently to uphold the good name of the school
Respecting others is our life long practice
We also promise to be good individuals
for our religion and nation

Monday, December 13, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Kejadian ini telah berlaku pada tanggal 12 Disember 2010. Hayatilah kejadian ini

Saya : Dah update blog kau?
Ukhti : Belom lah. Aku x tau nak tulis ape. Huhu..
Saya : Tulis pasal aku je la... Haha... Ok x? :)
Ukhti : Hm. Haha. Kau undescriable la. Kau lah tulis dulu. Hehe.
Saya : Aku? Haha... X payah... Aku just typical human je... Sama macam orang lain. Kalau aku tulis pasal kau nak?
Ukhti : Huhu. Boleh jugak.
Saya : Ok. You got my word then.
Ukhti : Trimas. Bole x rasa x sabar? Haha

So lama jugak saya berfikir. Ukhti, kali ini saya sediakan posting ni khas untuk kau je. Disebabkan ini untuk ukhti maka saya bahasakan diri saya sebagai aku je la ye kali ni....

Bila agaknya aku kenal kau ye ukhti? Mesti masa sekolah rendah la kan? Ntah la aku pun x tahu sejak biler kita satu kelas. Aku start notice kau pun masa darjah 6. Haha, maaf ye ukhti, aku ni mana tau apa-apa masa kecik-kecik dulu. Yang aku tahu makan, tidur ngan sembang. Haha... Apa yang aku tahu tentang kau yer masa primary school kita. Aha, aku tau kau telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas. That's it. Sekali aku mintak maaf, masa dulu aku jadi pengawas pun tak tahu nak buat apa. Kau pulak kan dekat atas-atas sana, aku ni pulak just golongan hamba pengawas jer.. Pernak ke aku cakap dengan kau? Hmm.......... Maybe........ Ye ke..... Pasal apa yer..... X tahu la..... Aha! Tapi aku tau kau pun dapat 5A untuk UPSR kan? Masa tu aku ada la tabik sikit2...

Then, we move on to our own path. Aku pun tak tahu kau kat mana. X pernah teringat pun pasal kau, (sori...). Kemudian Allahu pun pertemukan kita dalam keadaan yang agak berhikmah. Masa tu dekat friendster kan? Kau tulis dekat profile aku, 'Your life looks so good'. Ermm...? Siapa perempuan ini year. Oh ini berlaku time 2008. Selepas beberapa lama berfikir, oh ukhti rupanya... So aku pun minta la dan beri no handphone aku dekat kau.... Selepas itu kau miss call aku. Then it all begin.

Honestly. aku sangat takut nak message kau mula-mula. Tapi aku beranikan diri jugak. Resultnya, aku dah bertemu dengan seorang yang sangat-sangat baik... Ukhti, masa aku first call kau, kita asyik cakap pasal prefect je kan? Aku pun naik heran sebenarnya... Prefect, prefect, prefect... Kau tak bosan ke ukhti? Then baru aku tahu yang kau ni rupanya ialah Head Student of MGHS. Oh, aku bertambah kagum lagi. Aku dapat rasakan sepanjang aku tak bertemu dengan kau ini, mesti kau dah jadi seorang yang sangat dihormati.

Masa reunion 6 Cemerlang, aku minta maaf aku tak cakap apa-apa pun dengan kau. Haha, sebab aku dah lama sangat tak jumpa kawan2 kita yang lain. Bukan apa, sebab aku tau ukhti aku ini sentiasa di sisi aku x kira apa pun... Mesti kau terasa kan? Sebab kau suruk ada budak ni kata kau kirim salam sombong dekat aku... Haha... Sorry sekali lagi. Then, kau visit sekolah aku, aku pun kasi la kau air kotak laici sebab aku tengok kau macam dahaga jer... Tak sangka pulak kau simpan air tu sampai Ramadhan! Kelakar la kau ni ukhti. Still, walaupun kita selalu bersembang, aku x pernah cakap face to face dengan kau.

Allahu masih nak beri kita peluang. Allah pertemukan kita kat Karnival Wind Orchestra. Masa tu, diam-diam aku selalu perhatikan kau. Aku tengok macam mana kau lead school kau. Tegas, ceria dan saksama. Melalui perkara tu, aku tau kau seorang sangat komited dan buat apa sahaja untuk perkara yang kau suka. Hai ukhti, makin bertambah kagum lagi aku terhadap kau. Then masa closing dinner, itulah first time aku dapat cakap berdepan dengan kau, walaupun sekejap. Kita cakap pasal perkara yang sama tapi aku rasa lain sangat. Ukhti, aku nak kau tahu aku sangat kagum dengan kau.

Sepanjang kenal dengan kau ini, aku banyak sekali share problems dengan kau. Kau tak pernah merungut. Aku selalu gurau dengan kau, kau x pernah marah pun. Aku rasa segala sifat-sifat mahmudah ada dalam diri kau. Just kau gila-gila sikit. Tapi itu yang buat aku rasa selesa dengan kau. Bagi aku kau memang bijak, baik, penyabar dan sangat tabah. Hehe, aku tak boleh nak komen panjang ukhti sebab aku belum cukup kaji pasal kau lagi. Ukhti, ini untuk kau. Memang posting ini tak sebaik karangan BM SPM aku, but ini ikhlas dan khas untuk kau.

K? Aku dah tunaikan janji aku kan ukhti? Walapun posting ni tak banyak sangat pasal kau... Janji dengan aku kau akan selalu jadi ukhti aku yang solehah dan muslehah untuk seluruh umat manusia di muka bumi ni...

Sunday, December 12, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Baru 4 hari sahaja saya da rasa kosong sangat kat rumah ni. OHANA, I miss you. I felt that I had lost half of myself. Sampai bila nak macam ni... Haru biru hidup ni... Allahu, beri aku petunjukmu. Jadi selepas beberapa lama berijtihad, hmm I came out with an idea.. Well that's for starting... I believe I really need a plan for my holiday....

Jadi saya listkan kat sini sebab mana tau boleh bagi inspirasi kat anda semua :

1) Baca Yasiin selepas solat Subuh, seperti mana dengan OHANA dulu
2) Jogging (boleh ke ni...)
3) Reading, anything yang bermanfaat
4) Internet 2 hours the most (betul ke ni...)
5) Ni rancangan paling besar saya untuk cuti ini,: MENULIS NOVEL, Hahaha... Draf tu dah ada cuma tak tau la boleh ke x, but I want to give it a shot a least once... Nantikannya ye.. 'Nur Bukan Cahaya'! Ehem, ada sesiapa nak jadi editor saya?
6) 3 zikir selepas solat Asar
7) Jogging lagi...
8) Solat sunat hajat dan taubat everyday...
9) Date dengan Al Quran selepas Isya'
10) Baca komik...
11) Baca buku2 agama, InsyaAllah

Sigh... I really hope rancangan ni boleh isi rasa rindu yang sangat mendalam terhadap OHANA... Wassalam.

Saturday, December 11, 2010

Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik... inilah idola kita, Zinnirah....

Blog : uztaznaim.blogspot.com

Saturday, October 30, 2010


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Agak lama juga rasanya saya dah tak update blog ni. So actually banyak benda nak tulis, but let see how it goes... Pertama sekali semestinya trial Melaka yang telah berlansung dan menandakan peperiksaan terakhir sebelum menjelangnya SPM. Saya rasa macam trial kali ni agak prepared jugak but keputusan masih lagi belum memuaskan... Results cuma 6A, 2A- ngan 1B, haha add math sekali lagi macam biasa B. Well, ada masa lebih kurang 21 hari lagi sebelum SPM.. Woho... Scary! Tapi saya penuh optimistik, saya yakin boleh dan OHANA pun boleh, InsyaAllah!!!Lepas ini jadual waktu membunuh bakal dilaksanakan. Bayangkanlah, satu subjek sampai 3 jam satu masa. But segala-galanya sanggup OHANA tempuh demi kegemilangan kami dalam SPM.

Seterusnya, next event ialah Interhouse OHANA. Program ini telah berlansung di kalangan pelajar putera sahaja dan pada petang tersebut semua putera f5 telah turun ke padang untuk bermain bola antara rumah buat kali pertama dan terakhir, maybe. Perlawanan pertama mempertemukan Temenggung dan Laksamana. Temenggung telah dibelasah 3-0 oleh Laksamana. Next game between Bendahara against Syahbandar. Biarpun banyak menyerang Bendahara ditewaskan 1-0 pada minit2 akhir perlawanan. So, Bendahara telah bertemu dengan Temenggung untuk tempat ke-3, dan Azfar Adam telah menjadi wira Bendahara apabila menjaring gol penalti untuk Bendahara. Final Match pula, menyaksikan Muhammad Mustapah menjadi hero Syahbandar apabila menjaringkan gol penalti untuk menumpaskan Laksamana. Konklusinya diharapkan program ini dapat memperkukuh lagi ukhwah antara kita.

Yang ketiga Merentas Desa MOZAC 2010. Well that was our last cross country OHANA. Jadi ramai diantara kami yang prefer untuk relax jer sepanjang perjalan sebab nak amati our last run. Honestly kami tak ada niat nak boikot pun program sekolah. Semua warga OHANA agak berduka cita dengan tuduhan yang kamu terima. Tapi kami memang semangat nak join cross country ni, just nak make it different for our last year. Sigh... Let bygones be bygones... Yang manis kita jadikan kenangan yang pahit kita jadikan pengajaran..

Lastly ialah Malam Augerah Muzaffar 2010. This year cukup berbeza dan bermakna sebab majlis ini ialah untuk meraikan OHANA. Sedih jugak sebab ini menandakan penutup untuk our life selama 5 tahun kat MOZAC. Majlis bermula pukul 8 dengan F5 diarak masuk dengan paluan kompang. Pastu kami pun makan dengan jayanya, haha... Next, semua F5 telah menerima cenderamata daripada pihak sekolah. Thank you MOZAC!!! Agak takut jugak malam tu sebab, saya telah diamanahkan untuk menyampaikan ucapan mewakili semua pelajar yang lain. Alhamdulillah sebab semua berjalan dengan lancar. Malam itu jugak beberapa f5 telah menerima anugerah-anugerah khas daripada pihak sekolah. Berikut merupakan senarai penerima anugerah:

Penyumbang markah rumah
Bendahara : Muhd Azfar Bin Adam
Temenggung : Nur Alia Ng Binti Abdul Latif Ng
Syahbandar : Nur Anis Atika Binti Zainal Abidin
Laksamana : Amira Binti Azhar

Augerah Sumbangan Khas MOZAC:
1) Muhammad Faris Bin Roslan
2) Muhammad Shakir Zufayri Bin Nor Samsudin

Augerah Pelajar Contoh
Putera : Ahmad Azri Bin Abdullah
Puteri : Alyya Syahira Binti Roszelan

Bintang Muzaffar : Nur Anis Atika Binti Zainal Abidin

Well susah nak percaya saya pelajar contoh, but anyway tahniah buat Anis. You deserved it. Tahniah jugak buat yang lain dan tahniah untuk semua OHANA. Thanks untuk guru-guru kerana meraikan kami dengan meriah. Sayang cikgu. Dan tak dilupakan tahniah untuk rumah sukan saya, Bendahara, kerana berjaya megekalkan gelran Rumah Terbaik buat kali ke 5 berturut-turut sejak 2006 hingga 2010. K, that's it. Selamat maju jaya MOZAC untuk tahun-tahun yang bakal mendatang. Sekian, Wassalam.

Monday, September 6, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Segala-galanya telah berakhir. I'm no longer a prefect, sekarang just a simple OHANArian. Fuhh, Alhamdulillah lega... But 1 more job to be done yakni mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang banyak membantu saya. Jasa korang semua tak mungkin boleh aku balas dengan apa sekalipun... Here's the list...

1)Akmal Arif: Thanks bro, kau telah menjadi seorang penolong dan kawan yang sangat baik sepanjang karier pengawas kita. Haha, sori slalu ejek ko. Respect kau sebab pandai manage dan organise banyak benda jugak sebab pandai communicate.. XD

2)Anis Atika: Seorang lagi yang perlu aku berterima kasih sangat2. Aku memang tak rapat dengan kau sebelum ni, but this year ok la skit. Kau memang seorang ketua yang baik. Respect kau!!! Kau pandai handle orang, penyabar dan tabah. You can be a good leader in future, cuma jangan slalu nangis (hahaha...), and thanks sebab banyak nasihat aku...

3)Shakir Zufayri: Kau memang kaki lepak, tapi kau la jugak penyejuk hati Cikgu Rosnah. Haha, Jambu pengetua. Bagus sebab kau pandai bab2 ICT ni. Banyak tolong aku gak dan banyak sumbangkan idea kreatif untuk badan ni. Best ar lepak ngan kau (nasib baik x gila aku), lastly kau pun seorang yang kuat beribadah. Aku suka kesungguhan kau.

4)Faris Roslan: Atuk!!! You are my saviour. Slalu naikkan semangat aku. Aku tau kita slalu clash pendapat tapi aku memang respect kat kau. Kau pandai jaga batch ni. Lepas ni jom kita berjuang bersama!!! Aku banyak belajar daripada kau secara lansung ataupun tidak. Thanks!!

5)Alyya Syahirah: Memang setiausaha terbaik dalam hidup aku!!! Bagi apa jer confirm kau siapkan. Aku rasa senang kerja ngan kau. Kau macam budak2 sikit tapi ada ketegasan yang tersendiri. Bagus tu... Teuskanlah rajinkan diri anda. Terima kasih sebab telah melicinkan segala urusan pengawas. Sori kalau aku slalu terkasar bahasa dengan kau.

6)Muhd Daniel: Sang setiausaha x rasmi, dan abang dorm yang sentiasa tido dengan adik2nya. We have been through this year bersama-sama. Saling bertukar2 pandangan. You are good man! Memang seorang yang tegas. Makin lama kau makin penyabar. Sori kalau ada sakitkan hati kau. Thanks!

7)Aizat Zainal: Bendahariku!!! Weyh kau memang simple dan lepak jer. X penah nampak kau pressure. Best gak lepak + kerja ngan kau. Kau ada daya kepemimpinan yang tersembunyi lagi. Serlahkan in the future!

8)Atika Alias: Bendahariku jugak!!! Tapi banyak tolong aku buat keje dalam macam2 bidang. Kau antara pengawas puteri yang rileks je. Aku suka attitude tu. Duit tahun ni x spend lagi kan??? X per, kita spend kat Sabah, insya Allah. Haha, kau pun seorang lagi pengawas yang rajin dan tak segan nak bagi pandangan...

9)Shafiq Omar: KR ku!!! Walaupun baru tahun ni kau jadi prefect, tapi kau memang bersemangat tinggi. Suka sangat dengan cara kau. Kau pandai jaga relationship dengan ramai orang. Respect sama kau. Ayuh kita bersama ke arah peguam berjaya! Amin!!!

10)Amira Nurul Afiqa: PKR ku!!! (or skang ni TKR...), tak tau apa nak kata, tapi aku tau kau menjaga nama rumah bendahara sebaik-baiknya. Aku rasa kau pun memang tak kekok dalam berkomunikasi dan memang rajin dalam melaksanakan segala tugasan.

11)Muhammad Mustapa: Si sosialis yang best. Pandai berunding. Haha, pandai buat lawak. Aku rasa kau boleh jadi ahli diplomatik yang bagus. Kau boleh keje under pressure (betul ker... XD), Anyway, kepimpinan tu dah ada just kena brush up sikit je lagi.

12)Siti Nabihah: Kau memang kaki lepak yang x kira masa. Tapi aku tau kau sangat tegas kat Aspuri sana tu!!! Rasanya kau memang boleh cakap depan orang ramai just maybe aku x penah nampak kot... Anyway, thank you!

13)Nashrul Azri: Capang!!! Kau memang leader yang bagus!!! Kau ada style sendiri dalam memimpin. Senang bergaul dengan semua orang. Just kena tetapkan pendirian diri k? Good spirit you have there. Serlahkan keunggulanmu!!!

14)Alia Ng: .........Arr..... X tau ar, but I know you have done your part brilliantly. Cuma maybe aku x nampak gak. Sori. Kalau ada terkasar bahasa maafkanlah. Kehadiran kamu dalam pengawas sangat dihargai.

15)Fathi Azmi: Kau memang rajin. Ada quality untuk jadi pemimpin yang baik. Jangan pernah give up dengan sebarang dugaan tau!!! Teguhkan hati anda dan teruskanlah memimpin mereka yang memerlukan. Thanks!

16)Fairuza Syahira: Aku tahu kau memang pemimpin yang baik. Seorang yang sensitif kot but boleh handle pressure dengan baik. Tabahkan selalu hati tu. Teruskan bersemangat! Thank you very much.

17)Farhana Samad: Alo, aku tahu aku selalu usik kau. Jangan amik ati yer. Kau memang yang terbaik dalm bidang kau. Jangan selalu cepat emo. Haha... Tapi kau memang bagus dalam hal-hal agama ni. Memang seorang tauladan yang baik.

18)Ridzwan Saharun: Weyh kawan terbaik aku. Kau ni, ish memang best ar... Cool jer, Aku tau kau banyak tolong aku so thank you lorh. Trimas bab selalu cheer up kan aku.

19)Asyraff Seri: Haha, seronok ar usik kau. Dalam malas2 ngan lepak2 kau pun, kau buat gak keje kau. Tiket2!!! Bagus ar kau cepat adapt dengan segala situasi yang berlaku.

20)Zulhilmi Zulkifli: Waha, seorang biro yang dedicated. sekolah lebih aman dengan kehadiran kau. Haha, best gak lepak ngan kau. Kau boleh memimpin but kena kikis sikit sikap malu tu. Thanks!

21)Syarafi Zulkifli: Penjaga microfon yang setia. Kau memang best ar, pandai buat lawak dan rileks jer. Aku tau aku boleh percayakan kau. Dan kau pun keep on getting better and better. Thanks.

22)Nazri Majid: Nazri!!! Sori slalu usik kau. Kau ada gaya dalam bercakap. Buat keje memang perfect ar. Respect kau. Berani dalam apa yang kau rasakan betul dan x segan bertanya.

23)Adibah Hazwani: Pandai komunikasi. Maybe x rapat sangat ngan aku tapi aku tau kau ada concern dengan badan ini. Aku rasa kau memang tegas dekat aspuri tu. Good work!! Thank you.

24)Syafiqa Salleh: Kau memang rileks giler. Haha suka attitude tu. Lepak kau lepak, kerja kau kerja. Ada social network yang baik dan senang nak work dengan kau. Thank you.

25) Siti Haililah: Kau memang tegas. Ada intergriti yang tinggi. Banyak bantu badan ni. Kau memang ada jiwa yang kental. Seorang pemimpin yang bagus. Thank you.

26)Zureen Aisyah: X sangka kau sangat sayangkan prefect. Aku terharu. Kau memang bagus. Slalu eager dalam semua perkara dan semangat. Aku x kan lupakan air mata kau. Haha... Thank you.

End of it, thank you, thank you, thank you.. For making my life better.... XD

Sunday, September 5, 2010

Daripada Jauhari Iskandar kepada Anwar Ahmad kepada Khirul Anuar kepada Ruzaidi Ruslan kepada Ahmad Azri dan kepada....????

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Pada tanggal 23 Ogos 2010, akhirnya saat2 yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Saat peralihan kuasa barisan pemimpin 0610 kepada saf kepimpinan 0711 yang baru. Haha, walaupun saya telah menyerahkan kuasa pentadbiran 2 bulan yang lalu tapi sekarang barulah nak ada official ceremonynya. Ironik kan? Sepanjang nak menanti kemunculan KP yang baru pelbagai spekulasi telah muncul. Ribuan persoalan mula menerjah benak fikiran seluruh warga Muzaffar. Siapakah yang paling layak? Siapa? Penantian terus mebelenggu fikiran...

Siapalah yang nak ganti Ahmad Azri ni, nantikanlah jawapannya...

Detik2 akhir pemimpin 0610, telah menganjurkan malam Refleksi Tahunan. Di mana pada program ini barisan pemimpin 0610 diberi peluang untuk meyampaikan amanat terakhir kepada pengawas-pengawas tahun akan datang. Pada sebelah paginya, pihak sekolah telah menemubual 3 calon terakhir KP 2011, Amirul Asyraf, Ahmad Muzaffar dan Mohd Aiman. Haha, keputusan hanya akan diumumkan pada esok hari. Kami telah cuba menyampaikan apa yang terdaya buat kali terakhir kepada adik-adik pemimpin kami. Tak banyak yang kami dapat achieve tahun ini so keep on advancing next year. Really hoping on you all. Setelah penat menasihati mereka, saya rasakan saya perlukan waktu bersendirian jauh daripada pemimpin-pemimpin 0610 yang lain untuk bersama dengan barisan pengawas tahun hadapan. Kali ini saya lebih banyak berkongsi pengalaman dengan mereka agar mereka tak mudah give up dengan segala dugaan yang mendatang. To end my speech, saya telah menyampaikan kata-kata hikmat KP-KP terdahulu...

Jauhari Iskandar : Hanya agamalah yang akhirnya dapat menyatukan seluruh umat Muzaffar...

Anwar Ahmad : Walaubagaimanapun sekali, jangan pernah kita calarkan nama baik badan pengawas...

Khirul Anuar : Sejauh mana hebatpun kau dalam pengawas, ingatlah kau tetap bermula sebgai seorang pelajar biasa, jaga batch kau baik2...

Ruzaidi Ruslan : Apapun sekali yang berlaku, stay relaks dan bertenang, jangan kusutkan fikiran...

Ahmad Azri : Badan pengawas ialah sebuah keluarga. Di dalam keluarga ini tidak dibenarkan seorang pun berduka. Kalau seorang terluka yang lain mesti gembirakannya. Bekerjalah ikhlas kerana Allah swt...

Akhirnya siapkah KP bakal terjawab...
MC mengumumkan dengan penuh semangat 'KP 2011 ialah saudara Amirul Asyraf'. Seluruh dewan bergemuruh dengan sorakan. Ok you are my apprentice. Tahniah ar Rooney. Jaga MOZAC baik2 tau... Pesan akhir aku, jaga nama baik pengawas, biar nama kita buruk, tapi jangan sampai nama satu badan kita buruk. Good luck K?

Kepemimpinan 2011 SMS Muzaffar Syah
Ketua Pelajar : Amirul Asyraf
Timbalan Ketua Pelajar 1 : Ahmad Muzaffar
Timbalan Ketua Pelajar 2 : Alia Anin Azwa
Ketua Biro : Muhd Aiman

Tahniah dan selamat maju jaya. Sekian Wassalam.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. Selamat menempuh Ramadhan yang ke 26, tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum Ramadhan pergi meniggalkan kita. Syukur sangat2 ke hadrat Allah kerana diberi kesempatan untuk hidup hingga ke saat ini. Alhamdulillah. Beberapa hari sebelum ini saya dan seluruh warga OHANA 0610 yang lain telah menduduki Peperiksaan Percubaan Pertama SPM 2010 (SBP Trial). Haha, setelah 4 minggu berhempas pulas menghadap 21 paper semuanya, finally it's all over. Saya pun berjaya mengaharunginya walaupun memang tak abis lagi revise semua subject, sorry cikgu, saya memang selalu macam ini. Doa punya doa, Allahu pun kurniaankanlah resul exam yang terbaik mengikut usaha saya. 1A+, 3A, 3A-, dan 2B. Haha, sekali tengok mesti fikir, belajar ke tak belajar kat sekolah ini. But forget about all this. I know I can do better with my effort and Your blessings. So tunggu je lah trial Melaka after holiday ini.

Dalam sibuk-sibuk menghadapi trial, saya telah menyempatkan diri juga untuk membaca sebuah lagi novel pembangun jiwa karya pengarang kesayangan saya, Habiburahman El Shirazy. Novel terbarunya Bumi Cinta, nyata sarat dengan pelbagai persoalan Islam yang masih lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat antarabangsa mahupun umat Islam sendiri. Kali ini, saya bertambah respect kepada saudara pengarang kerana berjaya membawa latar tempat Moscow, Russia dengan hidupnya tak kurang sepertimana dia membawa Mesir dan Indonesia dalam novel-novel sebelum ini. Paling saya hargai, novel ini menjadi inspirasi kepada saya untuk sentiasa memikul beban dakwah walau di mana sahaja kita berada. Bumi Cinta turut, megupas soal pergaulan lelaki dan perempuan dari sudut kerja dan hingga keadaan paling terdesak apabila terpaksa tinggal bersama yang bukan mahram. Pelabagai isu pergaulan turut diselitkan seperti bagaimana hidup bersama orang yang bukan seiman dengan kita. Subhanallah, sungguh novel ini merupakan hasil pentadabburan pengarang terhadap ayat-ayatMu. Sangat mantap. However, selepas membaca novel ini, ada rasa khuatir dalam diri ini apakah kalau saya sendiri yang berada di tempat Muhammad Ayyas, mampukah saya menempuh semua ujian iman itu? Aduhai, takut la pulak rasanya kalau dapat belajar di negara luar. Teguhkanlah hati dan imanku Ya Allah. Apapun saya memang sarankan untuk semua mebaca karya genius tahun ini. Selamat membaca.

Sinopsis:
Adalah seorang mahasiswa pasca sarjana Indonesia di India bernama Muhammad Ayyas, yang harus mengunjungi Rusia dalam rangka tesisnya tentang Kehidupan Umat Islam di Rusia pada masa pemerintahan Stallin.
Tibalah ia di Rusia dengan disambut oleh kawan lamanya Devid. Devid inilah yang mencarikan apartemen tempat tinggal untuk Ayyas. Dengan alasan keterbatasan budget yang dimiliki Ayyas dan lokasi apartemen yang strategis. Ternyata Devid hanya bisa mendapatkan sebuah apartemen yang harus dibagi dengan orang lain. Celakanya, teman seapartemennya itu adalah dua orang wanita Rusia yang jelita. Serangkaian masalah bagi Ayyas pun bermula dari sini.
Dua wanita rusia jelita tersebut adalah Yelena seorang pelacur kelas atas dan Linor seorang pemain biola, yang ternyata merupakan agen rahasia Mossad (Israel). Akan tetappi, godaan bagi Ayyas tak berhenti di situ. Dosen pembimbing yang dirujuk oleh dosennya di India tidak bisa membimbingan Ayyas karena harus melakukan tugas universitas ke Istanbul. Walhasil, Ayyas pun dibimbing oleh asisten Profesor tersebut, Dr. Anastasia. Anastasia adalah seorang gadis muda yang memegang gelar doktor sejarah dari Cambridge dan juga penganut kristen ortodoks yang taat.
Secara umum, tiga wanita inilah yang nantiny akan mendominasi plot Bumi Cinta. Dan mirip Ayat-ayat Cinta ataupun Ketika Cinta Bertasbih, riak-riak jatuh hati akan mewarnai hati ketiga wanita tersebut karena kesolehan seorang Ayyas.

Sunday, August 22, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Allahu, Allahu, Allahu. Alhamdulillahirabillalamin. Allahuma ih dinnas siratalmustaqim. Pejam celik pejam celik, dah hari yang ke 12 dalam bulan Ramadhan al Mubarak. Bulan penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah swt yang melimpah ruah. Beruntunglah sesiapa yang di bulan ini yang sudah dapat merasai walaupun secebis daripada rahmatNya, kerana rahmat Allah itu terlalu besar dan agung nilainya.

Sabdaan Baginda saw yang mafhumnya,
Ramadhan itu terbahagi kepada 3 fasa. 10 hari yang pertama ialah rahmat, 10 hari seterusnya ialah pengampunan, dan sepuluh hari terakhir ialah pelepasan daripada azab api neraka. Sesiapa yang tidak memperoleh rahmat, maka dia tidak akan memperoleh pengampunan, dan siapa yang tidak memperoleh pengampunan maka dia tidak akan terlepas daripada azab api neraka.

Nauzubillahminzalik. Allahu, di sebalik diri yang dipenuhi dengan dosa ini, hamba tahu pengampunanMu jauh lebih besar dan hamba juga tahu untuk terlepas daripada nerakaMu apa yang hamba ini perlukan hanyalah rahmat daripadaMu.

Memikirkan semula keadaan diri ini sepanjuang Ramadhan, saya dengan berat hati terpaksa mengaku yang saya rasakan belum dapat merasai 'Ramadhan' itu lagi. Saya mengakui memang terasa ada bezanya dengan bulanNya yang lain, tapi hati ini masih terasa kekosongan. Bahkan di bulan yang mulia ini juga Ya Allah, sudah berapa kali aku melupakanMu. Apakah aku ini hambaMu yang diredhai, dikasihi dan dicintaiMu, Tuhanku??? Dosa-dosaku terlampau besar Ya Allah...

Daripada majlis taalim yang saya pergi, saya dapati ada dua jenis pendosa di dunia ini. Yang pertama ialah mereka yang apabila melakukan dosa mereka merasakan dosa-dosa hanya ibarat lalat yang singgah di kulit lalu dihalau pergi. Yang kedua ialah mereka yang apabila melakukan dosa mereka merasakan seperti dosa itu ibarat sebuah gunung yang akan menghempap mereka. Insya Allah, golongan yang kedualah yang akan memperoleh pengampunanNya. Allahu, dalam golongan yang manakah aku berada...?

Letakkanlah tangan kanan ini di hati dan katakan, "Wahai Iman, kamu tahu Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, maka bagaimanakah kamu tergamak untuk melakukan maksiat kepadaNya"

Biapun sukar bagiku melamar redhaMu namun masihku mengharap ampunanMu....

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...

Sunday, August 1, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, sempat lagi nak compose posting yang baru ini. Kali ini saya nak cerita sedikit betepa pentingnya sahabat dalam hidup kita. Tajuk posting ini pun merujuk kepada salah seorang sahabat baik saya, Hamka. Melalui teguran beliau, saya terus teringat pesanan Abu Jaafar, "Pilihlah sahabat yang memarahimu sebanyak 3 kali, atas sebab yang hak." Berikut merupakan tegurann daripada sahabatku

Hamka : Macha... (nama gelaran saya kat sekolah)
Saya : Ya...
Hamka : Aku tengok sejak kelas kita dah duduk campur dalam group ini, kau makin galak je...
Saya : Galak? Pe maksud kau ni?
Hamka : Ye la, aku tengok kau sejak duduk satu group dengan budak perempuan ni, kau asyik tergelak ar, sembang ar dengan budak-budak perempuan tu
Saya : Kau jealous eh?
Hamka : Ke situ pulak kau ni...
Saya : Ala... Dah aku duduk depan diorang, x kan aku nak diam jer. X kan nak jadi kayu lak. Nanti apa pulak diorang anggap aku... Sombong.
Hamka: Bukannya x boleh nak sembang-sembang, tapi jangan la selalu sampai berlebihan. Kau ada sembang dengan diorang pasal belajar or tentang kebesaran Allah??
Saya : Ada gak la...
Hamka : Berapa banyak kau cakap pasal benda tu kalau nak bandingkan dengan perkara duniawi...
Saya :..... Duniawi lagi banyak kot
Hamka : Hm... Kau pikir ar sendiri, apa yang terbaik untuk kau... Aku nasihat jer...

Sigh. Betul ke? Rasanya apa yang Hamka cakap memang banyak benarnya. Saya yang silap. Bukan salah budak perempuan dalam group saya gak. Saya yang silap. Ya Allah, aku pinta padaMu agar bantu aku dalam berkomunikasi dengan perempuan, tapi janganlah kau lekakan aku Ya Allah. Bersyukur gak ada sahabat macam Hamka yang concern hal ehwal iman sahabatnya. Thank you.

Ingatlah, sesungguhnya manusia itu dalam kelalaian kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan ke arah kebaikan. Sekian. Wassalam.

Saturday, July 31, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah ya Rabbal Alamin. Akhirnya saya berkesempatan untuk update blog ini. Oh Tuhan, begitu banyak sekali perkara yang telah berlansung sepanjang beberapa detik jasad ini terus bernafas. Banyak sekali cubaan dan ujian terus mendatang tak henti-henti. Beberapa kali juga saya telah tewas ditelan ketamakan dunia dan kerakusan yang fana. Ya Allah, teguhkanlah imanku sebagaimana teguhnya karang diterpa badai.

Here saya ingin list out beberapa event yang remarkable dalam beberapa detik waktu ini. First sekali program untuk batch OHANA, Keindahan Bersamamu. Program ini bagi saya sangat bermakna. Sangat memberi kesan dan sangat mengharukan. Melalui program kelolaan KRJ ini, kami seluruh warga OHANA dapat sedikit sebanyak menyelami hati kami masing-masing. Buat pertama kali, saya meluahkan apa yang terbuku dalam hati ini kepada sahabat-sahabat saya sekalian. Dear, OHANA, mintak maaf la kalau waktu itu saya ada tersalah kata. I was a bit emotional right then. Akalku tidak berfungsi dengan baik. Beberapa slot yang telah dijalankan seperti Keindahan Bersamamu Sahabat, Bersamamu Sang Khaliq dan bersamamu ibu dan ayah. Banyak air mata warga OHANA yang tertumpah pada program tersebut. Moga-Moga air mata kita ini menjadi pemadam api neraka di akhirat kelak. Amin.

Next, ialah lambakan kelas tambahan untuk f5. Huhu, nak ucap terima kasih sangat-sangat kepada cikgu-cikgu yang sudi luang masa untuk buat extra kelas untuk kami. Kami sangat hargai usaha cikgu-cikgu semua. Kehadiran kelas-kelas tambahan membuatkan jadual hidup saya bertamabh tambah pack. Susah nak cari masa untuk rehat apatah lagi untuk beribadah. Qiamulail pun dah lama tak dapat rasa. Rindunyer!!! Tapi saya tetap akan mengharunginya dengan sabar dan redha. Sesungguhnya setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

Seterusnya, saya juga amat keliru dengan keadaan diri saya sendiri sebenarnya. Selepas satu malam menghadiri majls taalim, saya berasa seperti satu ruang yang kosong dalam hati saya. Saya mula bertanya kepada diri sendiri, apa yang saya nak sebenarnya? Fikiran saya ini malin celaru. Apa sebenarnya kebenaran yang saya cari.
Allahu tunjukkanlah kepadaku.

Lastly, it's about to begin. Fasa terakhir siri peperangan SPM OHANA bakal bermula. Dimulakan dengan SBP trial pada hari selasa ini. Oho, saya obviously masih belum bersedia. Tapi sampai bila nak tak sedia? Fikirlah. Sekarang ini yang boleh tolong saya hanya Allah sahajalah. Bantulah aku Ya Allah. Hanya rahmat darimu yang boleh membawaku ke kejayaan abadi dunia dan akhirat.
Sekian Wassalam...

Sunday, July 4, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Amin, Amin Ya Rabbal Alamin. Allah yang menggengam jiwaku, tabahkahlah hatiku. Moga aku dalam kalangan hambaMu yang sejahtera di dunia dan akhirat. Posting kali ini, saya pun tak pasti nak tulis apa, so akhirnya saya decide untuk sum up apa yang dah berlaku dalam hidup saya setakat ini sepanjang beberapa minggu yang lalu. Mulakan dengan Alhamdulillah, result exam kali ni maintain lagi, 3A 4A- 1B+ 1B... Haha, sekarang ni bila dah tinggal beberapa bulan je lagi before SPM baru nak rasa yang A+ tu tersangat susah. Allahu... Kawan-kawan yang lain dah jauh ke depan, saya bila lagi tak tahu lar.. Lebih tinggalkan segala aktiviti2 ni semua dan fokus untuk SPM je lepas ni. Bio ngan Addmath, you make me suffer.

Next event telah bertempat di SDAR, Seremban tempoh hari di mana telah berlansungnya Karnival Wind Orchestra SBP dan Kluster. Inilah kali pertama dan terakhir saya bertanding untuk pertandingan ni. Memang happening, bukan apa sebab kat sini untuk kali yang kedua Allah telah pertemukan saya dengan kawan baik saya yang solehah. Lama tak jumpa dia, bila dah dapat tatap wajahnya rasa bersyukur sangat. Banyak yang kami bualkan sampai terlupa dah tiba waktu untuk keputusan pertandingan diumumkan. MOZAC, untuk tahun yang kedua dapat Silver lagi... Tak kisah sangat menang ke kalah, just happy dapay jumpa kawanku yang solehah tu...

Lastly ialah the end. The end bagi karrier pengawas saya selama 4 tahun lamanya. Perkara ini bermula dengan interview calon2 pengawas yang telah saya jalankan beberapa hari yang lalu. Ok, calon2 ni semuanya cikgu yang pilih dan ada sedikit saya yang tambah. Masa interview mereka ni saya lebih banyak gelak dan cerita pasal pengalaman saya. Bukan tak nak jadi serious but, saya x nak pengawas-pengawas yang akan datang ni pressure lak. Berdasarkan apa yang saya nampak, yeah, MOZAC will still survive. Hari Jumaat yang lalu pulak, sewaktu perhimpunan pagi, saya telah menyampaikan ucapan terakhir saya selaku KP yang mengandungi penghargaan, ucapan minta maaf kepada semua pihak, dan amanat2 terakhir dari saya. Sebenarnya pihak sekolah belum lagi mengumumkan tamatnya tempoh kepemimpinan saya but saya rasa dah tiba waktunya untuk F4 mengambil alih. Allahu, saya harap ucapan terakhir saya dapat tunaikan segala amanah saya. Saya gak sedar yang saya cuma hamba Allah yang hina je, x banyak perubahan yang telah saya lakukan. Moga the next KP akan jadi lebih baik. Amin. sekian, wassalam...

Tuesday, June 15, 2010

Setelah Rasulullah SAW meninggal dunia, Abu Sufyan bin Haris selalu menangisi dan meratapinya dengan syairnya:

Aku tidak dapat tidur dan malam pun susah berakhir
Malam bagi orang yang ditimpa bencana akan lama rasanya.
Tangisanku membuatkan aku bahagia
Sesungguhnya musibah yang menimpa kaum Muslimin itu tidaklah seberapa
Betapa besar dan beratnya cubaan ini
pada waktu mendengar berita bahawa Rasulullah sudah tiada
Bumi tempat tinggal kita inipun ikut serta menderita
sehingga terasa miring segala sudutnya.
Telah terputuslah wahyu Al-Quran dari kita
di mana dahulu malaikat Jibril selalu datang membawanya.
Dialah Nabi yang telah melenyapkan syak wasangka kita
dengan wahyu yang diturunkan kepadanya dan sabdanya
Bagindalah yang telah menunjuki kita
sehingga kita tidak perlu bimbang dan terpedaya
Rasulullah selalu siap memberikan petunjuknya kepada kita
Fatimah, jika kamu bersedih meratapinya, hal yang demikian itu dapat kami mengerti.
Akan tetapi jika engkau tidak bersedih, itulah jalan yang baik yang telah ditunjukkannya.
Makam ayahku adalah makam dari setiap makam
kerana di dalamnya bersemayam seorang Rasul
tuan bagi seluruh manusia.

Thursday, June 10, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Posting kali ni dal lama sebenarnya saya nak publish, just x de masa jer.. Owh, sedar x sedar sekarang ni dan bulan june (5 more months to go before scray SPM), so tampuk kepemimpinan pengawas 0610 bakal berakhir dalam sedikt je masa lagi... Alhamdulillah. I know, I'm not good in leading but anyway I still survive and hopefully have try my best to lead. Oleh sebab itu, waktu-waktu yang suntuk untuk senior prefect ni, digunakan untuk detect kelemahan-kelemahan kami. Camne? Kami telahpun menggunakan modul 'belaian jiwa'. Saja namakan ia as belaian jiwa coz it sounds nice (I think so...). The first task every prefect F4 and F3 kena write down semua nama prefect 2010. Then, di setiap nama tersebut, mereka semua kena memberi komen yang ikhlas sepanjang mereka semua bekerjasama sepanjang tahun ni. The second task, semua prefect kena buat termasuklah kami F5 iaitu kena menulis surat untuk seseorang yang berada dalam badan pengawas jugak. However there's one condition. Surat tersebut mestilah kepada prefect yang berlainan jantina, (opposite attracts kan??). So every perefect telah melakukannnya dengan ikhlas walaupun ada yang segan-segan at first...

Yup, memang saya dapat banyak sangat komen yang boleh buat saya terharu. Thanks adik-adik prefect atas segala komen anda, even though saya x buat pape pun untuk anda semua. Few comments yang remarkable untuk saya yang baik-baik tu kita rahsiakanlah ye, just nak kongsi yang kurang baik jer, tp tetap membina. First skali, Abang Azri ni tak tunaikan janji then Azri ni pun kedekut ilmu. Owh.. Ye ke?? I guess it is true. I will look after it. And fix it, Insya Allah...

Lepas tu, saya jugak ada dapat beberapa letters (5 in numbers...) yang begitu bermakna dan mengandungi komen-komen yang sangat2 berguna. Sesuatu yang seronok dan lawak gak, melalui cara ni saya dapat analyse my biggest flaw... Semua surat tu komen satu benda yang sama, "Azri aku rasa kau ni ego la dengan sesetengah perempuan", "Azri kau cuba layan budak perempuan ni baik2 sikit", and so much more on my communication skill dengan perempuan. Haha, I do realise it. Tapi nak bt macam mana kan. It's hard. My prinsip lelaki dgn perempuan sama jer.... But I have to admit the fact that girls cepat terasa dan more sensitive. So anyway SORRY kepada sesiapa yang pernah saya terkasar bahasa. Maaf sangat tapi saya memang tak biasa dengan perempuan. So my target, before leaving MOZAC, must solve this problem. I need to treat women better. But how yer?? Allahu... Bantulah saya yer... Saya berserah 100% kepadaMu. Wassalam...

Sunday, June 6, 2010

اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت
كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.






FREE PALESTINE!!! AL FATIHAH FOR THE SYUHADA, QUNUT NAZILAH FOR ZIONIS LAKNATULLAH!!!
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.


Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"

Sunday, May 9, 2010


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Akhirnya dapat gak saya update blog ni setelah sekian lama menyepi. Pelbagai perkara sebenarnya yang telah saya lalui dalam tempoh waktu yang singkat ini. Ada yang manis dan ada juga yang pahit. Anyway saya nak kongsi sedikit sebanyak tentang Panca D' Lima Ohana 2010 yang telah berlansung di puncak Bukit Muzaffar Syah. Owh, by the way sebelum tu, pada tanggal 21 April yang lalu telah berakhirlah karier bahas saya secara rasmi. Mewakili MOZAC saya sekali lagi menyertai pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah Malaysia UIAM buat kali yang ke-3 dan terakhir. Out of 80 teams yang bertanding untuk kategori bahasa Inggeris, kami manage untuk dapat top 8. Quarter finalists,... Ok la tu kan? We lost to Methodist Boy School and they are this year champion. Congratulations!!!. Ok berbalik semula ke program Panca D' Lima. Seperti biasa program ini merupakan acara tahunan MOZAC dan tahun ini penganjurnya ialah batch OHANA (F5 tahun ni...). Meskipun kami hanya mempunyai masa satu minggu sahaja untuk preparation dan segala-galanya, program tersebut tetap berjalan dengan jayanya.

Objektif utama Program ini sebenarnya adalah memberi peluang kepada F5 untuk mencari dana buat disumbangkan kepada sekolah dengan cara berniaga selama 3 hari 2 malam. Kelas Alpha, Beta dan Omega mainly menjual makanan. Sigma menjual air dan Theta pula mengadakan permainan dan games untuk tetamu. Setiap kelas telahpun tampil dengan konsep masing-masing. Antara gerai-gerai tersebut ialah Alphalywood, Beta House, Ohm-Egg-Ahh!!, Sigma Splash dan Thetalicious. Setiap kelas jugak ada T shirt kelas masing-masing. Pada masa yang sama pelbagai pertandingan telah diadakan. Antaranya ialah, karaoke, video klip, tarian, boria, bola sepak dan sepak takraw. Malangnya semua tu tak sempat saya nak tengok. Tak berkesempatan. Mencapai kata sepakat, Ohana telah memutuskan untuk menggunakan tema futuristik semasa majlis perasmian. Banyak sangat kenangan indah yang telah saya laui selama 3 hari 2 malam itu, terutama dengan warga 5 Alpha 2010. Allahu, saya juga tersedar betapa susahnya nak cari rezeki yang halal dalam dunia ini. Terima yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang sangat2 membantu dan banyak beli kat gerai kami. Tamat sahaja program tersebut, ramai warga Ohana terus tidur tak sedarkan diri. Haha, penat tapi memang seronok. Ya dan 5 Alpaha juga telah menerima anugerah kelas paling ceria. Alhamdulillah... Keuntungan yang diperoleh,.... Hmm.. Boleh tahan lar... Terima jugak kat seluruh warga Muzaffar kerana mengunjungi gerai kami (x semua beli...) dan x lupa untuk kantin kerana x bukak semasa program tersebut. Thanks sebab bagi laluan kat kami. Sampai sini sahaja dulu ya?? Wassalamualaikum...

Monday, March 29, 2010

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah

P/S : Adakah kita menyambut april Fool kerana ingin bergurau, mengenakan orang? senangkan Orang Kafir menyambut April fool kerana kejatuhan Islam, memusnahkan orang islam, kejayaan mereka membunuh orang islam?. Adakah wajar kita menyambut april fool?? jawapanya TIDAK PATUT DAN JANGAN SESEKALI SAMBUT.

Wednesday, March 17, 2010


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Akhirnya, bersyukur sangat-sangat ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya dapat juga saya nak update blog ni. Baiklah, posting kali ini saya nak cerita sikit tentang perjuangan MOZAC di HKSBP Zon Selatan yang telah berlansung di SAMURA. Seperti biasa MOZAC telah menghantar 1 team for english debate. 1 untuk bahas bahasa melayu, 1 untuk basketball lelaki dan satu untuk basketball perempuan. Untuk tahun ini cuma 2 pasukan untuk bahas bahasa inggeris ban melayu akan layak ke kebangsaan yang bakal diadakan di SMS Pasir Puteh. Sebagai permulaan untuk kategori english debate MOZAC telah menentang SAIJO, SAKTI, SASER, ISIS, STF dan SDAR sebelum layak mara ke semi final. Dalam semua tu, cuma kalah kat STF jer... So terpaksalah kami berhadapan dengan johan group satu lagi, TKC. Debate against TKC memang sangat tough, memang x confident lansung nak menang. So it is true, we lost. Jadi impian kami nak ke kebangsaan terkubur di SAMURA. Tahniah juga kepada MOZAC Knights yang menggondol tempat kedua dan melayakkan diri ke kebangsaan. Tahniah kat korang semua. So inilah wakil-wakil Zon selatan :

Basketball:-
1) Lelaki : SDAR and MOZAC
2) Perempuan : STF and TKC

Bahas:-
1) Melayu : SDAR dan TKC
2) Inggeris : TKC dan SAMURA

So kepada semua wakil zon selatan saya ucapkan dan doakan yang terbaik kepada anda untuk meneruskan maruah zon selatan di kebangsaan. Buktikan zon selatan mengungguli persada SBP!!! Amin!!!

Thursday, February 18, 2010


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh... Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Saturday, January 30, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Dalam meniti arus kesibukan ini, saya sering mengeluh dan terlupa untuk bersyukur. Allahu, kau temukan daku dengan puisi yang indah ini. Hayatilah...

Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.

Sumber : http://teratakalyahya.blogspot.com/

Sunday, January 17, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah masih lagi boleh bernafas dalam dunia Allah yang hanya sementara ini. Oh ya, baru-baru ini saya asyik teringat tentang quotes ni, "Mati itu pasti, Hidup Insya Allah". Kenapa la agaknya yer??? Mungkin kerana saya terlalu penat sangat. Masa mula-mula enroll kat Muzaffar Syah ni, tak pernah pulak saya terbayangkan yang saya akan jadi KP 2010. Kadang-kadang rasa menyesal pulak pun ada. Namun thank you Allah, KAU tetap tabahkan hatiku. 2 minggu yang pertama ini sangat menjerihkan. Bermula dengan hari first saya balik ke asrama dah kena prepare untuk majlis watikah pemimpin 2010 keesokan harinya. Masuk pulak sesi PNP, almost all subjek ader homework, F5 ler katakan... Malam-malam pulak lepas pukul 1 pagi baru la boleh tidur. Nak kena pastikan dulu asram adah lights off. Setakat ini belum ada masa lagi untuk buat revision. Masih lagi mencari. Isnin lepas, another big function, Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2010 telah berlansung. Saya pulak telah diamanahkan untuk memberi taklimat sekolah. Menggigil tubuh ini dibuatnya. Saya rasa lebih kurang 30 minit habiskan masa dengan berselawat sahaja. Takut sungguh. Alhamdulillah tahun ini ada lagi juniors from SKPR, 3 orang, semuanya lelaki. Semoga legasi ini berterusan. Amin. Tahun ini banyak sangat perubahan MOZAC. Penat jugak saya nak try to keep it apa lagi saya yang menjadi contoh kepada semua pelajar. Buat masa sekarang ini saya masih lagi hold on. Still in pace dan harap-harapnya perkara ini berkekalan hingga akhir tahun. Amin. Itu sahajalah setakat ini. Sekian Wassalam.

Sunday, January 3, 2010


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah. Well what can you say, time flew so fast. Yup I'm returning to MOZAC today. So just want to take this oppurturnity to say goodbye and best of luck to everyone. Ma'had Taufiq. Wassalam.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts