Sunday, August 22, 2010

 1:05 PM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Allahu, Allahu, Allahu. Alhamdulillahirabillalamin. Allahuma ih dinnas siratalmustaqim. Pejam celik pejam celik, dah hari yang ke 12 dalam bulan Ramadhan al Mubarak. Bulan penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah swt yang melimpah ruah. Beruntunglah sesiapa yang di bulan ini yang sudah dapat merasai walaupun secebis daripada rahmatNya, kerana rahmat Allah itu terlalu besar dan agung nilainya.

Sabdaan Baginda saw yang mafhumnya,
Ramadhan itu terbahagi kepada 3 fasa. 10 hari yang pertama ialah rahmat, 10 hari seterusnya ialah pengampunan, dan sepuluh hari terakhir ialah pelepasan daripada azab api neraka. Sesiapa yang tidak memperoleh rahmat, maka dia tidak akan memperoleh pengampunan, dan siapa yang tidak memperoleh pengampunan maka dia tidak akan terlepas daripada azab api neraka.

Nauzubillahminzalik. Allahu, di sebalik diri yang dipenuhi dengan dosa ini, hamba tahu pengampunanMu jauh lebih besar dan hamba juga tahu untuk terlepas daripada nerakaMu apa yang hamba ini perlukan hanyalah rahmat daripadaMu.

Memikirkan semula keadaan diri ini sepanjuang Ramadhan, saya dengan berat hati terpaksa mengaku yang saya rasakan belum dapat merasai 'Ramadhan' itu lagi. Saya mengakui memang terasa ada bezanya dengan bulanNya yang lain, tapi hati ini masih terasa kekosongan. Bahkan di bulan yang mulia ini juga Ya Allah, sudah berapa kali aku melupakanMu. Apakah aku ini hambaMu yang diredhai, dikasihi dan dicintaiMu, Tuhanku??? Dosa-dosaku terlampau besar Ya Allah...

Daripada majlis taalim yang saya pergi, saya dapati ada dua jenis pendosa di dunia ini. Yang pertama ialah mereka yang apabila melakukan dosa mereka merasakan dosa-dosa hanya ibarat lalat yang singgah di kulit lalu dihalau pergi. Yang kedua ialah mereka yang apabila melakukan dosa mereka merasakan seperti dosa itu ibarat sebuah gunung yang akan menghempap mereka. Insya Allah, golongan yang kedualah yang akan memperoleh pengampunanNya. Allahu, dalam golongan yang manakah aku berada...?

Letakkanlah tangan kanan ini di hati dan katakan, "Wahai Iman, kamu tahu Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, maka bagaimanakah kamu tergamak untuk melakukan maksiat kepadaNya"

Biapun sukar bagiku melamar redhaMu namun masihku mengharap ampunanMu....

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts