Thursday, December 6, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Hanya Dengan IzinNya, dapat saya menyentuh hati-hati anda.

Tulisan kali ini khas saya tujukan buat semua muslim dan muslimat Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Kerana dengan tulisan ini saya sangat berharap agar anda faham apabila saya bercerita tentang kita perlu bersedia terlebih dahulu. Moga impian kita semua untuk menubuhkan 'gerakan' itu jadi kenyataan dan moga redha Allah tak pernah putus mengiringi diri kita :)

Bukankah kita semuanya pernah mengambil exam sejarah sewaktu kita menuntut di sekolah menengah dulu kan? Pastinya ada yang sampai tak tidur malam memikirkan cara yang terbaik untuk anda menghafal nota-nota sejarah demi memastikan A+ dalam tangan. *err... Student law mesti semuanya minat sejarah kan? Hehe :)



Itulah salah satunya kelemahan kita, belajar sejarah hanya untuk mengetahui bukan untuk memahami. Jadi kali ini mari kita memahami sejarah kita. Kita apply terus sejarah dalam perjuangan kita untuk mewujudkan 'persatuan' itu. Pakar strategi dan perancang yang paling awesome di dunia tentulah Allah Azza Wa Jalla dan sifat itu terbias pada peribadi orang yang paling kita cintai, Muhammad Ya Rasulullah. Saya hendak anda semua faham terlebih dahulu, mewujudkan sebuah gerakan yang menghidupkan atas dasar Islam di tempat kita, bukan sekadar kata-kata mudah, tapi menuntut sejuta pengorbanan. Mungkin hari ini kita bersemangat tinggi tetapi esok-esok hari, Yang Maha Esa dengan mudahnya boleh tarik balik semangat kita. Pada masa itu nanti, kita akan rasakan berat sekali untuk memenuhi tuntutan persatuan kita. Sekali lagi saya tegaskan, saya tidak memaksa anda untuk menyertai 'lingkungan gembira' ini, pilihan di tangan anda. Tapi tekad saya akan buat yang terbaik untuk pastikan anda mengenali Islam yang sebenar itu. Moga Allah memudahkan :)



Lurus semula ke tajuk kita, hehe. Bagaimana agaknya Rasulullah berjaya membina Empayar Islam yang super awesome tu sedangkan Rasullah seorang yang ummi (tak reti membaca)? Kalau nak dibandingkan dengan kita ini yang penuh dengan kelulusan sejak UPSR hingga ke LLB (Amin....), tentulah kita mampu buat yang lebih baik lagi. Maka. penting untuk kita belajar skill kekasih hati kita ni.

Since kita semua baru nak bermula, maka kita perlulah belajar step pertama Rasulullah. Qudwah (akhlak yang terpuji) itu sangat penting. Adalah mustahil untuk mereka yang bepersatuan kerana Islam tetapi tak mampu menonjolakan ciri-ciri seorang muslim sebenar dan akhirnya mungkin jadi fitnah buat agama kita. Nauzubillah :'( Maka yang pertama perlulah kita bersedia untuk sanggup membaiki akhlak kita. Hendak membina manusia bukannya sehari ye... Perlu amik masa yang sangat sangat lama. Sebab itu selagi kita tidak mampu untuk mengubah peribadi kita, kita belum lagi bersedia untuk merasmikan persatuan kita. Pentingnya qudwah, sebab ia adalah contoh dakwah yang paling praktikal. Mudah dan tak perlukan kita membazir air liur dan masa untuk membebel. Bahkan ramai sekali terjun ke dalam Islam pada zaman dulu kerana sangat tertarik kepada qudwah Rasulullah. Hebat bukan? Tentulah kita tidak hebat seperti Rasulullah tapi Allah pandang usaha kita tahu? Yang penting, kena ada usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ini baru langkah yang pertama. Jangan mengeluh ye? :)



Seterusnya, kita sangat perlu untuk mempunyai modal-modal insan, yakni individu Muslim yang berkualiti. Sebab orang-orang inilah yang akan menggerakkan persatuan anda. Mereka yang benar-benar faham akan tujuan hidup ini dan sanggup berhempas pulas demi gerakan 'lingkungan gembira' kita. Dan sudah pasti, kita sangat-sangat kekurangan individu-individu muslim yang berkualiti. Bahkan, diri saya sendiri pun rasanya belum cukup berkualiti lagi untuk menggerakkan persatuan ini. Percayalah pada kata-kata saya sekiranya, kita mempunyai cukup individu-individu muslim itu, pastinya persatuan kita ni akan bergerak laju dan kita akan sentiasa bahagia tersenyum riang. Dalam dunia ni mana ada orang yang taknak jadi baik kan? Maka perbaikilah diri kita dan insyaAllah kita akan berjaya nanti.




Kenapa saya sangat mementingkan persediaan ini? Sebabnya saya mahu jika persatuan kita menjadi kenyataan nanti, persatuan kita akan terus kekal hingga akhir zaman. Bukan lepas kita graduate, persatuan kita pun graduate sekali. Hehe. Jangan anda risau, dan janganlah anda takut. Mungkin lepas baca entry ni rasa macam nak keluar je daripada gabungan kita ni. Saya mohon janganlah. Kerana objektif kita masih lagi untuk mengukuhkan ukhuwwah di kalangan kita, saling menasihati dan saling menjagai. Cuma saya tulis macam ni untuk menyatakan pendirian saya bahawa selagi kita belum bersedia maka kita janganlah rasmikan dulu persatuan kita. Pasti akan datang pelbagai dugaan dan cabaran dan saat itu saya sangat sangat memerlukan anda yang telah pun bersedia :)

Target saya insyaAllah, waktu kita second year nanti kita akan pahatkan persatuan kita ye? Sebab rasanya di waktu itu nanti kita sudah benar-benar bersedia. Buat masa sekarang ni mari kita sama-sama baiki diri kita, eratkan lagi ukhuwwah kita dan yang paling penting terus dan terus lagi dekatkan diri kita kepada Allah.



Moga Allah redha :')


"Ingatlah ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata " Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau?" Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"
[Al Baqarah : 30]

"Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar"
[Al Baqarah : 153]

"Dan barang siapa mengambil Allah, rasulNya dan orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya, pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang"
[Al Ma'idah : 56]

"Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
[Muhammad : 7]

Sungguh, apa yang saya tuliskan semua ni, saya tujukan sebagai peringatan buat diri saya sendiri buat pertamanya sekali. Moga kita semua terus bersama-sama, bercinta dan berkasih sayang hingga ke syurga Illahi. Kerana saya begitu mencintai anda semua~



Wassalam...

P/s : Buat semua muslimah Fakulti Undang Undang, anda sangat sangat dijemput menghadiri seminar keriangan ISK, Ini Sumpah Kool. Any inquiry boleh rujuk di group page kita :)




Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts