Monday, February 27, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Dengan nama Allah, saya nak kongsikan sebuah ungkapan penuh haru. Mohon untuk terasa dan sentap, sebab orang pertama yang sentap tentunya diri saya sendiri.

 " Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyyah itu berbangga- bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak- kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang? " 
-Syed Qutb-

Syair ini telah ditulis oleh Syed Qutb dalam bukunya Muqaddimah Fi Zilal Quran (Muqaddimah Tafsir Dibawah Naungan Al Quran). Syair yang penuh kesedaran ini telah ditulis oleh beliau ketika berada dalam tahanan penjara sebelum dihukum gantung. Sedihkan? Betapa penat dan derita para ulama' menegakkan perkara yang haq pada zaman penuh kesengsaraan sedangkan kita di zaman serba mudah ni masih terlena dengan perkara jahiliyyah. Moga Allah selamat saya, awak, dia, kamu, kita dan mereka semua daripada wabak jahiliyyah. Amin.

Sape nak bimbing saye dalam jalan dakwah ni? Please la amik saye... Dah lama saya tunggu seorang murrobi ni :(

Wassalam.
(Credits to Abang Akim, senior kesayangan yang kina berada di jalan dakwah dan tarbiyyah di USA. Moga Allah sentiasa memberkati Abang. Amin)

Sunday, February 26, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah Ya Rabbal Alamin. Bersyukur sangat ke hadrat Dia kerana masih lagi membenarkan diri ini bernafas dalam dunia milikNya ini diiringi rahmatNya yang tak kunjung putus. Baiklah, rasenya dah lama sangat tak conteng apa2 atas blog hijau ni. Maafkan negligence yang telah saya commit ni. Bukan tak berniat untuk menulis, tetapi masa pulak selalu je tak cukup. Ooops, mana boleh salahkan masa? Kena salahkan perancangan dan sikap suka bertangguh awak tu Ahmad Azri. Ok, fine, I'm sorry.

Bersesuaian dengan tajuk entry ni, saya teringin nak memperihalkan sedikit tentang satu minggu penuh excitement yang telah saya lalui ni.  Kita mulakan minggu ini pada hari rabu yang lalu, pada tanggal bersejarah 22 Febuari 2012, di mana seorang insan bernama saya telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 19. Alhamdulillah dan besar panjang lebar dah saya ni. Bukan selalu kita berumur 19 ni. Sambutan tahun ni cukup sederhana macam tahun2 yang lalu. Buat jamuan sikit dengan kawan2 bilik dan diikuti oleh sesi muhasabah diri sendiri. Hadiah tahun ni cuma sehelai tie hijau from mama dan ayah serta sebuah suprise yang amat mengharukan from dia. Jujur menangis air mata haru masa menghayati pemberian tu. Sangat sweet. Apepun, saya cuma mintak hadiah yang terbaik from Allah untuk Dia kurniakan saya rahmat melihat wajahNya suatu hari nanti. Permintaan saya buat semua yang lain, doakanlah saya agar terus kuat melangkah di jalan Allah ni. Dan jutaan terima kasih buat mereka yang wishkan saya happy birthday. You guys are awesome kerana menyayangi dan menyenangkan hati saudara kita ialah sunnah Rasulullah. Tahniah sebab mengamal sunnahnya...

Event seterusnya ialah pada keesokan hari tersebut, saya dan krew2 yang setia telah berkunjung ke Concorde Hotel Shah Alam untuk mengemas ballroom untuk Asasi Grand Dinner. Memang tak tahan sangat mase stay tu sebab pihak hotel tak benarkan bukak air conditioner lagi. So terpaksalah berpanas pada malam tu. Saya pulak sibuk sedaya upaya untuk stay up sampai subuh namun akhirnya tumbang jugak pada jam 4 pagi di surau Concorde.

Penat tak tdo semalaman tu tak abis lagi, dah terus paksa diri ini untuk meghadiri rehearsal penuh pagi esoknya.  Memang rehearsal mcm terabur sangat tapi alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Malam tersebut, 24 Febuari telah berlansung majlis makan malam dengan penuh gilang gemilang. Dengan theme 'An Evening in Paris' yang mula rase macam impossible je nak buat tapi akhirnya menjadi jugak. Seronok sangat. Cuma kurang sikit sebab terpaksa duduk kat meja VVIP so terlepas la banyak peluang untuk bergambar dan bersosial. Tapi saya masih lagi rase bersykur yang teramat awesome, Allah swt lindungi kami berdua malam tu dari perkara mungkar. Hampir saje diri ini tak mampu menahan godaan duniawi pada malam tu. Tapi sebab ade orang tu constantly remind supaya jage mata and jage hati maka terjagalah diri ini pada malam tersebut. Alhamdulillah.






Cuma sedih sebab saya rase diri ini belum cukup berjaya lagi dalam mencegah pergaulan terlampau antara lelaki dan perempuan. Sebagai seorang muslim, kita kena ingat untuk selalu mejaga hubungan dengan manusia, tapi hubungan baik kita dengan Allah jangan la lupa untuk dijaga. Semuanya penting. Kita kena usaha lebih lagi untuk jadi muslim yang awesome. Campak ke mana pun, iman kita masih teguh dan kukuh. Maafkan saye Allah, sebab tak menjalankan tugas sebagai seorang khalifah yang baik di asasi ni. Janganlah Kau uji diri ini lagi dengan amanah yang tak mampu terpikul lagi. Amin.

Akhir kata, ingatan saya buat semua ialah never be afraid to dream and always be brave to strive for it.


Dan hendaklah kamu bertolong tolongan untuk melakukan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong tolongan dalam melakukan dosa dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya, Allah Maha Berat Azab SeksaNya.
(Surah al -Maidah : 2)

And many thanks to my committee for being too awesome and dedicated throughout all the events. I will always pray that we will have another chance to work together again. May Allah repay all of your good deeds.

Wassalam...

Tuesday, February 14, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh.

Ehem2... Adakan anda semua dalam keadaan yang stabil? Emosi anda tenteram tak? Saya doakan untuk anda semua supaya Allah s.w.t meletakkan anda dalam keadaan yang terbaik. Moga terus menerus dalam rahmat dan kasih sayangnya.

Baiklah setelah sekian lama berhenti dari menulis sesuatu di blog ni, saya nak kembali semula menulis untuk pembangunan ummah. Haha. Terasa macam seorang uztaz pulak. Beberapa kebelakangan ini, saya terasa sangat letih sekali, sebab terasa macam jiwa ni kosong je. Banyak sangat 'lacuna' or lohong2 kosong yang tiap detik buat iman ni resah dan hati selalu berbolak balik. So, saya decide untuk berehat dan ignore segala permasalahan ummah yang berlaku di sekeliling saya.

Then, saya teringat janji saya untuk compete dengan someone ni. Saya janji nak jadi jauh lebih baik daripada dia. Sebab, dia dah lari jauh ke depan sikit maka saya terasa yang saya perlu lagi untuk percepatkan langkah kerdil ni. Saya kena pastikan saya mampu lari seiringan dengan dia and one day potong dia dalam perlumbaan menuju ke Allah ni.

Salah seorang ni maybe dia kot :)
Ini antara famous quote from beliau

"Ignorance is not a bliss"

Awal-awal lagi saya dah sentap. Saya ni selalu sangat terlalai dalam mencari solution untuk ummah. Apatah lagi saya ni macam sorang2 je di jalan ni. Orang lain dah ade family dia, saya masih terkial-kial mencari satu. Maka saya tend to ignore everything bila saya rasa macam tak larat. Heh, penat tau berjuang di jalan ni? Giving up is never NEVER never NEVER never NEVER an option!!! Penat macam mane pun, wajib untuk setiap muslim itu terus berlari ke arah Allah, even kalau terpaksa merangkak pun, saya akan merangkak. Sumpah sanggup!!! Tapi jangan lupa, kita tak boleh selfish ok. Orang lain perlukan kita. Bawaklah mereka sekali dalam perjalanan yang penuh adventure ni. Mana tahu, hidayah untuk mereka, Allah s.w.t sampaikan melalui kita.

Quote kedua from beliau,

"Kerehatan seorang daie itu adalah kelalaian"

Sentap sekali lagi even though saya ni masih jauh lagi sebelum layak digelar daie. Jauhnya sama jauh macam sejauh mata memandang. Haha. Tapi, adalah wajib sebab kita kan dah buat promise yang sweet dengan Allah untuk menjalankan kewajipan dakwah di muka bumi ni.

Suara kecil dari hati : Takkan la tak boleh nak rest lansung? Tak best la kalau macam tu (sambil mencebik)

Mestilah boleh, even dalam berehat tu pun boleh berdakwah tau. Rehat yang membawa kelalaian itu ialah rehat yang terus melupakan tanggungjawab kita. Sambil berehat pun boleh berdakwah kepada orang lain tau. Antaranya ialah dakwah kepada diri anda sendiri. Kita ni sibuk nak mentarbiyyah orang lain, habis tu kita ni sape nak tarbiyyahkan? Ha... Jadi gunakanlah rehat kita tu untuk mendidik diri sendiri, menambah ilmu di dada, dan merancang strategi dakwah yang lebih kreatif dan efektif. 

Quote ketiga from beliau,

"Hati yang ikhlas tidak akan perasan dengan PUJIAN, tidak akan terkesan dengan KEJIAN dan CERCAAN, kerana hati itu tahu pandangan SIAPA perlu DIUTAMAKAN"

Yang ni paling best. Siape rasa yang usaha dakwah ni hanya untuk dapatkan pujian? Sila angkat tangan. Siape pulak yang tak tahan kena maki or keji? Sila angkat tangan jugak. Kalau x de yang angkat tangan, ini bermakna anda semua sangat awesome. Sejujurnya, saya dulu2 pun takut jugak nak berdakwah dan tarbiyyah, tapi sebab Allah dah letakkan saya dalam sekolah yang super cool tu, maka saya jadi berani. Saya tak kisah orang anggap saya ni 'alien'. Sebab alien-alien ni lah yang insyaAllah akan dikasihi Yang Maha Esa. Islam tu kan bermula dengan asing dan berakhir dengan asing kan? So janganlah takut. Tabahkan hati eh. Dan jangan sesekali rasa diri tu bagus sangat sebab mampu berdakwah depan orang lain. Sebab, kita ni ilmu banyak mane pun masih lagi hamba Allah yang hina.

Quote keempat from beliau,

"Jogging minda : Ingin kurangkan ketawa anda yang tanpa sebab itu..? Mudah! Banyakkan ingat kematian. Selamat mencuba!



Fakta bahagia hari ini, tahukah anda yang malaikat maut tu melawat anda semua 70 kali sehari? Rajin malaikat maut tu. Dan tahukah anda bahawa sesungguhnya perkara yang paling dekat dengan kita ialah kematian. Dekat sangat kan? Maka ada sebabkah untuk kita semua ni bergelak ketawa? Tak de kan. Ketawa banyak akan membuatkan hati kita mati. Kalau nak ketawa sangat pun cuba tahan ye. Rasulullah pun ketawa jugak. Cuma ketawa Rasulullah itu tersangatlah sopan malah lebih sopan daripada ketawa seorang muslimah pada zaman ini. Jangan jadikan ini alasan untuk banyak ketawa, sebab Rasulullah lagi banyak menangis daripada ketawa.

Quote kelima from beliau,

"Ilmu tanpa amal ibarat pergi ke Mc Donald tanpa memesan Big Mac. Sungguh rugi..!



Comelkan analogi ni? Betul la kan. Kalau dah pergi McD tu takkan la tak mau order Big Mac eh. Saya mesti order satu punya. Begitulah kita, kalau dah punyai ilmu tu, jadi kenalah dizahirkan. Kerana amal itu hanya akan sempurna dengan ilmu. Maka ilmu yang beberapa di dada tu sila share dengan semua. Pesan Rasulullah, sampaikan pesanku biarpun satu ayat. Ingatlah bahawa dengan ilmu, tidak bermakna kita ni lebih hebat dari orang lain. Ilmu tu milik Allah, kita pinjam je. Bila dah pinjam, kenalah share dengan everyone, kenalah diamalkan. Tak guna ada ilmu tapi simpan je sampai berhabuk. Amalkan mana yang termampu dan sentiasa la istiqamah.

Quote keenam from beliau,

"Lookin' back on the things I've done, I was tryin' to be someone
I play my part, kept you in the dark
Now let me show you the shape of my heart"

Quote yang ni saya tak tahu nak ulas ape. Nanti insyaAllah biar saya tanya dia sendiri.

Belajar dengan budak ni pun saya sanggup :)
All in all, saya nak dia tahu, even if saya dan dia sangatlah berbeza, tak pernah sekalipun saya tak berlajar apa-apa daripada. Segala pesanan dia saya simpan jadikan teladan malah saya jadi bertambah semangat nak cari ohana circle saya sendiri. Bagi saya dia dah banyak sedarkan saya. Tahniah untuk dia. Samalah dengan anda yang di luar sana, kita boleh belajar dari siapa pun even though kita ni nampak berbeza. Hakikatnya kita ni semua hamba Allah. Dan Allah itu Maha Adil. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Jadi jangan lepaskan peluang untuk belajar daripada orang lain.

"Sesungguhnya param alim ulama' adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang dapat mengambil ilmu itu, maka dia mengambil bahagian yang amat besar sekali"

Wassalam.
(P/s : I hope dia learn something from saya as well)





Tuesday, February 7, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Cuti selama 5 hari ni memang sangat bermakna, sebab dapat merehatkan diri sepuas-puasnya disamping keluarga dan sahabat handai. But, esok dah kena balik berjuang di UiTM. Maka preparation dan azam perlu lebih mantap lagi.

Cuti kali ini membawa makna yang besar bila saudara Nasruddin a.k.a Tok Janggut dari Kelantan melakukan lawatan rasminya ke Melaka. So, 3 orang Hang bersaudara pun menjemput dan memuliakan tetamu kami ni. Maka Hang Jebat (Naim), Hang Kasturi (Saya) dan Hang Lekir (Syafiq) membawa Tok Janggut dalam menyelesaikan satu misteri yakni menjejaki Atok Hang Tuah yang dah lama menghilang.

Maka disebabkan perjalanan kami yang terlalu adventure, sebab itu takde lah kata kata yang mampu describe hikayat kami. So saya sertakan je la beberapa gambar untuk tatapan anda semua.














Ketahuilah bahawa persahabatan itu sangat indah seandainya ia terbina ikhlas kerana Allah...

Siape kate kalau keluar jalan2 itu membuatkan kita lalai kepada Allah? Kadang2 kita menjadi lebih dekat lagi kerana Allah ciptakan untuk kita terokai bersama. Berjalanlah dan belajar daripada kebesaran Allah. Moga ukhuwwah ini kekal hingga ke syurga Dia. Akhir cerita, kami berempat masih gagal menjumpai Atok Hang Tuah. Pandai dia menyorok. Haha.

Wassalam...

Sunday, February 5, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah Ya Rabbal Alamin. Kita semua masih lagi bernafas hingga ke hari ini atas rahmat Allah yang tak putus putus datang melimpah.

Baiklah, anda sedar tak hari ni hari ape?

Hari ni Hari Lahir Rasulullah tahu? 12 Rabiul Awal. Anda excited tak? Saya sangat excited tau. Seronok sangat sambut maulidur rasul ni. Kenalah happy kan, sebab hari ni birthday kekasih kita. Rasulullah lah kekasih kita yang paling setia sekali. Tak pernah sekali pun Baginda jumpa or tau sape kita ni, tapi sayangnya Rasulullah buat kita tak terhingga tau. Di sakaratul maut yang dah memang tersangat sakit tu pun, Baginda still ingat kat kita lagi. Malah, saya yakin, Rasulullah sangat rindukan kita. By the way anda tahu tak yang Rasulullah wafat pada tarikh yang sama, 12 Rabiul Awal jugak. Special kan tarikh ni?

Bangga dapat jadi umat Baginda ;)
Macam biasa jom muhasabah diri kita. Wajarkah kita membalas kasih sayang Rasulullah dengan perlakuan kita sekarang ni? Berape je sunnah Rasulullah yang kita ingat dan amalkan? Kualiti ummah kita ni dah di tahap yang sangat menyedihkan. Anda pernah tengok tak video 'Law Kanna Baynana'? Cuba tanya kat Pak Cik Youtube tu, insyaAllah ada. Sangat touching. Bila saya tengok, rasa macam kena penampar kat pipi. Malu, sedih, menyesal dan terharu.

Rasulullah selalu ajar kita untuk jadi orang yang sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan godaan dunia ni. Tapi umat Islam sekarang dah jadi penakut, kecewa sikit straight nak bunuh diri. Ini ke ajaran Rasulullah? TAK kan? So kenape buat lagi? Rasulullah dan para sahabat lagi teruk ujian mereka. Dihina, diugut bunuh, dibaling batu dan dipulaukan, tapi Rasulullah cool je. Baginda sangat besabar. Kenape Rasulullah sanggup bersabar sampai macam tu sekali? Sebab Baginda selalu memikirkan kita. Risau dengan keadaan umat kita. Sanggup hadapi semua tu demi ummah. Kita ni nak turun ke masjid berjemaah pun belum tentu lagi. Kita ni selalu di hati Rasulullah tau.

Macho kan Nabi Muhammad s.a.w? Lagi macho daripada pelakon-pelakon korea or hollywood tu. Selama hidup Baginda yang 63 tahun tu, dah banyak Rasulullah lakukan untuk kemajuan umat Islam. Sehingga agama kita ni bertapak kukuh di muka bumi.


Semalam saya keluar dengan 2 orang sahabat saya, pergi melihat negeri Melaka nan indah pada waktu malam. Melaka memang sangat cantik pada waktu malam, tapi anda pasti akan sedih. Saya selaku rakyat melaka lagi la sedih tau. Ramai sangat umat Islam yang membunuh sunnah pada zaman ni. Pergaulan yang tersangat bebas. Di manakah pemimpin Islam kita sekarang ni? Sanggup biarkan kelab-kelab malam berleluasa dalam negara kita. Kalaulah Allah beri saya kedudukan politik satu hari nanti, saya nak hapuskan kelab-kelab malam and arak2 kat Malaysia ni. Malu la saya dengan Rasulullah nanti. Kalau Rasulullah nampak keadaan umat sekarang ni, boleh menangis keluar darah Rasulullah sebab Baginda terlalu sedih. Nauzubillah.

So, ape kah resolusi kita? Mudah je. Ingatlah Rasulullah dalam setiap langkah, tingkah dan perbuatan kita. Cuba fikir, Rasulullah sedih tak kalau kita buat macam ni? Dan jangan lupa amalkan sunnah Rasulullah sebanyak mana yang mungkin dan sila istiqamah tau. Kalau kita ada duit untuk message kawan2 sempena hari jadi diorang, maka sempena keputeraan Rasulullah ni, sila text orang2 terdekat anda untuk sama2 kita memperingat perjuangan Rasulullah. Kalau dapat free call lagi awesome sebab boleh call je kawan2 terus ajak sembang mengenai Rasulullah. Bukan time maulud je tau? Or nak lagi senang, selawat ke atas Rasulullah banyak2. Ingat Rasulullah from dulu, kini dan selamanya...

Salam cinta dari seorang umat.... Moga rinduku membawa ku ke syafaatmu....

Wassalam...

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts