Tuesday, February 14, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh.

Ehem2... Adakan anda semua dalam keadaan yang stabil? Emosi anda tenteram tak? Saya doakan untuk anda semua supaya Allah s.w.t meletakkan anda dalam keadaan yang terbaik. Moga terus menerus dalam rahmat dan kasih sayangnya.

Baiklah setelah sekian lama berhenti dari menulis sesuatu di blog ni, saya nak kembali semula menulis untuk pembangunan ummah. Haha. Terasa macam seorang uztaz pulak. Beberapa kebelakangan ini, saya terasa sangat letih sekali, sebab terasa macam jiwa ni kosong je. Banyak sangat 'lacuna' or lohong2 kosong yang tiap detik buat iman ni resah dan hati selalu berbolak balik. So, saya decide untuk berehat dan ignore segala permasalahan ummah yang berlaku di sekeliling saya.

Then, saya teringat janji saya untuk compete dengan someone ni. Saya janji nak jadi jauh lebih baik daripada dia. Sebab, dia dah lari jauh ke depan sikit maka saya terasa yang saya perlu lagi untuk percepatkan langkah kerdil ni. Saya kena pastikan saya mampu lari seiringan dengan dia and one day potong dia dalam perlumbaan menuju ke Allah ni.

Salah seorang ni maybe dia kot :)
Ini antara famous quote from beliau

"Ignorance is not a bliss"

Awal-awal lagi saya dah sentap. Saya ni selalu sangat terlalai dalam mencari solution untuk ummah. Apatah lagi saya ni macam sorang2 je di jalan ni. Orang lain dah ade family dia, saya masih terkial-kial mencari satu. Maka saya tend to ignore everything bila saya rasa macam tak larat. Heh, penat tau berjuang di jalan ni? Giving up is never NEVER never NEVER never NEVER an option!!! Penat macam mane pun, wajib untuk setiap muslim itu terus berlari ke arah Allah, even kalau terpaksa merangkak pun, saya akan merangkak. Sumpah sanggup!!! Tapi jangan lupa, kita tak boleh selfish ok. Orang lain perlukan kita. Bawaklah mereka sekali dalam perjalanan yang penuh adventure ni. Mana tahu, hidayah untuk mereka, Allah s.w.t sampaikan melalui kita.

Quote kedua from beliau,

"Kerehatan seorang daie itu adalah kelalaian"

Sentap sekali lagi even though saya ni masih jauh lagi sebelum layak digelar daie. Jauhnya sama jauh macam sejauh mata memandang. Haha. Tapi, adalah wajib sebab kita kan dah buat promise yang sweet dengan Allah untuk menjalankan kewajipan dakwah di muka bumi ni.

Suara kecil dari hati : Takkan la tak boleh nak rest lansung? Tak best la kalau macam tu (sambil mencebik)

Mestilah boleh, even dalam berehat tu pun boleh berdakwah tau. Rehat yang membawa kelalaian itu ialah rehat yang terus melupakan tanggungjawab kita. Sambil berehat pun boleh berdakwah kepada orang lain tau. Antaranya ialah dakwah kepada diri anda sendiri. Kita ni sibuk nak mentarbiyyah orang lain, habis tu kita ni sape nak tarbiyyahkan? Ha... Jadi gunakanlah rehat kita tu untuk mendidik diri sendiri, menambah ilmu di dada, dan merancang strategi dakwah yang lebih kreatif dan efektif. 

Quote ketiga from beliau,

"Hati yang ikhlas tidak akan perasan dengan PUJIAN, tidak akan terkesan dengan KEJIAN dan CERCAAN, kerana hati itu tahu pandangan SIAPA perlu DIUTAMAKAN"

Yang ni paling best. Siape rasa yang usaha dakwah ni hanya untuk dapatkan pujian? Sila angkat tangan. Siape pulak yang tak tahan kena maki or keji? Sila angkat tangan jugak. Kalau x de yang angkat tangan, ini bermakna anda semua sangat awesome. Sejujurnya, saya dulu2 pun takut jugak nak berdakwah dan tarbiyyah, tapi sebab Allah dah letakkan saya dalam sekolah yang super cool tu, maka saya jadi berani. Saya tak kisah orang anggap saya ni 'alien'. Sebab alien-alien ni lah yang insyaAllah akan dikasihi Yang Maha Esa. Islam tu kan bermula dengan asing dan berakhir dengan asing kan? So janganlah takut. Tabahkan hati eh. Dan jangan sesekali rasa diri tu bagus sangat sebab mampu berdakwah depan orang lain. Sebab, kita ni ilmu banyak mane pun masih lagi hamba Allah yang hina.

Quote keempat from beliau,

"Jogging minda : Ingin kurangkan ketawa anda yang tanpa sebab itu..? Mudah! Banyakkan ingat kematian. Selamat mencuba!



Fakta bahagia hari ini, tahukah anda yang malaikat maut tu melawat anda semua 70 kali sehari? Rajin malaikat maut tu. Dan tahukah anda bahawa sesungguhnya perkara yang paling dekat dengan kita ialah kematian. Dekat sangat kan? Maka ada sebabkah untuk kita semua ni bergelak ketawa? Tak de kan. Ketawa banyak akan membuatkan hati kita mati. Kalau nak ketawa sangat pun cuba tahan ye. Rasulullah pun ketawa jugak. Cuma ketawa Rasulullah itu tersangatlah sopan malah lebih sopan daripada ketawa seorang muslimah pada zaman ini. Jangan jadikan ini alasan untuk banyak ketawa, sebab Rasulullah lagi banyak menangis daripada ketawa.

Quote kelima from beliau,

"Ilmu tanpa amal ibarat pergi ke Mc Donald tanpa memesan Big Mac. Sungguh rugi..!



Comelkan analogi ni? Betul la kan. Kalau dah pergi McD tu takkan la tak mau order Big Mac eh. Saya mesti order satu punya. Begitulah kita, kalau dah punyai ilmu tu, jadi kenalah dizahirkan. Kerana amal itu hanya akan sempurna dengan ilmu. Maka ilmu yang beberapa di dada tu sila share dengan semua. Pesan Rasulullah, sampaikan pesanku biarpun satu ayat. Ingatlah bahawa dengan ilmu, tidak bermakna kita ni lebih hebat dari orang lain. Ilmu tu milik Allah, kita pinjam je. Bila dah pinjam, kenalah share dengan everyone, kenalah diamalkan. Tak guna ada ilmu tapi simpan je sampai berhabuk. Amalkan mana yang termampu dan sentiasa la istiqamah.

Quote keenam from beliau,

"Lookin' back on the things I've done, I was tryin' to be someone
I play my part, kept you in the dark
Now let me show you the shape of my heart"

Quote yang ni saya tak tahu nak ulas ape. Nanti insyaAllah biar saya tanya dia sendiri.

Belajar dengan budak ni pun saya sanggup :)
All in all, saya nak dia tahu, even if saya dan dia sangatlah berbeza, tak pernah sekalipun saya tak berlajar apa-apa daripada. Segala pesanan dia saya simpan jadikan teladan malah saya jadi bertambah semangat nak cari ohana circle saya sendiri. Bagi saya dia dah banyak sedarkan saya. Tahniah untuk dia. Samalah dengan anda yang di luar sana, kita boleh belajar dari siapa pun even though kita ni nampak berbeza. Hakikatnya kita ni semua hamba Allah. Dan Allah itu Maha Adil. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Jadi jangan lepaskan peluang untuk belajar daripada orang lain.

"Sesungguhnya param alim ulama' adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang dapat mengambil ilmu itu, maka dia mengambil bahagian yang amat besar sekali"

Wassalam.
(P/s : I hope dia learn something from saya as well)





2 comments:

Cik Prada said...

Krikk krikk

Anonymous said...

Err... Apakah erti krik krik tu? Cik Prada ni kan.. Memang... :)

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts