Monday, February 27, 2012

 9:55 PM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Dengan nama Allah, saya nak kongsikan sebuah ungkapan penuh haru. Mohon untuk terasa dan sentap, sebab orang pertama yang sentap tentunya diri saya sendiri.

 " Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyyah itu berbangga- bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak- kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang? " 
-Syed Qutb-

Syair ini telah ditulis oleh Syed Qutb dalam bukunya Muqaddimah Fi Zilal Quran (Muqaddimah Tafsir Dibawah Naungan Al Quran). Syair yang penuh kesedaran ini telah ditulis oleh beliau ketika berada dalam tahanan penjara sebelum dihukum gantung. Sedihkan? Betapa penat dan derita para ulama' menegakkan perkara yang haq pada zaman penuh kesengsaraan sedangkan kita di zaman serba mudah ni masih terlena dengan perkara jahiliyyah. Moga Allah selamat saya, awak, dia, kamu, kita dan mereka semua daripada wabak jahiliyyah. Amin.

Sape nak bimbing saye dalam jalan dakwah ni? Please la amik saye... Dah lama saya tunggu seorang murrobi ni :(

Wassalam.
(Credits to Abang Akim, senior kesayangan yang kina berada di jalan dakwah dan tarbiyyah di USA. Moga Allah sentiasa memberkati Abang. Amin)

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts