Wednesday, March 7, 2012

 12:11 AM   Anonymous      1 comment
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah Ya Rabbal Alamin. SubhanAllah, Alhamdulillah, La Ilaha IllAllah, Allahuakhbar. Maafkan diri ini sebab dah beberapa ketika tidak menulis sebarang perkataan bermanfaat untuk kebaikan ummah. Kita kan sudah belajar sebelum ni yang kerehatan seorang daie itu adalah kelalain. Allahu, maafkan saya atas kemalasan diri dan kelalaian kerana terlalu sibuk dengan perkara lagha.

Baiklah, mari kita bercerita tentang superhero kegemaran semua. IRON MAN. Haha. Buat pengetahuan semua, Iron Man memang superhero kegemaran saya. Ni ade satu fakta menarik, tahukah anda bahawa setiap muslim itu berkelayakan untuk menjadi seorang Iron Man? Tidak seperti dalam dunia barat tu, setiap daripada kita berhak bergelar seorang Iron Man. Sebab kita bertuhankan Allah s.w.t Yang Maha Adil. Allah sangat adil hingga memberi kuasa Iron Man untuk semua orang.


Anonymous : Dulu awak kate setiap muslim tu alien, sekarang ni nak cakap setiap muslim tu Iron Man pulak? Mane satu ni...?

Saya : Kedua-duanya sekali. Seorang ukti pernah mengingatkan saya bahawa semua daie itu kena pakar dalam pelbagai bidang. Selain menjadi alien, kita jugak boleh jadi seorang Iron Man. Eh kejap, anda masih ingat lagi kan 3 amanah kita di muka bumi ni? Daielullah, khalifahtullah and also abidullah. Err, kalau ejaan ni salah tolong betulkan saye eh. Definition dia, anda boleh tanye Mr Google.

Seorang ukhti yang sama juga pernah memberitahu bahawa insan bernama Ahmad Azri ni banyak potentialnye untuk digunakan untuk jalan Allah. Terima kasih atas komen yang membina tu. Lantas ukhti tersebut pun menghadiahkan saye sepotong hadith yang sangat famous, tapi baru buat pertama kali saye dengar;

Maksud hadith : Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham

Mesti ramai yang garu kepala untuk digest maksud hadith ni. Soalan saye, apa tu maksud sekiranya mereka faham? Credit to Abang Akim again, saya jumpa potongan hadith ni dalam blog dia;

Dari Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w; "Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia memberikannya kefahaman dalam agama
-Sahih Bukhari dan Muslim-

Baiklah sekarang saya akan try huraikan pengisian hadith ni dengan ayat saya sendiri ye. Macam biasa, kalau rasa saye salah boleh betulkan saya dalam ruang komen kat bawah tu. Agak agaknya kanm kenapa kita ni diumpamakan sebagai logam? Sebab logam kan takkan pudar nilainya. Hiduplah dalam zaman apa sekalipun, logam tu tetap je sangat bernilai. Begitulah jugak kita ni manusia, dalam zaman mana pun, manusia tu tetap sahaja bernilai. Sekiranya kita jahil, nilai itu akan menyokong kejahilan tapi sebaliknya kalau kerana Islam, nilai itu akan menyokong Islam pulak. Sebab itulah penting untuk kita ada kefahaman terlebih dahulu.

Iron Man Comel :)
Contoh terbaik yang boleh saya berikan, tentunya idola saya, Sayyidina Umar Al Khattab. Sayyidina Umar sebelum memeluk Islam, sangat kuat menentang orang Islam, malah sangat digeruni dan dihormati masyarakat. Dan bila Allah kurniakan kefahaman dalam Islam kepada beliau, Sayyidina Umar terus menggunakan kelebihannya itu untuk mempertahankan dan melindungi ummat Islam. Sayyidina Umar ni, syaitan pun takut nak lalu satu jalan dengan dia tau. Ha tengok tu, terbukti kan nilai seorang Umar tu tak jatuh pun walaupun zaman dah berubah? Begitulah jugak dengan kita.

Bahkan kita ni dah sedia maklum yang kita ni logam. Logam pun ada banyak jenis kan? Kenalpasti kita jenis yang macam mana dan apa kebolehan kita. Semua orang boleh menyumbang something untuk agama kita ni. Jangan merasa nak merendah diri tak tentu hala. Kita semua ni sama, umpama logam. Ada yang bersinar terang tapi ada jugak yang penuh berkarat. Tapi kalau kita polish elok2, semua akan bersinar terang jugak kan? 

Iron Man pun ada banyak jenis... Anda yang mana satu?
Muhasabah diri ye? Kita ni Allah dah letakkan potensi dalam setiap diri masing masing maka explore la potensi yang kita ada. Dapatkan kefahaman dalam Islam dan gerakkan segala kebolehan kita untuk bantu agama kita. Selalu ingatlkan diri kita akan 3 amanah kita tu tau. Marilah kita sama sama jadi Iron Man yang awesome untuk ummah kita. 

Wassalam...

1 comments:

Cik Prada said...

Moga terus menjadi lelaki besi super saiya tahap ketujuh...

#Istiqamah itu penting. InsyaAllah

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts