Saturday, February 19, 2011


Assalamualaikuwarahmatullahiwabarakatuh. Sorry, but I'll be off for two weeks. InsyaAllah saya akan kembali semula nanti. Best of lucks. May Allah bless everyone of us.

Friday, February 18, 2011

“Kami menghadapi masalah dua ekstrem dalam organisasi ni,” kata seorang pengurus bahagian sumber manusia.
“Ekstrem? Fahaman melampau? Militan?” tanya saya bergurau.
“Bukan. Tapi pertentangan antara dua golongan. Satu workaholic dan satu lagi solatholic.”
Saya terkejut dengan istilah itu. Workaholic memang selalu saya dengar tetapi kalau solatholic itulah kali pertama saya mendengarnya.
“Encik tahu apa maksud workaholic?” tanyanya.
“Orang yang gila atau mabuk kerja,” jawab saya merujuk kepada makna yang diberi dalam kamus seperti yang pernah saya baca dahulu.
“Solatholic pula orang yang gila solat!” jelasnya tanpa dipinta.

“Jadi apa masalahnya?’
“Dua golongan melampau ini boleh menjejaskan operasi organisasi ini.”
“Bagaimana?”
“Yang workaholic mabuk kerja hingga tinggal solat. Dan encik tentu tahu apa akibatnya orang yang tinggal solat…”
Belum sempat saya membalas katanya, dia bersuara lagi, “mereka ini kerja beres tetapi ada masalah dengan rakan sekerja yang lain.”
“Yang solatolic bagaimana?”
“Rajin solat tetapi kerja tak beres. Kerja sambil lewa. Bagus beragama tetapi culas kerja.”
“Itu kira tak bagus beragamalah, “pintas saya perlahan.

“Mengapa?”
“Agama itu kan cara hidup yang sempurna? Termasuk solat, kerja dan seluruh sistem hidup. Jadi, orang yang culas kerja ertinya culas juga beragama. Begitu juga orang yang rajin bekerja tetapi malas solat. Itu pun tidak sempurna dalam beragama,” jelas saya agak panjang.
“Bagaimana nak tangani masalah dengan kelompok solatolic ni?”
“Solatholic bukan masalah, “ ujar saya.
“Tak masalah kata awak. Orang ini mabuk sembahyang!”
“Apa maksud dengan mabuk sembahyang?”
“Banyak sembahyang?’
“Kalau begitu tak salah mabuk sembahyang sebab nabi Muhammad pun begitu…”

“Maksud awak?”
“Nabi Muhammad terlalu banyak dan lama berdiri solat, sehingga kakinya bengkak-bengkak. Kalau itu boleh dikatakan solatholic, ya Nabi Muhammad adalah seorang yang solatholic. Bahkan baginda menganjurkan jika kita hendak bersamanya di syurga kelak, perlu banyakkan sujud. ”
“Rasulullullah diberitakan bila sujud, seakan-akan tidak mahu berakhir,” tambah saya lagi.
Pengurus itu kehairanan. Jelas kelihatan dia jadi serba-salah dengan kata-katanya tadi. Saya senyum, sambil menepuk bahunya.

“Tapi nabi Muhammad juga workaholic.”
“Baginda juga workaholic?”
“Ya. Bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w begitu banyak kerja dan urusannya. Mentadbir seluruh negara, menyusun masyarakat, mengajar, mendidik, memimpin dan pelbagai lagi tugasan dalam keluarga, masyarakat dan negara.”
“Baginda seorang yang workaholic?”
“Tak tahulah apa yang dimaksudkan dengan istilah workaholic tu tetapi jika itu bermaksud kerja keras, banyak bekerja dan gigih pula… yang Rasulullah saw memang begitulah.”
“Jadi seorang itu boleh jadi solatolic dan dia juga workaholic pada suatu masa yang sama seperti Rasulullah?”

“Ya, sewajarnya begitu. Cuba dengar apa yang diluahkan oleh Sayidina Umar Al Khattab insan yang berjaya meneladani Rasulullah s.a.w…”
“Apa katanya?”
“Aku bimbang untuk tidur pada siang hari, takut urusan ku dengan manusia tidak selesai. Dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari takut urusan ku dengan Allah tidak selesai.”
Dia diam. Benar-benar dalam berfikir.
“Pada siang hari Umar Al Khattab seorang yang workaholic dan pada malam harinya pula dia seorang yang solatolic. Itu maksud awak?”
“Pray hard, work smart. Begitulah kira-kiranya.” Saya mengiakan.
“Bagaimana boleh jadi begitu? Apa yang saya faham solatolic dan workaholic tidak mungkin bersatu pada diri seorang manusia. Kalau dia solatolic, secara automatik dia bukan workaholic. Begitulah sebaliknya.”

“Tidak begitu. Bekerja adalah satu ibadah… ibadah umum namanya. Manakala solat juga satu ibadah. Ia ibadah yang khusus dan asas. Kedua-duanya dituntut oleh Islam untuk dilaksanakan. “
“Ada kaitan antara ibadah asas dan ibadah umum? Maksud saya antara solat dan kerja?”
“Ibadah asas itu banyak berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah. Ibadah umum pula berkaitan dengan hubungan kita sesama manusia.”
“Ada kaitan tidak?” tanyanya sekali lagi.
Saya diam. Berfikir sejenak.
“Orang yang paling kuat hubungannya dengan Allah dialah yang juga paling kuat hubungannya sesama manusia.”

“Kenapa?”
“Sebab kesan daripada kuat hubungan seseorang dengan Allah akan memberikan dia satu ketulusan dan kekuatan untuk berhubung sesama manusia. Solat akan memberi satu tenaga, semangat dan kekuatan dalam bekerja.”
“Bagaimana?”

Saya mula diasak dengan soalan bertubi-tubi. Tapi saya akur, bukan maksudnya untuk berbahas. Tetapi didorong oleh rasa ingin tahunya yang semakin tinggi.
“ Solat akan memberikan kita ketenangan hasil mengingati Allah. Solat akan mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran. Cuba lihat rukun fik’li, qauli dan qalbi semasa mengerjakan solat… Bukankah semua itu mendidik kita agar bersih, menepati waktu, amanah, bercakap dan berbuat yang dibenarkan sahaja? Kesan solat yang sempurna akan memberikan kekuatan, keberkesanan dan kecekapan dalam bekerja,” terang saya satu persatu.

“Tetapi kenapa ada yang solatolic tetapi malas bekerja?”
“Tentu ada yang salah dengan solatnya. Mungkin solat itu dilaksanakan berdasarkan ritual semata-mata. Tidak difahami makna, tuntutan dan tujuannya. Itu solat yang tidak berjiwa. Umpama bangkai yang tidak bernyawa. Solat semacam itu tidak akan memberi kesan apa-apa pada perlakuan dan pekerjaan selepas mengerjakannya.”
“Hairan pula kenapa yang workaholic tetapi malas solat?’
“Sebabnya sama sahaja. Jika golongan pertama tadi mengerjakan solat tanpa kefahaman dan penghayatan, golongan kedua ini pula enggan mengerjakan solat kerana tidak nampak apa manfaat solat dalam kehidupan mereka… apatah lagi pada pekerjaan mereka. Solat dan kerja terpisah. Itu anggapan mereka.”
“Jadi bagaimana mengatasinya?”
“Golongan rajin solat mesti disedarkan, difahamkan dan dididik untuk bekerja kerana kerja itu satu ibadah. Tanda akrabnya seorang dengan Allah adalah banyaknya dia berkhidmat untuk manusia. Sayidina Umar pernah mengusir sekumpulan lelaki yang asyik duduk di dalam masjid tetapi tidak bekerja.”

“Bagi golongan workaholic pula?”
“Mereka mesti juga melalui proses yang sama yakni menyedari bagaimana solat itu akan memberi kekuatan dan ketenangan semasa bekerja. Ingat, tadbir kita walau sekuat atau sebijak mana sekalipun masih tertakluk kepada takdir Allah yang Maha Besar.”
Dan bagi mereka yang workaholic ini juga, kita perlu berikan peringatan, “ jangan nanti stres, kecewa dan keletihan melanda kita kerana keterlaluan memerah keringat atau mengasah fikiran. Solat perlu kerana ia memberi satu kerehatan dan penyembuhan kepada keletihan jiwa dan jasad. Lagipun rugi, jika solat ditinggalkan kerja mereka yang banyak itu tidak akan dikira sebagai ibadah. Hanya dapat laba tetapi kosong pahala. Ingat, solat itu kepala ibadat. Tanpa solat, segala amalan yang lain tidak akan diterima Allah.”
“Jadi tidak salah menjadi workaholic dan solatholic jika kita memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna. Bahkan kita memang dituntut begitu. Bukankah begitu?”
Saya mengangguk.

“Workaholic untuk manusia, solatolic untuk Allah?”
“Yang paling tepat ialah bekerja kerana Allah untuk manusia!”
“Apa dia ungkapan yang awak katakan tadi?”
“Yang mana satu?” saya sendiri sudah terlupa.
“Pray hard, work smart!”
“Orang yang solatolic seharusnya menjadi orang yang workaholic. Solat akan membentuk orang yang mampu bekerja keras. Orang yang workaholic perlu melaksanakan solat, agar mendapat kekuatan, ketenangan dan mencegahnya daripada penyelewengan seperti rasuah, penindasan dan perbalahan sewaktu melaksanakan kerjanya.”

“Pemikiran ini akan saya sampaikan untuk meredakan konflik antara solatolic dan workaholic dalam organisasi ini!” ujarnya gembira.
Saya senyum lebar akhirnya. Alhamdulillah, semoga semuanya persoalan tadi dapat diselesaikan dengan jelas dan tuntas. Namun, jauh di sudut hati, masih ada kesedihan yang berbekas. Ya, jelas sekali betapa hubungan yang sinergi dan serasi antara solat dengan kerja sudah semakin kabur dalam diri umat ini. Bukan sahaja dalam amalinya bahkan dalam teorinya. Benarnya seperti yang selalu diungkapkan, Islam bukan sahaja agama yang paling disalahertikan oleh bukan Islam malah oleh umat Islam sendiri!

Tuesday, February 15, 2011


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

My Dear Rasulullah s.a.w,

It had been a very long time. I never met you though but sincerely I love you. I was born in this world knowing Islam as the true guidance. A religion that inspire people, foster unity, and provide justice to everyone. Islam teaches us to strive for the ultimate glory, to live peacefully in jannah and meet our creator, Allah s.w.t. I wonder who could sacrifice anything just to ensure everyone in the world know the beauty of Islam. And it was you. You are my muallim. I know that I always stray away from your guidance, but here there's still a lot of muslim who uphold your teachings whole heartedly, and I wish to be one of them, and I hope that I am progressing. I just want to express how grateful I am. And on this very day, I am proud to say, HAPPY BIRTHDAY YA RASULULLAH!!!

Thursday, February 10, 2011


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Hari ini telah pun tamat cuti tahun baru cina saya, so terpaksa bangun awal pagi-pagi semula untuk ke Stamford College. So, rutin harian bermula semula seperti biasa. Things were going smoothly until Zohor prayer. Disebabkan saiz surau yang tersangatlah kecik (memang x puas ati...), terpaksa la buat 2 jemaah. Saya telah pun deberikan penghormatan menjadi imam bersama seorang makmum. Terima kasih, moga solat kita diterima oleh Allah s.w.t. Selesai mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran hidup kami dunia dan akhirat, makmum saya approach saya ;

Makmum : Azri, aku ada nak tanya kau sikit la...
Saya : Hmm... Tanya je la, kalau boleh jawab aku jawab...
Makmum : Jujur ar aku tanya, betul ke kau takde girlfriend?
Saya : (tersentak)... arr... betul la x de, mana la ada orang nak aku ni... haha...
Makmum : Confirm ke? X kan masa kat sekolah dulu x de couple2 ni?
Saya : Haha... x de ar, aku rasa couple2 ni payah jer, buat susah hati ar... Baik kawan jer... Lagi pun aku ni kira macam pemimpin kat sekolah dulu, susah la kalau aku couple2 ni... Bad example nanti...
Makmum : Oh I see... Tapi bukan ke budak2 asrama yang biasa couple2 ni...
Saya : (ragu-ragu nak jawab...) Maybe... Kat skola aku dulu pun ada couple2 ni...
Makmum : Abis tu, sekarang ni kau single lagi ker?
Saya : Definitely, aku masih single and available.
Makmum : X kan ar... Kalau kat sekolah dulu x boleh, sekarang ni x nak cari?
Saya : Nak cari kat mana je bro....
Makmum : Ni ha, kat college ni, belambak perempuan lawa2... x kan x de yang kau minat?
Saya : Haha... X.
Makmum : Abis tu kau nak yang macam mana? Yang bertudung ke yang free hair?
Saya : X tau, aku x tau... Tapi aku rasa love does not need reason, tengok la future nanti macam mana...

So, conversation tu berhenti kat situ. Sigh, Jujur la saya katakan, saya memang masih single. Dan sekarang ni saya belum dalam tempoh masa nak mencari pasangan hidup saya lagi. Bohong kala saya kata saya x suka perempuan cantik. Tapi cantik tu subjektif. Cantik fizikal atau cantik akhlak? Saya masih belum pasti untuk memilih... Ya, berkawan degan perempuan bukan satu masalah, even though saya tidak mempunyai skill yang baik untuk communicate dengan perempuan. It takes time. X dinafikan dalam hati ni memang ada a few perempuan yang buat saya kagum dengan mereka. Tapi kagum BUKAN cinta! Saya pernah jugak rapat dengan 2 perempuan. Tapi belum sampai tahap couple. Haha, but people selalu salah anggap kan? It ends up with we were distanced and left apart based on our discoveries of our own difference in lifestyle. Tu baru kawan kan? Belum couple lagi... I'm not up yet for this kind of commitment. Later k?

But hati saya memang dah lama dimiliki. Saya dah beri sebahagian kepada Allah, Rasul kesayangan saya, family saya, dan kawan2 saya. Untuk awak 'perempuan' yang bakal saya cintai, saya just ada sebahagian sahaja hati ini untuk awak. Maybe nampak sikit atau kecik je bahagian hati saya but dengan hati inilah saya janji saya pasti akan mencintai awak sepenuh jiwa. I promise. Saya tunggu 'awak' dan 'awak' tolong tunggu saya please.... Jangan cari yang lain tau! InsyaAllah, Allah pasti temukan kita. Kalau bukan di dunia biar di akhirat nanti....

Allah...

Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.

Allah...

Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu

Ini pun saya x lepas lagi... So 'awak' tunggu yer... X lama... Kejap jer...

Wassalam...

Monday, February 7, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, akhirnya saya bekesempatan untuk update blog ini. First and foremost, saya masih lagi kepenatan pulang bercuti ke kampung. Well, bercuti memanglah x memenatkan but perjalanan balik memang menjerihkan. Bayangkan perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka mengambil masa selama 14 jam. Bertolak dari kampung pada 9 pagi and arrive kat Melaka jam 1 pagi. Haih, sempat gak spend masa with my bro lepak kat Queensbay Mall and watch The Green Hornet. Absolutely funny. Well, enough of that.

Posting kali ini saya nak menulis skit tentang tema hidup saya for 2011. It's a bit late to decide but february, ok la tu kan?? Sebelum ni kalau kat bawah title Army Of Fisabilillah saya state kan 'Me, myself, my love islam the only one' kan. Memikirkan semula saya perlu lebih memperkasakan bahasa kebangsaan so saya tukar description dia kepada 'sekali ku rebah sejuta kali ku bangkit'. Haha, sebenarnya tema ini diangkat daripada sebuah novel Ramlee Awang Murshid, 'Cinta Sufi'.

Jadi apa signifikannya ayat ni kepada saya. I've been doing a lot of thinking recently. At least, a bit of thinking. Kita, semua umat manusia yang ada di muka bumi ni, mencuba banyak perkara-perkara yang baru setiap hari. But most of us fail to succeed or not yet. Orang-orang selalu kata, gagal adalah bila kita berhenti mencuba. Tetapi, keep on trying could be pointless kalau kita tahu kita akan gagal lagi kan. Think! Memang pointless kalau kita try lagi without a strategy or a gameplan. Sebab tu la sesuai dengan kata hikmat ni. Sekali kita gagal, kita perlu bangkit semula dengan sekurang-kurangnya sejuta strategy dalam diri. Tell me, ada sesiapa yang suka jatuh kat sini? X de kan? Jadi bila kita nak mencuba lagi sediakanlah diri dengan back up plan. Persediaan perlu rapi. Orang-orang barat kata once bitten, twice shy, dua kali je kan? Tapi kita orang-orang melayu lebih hebat, kita yakin sekali kita rebah sejuta kali kita bangkit. So, untuk diri for sure, kita akan mampu majukan diri kita. Kita akan tinggalkan kegagalan jauh2. Lebih-lebih lagi muslim, islam membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Now fikirkan kalau semua rakyat kat Malaysia berfikiran mcm ni... Dengan ini barulah kita kan berjaya mencapai status negara maju even before 2020, betul x Tun Dr M? But don't get me wrong k? Jangan sesekali kita takut untuk gagal. Failure is always the best teacher. Don't afraid to try. Stand up for yourself. Ayuh mari kita bersama daulatkan negara kita. Sekian Wassalam.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts