Saturday, January 30, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Dalam meniti arus kesibukan ini, saya sering mengeluh dan terlupa untuk bersyukur. Allahu, kau temukan daku dengan puisi yang indah ini. Hayatilah...

Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.

Sumber : http://teratakalyahya.blogspot.com/

Sunday, January 17, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah masih lagi boleh bernafas dalam dunia Allah yang hanya sementara ini. Oh ya, baru-baru ini saya asyik teringat tentang quotes ni, "Mati itu pasti, Hidup Insya Allah". Kenapa la agaknya yer??? Mungkin kerana saya terlalu penat sangat. Masa mula-mula enroll kat Muzaffar Syah ni, tak pernah pulak saya terbayangkan yang saya akan jadi KP 2010. Kadang-kadang rasa menyesal pulak pun ada. Namun thank you Allah, KAU tetap tabahkan hatiku. 2 minggu yang pertama ini sangat menjerihkan. Bermula dengan hari first saya balik ke asrama dah kena prepare untuk majlis watikah pemimpin 2010 keesokan harinya. Masuk pulak sesi PNP, almost all subjek ader homework, F5 ler katakan... Malam-malam pulak lepas pukul 1 pagi baru la boleh tidur. Nak kena pastikan dulu asram adah lights off. Setakat ini belum ada masa lagi untuk buat revision. Masih lagi mencari. Isnin lepas, another big function, Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2010 telah berlansung. Saya pulak telah diamanahkan untuk memberi taklimat sekolah. Menggigil tubuh ini dibuatnya. Saya rasa lebih kurang 30 minit habiskan masa dengan berselawat sahaja. Takut sungguh. Alhamdulillah tahun ini ada lagi juniors from SKPR, 3 orang, semuanya lelaki. Semoga legasi ini berterusan. Amin. Tahun ini banyak sangat perubahan MOZAC. Penat jugak saya nak try to keep it apa lagi saya yang menjadi contoh kepada semua pelajar. Buat masa sekarang ini saya masih lagi hold on. Still in pace dan harap-harapnya perkara ini berkekalan hingga akhir tahun. Amin. Itu sahajalah setakat ini. Sekian Wassalam.

Sunday, January 3, 2010


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah. Well what can you say, time flew so fast. Yup I'm returning to MOZAC today. So just want to take this oppurturnity to say goodbye and best of luck to everyone. Ma'had Taufiq. Wassalam.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts