Sunday, August 22, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Allahu, Allahu, Allahu. Alhamdulillahirabillalamin. Allahuma ih dinnas siratalmustaqim. Pejam celik pejam celik, dah hari yang ke 12 dalam bulan Ramadhan al Mubarak. Bulan penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah swt yang melimpah ruah. Beruntunglah sesiapa yang di bulan ini yang sudah dapat merasai walaupun secebis daripada rahmatNya, kerana rahmat Allah itu terlalu besar dan agung nilainya.

Sabdaan Baginda saw yang mafhumnya,
Ramadhan itu terbahagi kepada 3 fasa. 10 hari yang pertama ialah rahmat, 10 hari seterusnya ialah pengampunan, dan sepuluh hari terakhir ialah pelepasan daripada azab api neraka. Sesiapa yang tidak memperoleh rahmat, maka dia tidak akan memperoleh pengampunan, dan siapa yang tidak memperoleh pengampunan maka dia tidak akan terlepas daripada azab api neraka.

Nauzubillahminzalik. Allahu, di sebalik diri yang dipenuhi dengan dosa ini, hamba tahu pengampunanMu jauh lebih besar dan hamba juga tahu untuk terlepas daripada nerakaMu apa yang hamba ini perlukan hanyalah rahmat daripadaMu.

Memikirkan semula keadaan diri ini sepanjuang Ramadhan, saya dengan berat hati terpaksa mengaku yang saya rasakan belum dapat merasai 'Ramadhan' itu lagi. Saya mengakui memang terasa ada bezanya dengan bulanNya yang lain, tapi hati ini masih terasa kekosongan. Bahkan di bulan yang mulia ini juga Ya Allah, sudah berapa kali aku melupakanMu. Apakah aku ini hambaMu yang diredhai, dikasihi dan dicintaiMu, Tuhanku??? Dosa-dosaku terlampau besar Ya Allah...

Daripada majlis taalim yang saya pergi, saya dapati ada dua jenis pendosa di dunia ini. Yang pertama ialah mereka yang apabila melakukan dosa mereka merasakan dosa-dosa hanya ibarat lalat yang singgah di kulit lalu dihalau pergi. Yang kedua ialah mereka yang apabila melakukan dosa mereka merasakan seperti dosa itu ibarat sebuah gunung yang akan menghempap mereka. Insya Allah, golongan yang kedualah yang akan memperoleh pengampunanNya. Allahu, dalam golongan yang manakah aku berada...?

Letakkanlah tangan kanan ini di hati dan katakan, "Wahai Iman, kamu tahu Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, maka bagaimanakah kamu tergamak untuk melakukan maksiat kepadaNya"

Biapun sukar bagiku melamar redhaMu namun masihku mengharap ampunanMu....

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...

Sunday, August 1, 2010

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, sempat lagi nak compose posting yang baru ini. Kali ini saya nak cerita sedikit betepa pentingnya sahabat dalam hidup kita. Tajuk posting ini pun merujuk kepada salah seorang sahabat baik saya, Hamka. Melalui teguran beliau, saya terus teringat pesanan Abu Jaafar, "Pilihlah sahabat yang memarahimu sebanyak 3 kali, atas sebab yang hak." Berikut merupakan tegurann daripada sahabatku

Hamka : Macha... (nama gelaran saya kat sekolah)
Saya : Ya...
Hamka : Aku tengok sejak kelas kita dah duduk campur dalam group ini, kau makin galak je...
Saya : Galak? Pe maksud kau ni?
Hamka : Ye la, aku tengok kau sejak duduk satu group dengan budak perempuan ni, kau asyik tergelak ar, sembang ar dengan budak-budak perempuan tu
Saya : Kau jealous eh?
Hamka : Ke situ pulak kau ni...
Saya : Ala... Dah aku duduk depan diorang, x kan aku nak diam jer. X kan nak jadi kayu lak. Nanti apa pulak diorang anggap aku... Sombong.
Hamka: Bukannya x boleh nak sembang-sembang, tapi jangan la selalu sampai berlebihan. Kau ada sembang dengan diorang pasal belajar or tentang kebesaran Allah??
Saya : Ada gak la...
Hamka : Berapa banyak kau cakap pasal benda tu kalau nak bandingkan dengan perkara duniawi...
Saya :..... Duniawi lagi banyak kot
Hamka : Hm... Kau pikir ar sendiri, apa yang terbaik untuk kau... Aku nasihat jer...

Sigh. Betul ke? Rasanya apa yang Hamka cakap memang banyak benarnya. Saya yang silap. Bukan salah budak perempuan dalam group saya gak. Saya yang silap. Ya Allah, aku pinta padaMu agar bantu aku dalam berkomunikasi dengan perempuan, tapi janganlah kau lekakan aku Ya Allah. Bersyukur gak ada sahabat macam Hamka yang concern hal ehwal iman sahabatnya. Thank you.

Ingatlah, sesungguhnya manusia itu dalam kelalaian kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan ke arah kebaikan. Sekian. Wassalam.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts