Tuesday, May 27, 2014

Ditulis dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Tuhan,

"Aku rindu hatiku yang bersih dan hidup keranaMu, agar mudah aku gapai hidayah, agar ringan langkah dakwah, agar laju menderu aku mampir ke syurgaMu..."

(Mohon anda semua ameenkan)

Nak hati baru yang bersih, bercahaya, lebar dan luas. Hehe

Okay, dah lama tak menulis.

Bercakap tentang isu dakwah, saya dapati pasca 2010 dan ke atas, rata-rata aktiviti dakwah di Malaysia makin meningkat secara zahirnya. Gerakan-gerakan, jemaah-jemaah, NGO-NGO yang berbentuk Islami tumbuh macam cendawan selepas hujan. Namun hakikatnya, lapangan dakwah masih luas terbentang, dan umat masih lagi lintang pukang.

Ouh, mungkin kerana setiap jemaah dakwah sibuk membina kader-kader mereka, mempersiapkan demi masa depan dakwah yang gilang-gemilang itu nanti. Ini alasan cliche (ada unsur eskepism dekat sini)

Sungguh, saya tidak punyai masalah dengan pendekatan ini, biarpun terkadang hati melonjak-lonjak mahu bercerita dan berceloteh panjang lebar mengenai risalah islam, dakwah dan tarbiyyah kepada semua classmate, roomate, batchmate dan mana-mana sahaja susuk tubuh manusia yang berhampiran, saya perlu menelan hakikat bahawa dalam kerja dakwah juga perlu berstrategi dan bertahap. Bahkan saya sendiri turut mengimani pendekatan Maratib Amal yang menggariskan panduan asas tahapan dakwah. Sebab inilah juga yang diamalkan oleh Baginda s.a.w dalam membina empayar akidah sejahtera yang membawa kepada pembangunan pesat Madinah yang berpusat kerana Illahi.

Tahapan atau pembinaan dakwah itu penting kerana asas itu perlu dibina secara terperinci dan menyeluruh terlebih dahulu sebelum syariat hendak ditegakkan.

Mungkin atas alasan ini juga, kita melihat percambahan jemaah islami yang melakukan gerakan dakwah di bawah lembayung jemaah mereka. Soalan-soalan ini biasa kita temui:

"Kau dah join usrah eh?"

"Haah"

"Ouh.. Usrah under apa je ye?"

Erm, terkadang saya layankan je persoalan ini, tetapi kebanyakkan masanya saya respons sahaja dengan mengatakan usrah under Islam bro. Usrah ini bukan milik jemaah mana-mana, ia adalah intipati agama ini, sunnah terbesar Rasulullah. Sebab itulah, deep down in my heart, saya sedikit kurang senang dengan percambahan jemaah Islami. Sedikit sahaja tau. Sebab saya menilai melalui tindakan-tindakan gerakan jemaah Islam di Malaysia sendiri yang suka label-melabel, banding-membanding, kutuk-mengutuk, fitnah-memfitnah.

Jemaah Tetap Satu

Saya faham, tuntutan zaman sekarang mungkin memerlukan jemaah-jemaah untuk memenuhi kesesuaian masyarakat. Tapi lain pula yang jadi, trend dakwah bergerak mengajak masyarakat ke arah jemaah, dan bukannya ke arah Islam. Okay, anda mungkin boleh argue bahawa, bila dah kenal jemaah, akan kenal Islam juga nanti. Hakikatnya, gerakan-gerakan Islam sedia ada sekarang terlupa bahawa, di sebalik nama berbeza yang mereka namakan sendiri ini, kita semua masih di bawah sebuah jemaah. Jemaah Islam. Jangan kita lupa.

Please, anda boleh refer sendiri kisah di antara Ikhwanul Muslimin dengan Jamaat Islami. Boleh belajar daripada 2 figur gerakan ini bagaimana untuk harmonikan keadaan.

Err, hehe. Tapi isu gerakan ini bukanlah tokok perbincangan utama saya dalam entry ini. Saya cuma sedikit kecewa sebab bila kita gagal memahami hakikat perjuangan kita maka akan berlakulah aktiviti-aktiviti kurang sihat seperti label-melabel, fitnah memfitnah sesama jemaah. Akhirnya, pembinaan kader terabai, masyarakat pun gagal disantuni.

Saya nak tulis tentang 'Rifqi'

Bila berbual soal dakwah, kita tidak boleh lari daripada hakikat dakwah itu ialah mengajak manusia mengenal Penciptanya, menarik ummat ke arah kebaikan, dan lari jauh-jauh daripada keburukan. Or in short, 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.

Ibnu Taimiyah pernah berkata,

"Mesti memiliki tiga perkara: ilmu, rifqi (lemah lembut) dan sabar. Ilmu sebelum melakukan amar makruf dan nahi mungkar, rifqi semasa melakukannya, dan sabar selepasnya"

Nampak tu? 3 perkara yang perlu ada. Terkadang saya sendiri melihat berapa ramai yang menjalankan amar makruf nahi mungkar tanpa sebarang ilmu yang mencukupi. Maka bila disoal tentang dalil ataupun perkaitan dengan keadaan semasa, ramai daie terkedu dan terdiam. Dan dakwah pun terbantut di satu. Penyelesaiannya mudah sahaja sebenarnya, banyakkan membaca, ambil tahu isu semasa, attend majlis-majlis ilmu, insyaAllah keperluan pertama ini akan anda penuhi. Ingat juga, berkata 'La Adri (tidak tahu)' juga sebahagian daripada ilmu. Seterusnya kita melihat isu sabar pulak. Ramai daie yang semberono dalam menjalankan dakwah, maka hasilnya juga semberono. Lalu bila dakwah tanpa kesabaran ini dilakukan, maka ramai yang mudah kecewa bila hasilnya tak muncul-muncul jua. Isbir, ya qalbi! Sabarlah, teruskan bergantung kepadaNya, Allah janji untuk menyertai mereka yang membantu agamaNya. Jalan ini jauh dan panjang. Sabar, sabar dan teruslah bersabar.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik"
[An Nahl : 125]

Umumnya, Rifqi bukan sekadar nama moden anak-anak melayu zaman sekarang. Rifqi ialah suatu nilai dakwah yang kian menghilang.

Saya hargai sangat diversiti dalam menyampaikan dakwah. Pelbagai langkah kreatif di ambil untuk memikat hati-hati mereka yang menagih hidayah di luar sana.Diversiti ini akhirnya mewarnai dunia dakwah dan tarbiyyah dan merancakkan lagi. Dakwah tidak lagi tersekat dalam ruang ceramah di masjid sahaja, bahkan menyanyi dan berfesyen juga boleh menjadi dakwah. Fuh.

Err, sekali lagi menurut pengamatan saya yang hina-dina ini, saya dapati cara dakwah yang paling trending sekarang ialah 'sentap' dan 'troll'. Sehinggakan pernah someone melontarkan soalan ini kepada saya,

"Budak-budak usrah ni memang cakap dan bagi orang sentap je ek?"

Ouh Tuhan Esa.

Isu Sentap. Methode sentap ini bolehlah saya katakan sebagai kaedah memberi peringatan yang 'menyegarkan' terus atau ber'bekas' di hati. Biasanya dalam bentuk kata yang sinis. Setengah-setengah manusia memang boleh je terima sentapan ini dengan hati yang terbuka. Ada yang dengar dan tersentap langsung. Ada yang dengar, meleleh air mata keinsafan dan terus join usrah! Chewah. Tapi ada juga yang bila kena sentap tu, dia terasa terhina. Rasa inferior, kurang, down dan sebagainya lah. Hingga paling teruk ada yang beranggapan geng dakwah tarbiyyah suka memuliakan dan menghinakan orang. Nauzubillah.

Contoh Troll yang berhikmah. Hehe. Ada elemen sentap gak

Isu Troll pulak. Okay, saya mengaku, saya pun banyak guna kaedah ini, Banyak baca troll. Bukan setakat troll dari segi dakwah je, politik, ekonomi, sosial semua saya pernah troll kan. Err, anda yang pernah terkena tu, saya ambil peluang dekat sini buat public apology. Maaf. Methode troll pula ialah biasanya kita menjenakakan sesebuah perkara yang hendak disampaikan agar mudah dan terasa ringan penerimaan itu. Dalam perkara ini saya dapati, humour itu selalu ditagih dan intipati dakwah yang cuba diselitkan itu akhirnya macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri (ke terbalik?). And mind you, certain orang sangat susah menerima jenaka. Apatah lagi bila mereka yang dilawakkan. Akhirnya, makin menjauh mad'u kita daripada mendekati risalah ini.

Contoh-contoh troll yang ada nilai hikmah dan tarbawi; (Yang ni bagus :)





Tak kisahlah apa jenis pendekatan yang kita ambil pun dalam menyampaikan dakwah ini, nilai 'Rifqi' itu perlu. Perlu ada lemah lembut, sopan, santun dan berhikmah. Dakwah fardhiyyah kena buat dengan teliti dulu, fahami kesesuaian mad'u. Ini tidak, menyantuni masyarakat sekeliling pun jarang, tetiba sekali dua bersua terus nak main 'sentap-sentap'. Tak ke horror gitu? Saya lebih prefer nilai rifqi ini. Eh, bukan prefer, wajib ada. Para duat kena pandai ambil hati dulu, bina kepercayaan, kukuhkan ukhuwwah barulah mudah nak dakwah.

Dan ingat juga, rifqi bukan hanya lemah-lembut saat berdakwah, jangan ingat waktu lain kita boleh tunggang-langgang pulak. Duat kena ingat, seluruh susuk kehidupan kita ada dakwah. Nafas kita dakwah, makan kita dakwah, lepak kita dakwah, main bola kita dakwah hatta tidur itu pun dakwah. Maka seluruh akhlak kita perlu ada nila bersopan, santun dan berhikmah tu. Ia boleh jadi semudah tolong kemaskan kasut-kasut roomate, minta izin bila nak keluar bilik serta tolong-menolong bila study. Ingatlah, bila kita berada di jalan ini, seluruh hidup kita telah korbankan untuk dakwah. Bukan rifqi sana-sini bila bersama naqib anda sahaja ye.

Ingat dakwah, ingat rifqi.

Sekian, pandangan marhaen saya.

Wassalam.

P/s : Saya betul-betul rindu hati saya.  


Monday, May 5, 2014



“Uwais… Main futsal jom!”

“Erm… Malas ar. Aku takde mood hari ni. Rasa nak baring-baring je atas katil”

“Ala… Come on ar bro. Dah lama kot kita tak berpeluh ni. I miss futsal so bad”

Dari atas katil, Uwais merenung muka sahabatnya Khairullah yang berdiri pintu biliknya. Sahabatnya berlari-lari setempat di depan pintu. Ada lagak atlet cemerlang di situ.

“Jom ar Uwais. Time is running out ni. I am even wearing my favourite jersey today.” Khairullah menepuk-nepuk dadanya. Cuba show off jersey Chelsea kegemarannya.

“Orait. You win Khai.” Uwais bangkit perlahan-lahan untuk bersiap.

“Now that’s my bro”

“But on one condition though”

“Anything for you my man”

“Kalau kena jadi keeper, kau je la jadi eh. Haha”

“Well played bro, well played”

*********

GOOOOOOLLLLLL!!!!! Striker pasukan lawan bersorak girang. Dengan mudah sekali mereka skor gol demi gol. Masuk gol yang sebentar tadi dah lima kali rasanya Khairullah gagal mengawal gawang golnya daripada dibolosi. Nama sahaja riadhah waktu petang, nama sahaja main game friendly demi sihatkan badan, tapi mentaliti mereka yang sedang bermain di atas padang macam berjihad di medan perang. Game futsal jadi serious dan tegang.

“Khai, sorry aku tak defend elok-elok tadi” Uwais rapatkan dua tapak tangannya tanda minta maaf atas kecuaiannya yang menyumbang kepada gol pihak lawan.

“Takpe. Chill je. Main je”

Uwais main as defender. Ada segaris stress dekat wajah Uwais setiap kali opponent score gol. Khairullah yang main sebagai keeper yang kejap-kejap kena bolos pulak masih dengan tenangnya tersenyum sengih main futsal. Enjoying the game katanya.

GOOOOOLLLLLLL!!!! Dan itulah gol keenam yang diperolehi pihak lawan. Khairullah masih setia mengutip bola yang dia lepaskan ke dalam gol. Khairullah yakin kalau game petang ni anugerah ‘flop of the match’, dengan yakinnya dia bakal merangkul anugerah tu. Dah enam kali kena bolos, Khairullah pun naik segan juga. Walaupun tiada fans yang sedang cheering di keliling padang futsal tu, dia tetap ada rasa malu. Di carinya Uwais dengan pandangan matanya. Moga-moga dengan melihat wajah sahabat baiknya itu, ada terdorong sirna cahaya motivasi untuk bermain dengan prestasi yang lebih baik.

Saat anak matanya menangkap Uwais, sahabatnya sedang berjalan keluar daripada padang dengan kepalanya menunduk ke bawah. Ada riak hampa di wajahnya. Khairullah terus membuat isyarat tangan untuk diganti. Dia terus bergegas menuju ke Uwais yang sedang duduk termenung panjang di tepi padang.

“Kau injured ke Uwais?”

“Tak lah.” Uwais membalas ringkas.

Mereka berdua diam sebentar. Memerhatikan perlawanan futsal antara pasukan lawan dan pasukan mereka. Bezanya pasukan mereka sekarang dah dapat khidmat 2 pemain baru yang dari tadi hanya jadi substitute di tepi padang. Dan tak sampai 5 minit pun, pasukan mereka tadi dah jarring 3 gol untuk kejar balik.

“Good game bros!!!” Khairullah menepuk tangan meberikan sokongan kepada pasukannya. Walapun pujiannya nampak macam tak diendahkan.

“Pffft…” Uwais mengeluh sikit. Pelik bunyi keluhan dia.

“Are you okay Uwais? Kau nampak macam under the weather. Bad day ke?”

“Kau tak perasan ke apa yang berlaku dalam game tadi?”

Khairullah senyap. Dia tahu ni titik permulaan untuk Uwais buka cerita.

“Dari awal kita main tadi, kau nampak tak teammates kita tak passing kat aku. Aku macam tunggul je kot. Bila aku terlepas bola, semua buat muka.”

“Well I suppose kita berdua memang a bit kaki bangku sikit. But, chill. It’s just a game”

“That’s not the point Khai”

“Then tell me”

“Kita dah 4 semester dekat law school ni. And I am still a nobody. Aku datang fakulti ke, tak datang ke, mana ada orang kisah”

“I care”

“Kau lain. Kau bestfriend aku. I mean look at me. I am so awkward. Susah nak mingle around. Bila jumpa orang, lidah aku terus jadi kelu. Law students kan kena pandai interact, get along with everyone.”

“Not necessarily”

“Hear me out first. I’ve been thinking a lot kot. Aku ni, kalau benda-benda kecil pun susah nak buat properly. Buat tu salah, buat ini salah. You remember what happen in land law class?”

“Yang mana satu?”

“Ni masa tutor kita criticize aku. Dia kata aku present nothing. Dia kata I was not well prepared, tak pandai present and so on. Kecik hati aku weyh. Kalaulah dia tahu effort yang aku letak dalam nak present all those cases kat depan class tu. And not just land law. Other classes as well. Kadang-kadang aku kecewa bila idea yang aku lontarkan kena gelak just because it was different. Aku tak tahu la Khai… Tak mudah orang nak faham aku and aku ni pulak on the other end susah nak fahamkan orang apa yang ada dalam fikiran aku. I just wish to be heard. To be somebody in their eyes”

“Jadilah diri sendiri kalau gitu”

“That’s another problem. I know I’m a bit different. Fesyen aku. Cara aku bawak diri aku. And people somehow can’t comprehend that. They tried to change me. Diorang kata untuk kebaikan aku jugak. I appreciate their efforts. Tapi aku rasa tak selesa kot kena berubah just to fit in. But at the same time, I want to be acceptable. Sigh… Khai, tengoklah aku ni. Hakikatnya aku ni nobody kot. Kalau kau tanya seniors or juniors maybe ada yang tak kenal aku. I’m not surprised kalau ada batchmates kita yang tak kenal aku. This nobody feeling is killing me”

Permainan futsal semakin rancak. Dan Uwais juga makin larut meluah perasaan kepada Khairullah. Selang beberapa ketika, Khairullah tersenyum mendengar luahan Uwais.

“Khai, aku serious ni. Nape kau senyum-senyum pulak?”

“I know you are. Bila law students start speaking, that means they are serious. Aku senyum pun bukan apa, tengah fikir jawapan nak pujuk kau. Haha”

“Iye lah tu”

“Iye… In fact aku dah ada jawapan dah pun untuk masalah kau ni”

“Serious?”

“Yes I am. Wanna know the answer?”

“Yes please”

“Haha. Well not know. Malam ni lepas usrah, kita gi minum-minum dekat Nabila Corner, nanti aku cerita dekat kau everything untuk selesaikan masalah kau ni. Deal?”

“Deal”

*********

“Bos! Air extra joss anggur taruk susu gelas besar dua ye!” Khairullah memesan minuman sebaik sahaja mereka tiba di kedai makan.

“Kau nak makan pape tak Uwais? Aku belanja ni”

“Nope. Aku nak dengar jawapan kau Khai. Aku dah penat dah jadi gini. I want to change”

“Okay then. Merujuk kepada curahan hati kau petang tadi, sebenarnya aku dah lama pun perasan. Aku tahu kau lama dah pendam perasaan gitu. Cuma aku tunggu masa yang sesuai untuk bagitau kau”

“Meaning?”

“Meaning dia sesetengah perkara kita kena sampaikan pada masa yang sesuai”

“So?”

“Jadi… Takyah nak ‘so-so’ sangat. Wakaka. Dengar sini. Aku mulakan dengan sebuah cerita. Pada suatu hari…”

“Khai, seriour ar…”

“Okay, okay aku memang nak cerita ni. Tapi takdelah sampai start dengan pada suatu hari semua tu. Uwais, kau pernah dengar kisah Uwais Al Qarni?”

“Tak”

“There you go. Proving my point”

“Apa kau merepek ni Khai?”

“Point aku is, kau tak pernah dengar kisah pasal Uwais Al Qarni ni kan? So most probably mamat ni mesti bukan someone yang famous, bukan someone yang well known”

“Okay…”

“Okay sekarang kau pernah tak dengar kisah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman Auf, Khalid Al Walid, Salahuddin Al Ayubbi, Muhammad Al Fateh?”

“Pernah la. Kan kita ada bincang kisah para sahabat dan tokoh-tokoh Islam dalam usrah kita”

“Bagus, aku pun confirm kau pun tahu kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan mereka. Betapa mereka bersungguh-sungguh untuk Islam semua kan. Atas sebab kisah luar biasa ni lah kisah mereka jadi teladan sepanjang zaman. Sebab sungguh luar biasa mereka semua. So, soalan aku, kenapa kau tak pernah tentang Uwais Al Qarni ni pulak?”

“Sebab dia tak luar biasa. Ye ke? I don’t know”

“Are you sure? Kau nak kunci jawapan tu tak?”

“Hey, kau ingat ni program realiti ke nak kunci jawapan semua”

“Haha… Sorry, sorry. Saja nak menceriakan suasana. Lambat pulak air ni nak sampai”

Dan panjanglah umur pakcik kedai tersebut sebab baru sahaja mereka menyebut-nyebut tentang minuman yang dipesan, 2 gelas besar extra joss anggur campur susu telah terhidang di depan mata. Masing-masing menikmati minuman mereka.

“Cepatlah sambung Khai”

“Okay. Nak sambung la ni. Jawapan kau tadi separuh betul. Uwais Al Qarni memang tak terkenal. Tak seperti para sahabat nabi yang lain, yang kisah mereka semua terakam untuk bacaan kita. Uwais Al Qarni tidak pula. Tapi tu bukanlan bermakna Uwais Al Qarni tidak se’luar biasa’ para sahabat yang lain. Kisahnya, Uwais Al Qarni ni seorang yang yatim. Langsung tiada ciri-ciri istimewa, namun taat kepada ibunya luar biasa. Dia juga sering dicemuh masyarakat sekeliling sebab dia sopak, miskin, pakaian pun buruk. Tapi kita kena ingat, kemiskinan bukan ertinya kehinaan. Sepanjang hidup Uwais Al Qarni sangat ingin untuk bertemu dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Sebabkan taat kepada ibunya dan Uwais Al Qarni waktu tu stay dekat Yaman, jauh beribu batu daripada Madinah, jadi dia keberatan sikit nak travel ke Madinah untuk menatap sendiri wajah Rasulullah, insan yang paling dikasihinya. Sampai Rasulullah wafat pun, Uwais Al Qarni tak sempat nak jumpa Nabi. But… The twist of the story is… Cuba teka?”

“Manalah aku tahu Khai, cepatlah sambung cerita”

“Orait, even though dia tak sempat nak jumpa Rasulullah, tapi baginda Nabi sangat mengenali dirinya. Rasulullah siap pesan dekat Umar dan Ali lagi supaya bila jumpa Uwais Al Qarni, minta doa dengan dia. Dahsyat kan? Kalau dalam keadaan kita la sekarang, dia ibarat kau jumpa Uztaz Azhar Idrus, then UAI minta kau doakan dia. Kan dah macam terbalik gitu? Tapi itulah specialnya Uwais Al Qarni. Rasulullah tambah lagi, menurut baginda memang Uwais Al Qarni ni sangat biasa pada pandangan manusia. Terlalu biasa sangat pada pandangan manusia. Tapi dekat atas sana, dalam kalangan penghuni langit, wallahi, Uwais Al Qarni teramat-amat terkenal hingga tahap selebriti gitu”

“Ouh… Cool nya. Apa yang dia buat sampai dapat penghormatan yang macam tu sekali?”

“That’s another point to ponder. Kita pun tak tahu. Yang kita tahu Uwais Al Qarni seorang anak yang taat, sabar dalam mengharungi kesusahan hidup. Apa yang buat dia begitu special di mata Illahi, kita sendiri pun tak tahu”

“Okay… Interesting story tapi apa kaitan dia dengan masalah aku”

“Semuanya berkait Uwais. Dalam dunia yang kita tinggal sekarang manusia semuanya mementingkan pandangan manusia. Apa yang kita cakap, buat, pakai, makan semuanya kita nak ikut trend. Kita nak fit in, blend in dengan orang sekeliling. Kita jadi buta sebab terlalu dan mengejar acceptance dan recognition. Akhirnya pandangan dan kata-kata manusia jadi segalanya buat kita. Seolah-olah pandangan manusia tu dah jadi kiblat hidup kita. Yang lebih teruk lagi, kita terlalu leka dengan semua tu hingga pandangan Allah yang sepatutnya kita utamakan, tergadai”

Khairullah berhenti untuk mengambil nafas seketika.

“Bezanya kita zaman sekarang ni dengan Uwais Al Qarni. Dia tak pernah kejar recognition di mata manusia. Yang dia cari keredhaan ibunya dan keberkatan hidup bertuhan. Penyakit sopak yang membuatkan dia lagi terhina di mata manusia itu pun dia tempuh dengan sabar dan ikhlas. Betapa Uwais Al Qarni sangat mensyukuri kebiasaan dan kesederhanaan yang Allah kurniakan padanya. Pada mata manusia yang biasa ini, dia bukan sahaja nobody, malah someone yang terhina, yang tidak punya apa-apa. Tapi dalam pandangan Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya, Uwais Al Qarni dipandang dengan penuh rasa cinta, sayang dan rahmat hingga namanya di sebut-sebut dekat langit sana”

Uwais menghirup air biarpun yang tinggal dalam cawan hanyalah ketulan-ketulan ais.

“Antara terkenal di mata manusia ataupun terkenal di mata Illahi, mana satu yang lebih mulia? Antara mengumpul berjuta likes di FB or beribu retweet di Twitter dengan nama kita disebut-sebut di kalangan penghuni langit sana, mana lagi awesome?”

“Kenapa kau cerita kisah ni kat aku Khai?”

“Sebab aku nak kau jadi Uwais Al Qarni zaman moden. Toksah la dok fikir lagi pasal pandangan orang lain tu Uwais. Orang kita ni memang mengamalkan judicial activism. Aktif benar dalam menghukum dan menghakimi orang lain. Ingat pesan Imam Ahmad, hidup ni kalau asyik nak puaskan manusia, sampai bila pun takkan tercapai. Sia-sia. Jadilah diri sendiri. Kan lebih selesa gitu? Yang kita kena fikirkan, risaukan dan bimbangkan ialah pandangan Allah terhadap kita. Kalau seluruh umat manusia suka dekat kita pun tapi Allah murka, apalah ertinya kan?”

Kali ini Khairullah berhenti sekejap. Memberi masa untuk Uwais menghadam apa yang baru disebutnya.

“Uwais… Aku dah kenal kau 2 tahun dah. Aku tahu kau anak yang baik, selalu dengar cakap mak ayah. Potensi yang ada dalam diri kau besar sangat. Biarlah kalau orang lain tak perasan, tapi aku sentiasa tahu. Dalam banyak-banyak batchmates kita, kau paling rajin. Kalau paling banyak bagi effort kalau groupwork, kau jugak yang selalu research nak cari info, cases, and related laws semua. Uwais, aku nak kau faham, terkadang kerja-kerja yang kau buat ni, orang panggil di kerja-kerja background. Usaha-usaha yang tersembunyi di mata manusia, tapi jelas mulia di mata Illahi. Kita hidup, berkerja di muka bumi bukan sebab nak kejar nama, kita nak kejar syurgaNya nanti. Macam dalam dakwah juga, ramai je yang jadi artis-artis Islamic, dapat followers dan fans yang beribu. Tapi itu bermakna artis-artis tu lebih mulia di mata Allah berbanding dengan para naqib dan naqibah yang sibuk membanting tulang mengendalikan bulatan usrah? Tak kan? Allah akan sentiasa pandang usaha, ingat tu. Dan kalau kau nak rasa special, ingat ni Uwais. Kau special sangat di mata aku. Bila berkawan dengan kau, bila kau ada dekat aku terus rasa bersemangat nak berkerja, terus malu nak buat dosa. Itulah specialnya kau Uwais”

Uwais mengangguk-angguk. Cuba betul-betul memahami ceramah panjang Khairullah.

“Kalau kita baca surah Al Kahfi pun, Allah ada cerita tentang pemuda-pemuda Ashabul Kahfi kan? Tapi ada tak Allah sebut nama diorang? Kan ada unsur unmensi di situ? Tapi pemuda Ashabul Kahfi tetap sahaja jadi inspirasi selamanya”

“Thanks Khai. I really need to hear that. It’s just so hard sometimes”

“Sabar Uwais… Dunia ni memang tempat untuk diuji. Allah akan datangkan pelbagi ujian dalam pelbagai bentuk sampai terkadang ada yang kita tak pernah terbayangkan pun”

Mereka dua diam sebentar. Sama-sama muhasabah diri.

“Uwais… Kau tahu apa jadi bila Uwais Al Qarni jumpa Sayyidina Umar?”

“Erm, ceritalah”

“Lepas jumpa Sayyidina Umar, Uwais Al Qarni minta izin untuk ke Kufah. Maka Umar pun nak offer la dengan nak menulis surat kepada gabenor Kufah. Ye lah sebab selebriti langit nak travel ke Kufah ni. Tapi Uwais Al Qarni menolak dengan lemah lembut. Dan ayat dia sumpah lejen”

“Apa je yang dia kata?”

“Uwais Al Qarni kata kepada Umar, “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai” Lejen kan? Aku harap aku tak salah dalam memberi nasihat ni dekat kau Uwais. Aku pun, banyak lagi nak kena muhasabah diri jugak. Kita sama-sama la belajar daripada kisah biasa yang luar biasa tentang Uwais Al Qarni ni. Okay?”

“Orait bro. Thanks again”

“Thanks je ke? Belanja la aku nasi goreng ikan masin. Perut jadi lapar lepas cerita semua ni. Wakaka”

“Kau memang…”

*********

“Eh, Uwais… Kau tukar nama Twitter kau eh?”

“Haah”

“Abis kau pakai nama apa je ni? Cepatlah, aku nak tag nama kau dalam gambar ni”

“Selebriti Langit”



Dan Khairullah dan Uwais pun saling tersenyum. Mengharap ukhuwwah mereka umpama Musa dan Harun. Teguh menderu di jalan Allah.

Wassalam...

P/s : Alhamdulillah siap sebuah karya ringkas. Saya nukilkan karya ini buat teman-teman seperjuangan. Terutamanya buat Akh Akmal, yang menjadi inspirasi saya untuk menulis. Semoga bertemu ibrah dalam membacanya.




Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts