Saturday, June 25, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. I know bulan Rejab dah nak habis, tapi tak kira jugak, nak jugak post pasal kelebihan Rejab. Oh and it is the month of my love, Allah s.w.t Check out the info yang telah saya copy and paste daripada blog lain jugak. Sorry tak sempat nak tulis panjang-panjang kali ni sebab busy sikit buat assignment. Allahu, lapangkanlah sikit masaku ini.

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Sunday, June 19, 2011

Gambar Kelas :)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Salam kesabaran dan salam pentarbiyahan ke atas diri sendiri.


MerinduiMu dalam setiap nafas dan lafazku...



Astargfirullahalazim. Betapa kerdilnya hati ini, saat cintaMu terasa menjauh menghilang. Sebagai seorang hamba, tiada apa yang lebih didambakan melainkan cinta Illahi yang tidak kunjung malap. Dalam meniti, kehidupan baru ini, saya merasakan makin kencang turun dan naiknya tahap iman saya. Ironik, sebab busy kat sini is nothing yet compare to MOZAC. Masa untuk beribadah saya rasakan makin luas, tapi macam ada faktor penarik yang buat saya rasa jauh jer denganMu. Maka, saya nukilkan nestapa hati ini, biar hati ini diam tenteram dalam keredhaan dan kasih sayangMu.


15 June 2011, telah berlansung mesyuarat antara CR-CR (Class Representative) untuk program asasi undang-undang UiTM dan KPTM. Saya pun sempat menghadirkan diri ke perjumpaan tersebut selaku wakil kelas A, dengan hati yang terpaksa, haha... Mesyuarat kali ini diadakan bertujuan untuk memilih Hi-Com of the CR Council. Bunyi macam gempak jer but it's nothing awesome actually. So the posts available are Head of CR, Assistant Head of CR, Secretary and Assistant Secretary of CR Council dan jugak Treasurer and Assistant Treasurer of CR Council. Mesyuarat dimulakan dengan setiap CR diminta untuk memperkenalkan diri dan past leadership experiences. As a Muzaffarian, we are always tought to be proud of your school. 'Muzaffar Kebanggaan Kami'. So I proudly state that I am a muzaffarian and we always claim that we are the best. Oops, bukan nak becakap besar atau berbangga diri tapi, (memetik kata-kata Amudhan), "We are just simply proud of our school". Thank you MOZAC. Selesai masing-masing memperkenalkan diri, proses pemilihan yang agak demokrasi dimulakan. Setiap orang berhak untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang mereka nak. So selepas dua orang telah dicalonkan for the Head of CR position, keadaan senyap sebab rasanya macam dah tak de calon lain. Then...


Anonymous Girl : Wait, I think that guy looks reliable. (while pointing at me)

Me : ..... (Confused and dalam hati: Do I know her?)...



So, macam tu lah saya di calonkan untuk Head of Class Rep tanpa keinginan saya. And Allah memang nak menguji saya apabila saya dipilih oleh majoriti untuk position tersebut. Oh by the way, that anonymous girl was actually Nik, who currently is my assistant. Saya masih lagi dalam keadaan terkejut macam mana boleh ada dalam position ni. Terasa macam nak menolak, tapi saya teringat amanah saya sendiri dekat MOZAC dulu, "Kalau semua orang tak nak pegang tanggungjawab, siapa lagi yang nak pegang tanggungjawab ni" Thank you Aisyah, for reminding me. Baru beberapa hari jer, dah ada internal affairs dalam council yang Alhamdulillah berjaya diselesaikan (I hope...). Allahu, bimbinglah aku untuk menelusuri jalan amanahMu agar syurgaMu menjadi destinasi terakhirku.

Kejutan kedua : Semasa waktu rehat program bersama Timbalan Dekan semalam, dua orang muslimah telah approached saya. Saya seriously tak pernah nampak diorang around faculty of law. Sorry... Beyond my expectation....

Another Anonymous Girl : Azri, kami nak tawarkan awak jadi moderator untuk forum yang akan diadakan nanti. Kami akan jemput sekali ahli-ahli panel daripada luar dan dalam dan jugak peserta-peserta daripada IPTA lain.

Me : ......(Confused again)......



How am I suppose not to freak out? Layak ke saya ni nak mempengerusikan sebuah forum yang bakal disertai oleh panelis-panelis yang bukan orang-orang biasa ni. Allahu, macam mana ni? Untuk tawaran yang ini, saya masih lagi belum memberikan kata putus. I need time to istikharah dulu. Yang peliknya, kenapa saya? Out of thousands of people kat kampus ni, why must it be Ahmad Azri?



Yang lebih pelik lagi ialah diri saya ni sendiri. Dulu saya tak macam ni. I am always confident. Sekarang ni, kalau dah ada ujian sikit saya dah rasa perit dah. Maybe sebab dulu I have one great batch backing me. Betapa saya nak sangat semua OHANArians berada dekat sini sekarang ni. At least, my burden can be ease. I hope Allah akan permudahkan jalan untuk saya and that I can cope with everyone. Sekarang dah ramai yang kenal saya, but I don't even know most of them. (Tak rasa rude ke? I have to start remembering names and faces). I hope I can at least carry out my duty dalam keredhaanNya... Wassalam....

Monday, June 13, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, tak sempat update minggu lepas, Allah bagi chance untuk tulis malam ni. So yeah, memandangkan dah berada di universiti, maka masa makin sempit. Makin sikit waktu yang tinggal untuk diri sendiri. So posting kali ini, saya nak cerita sikit pasal kehidupan 3 minggu di UiTM Shah Alam. Yer, saya masuk dengan tak rela, tapi now, UiTm di Hatiku. Haha. But still thinking nak sambung kat sini or kat UM. Arr, tu nanti kita fikirkan. Sekarang I just want to write things that happen here.

Bismillahirahmanirahim, dengan nama Allah, saya mulakan perjalanan menutut ilmu sekali lagi. But this time, bukan lagi mengambil subjek sains but subjek yang saya idam-idamkan selama ini. Yeah, you got it right, it's LAW!!! Overreacting sebentar. Deep in my heart, saya masih jugak tertanya-tanya, betul ke saya nak amik law ni? Law ni sesuai ke dengan jiwa saya? Law ni best ke tak? Thousands of question rush into my mind at the same time. Tapi orang-orang melayu selalu kata, 'Tak kenal maka tak cinta'. So kita hadapinya dulu. Mungkin ini yang terbaik yang dah Allah sediakan untuk kita. Tak perlu lagi bercerita tentang Minggu Destini Siswa, kita jump off terus ke first week in Law Faculty a.k.a The Cempaka. Fakulti undang-undang dekat sini, terdiri daripada 3 buildings, Cempaka 1-3. So basically my kuliah and tutorial hanya revolve around area sini. And I am really grateful of it as the faculty is just across the road, literally. Daripada Perindu College dah boleh nampak dah bangunan tempat study.

Then, I was put into the LWA01A Association. There are 34 of us in this class which sadly consist only 11 boys and the rest are girls (some people will be grateful for this situation kan?). At first memanglah awkward sebab, semua tak kenal satu sama lain except for my new partner in crime, Akhi Naim yang saya kenal dari dulu. But as time progress, we get to know each other and not bad, kitaorang boleh dikatakan satu kepala jugak lah. And this is what I don't really like about this class. Ehemm, without a proper democracy, I was appointed as the Class Representative in other word Class Slave. Urghh... I tought I could run away from responsibilities but can't help it. Why Allah? Dengan menenangkan hati, I pun carry out my duty as proper as possible. Kadang rasa tak ikhlas jer bila kena tinggal kelas untuk pergi photostate or time lecturer suruh stay sebab nak amik nota ataupun kena amik buku for classmates. But my classmates pandai redupkan hati saya, even though they never know it. Haha, saya sangat menghargai sebenarnya, bila saya pass out notes or books or when I am talking in front, they give me excellent cooperation and sentiasa cakap terima kasih. Whoa~ really proud of you guys. And I should also thank Amira, for assisting me.

My studies? Ok la. Sekarang ni baru ada 3 je assingment, tu pun dah berterabur nak buat. Cuma saya selalu kena paksa diri untuk baca buku-buku serta nota-nota law tu. Ada time rasa macam best, and at one time macam boring pulak. Oh, I am going to take 7 courses for this semester which are Introduction to Law, Introduction to Malaysia Government and Politics, Legal Research and Information Skills, Critical Thinking, Intermediate English and Islamic Studies. Haha. Pretty fun sebab my lecturers memang fun dan masing-masing ada personality sendiri. I need to keep up and be the best. Sebab I dream of becoming the General Attorney. One problem though, I don't really understand the legal terms. But then, it's not a big deal. Some of the Article inside Federal Constitution sangat susah untuk difahami tanpa translation. Pening kepala macam ni, tapi kenalah strive kalau nak excel.

Last part is my room. Room 1313 : Where Great Lawyers Are Born. Haha, thank you Allah for providing me such great roomies. Sangat compatible dengan mereka. Cuma belum sempat lagi untuk keluar explore Shah Alam secara berjemaah. Oh dan saya sudah fall in love dengan ABC di Seksyen 2 Shah Alam. Like no other. Duduk dekat sini memang sangat banyak hiburan, dan duit pun senang jer keluar. Allahu bantulah aku dalam urusan kewangan ni. In this one year, InsyaAllah, I am going to learn a lot of things inside and outside lecture. Cuma ini jaminan saya, bukan mudah nak jaga iman dekat sini. So rasanya sampai sini je la dulu. Terima kasih sebab baca this posting which focus on me. Sorry yer kalau x suka. Sekian. Wassalam~

P/s : Saya dah jarang nampak seorang sahabat saya ni, nama jer blaja satu fakulti tapi jarang-jarang bertembung. Ya Allah, Kau luaskanlah masa kami dan berikan aku peluang bertemunya agar aku tahu dia dalam keadaan baik dan sihat. To Anis Atika, I pity you sebab kena study di ladang kelapa sawit. Haha.

Saturday, June 4, 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, dalam kesibukan menyambung pelajaran, Allah masih lagi beri kesempatan untuk menulis lagi dalam ruangan ini. Hopefully, blog ini belum berhabuk atau bersawang. Oh, dengan ini saya nak highlight sikit yang saya kini berada di alam pengajian tinggi. Bersyukurnya, setelah puas bercuti, masa untuk hilangkan karat-karat di minda ini. Lebih tepat lagi saya kini bergelar seorang mahasiswa Universiti Teknologi MARA Shah Alam. So as all of you maybe can guess, post kali ini saya nak tulis sikit tentang tempat menimba ilmu saya sekarang ini.

People who are close to me will definitely know, that it has always been my dream to pursue my study in law. I wish that I can be Malaysia's youngest National Lawyer. Dulu masa dekat MOZAC orang selalu tanya, "Nanti nak study local ke oversea?" Dan saya akan selalu jawab yang mana-mana pun ok, tapi local lagi baik sebab sekurang-kurang terjamin sikit condition iman ini. Seperti yang diterangkan dalam post sebelum ini, saya telah ditawarkan JPA local scholarship. Yang peliknya, masa tu saya rasa tak bersyukur lansung sebab saya ingat kalau x dapat oversea maknanya I am a failure. Tapi sekarang saya sedar Allah ada perancangan yang lebih baik dan berhikmah untuk saya. Jujur saya katakan, yang kalau boleh saya nak study law kat UIAM, but end up here in UiTM. So, tanpa pilihan saya menuju ke UiTM dengan bibit keraguan yang masih lagi merajai hati.

Tak mungkin bergelar warga UiTM kalau tak melalui Minggu Destini Siswa. Minggu yang telah mengubah perspektif saya. Currently, I am an official residence of Perindu College, the only male residence college in UiTM. Alhamdulillah banyak-banyak sebab dikurniakan roomies yang happening dan sekepala. At first saya tak dapat rasakan perasaan bangga bergelar warga UiTM, walaupun seniors telahpun berusaha keras untuk install perasaan tu dalam hati saya. Setiap hari saya nyanyi lagu keramat 'UiTM Di Hatiku', tapi takde feeling lansung. Perjalanan ke Dewan Seri Budiman tak membawa apa-apa erti lansung kat saya. I just couldn't feel it.

Untill.....

Pada hari ketiga MDS, I was on my way to surau untuk menunaikan kewajipan fardhu Zohor. Everything seemed to be fine sehinggalah dengan takdir Tuhan, tapak kasut saya tercabut. Masa tu rasa malu sangat dan saya terpaksa keluar daripada barisan and duduk kat tepi. (ya, kami beratur untuk pergi ke surau, x percaya ker?) Yang peliknya, budak-budak lain macam tak perasan pun apa yang dah jadi kat saya. They all just walked pass me. SubhanAllah, hati saya sedih sangat masa tu. Terdetik jugak kenapalah Allah timpakan musibah kat sini jugak. Lepas semua orang dah berlalu saya pun nak bangun balik dan saya nampak satu tulisan ni. Tulisan ini telah diukir rapi di atas satu ruang kaca dekat Menara SAAS. Tajuk dia Pembela Bangsa. Saya pun bacalah. Lepas baca sahaja, rasa menggigil tubuh badan ini dan air mata saya pun mengalir. Tulisan itu saya anggap hidayah daripadaMu dan menjawab kenapa saya dihantar ke UiTM. Malangnya tak ingat pulak tulisan tu. Seriously, selepas saat itu UiTM terus melekat dalam hati saya

Now, I am confident why I am send here. Tapi masih lagi harus berhati-hati dalam urusan melindungi iman. Sangatlah mencabar sebab 85% warga UiTM ialah perempuan. Kadang-kadang rasa sedih jugak, sebab ini tempat anak bangsa. Di mana putera bangsa? Tapi tahap sosial masih ok. Moga kita semua terus menerus dalam perlindunganNya. InsyaAllah, selagi hayat dikandung badan, saya nak terus berada di sini demi anak bangsa bumi berdaulat. Di sinilah maruah bangsa kita diangkat dan dijunjung. Moga Allah merahmati perjuangan ini. Here I proudly present you Pembela Bangsa by Prof Dr Kamil

Siapa pembela bangsa
Ketika seluruh perasaan didera
Hati dilapah dan jiwa dijajah
Mati kaku sebagai hamba
Di tanah pusaka bumi tercinta

Siapa pembela bangsa
Penyala obor
Ketika ayah seorang penoreh
Bermula dini hari mencurah tenaga
Sepanjang masa, berpenat,
Meleleh keringat, yang mampu hanya
Sesuap nasi, menceriakan ramai wajah
Membangun sejuta impian

Ajaibnya tanah pusaka
Bumi bertuah
Anaknya menjadi peguam cara
Cucunya menjadi pemimpin negara
Cicitnya berniaga di selatan dan utara
Bertutur, berdialog – petah dan bersahaja
Terlupa yang baru beberapa ketika
Keturunannya dalam duka nestapa
Bertarung dengan tanah, pohon dan gelora
Hanya untuk terus membuka mata

Siapa pembela bangsa
Anak watan berjiwa waja
Siapa pembela bangsa
Anak watan berjiwa perkasa
Siapa pembela bangsa
Anak watan berjiwa merdeka
Pintar menunjuk arah jelas pesona
Gagah membuka pintu luas sedunia
Bijaksana mengubah bangsa
Bermaruah, berharta dan berbangga
Di tanah pusaka bakal kekal selamanya
di mercu tinggi peradaban bangsa

Wassalam~

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts