Saturday, June 4, 2011

 9:18 PM   Anonymous   ,    4 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, dalam kesibukan menyambung pelajaran, Allah masih lagi beri kesempatan untuk menulis lagi dalam ruangan ini. Hopefully, blog ini belum berhabuk atau bersawang. Oh, dengan ini saya nak highlight sikit yang saya kini berada di alam pengajian tinggi. Bersyukurnya, setelah puas bercuti, masa untuk hilangkan karat-karat di minda ini. Lebih tepat lagi saya kini bergelar seorang mahasiswa Universiti Teknologi MARA Shah Alam. So as all of you maybe can guess, post kali ini saya nak tulis sikit tentang tempat menimba ilmu saya sekarang ini.

People who are close to me will definitely know, that it has always been my dream to pursue my study in law. I wish that I can be Malaysia's youngest National Lawyer. Dulu masa dekat MOZAC orang selalu tanya, "Nanti nak study local ke oversea?" Dan saya akan selalu jawab yang mana-mana pun ok, tapi local lagi baik sebab sekurang-kurang terjamin sikit condition iman ini. Seperti yang diterangkan dalam post sebelum ini, saya telah ditawarkan JPA local scholarship. Yang peliknya, masa tu saya rasa tak bersyukur lansung sebab saya ingat kalau x dapat oversea maknanya I am a failure. Tapi sekarang saya sedar Allah ada perancangan yang lebih baik dan berhikmah untuk saya. Jujur saya katakan, yang kalau boleh saya nak study law kat UIAM, but end up here in UiTM. So, tanpa pilihan saya menuju ke UiTM dengan bibit keraguan yang masih lagi merajai hati.

Tak mungkin bergelar warga UiTM kalau tak melalui Minggu Destini Siswa. Minggu yang telah mengubah perspektif saya. Currently, I am an official residence of Perindu College, the only male residence college in UiTM. Alhamdulillah banyak-banyak sebab dikurniakan roomies yang happening dan sekepala. At first saya tak dapat rasakan perasaan bangga bergelar warga UiTM, walaupun seniors telahpun berusaha keras untuk install perasaan tu dalam hati saya. Setiap hari saya nyanyi lagu keramat 'UiTM Di Hatiku', tapi takde feeling lansung. Perjalanan ke Dewan Seri Budiman tak membawa apa-apa erti lansung kat saya. I just couldn't feel it.

Untill.....

Pada hari ketiga MDS, I was on my way to surau untuk menunaikan kewajipan fardhu Zohor. Everything seemed to be fine sehinggalah dengan takdir Tuhan, tapak kasut saya tercabut. Masa tu rasa malu sangat dan saya terpaksa keluar daripada barisan and duduk kat tepi. (ya, kami beratur untuk pergi ke surau, x percaya ker?) Yang peliknya, budak-budak lain macam tak perasan pun apa yang dah jadi kat saya. They all just walked pass me. SubhanAllah, hati saya sedih sangat masa tu. Terdetik jugak kenapalah Allah timpakan musibah kat sini jugak. Lepas semua orang dah berlalu saya pun nak bangun balik dan saya nampak satu tulisan ni. Tulisan ini telah diukir rapi di atas satu ruang kaca dekat Menara SAAS. Tajuk dia Pembela Bangsa. Saya pun bacalah. Lepas baca sahaja, rasa menggigil tubuh badan ini dan air mata saya pun mengalir. Tulisan itu saya anggap hidayah daripadaMu dan menjawab kenapa saya dihantar ke UiTM. Malangnya tak ingat pulak tulisan tu. Seriously, selepas saat itu UiTM terus melekat dalam hati saya

Now, I am confident why I am send here. Tapi masih lagi harus berhati-hati dalam urusan melindungi iman. Sangatlah mencabar sebab 85% warga UiTM ialah perempuan. Kadang-kadang rasa sedih jugak, sebab ini tempat anak bangsa. Di mana putera bangsa? Tapi tahap sosial masih ok. Moga kita semua terus menerus dalam perlindunganNya. InsyaAllah, selagi hayat dikandung badan, saya nak terus berada di sini demi anak bangsa bumi berdaulat. Di sinilah maruah bangsa kita diangkat dan dijunjung. Moga Allah merahmati perjuangan ini. Here I proudly present you Pembela Bangsa by Prof Dr Kamil

Siapa pembela bangsa
Ketika seluruh perasaan didera
Hati dilapah dan jiwa dijajah
Mati kaku sebagai hamba
Di tanah pusaka bumi tercinta

Siapa pembela bangsa
Penyala obor
Ketika ayah seorang penoreh
Bermula dini hari mencurah tenaga
Sepanjang masa, berpenat,
Meleleh keringat, yang mampu hanya
Sesuap nasi, menceriakan ramai wajah
Membangun sejuta impian

Ajaibnya tanah pusaka
Bumi bertuah
Anaknya menjadi peguam cara
Cucunya menjadi pemimpin negara
Cicitnya berniaga di selatan dan utara
Bertutur, berdialog – petah dan bersahaja
Terlupa yang baru beberapa ketika
Keturunannya dalam duka nestapa
Bertarung dengan tanah, pohon dan gelora
Hanya untuk terus membuka mata

Siapa pembela bangsa
Anak watan berjiwa waja
Siapa pembela bangsa
Anak watan berjiwa perkasa
Siapa pembela bangsa
Anak watan berjiwa merdeka
Pintar menunjuk arah jelas pesona
Gagah membuka pintu luas sedunia
Bijaksana mengubah bangsa
Bermaruah, berharta dan berbangga
Di tanah pusaka bakal kekal selamanya
di mercu tinggi peradaban bangsa

Wassalam~

4 comments:

Che'ma said...

ana dpt uia.memang seronok sebab kita dapat rasa roh islam kt sini.tapi,lagi seronok kalau kita dapat tegakkan islam di tempat yang kurangnya roh islam.

Che'ma said...

btw,gud luck there..

Anonymous said...

salam... hye:) know what? first time tgk u remind me of my old friend. the similarity between u guys are both have leadership skills n responsible on ur duty. anyway, congrats dpt jadi head of CR :) gud luck! mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan. insyallah..

Unknown said...

Great azri! you raised up my spirit to fight what that have been for us.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts