Saturday, October 20, 2012


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Here's an Islamographic to ponder upon. Our purpose of life in short sweet summary. Isn't that hard right? Come on, lets strive towards mardhatillah then :)


Wassalam...

Thursday, October 11, 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Dengan nama Allah Yang Maha Melapangkan, syukur yang tidak terungkap dengan kata, atas masa yang Kau kurniakan. Allahu, Engkau terlalu sweet untuk aku tinggalkan :')

Allahamdulillah Ya Rabbal Alamin, rasanya dah terlalu lama tidak menulis apa-apa di sini. Kali ini bukan sebab tiada idea untuk dicurahkan tapi kekurangan waktu yang sangat menghimpit. Sekali lagi, dan berjuta kali lagi ingin aku ungkapkan rasa cinta pada Illahi kerana kelapangan yang selalu mengiringi setelah kesempitan.



Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina
(Al-Ghaafir : 60)

Allah itu Maha Awesome. Pesan Allah mudah aje, nak pape terus mintak je dengan Allah. Tadahlah tangan dekat mana sekalipun, walaupun di ceruk yang tak dikunjungi manusia, Allah pasti akan mendengar permintaan kita. Allah kan Maha Mendengar? Hatta, bisikan-bisikan rahsia kegirangan hati kita pun Allah tahu :) Pesan Allah dalam petikan Al-Quran di atas, Dia suruh kita berdoa kepadaNya, mintaklah apa je pun. Anda nak apa? Iphone5? Hyundai Starex? Zaujah sejati peneman perjuangan? First Class Law Degree? Nak masuk jannah yang paling cool, syurga Firdaus tu? Semuanya boleh. Unlimited. Allah itu Maha Kaya. Segala-galanya milik Allah.



Dan Allah janji lagi, "nescaya aku perkenankan permohonan kamu...". Allah pasti menepati janjiNya. Kalau bukan di dunia, di akhirat nanti Allah gantikan dengan perkara yang lebih baik lagi. Dan tiadalah perkara yang lebih mulia, melainkan mendapat keizinan untuk melihat wajah Allah Azza Wa Jalla di akhirat kelak. Anda nak? Saya mahu. Yang penting kita mesti berusaha. Jangan berpeluk tubuh aja dan harapkan benda tu jatuh dari langit. Islam ialah agama yang praktikal, maka muslim pun perlu jadi praktikal dan rasional :) Full time muslim, insyaAllah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka"
(13:11)

Inilah formula kejayaan yang Allah dah sediakan. Kita berusaha dan berdoa, pasti Allah akan makbulkan. Amin~



Saya nak kongsi cerita sikit boleh kan? Saya nak cerita tentang betapa Allah begitukan cintakan saya. Boleh eh? Hehe.

Setakat ini, apa sahaja yang saya tadahkan dan saya mohon dengan penuh kesungguhan kepada Allah s.w.t pasti Dia tunaikan. Seperti jaminannya dalam Al-Quran, berdoa, berusaha dan bertawakkal. Dulu saya mintak nak dapat 5A UPSR, masuk sekolah MOZAC, nak 8A PMR, straight A SPM, nak buat law degree dekat UM. Semuanya Allah tunaikan. Benarlah, Illahi takkan pernah mengecewakan hambaNya. Cuma kita yang terkadang alpa dan selalu kufur dan malas bersyukur. Futur kah kita? Dan tentulah sebelum Allah nak kurniakan saya semua ni, Allah pandang dulu effort saya, saya panjatkan ribuan doa kepadaNya dan bertawakkal kepada kententuan Allah. Apabila kehidupan kita ini, kita sandarkan sepenuhnya kepada Allah, nescaya hidup ini jadi mudah dan indah :)

Manusia ini takkan mudah puas, saya pun begitu. Kejayaan yang paling besar yang saya nak raih ialah saya nak berbahagia dan selamat di akhirat kelak. Mahu berada di kalangan orang-orang yang diredhaiNya. Untuk kejayaan sebesar itu, usaha juga harus berlipat-lipat ganda. Takkan nak berbahagia sorang-sorang dekat akhirat nanti? Ajaklah sekali ahli keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran, classmates, roomates, cikgu-cikgu, lecturer-lecturer, pekerja-pekerja dan semua orang sekali. Islam itu menjanjikan kemenangan, dan bukankah Islam itu untuk semua? :)



Sewaktu di Asasi undang-undang lagi, saya ada satu permintaan yang saya mintak sangat dekat Allah. Saya nak USRAH!!! Tak kira apa pun, saya teringin nak ada seorang murrobi dan ada usrahmates yang boleh tolong ketukkan kepala saya saat saya alpa dan leka dalam mencintaiNya. Saya sungguh-sungguh cari usrah tapi tak jumpa. Allahu, Engkau taknak aku berada di jalanMu ini ke? Risau saya dulu. Cemburu membara tengok kawan-kawan lain boleh gi keluar join usrah. Tapi kini tidak lagi. Hehe. Saya pun dah boleh bergembira bersama usrahmates saya. Alhamdulillah Ya Rabbi.

Selepas menghadiri pengisian Ini Sejarah Kita, terasa lebih menghargai lagi nilai sebuah ukhuwah itu. Ukhuwah, bukan sekadar mengetahui nama. Ia lebih bermakna daripada itu. Apa matlamat kita? Apa pulak alat kita? Nak bincang lebih-lebih boleh contact saya, kita boleh lepak-lepak dekat MidValley and discuss more on ISK. Hehe. Ilmu yang ada perlu dikongsikan. Tunaikan hak anda.

Tujuan utama saya tulis entry kali ni, saya nak kongsi dengan anda betapa pentingnya kita sandarkan hidup kita kepada Allah. Mintak dengan Dia, pasti Dia bagi. Anda boleh share dengan saya kisah cinta anda dengan Allah kalau anda mahu. Saya sangat teringin untuk mendengarnya. Boleh jadi inspirasi hati nanti. Allah takkan kecewakan kita. Berbahagia dan tersenyumlah selalu. Allah pasti akan berikan hikmah. Kita takkan rasa manisnya hidup ni kalau tak pernah dilambung ombak. Dia lebih tahu kan?



Apa yang ada pada diri saya kini, saya perlu berterima kasih dengan anda semua. Orang-orang di sekeliling saya yang banyak membentuk saya. Kalau boleh saya nak beli hadiah atau belanja anda semua makan, doakan ada rezeki lebih ye? Hehe. Sungguh, kehadiran anda semua banyak merubah hidup saya. Saya tiba di jalan yang jauh dan panjang, jalan dakwah dan tarbiyyah ini pun kerana anda semua. Syukran. JazakAllah... Terima kasih kerana menjadikan hidup ini lebih bermakna. InsyaAllah kita sama-sama doakan agar kita tsabat di jalan ini.



"Tidak Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu"
(Az Zariyat : 56)

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau akan menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan di dalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan-Mu?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
(Al-Baqarah :30)

Sekalung rasa terima kasih yang ikhlas dari hati buat penulis blog Diari Bulatan Gembira. Kerana anda begitu mencintai Allah, maka saya pun turut bersemangat mahu terus mencintai Allah dengan lebih lagi. Jazakillah kerana sentiasa yakin dengan diri saya. Terima kasih kerana selalu membahagiakan. Terima kasih kerana anda bergitu banyak sekali mendorong saya untuk berjaya hadir ke jalan ini. Tahniah kerana anda murrobi pertama saya. Bersyukur kepada Allah, kerana menemukan kita berdua. Moga kita berdua terus tsabat di jalan ini. Moga Allah redha :')

Segala puji bagi Allah dan segala rasa terima kasih buat anda semua. Anda sangat berharga buat diri saya :')




Wassalam...

P/s : Sekarang sedang rancak berdoa kepada Allah untuk mengurniakan diri ini seorang zaujah sejati  solehah peneman hidup dan perjuangan :) Mohon doanya daripada anda semua.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts