Monday, December 13, 2010

 11:51 PM   Anonymous      1 comment
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Kejadian ini telah berlaku pada tanggal 12 Disember 2010. Hayatilah kejadian ini

Saya : Dah update blog kau?
Ukhti : Belom lah. Aku x tau nak tulis ape. Huhu..
Saya : Tulis pasal aku je la... Haha... Ok x? :)
Ukhti : Hm. Haha. Kau undescriable la. Kau lah tulis dulu. Hehe.
Saya : Aku? Haha... X payah... Aku just typical human je... Sama macam orang lain. Kalau aku tulis pasal kau nak?
Ukhti : Huhu. Boleh jugak.
Saya : Ok. You got my word then.
Ukhti : Trimas. Bole x rasa x sabar? Haha

So lama jugak saya berfikir. Ukhti, kali ini saya sediakan posting ni khas untuk kau je. Disebabkan ini untuk ukhti maka saya bahasakan diri saya sebagai aku je la ye kali ni....

Bila agaknya aku kenal kau ye ukhti? Mesti masa sekolah rendah la kan? Ntah la aku pun x tahu sejak biler kita satu kelas. Aku start notice kau pun masa darjah 6. Haha, maaf ye ukhti, aku ni mana tau apa-apa masa kecik-kecik dulu. Yang aku tahu makan, tidur ngan sembang. Haha... Apa yang aku tahu tentang kau yer masa primary school kita. Aha, aku tau kau telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas. That's it. Sekali aku mintak maaf, masa dulu aku jadi pengawas pun tak tahu nak buat apa. Kau pulak kan dekat atas-atas sana, aku ni pulak just golongan hamba pengawas jer.. Pernak ke aku cakap dengan kau? Hmm.......... Maybe........ Ye ke..... Pasal apa yer..... X tahu la..... Aha! Tapi aku tau kau pun dapat 5A untuk UPSR kan? Masa tu aku ada la tabik sikit2...

Then, we move on to our own path. Aku pun tak tahu kau kat mana. X pernah teringat pun pasal kau, (sori...). Kemudian Allahu pun pertemukan kita dalam keadaan yang agak berhikmah. Masa tu dekat friendster kan? Kau tulis dekat profile aku, 'Your life looks so good'. Ermm...? Siapa perempuan ini year. Oh ini berlaku time 2008. Selepas beberapa lama berfikir, oh ukhti rupanya... So aku pun minta la dan beri no handphone aku dekat kau.... Selepas itu kau miss call aku. Then it all begin.

Honestly. aku sangat takut nak message kau mula-mula. Tapi aku beranikan diri jugak. Resultnya, aku dah bertemu dengan seorang yang sangat-sangat baik... Ukhti, masa aku first call kau, kita asyik cakap pasal prefect je kan? Aku pun naik heran sebenarnya... Prefect, prefect, prefect... Kau tak bosan ke ukhti? Then baru aku tahu yang kau ni rupanya ialah Head Student of MGHS. Oh, aku bertambah kagum lagi. Aku dapat rasakan sepanjang aku tak bertemu dengan kau ini, mesti kau dah jadi seorang yang sangat dihormati.

Masa reunion 6 Cemerlang, aku minta maaf aku tak cakap apa-apa pun dengan kau. Haha, sebab aku dah lama sangat tak jumpa kawan2 kita yang lain. Bukan apa, sebab aku tau ukhti aku ini sentiasa di sisi aku x kira apa pun... Mesti kau terasa kan? Sebab kau suruk ada budak ni kata kau kirim salam sombong dekat aku... Haha... Sorry sekali lagi. Then, kau visit sekolah aku, aku pun kasi la kau air kotak laici sebab aku tengok kau macam dahaga jer... Tak sangka pulak kau simpan air tu sampai Ramadhan! Kelakar la kau ni ukhti. Still, walaupun kita selalu bersembang, aku x pernah cakap face to face dengan kau.

Allahu masih nak beri kita peluang. Allah pertemukan kita kat Karnival Wind Orchestra. Masa tu, diam-diam aku selalu perhatikan kau. Aku tengok macam mana kau lead school kau. Tegas, ceria dan saksama. Melalui perkara tu, aku tau kau seorang sangat komited dan buat apa sahaja untuk perkara yang kau suka. Hai ukhti, makin bertambah kagum lagi aku terhadap kau. Then masa closing dinner, itulah first time aku dapat cakap berdepan dengan kau, walaupun sekejap. Kita cakap pasal perkara yang sama tapi aku rasa lain sangat. Ukhti, aku nak kau tahu aku sangat kagum dengan kau.

Sepanjang kenal dengan kau ini, aku banyak sekali share problems dengan kau. Kau tak pernah merungut. Aku selalu gurau dengan kau, kau x pernah marah pun. Aku rasa segala sifat-sifat mahmudah ada dalam diri kau. Just kau gila-gila sikit. Tapi itu yang buat aku rasa selesa dengan kau. Bagi aku kau memang bijak, baik, penyabar dan sangat tabah. Hehe, aku tak boleh nak komen panjang ukhti sebab aku belum cukup kaji pasal kau lagi. Ukhti, ini untuk kau. Memang posting ini tak sebaik karangan BM SPM aku, but ini ikhlas dan khas untuk kau.

K? Aku dah tunaikan janji aku kan ukhti? Walapun posting ni tak banyak sangat pasal kau... Janji dengan aku kau akan selalu jadi ukhti aku yang solehah dan muslehah untuk seluruh umat manusia di muka bumi ni...

1 comments:

Ryns. said...

huhuuuu :D
mekaseh azri.
haiyoooh abes kembanglah aku arini.
hahaah.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts