Sunday, September 5, 2010

 11:56 PM   Anonymous   , ,    1 comment
Daripada Jauhari Iskandar kepada Anwar Ahmad kepada Khirul Anuar kepada Ruzaidi Ruslan kepada Ahmad Azri dan kepada....????

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Pada tanggal 23 Ogos 2010, akhirnya saat2 yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Saat peralihan kuasa barisan pemimpin 0610 kepada saf kepimpinan 0711 yang baru. Haha, walaupun saya telah menyerahkan kuasa pentadbiran 2 bulan yang lalu tapi sekarang barulah nak ada official ceremonynya. Ironik kan? Sepanjang nak menanti kemunculan KP yang baru pelbagai spekulasi telah muncul. Ribuan persoalan mula menerjah benak fikiran seluruh warga Muzaffar. Siapakah yang paling layak? Siapa? Penantian terus mebelenggu fikiran...

Siapalah yang nak ganti Ahmad Azri ni, nantikanlah jawapannya...

Detik2 akhir pemimpin 0610, telah menganjurkan malam Refleksi Tahunan. Di mana pada program ini barisan pemimpin 0610 diberi peluang untuk meyampaikan amanat terakhir kepada pengawas-pengawas tahun akan datang. Pada sebelah paginya, pihak sekolah telah menemubual 3 calon terakhir KP 2011, Amirul Asyraf, Ahmad Muzaffar dan Mohd Aiman. Haha, keputusan hanya akan diumumkan pada esok hari. Kami telah cuba menyampaikan apa yang terdaya buat kali terakhir kepada adik-adik pemimpin kami. Tak banyak yang kami dapat achieve tahun ini so keep on advancing next year. Really hoping on you all. Setelah penat menasihati mereka, saya rasakan saya perlukan waktu bersendirian jauh daripada pemimpin-pemimpin 0610 yang lain untuk bersama dengan barisan pengawas tahun hadapan. Kali ini saya lebih banyak berkongsi pengalaman dengan mereka agar mereka tak mudah give up dengan segala dugaan yang mendatang. To end my speech, saya telah menyampaikan kata-kata hikmat KP-KP terdahulu...

Jauhari Iskandar : Hanya agamalah yang akhirnya dapat menyatukan seluruh umat Muzaffar...

Anwar Ahmad : Walaubagaimanapun sekali, jangan pernah kita calarkan nama baik badan pengawas...

Khirul Anuar : Sejauh mana hebatpun kau dalam pengawas, ingatlah kau tetap bermula sebgai seorang pelajar biasa, jaga batch kau baik2...

Ruzaidi Ruslan : Apapun sekali yang berlaku, stay relaks dan bertenang, jangan kusutkan fikiran...

Ahmad Azri : Badan pengawas ialah sebuah keluarga. Di dalam keluarga ini tidak dibenarkan seorang pun berduka. Kalau seorang terluka yang lain mesti gembirakannya. Bekerjalah ikhlas kerana Allah swt...

Akhirnya siapkah KP bakal terjawab...
MC mengumumkan dengan penuh semangat 'KP 2011 ialah saudara Amirul Asyraf'. Seluruh dewan bergemuruh dengan sorakan. Ok you are my apprentice. Tahniah ar Rooney. Jaga MOZAC baik2 tau... Pesan akhir aku, jaga nama baik pengawas, biar nama kita buruk, tapi jangan sampai nama satu badan kita buruk. Good luck K?

Kepemimpinan 2011 SMS Muzaffar Syah
Ketua Pelajar : Amirul Asyraf
Timbalan Ketua Pelajar 1 : Ahmad Muzaffar
Timbalan Ketua Pelajar 2 : Alia Anin Azwa
Ketua Biro : Muhd Aiman

Tahniah dan selamat maju jaya. Sekian Wassalam.

1 comments:

Nabil Shamsudin said...

abg azri,saye sbagai junior abg nk ucap trima kasih krana tlah mnjadi seorang pmimpin dn juga seorang senior yg baik.abg brjaya mlaksanakan tugas dgn penuh btanggungjawab.
dan..
GUD LUCK ABANG AZRI AND HIS BATCH,O610 OHANA.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts