Monday, December 29, 2014

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dah lama tak menulis, rasanya jari-jemari ni dah berkarat. Or hati yang berkarat sebenarnya, tu yang berat je nak angkat jari-jari ini untuk menaip.

"Hidup adalah sebuah perjuangan. Dalam perjuangan, tercedera, terluka, lelah dan air mata ialah hiasan dalam perjalanan ini, Maka selagi belum puas hidup, mengapa harus berhenti berjuang?"

Okay, nampak ayat dekat atas ni macam quoted from someone phenomenal kan? Tak sebenarnya. Ayat di atas tu cuma rekaan penulis yang marhaen ini. Hehe.

Umum mengetahui. saya adalah pengikut gerabak dakwah ini. Sungguhpun terkadang terasa macam sifat saya ini tidak melambangkan pun mereka yang mengikut jejak DnT. Tapi takpelah, setiap orang ada pace masing-masing yang boleh dilakukan. Dan dakwah dan tarbiyyah juga bukan usaha satu hari, atau seminggu bahkan bukan setahun. (Errr.... Tapi ni umur dakwah nak dekat 3 tahun dah ni, guane?)

Sepanjang di 'jalan' ini, saya juga berkesempatan untuk merasai sendiri azab malasnya turun ke usrah, kretivitas untuk memberi alasan meng'excuse'kan diri sendiri daripada join daurah, nikmat menyempurnakan perkara-perkara lagha. Sungguh, banyak sekali yang telah saya tempuh di sepanjang perjalanan ini. Biasanya bila menyertai DnT, orang akan mula mendekatkan diri dengan hal-hal akhirat, memperkayakan diri dengan amalan-amalan sunat, menghiasa peribadi dengan sifat mahmudah serta meniggalkan perkara mazmumah. Dan diri yang sedang menulis ini berada pada keadaan terbalik. Semakin lama di jalan ini, semakin banyak perkara-perkara yang sepatutnya dijauhi telah saya tempuh. Ini adalah kelemahan diri yang patut saya akui. Sebabnya di sepanjang perjalanan dakwah ini harus kita ingat, jalan ini memang jauh dan panjang. 'Destinasi' akhir itu sepertinya tak terlintas di mata, tak terdengar di telinga, tak terucap di mulut. Amboi. Haha. Jauh sekali.



Ramai golongan daie sedar akan hakikat ini, alhamdulillah. Cuma satu perkara yang saya ingin ingatkan bersama, semakin jauh jalan ini, maka semakin kuat juga ujian yang akan kita terima. Hipotesis dakwah. Haha.

Allah pasti menguji. Itu janji Dia. Jadi bila kita teruji, kalau boleh janganlah terkejut sangat, dan meratap menyoalkan kenapa diri kita ditimpa ujian sebegitu rupa. Ini adalah tapisan khas daripada Illahi untuk melihat hamba-hambaNya yang benar-benar teguh dalam beriman kepadaNya. Semakin lama kita di jalan ini, ujian yang bakal memunculkan diri juga akan semakin banyak dan dalam updated version.

Ujian-ujian yang bakal mendatang ini terkadang tak pernah terlintas pun di imaginasi liar kita. Bahkan, saya berani juga mengatakan bahawa ujian-ujian ini ada yang kalau kita tak join DnT ni memang dia takkan datang menjenguk kita. Seriyus tak bohong. Saya yakin anda yang sedang menempuh jalan ini pernah sekali, 2 kali ataupun berkali-kali diuji dengan cubaan yang terasa begitu berat hingga hampir patah, retak dan bengkuk tulang rusuk dakwah ini. Sedangkan mereka yang lain, kawan-kawan yang sering berhibur tiap masa pula bersenang lenang dalam kehidupan.

Pernah saya nukilkan sebelum ini, para duat merupakan golongan yang sangat luar biasa, maka logik je kalau ujian mereka ni pun luar biasa. Mungkin ramai yang memahami frasa luar biasa ini sebagai para duat mungkin diuji seperti kesusahan material yang melampau, kemunduran akademik, terputusnya sillahturahim, kelaparan berterusan. Kiranya semua jenis 'kesusahan' yang turut dirasai oleh orang lain, cuma para duat diuji pada skala luar biasa.

Bukan perkara di atas yang saya maksudkan. Luar Biasa ujian yang menjenguk golongan dakwah ini ialah ujian yang jarang-jarang menjengah orang-orang yang tidak berada dalam jalan dakwah ini. Pertama dan paling common walaupun masih luar biasa adalah ujian riya' dan takbur. Berada di jalan dakwah ini membuatkan kita merasa nyaman dengan biah solehah yang baru kita rasai. Suasana penuh kebaikan ini kalau boleh kita nak rasai selama-lamanya. Hakikat ia tidak benar. Kita akan dihantar keluar daripada comfort zone kita. Diletakkan terus dalam masyarakat yang sedang rosak dan tenat. Di saat sepatutnya kita menjadi agen kepada dakwah islam, saya melihat ramai duat gugur dengan ujian ini. Mereka merasakan diri mereka terlalu baik dan mulia hingga akhirnya terasa pandangan mereka sahajalah yang betul. Saya juga melihat bertapa golongan duat agak sukar untuk menerima pandangan daripada mereka yang tidak pernah berada dalam jemaah dakwah apatah lagi bila pandangan itu berkaitan dengan gerakan dakwah dan tarbiyyah.

Untuk mengelakkan kejadian seperti ini, ada para duat yang memililah jalan yang lebih mesra alam. Mereka mencampuri dan menggauli masyarakat umum. Saya tabik. Saya kira ini langkah yang sangat proaktif dan mulia. Tapi masih kita perlu ingat ujian Allah itu maha halus dan kreatif. Ada pula golongan pendakwah yang merasakan mereka selesa diangkat sebagai wira dakwah kerana mereka bersifat sederhana, tidak memaksa dalam dakwah dan tarbiyyah, sering memberi keringanan hingga akhirnya prinsip dakwah yang selama ini memandu diri hilang entah ke mana. Nah, lihat. Kalau kita tidak menyertai perjuangan dakwah ini, mana mungkin ujian seluar biasa ini hadir?

Cukuplah satu contoh rasanya yang saya berikan sebabnya saya nak berikan sebuah lagi teori untuk membantu kita menempuh ujian-ujian luar biasa ini.



Saya namakan ia sebagai Inertia Dakwah.

Inertia; the resistance of any physical object to any change in its state of motion, including changes to its speed and direction. It is the tendency of objects to keep moving in a straight line at constant velocity.

Kalau dalam bahasa arab, lebih kurang maksud dia dengan istiqamah kan? Hehe.

Perjuangan dakwah perlu istiqamah. Perlu ada nilai inertia. Saat kemalasan melanda, maka jawapan yang perlu diambil ialah paksaan. Kita memang kena paksa diri kita. Paksa diri untuk membaca bahan-bahan dakwah, paksa diri untuk turun liqo' mingguan, paksa diri untuk dekat dengan ikhwah, paksa diri untuk proaktif dalam daurah. Selagi kita tidak mula memaksa, selagi itulah kita akan kekal di dalam comfort zone kita dan akhirnya progress dakwah tidak akan berlansung.

Paksaan yang mula-mula disulami dengan perasaan yang tidak ikhlas, mungkin diselit sedikit keluhan, rungutan dan kepenatan lama-lama ia akan mengubah kita. Paksaan yang selama ini kelihatan keras akhirnya akan jadi ringan kerana nikmat inertia yang bakal terbina. Paksaan ini akan mencetuskan momentum yang berterusan. Semakin kita memaksa diri ini untuk keluar daripada comfort zone, semakin kita akan mempunyai lebih kefahaman berkenaan jalan dakwah ini, Dan akhirnya kefahaman inilah yang akan membantu kita mengharungi ujian-ujian luar biasa tersebut.

Saya yakin daie juga mempunyai inertia tersendiri. Sebagaimana, dalam teori inertia bahawa objek besar mempunyai inertia yang lebih besar. Saya juga percaya mereka yang mempunyai sejarah silam jahiliyyah yang melampau besar itu juga boleh mempunyai inertia dakwah yang paling kuat seandainya dia sudi untuk sedikit terpaksa pada permulaan perjuangan ini. Para duat yang mempunyai inertia yang kuat ini akan menolak mereka untuk terus kekal dan bergerak dalam gerabak dakwah ini dan bukan hanya constant di takuk yang lama dan akhirnya tenggelam kerana sering terpukul oleh ombak ujian.



Inertia dakwah. Dan semua pesanan yang telah saya nukilkan di atas, seharusnya saya tujukan dan dijadikan amalan oleh diri ini. Untuk perkongsian bersama, insyaAllah.

Wassalam...
Reactions:

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts