Monday, January 12, 2015

 11:12 PM         No comments


"Agama is a personal matter. So keep it to yourself"

Secara jujurnya, saya tidak bersetuju dengan pendekatan di atas. Look, Islam is a religion that really stress the importance of 'relationship with the God and relationship with the people'. Interaksi antara penganut agama ini adalah satu komponen yang amat penting dalam menyokong kekuatan ummah.

Bahkan Rasulullah sendiri menekankan kepetingan untuk berada dalam jemaah. Kerana berada dalam jemaah itu lebih selamat dan kuat. Kalaulah benar agama is a personal matter, tentulah para sahabat Rasulullah yang lebih arif berkenaan agama ini, akan hanya memerapkan diri di dalam masjid, 24 jam berzikir, memantapkan akidah sendiri. Sbb it's a personal matter.

Tetapi tidak, sebaik sahaja mereka mengenal Islam, mereka terus menyampaikannya. Membetulkan masyarakat yang sedang hanyut dalam kejahilan serta menegur dalam hikmah. Jelas Islam bukan personal matter. Instead Islam is something that you can share with everyone.

Saya melihat argument defence di atas ni selalu muncul saat individu ditegur atas kesalahan yang melampaui batas syarak. Saya tak nafikan juga teguran 'moden' zaman ini yang datang dalam bentuk public shaming, troll, dan mengumpat ini juga melampaui batas syarak. Tak selari dengan prinsip ajaran Islam.

But cara teguran yang salah, will not correct your err. Hakikatnya, kembalilah semula kepada konsep menegur yang berpandukan Rasulullah. Bermacam ujian yang ditimpa oleh Rasulullah sebenarnya adalah lembaran sejarah untuk kita kaji dalam kehidupan seharian kita. Lihat bagaimana interaksi seorang nabi dengan musuhnya, orang yang jahil agama bahkan dengan orang yang memahami agama sekalipun.

Masalah kedua adalah interpretasi agama. Ramai mempersoalkan authoriti Islam. Apatah lagi bila dilihat authoriti Islam banyak melakukan kesilapan untuk beberapa ketika ini. Akhirnya rata-rata mereka yang berpegang pada konsep 'agama is a personal matter' ini mula memberi definisi sendiri kepada hal-hal agama.

Tak salah pun, Islam memang menganjurkan untuk berfikir. Tapi berfikir dengan ilmu, bukan sesuka hati mengikut logik dan keselesaan kita. Masakan sama logik kita dengan logik Maha Pencipta? Dalam hal-hal intrepetasi agama ini, saya lebih menghargai golongan non muslim dari kalangan kenalan saya. Sebelum mereka melontarkan pandangan, mereka tanya dahulu saya pendefinisian sebenar hal-hal islam. Saya sendiri pun yang tak berapa pakar ni minta mereka refer lagi kepada pihak yang lebih arif. Akhirnya sebab budaya bertanya ni, perbincangan yang harmonis boleh berlaku.

Ini tidak, ramai yang tidak suka bertanya. Terus beri pemahaman sendiri tentang agama. Bukankah berdiam diri itu lebih baik sekiranya kita tidak mengetahui?

Contohnya kalau nak tafsir hadis or ayat Quran kenalah ada at least peguasaan yang mantap dalam bahasa arab, memahami setiap sebab penurunan ayat dan dilampirkan dengan pengetahuan sirah. Ini baru at least, belum komprehensif lagi.

Seruan saya, untuk masyarakat tegurlah secara behikmah. Sebab walaupun saya tidak setuju agama ialah perkara personal, ia masih lagi perkara yang sensitive. Kita tidak tahu latar belakang semua orang kan?

Satu lagi, banyakkan bertanya dalam hal-hal agama ini. Sebab pada zaman baginda pun ramai yang bila jahil bab agama, was was atau kurang pasti, mereka terus bertanya kepada Rasulullah. Nah... Indahkan sejarah Islam? Dalam hal ni pun dah tunjukkan apa yang sepatutnya masyarakat lakukan. Bertanya untuk ilmu dulu, bukan terus memberi pemahaman sendiri.

Dan seperti biasa, segala masalah ummat ini, penyelesaiannya ada pada dakwah dan tarbiyyah. Yakinlah.

"Tarbiyyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah"
-Mustafa Masyur-


Wassalam.

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts