Tuesday, September 3, 2013

 10:15 PM   Anonymous   ,    No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Maaf.



Sungguh lama tak menulis apa-apa.

Buat mereka yang tahu, dan mengerti..

Anda pasti tahu kenapa saya tidak menulis apa-apa untuk kesekian lamanya kan? :)

Saya mengalami, beberapa sindrom;

Downfall of Imaan...

Patah Hati...

Futur?...

Sebab tu,

Saya ambil masa yang lama. Rawat hati. Baiki jiwa. Teguhkan semangat. Tabahkan perasaan. Sabar dalam ketaatan. Rehat sebentar. Dan akhirnya, harus bangun semula... *bayangkan ada rainbow di sebelah anda*



InsyaAllah, saya dah sedia. Istiqamah bersama dakwah dan tarbiyyah. Moga Allah mudahkan. Moga Allah muliakan.

Tema penulisan hari ini, hmm.... Aha! Mudah. Rant on Dakwah and Tarbiyyah...

Anda tahu apa maksud rant? Rant ialah sejenis perkataan yang membawa maksud tak puas hati, geram, emo, nak amuk, nak belasah, nak mengadu, nak marah dan berbagai lagi ketidakpuasan yang tak mampu terungkap dengan kata-kata...

Err... Kenapa tiba-tiba nak marah-marah dekat Dakwah dan Tarbiyyah ni? Anda belum baik daripada demam lagikah?

Sebab kecewa. Titik.



Sejak bermula menjinakkan diri bersama dunia Dakwah dan Tarbiyyah, sungguh, sangat besar harapan saya hendak merasai betapa manisnya hidup berukhuwwah, saling mengingati, saling menjagai, saling menyayangi, dan segala saling lagi la...

Saya pasang tekad mahu berlumba-lumba ke arah kebaikan, fastabiqul khairat. Aiwah!

Tetapi setelah setahun bersama dunia DnT ini, saya belum lagi merasakan itu semua. Bukanlah takda lansung. Tapi belum mencapai tahap yang saya harapkan. Kita kan dalam gerabak tarbiyyah yang sedang bergerak. Perlahan? Iye, takpe. Tapi takkan selamanya kita mahu perlahan? Mesti nak masuk gear empat bukan? Mesti nak tekan pedal minyak sampai tercabut kan? Saya mahu itu semua. Laju. Iye, saya nak laju. Laju bersama anda. Tariklah saya dan heretlah. Heretlah sampai ke depan pintu syurga. Kalau saya tergelincir, papahlah, jangan biarkan dan tinggalkan. Kalau saya malas-malasan dan berbaring-berbaring setiap masa sambil bermain FIFA mahupun PES, tolong shut down laptop saya dan cakaplah begini;

Ikhwah : Enta ada bau wangi tak?

Saya : Ada... Bau apa tu akhi? Wanginya...

Ikhwah : Itulah bau mereka yang sedang berjuang berhempas pulas, membanting tulang empat kerat demi dakwah dan tarbiyyah!

Saya : Eh, kenapa mereka bau wangi sampai begitu sekali?

Ikwah : Sebab mereka sedang menuju syurga! Nak ikut?

Saya : (...senyum...) Haruslah akhi!



Begitulah sedikit sebanyak fantasi melampau-lampau saya ketika saya menjerumuskan diri dalam dunia penuh konspirasi ini. Konspirasi beramai-ramai menuju ke syurga :)

Namun, hakikat sebenarnya dakwah dan tarbiyyah yang sedang saya lalui lain daripada apa yang saya impikan. Lebih tawar daripada manisnya. Ikhwah, inilah masanya untuk kita yang kononnya sudah taiko di jalan ini untuk memberi kemanisan kepada mereka-mereka yang masih baharu. Pendekatan yang baik amat perlu untuk dilakukan untuk membina akidah yang sejahtera dalam hati dan hari mereka. Cinta mereka kepada Allah harus tebal dan,

Rasa cinta mereka kepada ikhwah juga harus berbunga-bunga...

Bahkan ramai, bukan sedikit, mereka yang melarikan diri daripada DnT kerana mereka rasakan tidak ada bezanya duduk bersama dalam ikwah daripada melepak bersama member-member mereka yang lain. Sentuhan tarbiyyah mereka tak dapat, dakwah fardhiyyah kita pun entah ke mana...

Perasan tak apa masalah dia? Sebab kita ada sindrom, 'Marilah duduk bersama ikhwah'

Yang sebetulnya patut gini. 'Ayuh, kita bergerak bersama ikhwah'!



Kerana hakikat realiti dakwah dan tarbiyyah ini sesuatu yang mengerakkan. Usaha itu haruslah mengerakkan. Gerakkan hati mereka! Gegarkan jahiliyyah dalam jiwa mereka! Pengerrak Mahasiswa!!! Haha, ok... Ini lawak hambar...

Sebenarnya, saya dapati sangat kurang follow up yang dilakukan oleh ikhwah terhadap mereka-mereka yang masih baru di jalan ini. Jalan ini kan panjang, berbagai dugaan dan ujian hinggan ke syurga... Habis tu, kenapa bila jumpa di jalan nak pergi fakulti pun terlupa nak bertegur sapa?

Husnuzon! Bersangka baiklah...

Salamatul Sadri! Berlapang dadalah...

Bahkan lebih teruk lagi, sewaktu cuti ini betapa ramai di antara kita yang terpinggir. Tidak berusrah selama beberapa bulan. Daurah pun tak dijemput. Tazkirah mesra pun tidak ada. Habis semangat kita semuanya ditelan cuti. Sebagai daie, tiada cuti buat kita. Kerehatan hanya sebentar, berjuang untuk selamanya...

Hoi! Nape sentap sangat?
Dear ikhwah,

Rant atau rasa tidak puas hati ini, saya tujukan yang pertama sekali buat diri saya sendiri yang gagal menyempurnakan amanah sebagai seorang ikhwah. Sungguh saya malu dengan gelaran itu dan tidak ada satu pun alasan di dalam dunia ini yang mampu saya berikan atas kegagalan saya ini. 

Saya gagal. Ini kebenaran pahit yang perlu ditelan.

But failure is never final, you know?

Kita perlu lebih serius lagi dalam usaha kita. Bertambah-tambah hebat lagi dalam berukhuwwah. Bertambah-tambah sungguh lagi dalam menjaga. Bertambah-tambah ikhlas lagi dalam mengasihi.

Dear ikhwah,

Masih ramai lagi yang memerlukan sentuhan kasih sayang kita. Masih ramai lagi yang bermain-main di tepi jurang neraka. Mereka itu, siapa yang nak bantu? Kita kan!

Wahai ikhwah yang berselimut, bangkitlah! Ini bukannya gerhana, hanya terbenamnya mentari...

Ujian-ujian yang mendatang itu, kita harungi bersama kerana setiap ujian yang kita harungi bersama ada kemanisan ukhuwwah di dalamnya...

Ayuh kita ubah. Bermula dahulu dari usaha yang kecil, kita ubah diri kita. Pastikan diri kita menjadi seorang ikhwah yang mantap. InsyaAllah Dia akan hantarkan ansar untuk membantu perjuangan kita.

Ameen... 



*Entry ini bukanlah sepenuhnya mengenai diri saya, bahkan saya wakilkan perihal masalah yang sedang membelenggu dunia ikhwah dan perasaan dan harapan mereka yang baru di jalan ini...

**Entry ini mungkin juga boleh pakai kepada akhawat. Mungkin. Sebab saya tak tahu dunia anda. Mungkin lebih manis daripada ini. Saya doakan. InsyaAllah

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." 
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rindu.
Wassalam...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts