Tuesday, May 10, 2011

 11:27 PM   Anonymous      2 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Yes, dah lama rasanya tak review any novel. Bukan tak nak but tak jumpa novel yang menepati citarasa saya. Well, this is a new release of one of my favourite authors, Ramlee Awang Murshid. Anyway saya cuma ada dua favourite authors, besides Ramlee, of course la Habiburahman El Shirazy yang menjadi sumber inspirasi saya. To the two of you, do you know how long I wait for a new novel from you guys? Let us talk about Ramlee Awang Murshid saja kali ini. Yes, he really deserves the title 'Penulis Novel Thriller No 1 Malaysia'. His masterpiece is really10x magnificent. Genre yang diketengahkan sangat berbeza dengan pengarang-pengarang novel di Malaysia yang asyik fokus kisah-kisah cinta sahaja. Sorry. My favourite genres is fantasy, islamic, adventurous, and of course romance. Haha, and I don't read english novels sebab.... err... I don't know, just rasa x nak baca je. To my suprise Ramlee Awang Murshid fulfil my desires. Dia banyak karang novel but my favourite semestinya ialah Kronologi Bagaikan Puteri. What a masterpiec. Impak yang ditinggalkan dalam first installment Bagaikan Puteri sangat berkesan dalam jiwa saya ini. And it does not end there. I continue to fall in love to its sequel Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi and the latest Sutera Bidadari.

Dan saya semestinya belum baca lagi sebab belum sampai lagi di Melaka. So please do support karya-karya sastera bekualiti negara kita. I do believe all his novel especially Kronologi Bagaikan Puteri wajar diadaptasi ke dalam layar perak. Confirm Box Office punya. Can't imagine kalau dijadikan filem, pasti akan jadi sentanding dengan Harry Potter series. It's good!!! So do read it. And here I give you the synopsis.



Sinopsis:
Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.

Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.

Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.

2 comments:

aiman sanudin said...

kakak dgn abg aku pun takk habis habis recommend buku kat aku. haha

Che'ma said...

about this book..sy dh follow citer dia dr novel yg first smpai third je..the latest ni blom lg..tq for ur info

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts