Thursday, May 12, 2011

 10:03 PM   Anonymous   ,    No comments
Assala,ualaikumwarahmatullahiwabrakatuh. Hmm, hari ini dan beberapa hari sebelum ini memang x de mood nak buat apa-apa. Rasa macam malas jer nak bergerak, rasa macam nak tido jer 24 jam. No worries, I know the root of this problem. And that is my solat. Saya sangat percaya, kalau elok solat fardhu saya, eloklah urusan seharian hidup ni. Then, recently, bila bersolat rasa macam tak kena jer. Selalu terdetik, 'Eh, dah berapa rakaat solat ni?'. Saya sedia maklum, bukan an easy task untuk mencapai khusyuk dalam solat. But we can at least try our best. Tapi dua tiga hari ini rasa memang lain jer. Rasa seba tak kena jer. So, biler dah duduk jauh dari MOZAC ni, dah x de tempat nak rujuk masalah ni. So my only solution, GOOGLE. Biler main google-google tadi, menerjah pulak ke website JAKIM, and found this hadith ;

Hadis:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Penerangan :
Syaitan berada di mana-mana. Oleh kerana itu pohonlah perlindungan dengan berzikir atau membaca ayat-ayat al-Qur’an. Dalam menghadapi keadaan-keadaan yang membahayakan, mencemaskan atau menakutkan, malah dalam keadaan biasa sekalipun pun, eloklah kita mengamalkan amalan-amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, Contohnya, dalam waktu kecemasan seperti kebakaran, azan dan takbir amat sesuai dilaungkan di samping ayat-ayat atau zikir-zikir pendek. Selain itu untuk berlindung daripada syaitan juga kita dikehendaki melaungkan azan dan iqamah ke telinga bayi yang baru lahir. Sesungguhnya syaitan itu tidak lain melainkan sentiasa ingin menggoda manusia dengan apa cara sekalipun hatta di dalam solat supaya manusia lalai daripada mengingati Allah dan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kebinasaan pada dirinya. Sebab itulah Rasulullah menyuruh kita mengamalkan berbagai bacaan doa sama ada ketika makan, ingin memasuki tandas, keluar tandas, memasuki rumah memakai pakaian, tidur, membawa kenderaan dan sebagainya. Maka apabila manusia terlindung dengan doa yang dibacanya itu akan terlepaslah peluang syaitan untuk merosakkan manusia.

And well, selain daripada gangguan hakiki musuh Allah ni, saya pun tahu saya pun ada weakness gak. Ni ha, my nafsu ni. Makin susah pulak nak control recently. Oh. what a hard work to be done. Kena betulkan diri ini pulak and mulakan dengan solat dulu.

P/s : Going back to MOZAC tomorrow, haha suddenly nervous tak tentu pasal...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Popular Posts