Sunday, January 1, 2012

 4:06 PM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

Selamat tinggal 2011 dan ahlan wasahlan 2012.

2011 merupakan tahun yang paling mencabar saya rasakan dalam hidup saya. Maklumlah, buat pertama kali meninggalkan bumi melaka dan berhijrah ke shah alam untuk mengejar cita-cita. Selaku seorang remaja muslim yang imannya selalu turun naik, memang saya desperate untuk mencapai tahap istiqamah. Bukan mudah tahu? Bahkan istiqamah ni perkara yang sangat Rasulullah suka kalau ada pada setiap umatnya. Biarpun hanya beristiqamah dalam perkara yang kecil sekalipun.

Seperti biasa bila masuk tahun baru, kita pun excited memikirkan azam tahun baru kita. Tapi ramai di antara kita yang terlupa untuk muhasabah diri di akhir tahun yang lalu. Tapi x pe, ni baru hari pertama 2012, masih sempat untuk muhasabah. Muhasabah ni bukanlah kita fokus kat dosa2 kita yang lalu sahaja, bahkan mengenang semula pencapaian dan kejayaan kita pun boleh.



Oleh itu saya teringin sekali nak recap balik the important highlights throughout my very own 2011.

2011:

  • Saya join Intensive English at Stanford College. It was cool. I learnt english in a more interesting way and socialize like never before. Haha, betul ni, ni first tempat saya bersosial di luar MOZAC.
  • I was admitted into AYTR. Saya rasa this is the best part of 2011. Menyertai Program Kepimpinan Tun Razak (PKTR). Berjumpa dengan 68 orang yang sangat awesome dan superb. Banyak saya belajar daripada mereka. And now I know that kemesraan yang kekal selama-lamanya boleh terbentuk dalam masa 2 minggu je, as long as you open up your heart for everyone.
  • Saya dapat lesen kereta!!! Yahoo!!! Sadly though sebab duduk di Shah Alam, so tak banyak sangat bwak kereta
  • Meneruskan impian dalam pengajian undang-undang di UiTM Shah Alam. To be part of the big Asasi family is an honour for me. Sekarang saya tahu Law tak semudah yang disangka.
2012:
Obviously belum ada sebarang highlights lagi. Yang ada cumalah harapan, tawakkal dan impian yang menggunung untuk mengharungi 2012 ni. Bercakap tentang azam ni, saya tak de azam yang besar2 ni. Saya nak macam dulu jer. Saya nak jadi balik Ahmad Azri yang dulu or progress to be a better person. InsyaAllah. Senang cerita saya nak tunaikan segala yang fardhu dan tingkatkan yang sunnah. Mudah kan? Bak kata Imam Muda Asyraf dalam Forum Perdana hari tu, azam tu biarlah yang mampu dicapai.

Perkara yang paling saya suka bila new year, BUNGA API!!!

Moga 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk diri saya, orang-orang yang saya sayang, kawan-kawan, serta untuk ummah yang saya cintai ini...

Wassalam...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts