Thursday, December 29, 2011

 11:32 AM   Anonymous   ,    3 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Majlis tazkirah dan taalim menjadi perkara biasa buat saya sewaktu berada di zaman persekolahan dulu. Sejak dari f1 telah terdidik hati ini untuk selalu mencintai ilmu itu. Waktu muda2 dulu saya dan kawan2 akan berebut untuk jadi orang yang membacakan fadhilat amal dalam majlis taalim, sebab dengan macam tu terasa la dapat berbakti sikit untuk ummah. Dulu kalau saya busy macam mana pun, saya akan tetap terus menuju ke musolla biarpun terkadang majlis tu dah nak abis dah. Yang kita kejar ialah rahmat dalam majlis tu. Sebab tu la saya rasa dulu saya lebih terurus biarpun dulu lagi sibuk dari sekarang.

Dala menghadiri majlis2 ilmu a.k.a taman2 syurga di dunia ni, selalu saja saya rasa dapat belajar benda baru yang buatkan saya lebih bersemangat untuk hadir lagi pada waktu2 yang akan datang. Sewaktu 5 tahun menuntut di sebuah SBT (Sekolah Bukit Tinggi), ada satu hadith yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya.  Saya teringin nak share hadith tu kat sini. Saya dah gunakan google untuk cari hadith ni, tapi tak jumpa pulak. Tapi sumber yang paling reliable ada dalam buku Fadhilat Amal yang berwarna biru itu.

Saya sertakan jugak hadith tu kat sini tanpa sanadnya ye. Sebab saya tak ingat. Dan kalau anda2 yang membaca ni rasa macam ada salah sikit hadith ni sila dengan segera dan cepat2 betulkan saya yer. Saya tak mau pulak kena cop menyebar ilmu yang salah.

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman( hadits Qudsi): Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak. 


Pertama kali mendengar hadith ni, bergetar hati saya. SubhanAllah, Allah s.w.t memang caring habis dengan hambaNya. Firstly kita disuruh berprasangka baik selalu kepada Allah, barulah benda2 baik akan datang kepada kita. Ini tidak, ada ujian sikit kita mula lari daripadaNya. Jangan risau yer, Allah takkan mensia-siakan kita so selalulah berdoa kepadanya, dan Allah janji untuk memakbulkannya.

Jom lumba lari sampai ke jannah

Seterusnya tentang mendekatkan diri kepada Allah. Tahukah kita, bila kita berusaha untuk mendekati Allah, Dia pun mendekati kita tau. Sebab tu la, terkadang bila nak mendekatkan diri kepada Allah ni, rasa berat jer, sebab Allah janji untuk menguji orang2 yang beriman ni. Therefore, kalau terasa ujian tu teramat berat, maka bersyukurlah, sebab itu tandanya kita sedang menghampiri Allah. Bukan mudah tau nak mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Banyak halangannya.

But don't you worry my brothers and sisters, Allah promise He will always guide us. Kita baru nak berjalan ke arahNya, Dia dah berlari ke arah kita. Allah cuma mintak kita mengerjakan segala perintahNya and meninggalkan segala laranganNya. Semudah itu je kawan2. So jangan sombong dengan Allah. Selalu ingat dan rindu Allah k? Selamat beramal.

Semakin jauh ku dariMu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganMu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku dihadapanMu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun 
(petikan lirik lagu Damba Kasih)

Wassalam...
(P/s: Terima kasih dekat sang anonymous yang tolong kasi hadith berserta sanadnya yang betul ni...)

3 comments:

Anonymous said...

riwayat al bukhari dan muslim..
gud job bro..kite mmg perlukan hati2 yg sentiase dahage kn cara hidup islam..hati2 inilah yg akn kekal teguh di jalan kebenaran..para tentera kebanaran yg akan sentiase menegakkn kebenaran iaitu hanya Allah yg disembah ..nabi muhammad pesuruh Allah..wallahualam.

Anonymous said...

azri, hadis penuh serta riwayat dalam entri ni ialah:

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman( hadits Qudsi):

Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.

azri, ape khabar ? aku tengah cuti sem ni, tibe2 teringat kat kau.haha. Ade mase nnti helo2 lah aku ye. teringin rase nye bertukar2 cerita .kat skype pon bole, akim.ripin

aku pun ade blog jua, tp simple je, tak advance mcm kau ni, hehe

ok la, aku doakan kau sentiasa dalam rahmatNya aminn :)

Anonymous said...

abang akim... MasyaAllah... lama tak dengar citer... bro, bagi la link blog tu... Rindunya kat abang... sihat x? Bila abis sem?

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts