Monday, December 5, 2011

 6:13 AM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Hari ni dah memang ternyatanya dah bulan disember. Dah masuk penghujung tahun 2011. Saya mohon ampun banyak2 sebab tak update blog ni untuk beberapa ketika. Secara umumnya banyak perkara yang berlaku 2 3 hari ni. Sahabat dari MOZAC telah datang menziarah ke UiTM then kami sama2 belajar pengalaman berharga dari seorang pemandu teksi yang begitu sayangkan bangsanya tapi kurang betul cara penyampaian semangatnya. Sungguh, susah nak lupakan apa yang terjadi.

Tapi hari ni saya brush aside everything. Sebab hari ni hari jadi ayah yang ke 42. Yup hari ini ialah hari lahir En Abdullah Bin Saffar. Hari ini ialah hari lahir insan yang paling banyak membimbing saya. Biarlah hari ini saya ambil kesempatan menulis tentang ayah dalam blog kecil ni.

Setakat yang saya tahu, ayah memang anak jati Melaka. Lahir dan membesar di Rumbia. Ayah adalah anak ke-4 dari 8 orang adik beradik. Ayah sejak kecil lagi dah diajar hidup berdikari, maklumlah sebab zaman dulu semuanya memang susah. Nak something kena la usaha sendiri. Saya sangat suka dengar kisah ayah masa ayah zaman kanak-kanak dulu. Daripada part main2 dalam hutan, bola, sekolah hinggalah tentang atuk dan nenek sekali. Ayah dan kami adik beradik semuanya mendapat pendidikan sekolah rendah kami at Sekolah Kebangsaan Paya Rumput. Dah macam kewajipan pulak kena belajar kat situ. Kemudian ayah sambung pulak belajar di SMK Tun Haji Abdul Malek, sama macam adik perempuan saya.


Ayah pernah hampir diberhentikan sekolah sebab atuk tak cukup duit nak tampung pelajaran adik adik ayah yang lain. Waktu tu ayah tak la dikira dalam golongan yang cerdik pandai. Sebab ayah dah terdengar nak kena berhenti sekolah tu, ayah menangis tak mahu. Akhirnya ayah decide untuk belajar habis-habisan tu. Nasib baik atuk tak hentikan ayah daripada sekolah. Eventually ayah dapat Pangkat 1 untuk SPM. Power kan? Ye, ayah saya memang power. Ayah happy sangat sampai boleh patah tangan jatuh basikal lepas amik result SPM. Haha. Dengan result tu, ayah dapat la sambung pelajaran dekat Universiti Teknologi Malaysia kat Skudai, Johor. Impian ayah memang nak join Tentera Udara, nak ikut jejak langkah abang iparnya. Tapi nenek tak izinkan. Sebabkan patuh perintah nenek, ayah pun tak jadi join TUDM.

Salute kepada nenek, sebab halang ayah daripada masuk tentera tu. Sebab lepas tu la ayah berkelana ke Pulau Pinang dan dengan izin Allah, bertemulah ayah dengan mama. Kenal punya kenal, mereka berdua pun berkahwin dan lahirlah anak sulung mereka yang merupakan author blog ni.



Sejak itu, ayah telah berjaya membesarkan 6 orang anak yang handsome dan kiut ni. Segala bimbingan ayah saya pegang sampai mati biarpun tak semuanya saya laksanakan, not yet. Ayah kerja keras untuk provide makan minum ni, kadang saya sedih tengok ayah balik lambat2. Segalanya dikerahkan untuk kami. Bahkan ayah tak pernah sekali pun tak tanya tentang solat kami. Setiap hari mesti tanya tentang solat kami adik beradik. Biarpun saat saya berjauhan di Shah Alam. Ayah akan call untuk ingatkan saya tentang solat dan kewajipan saya sebagai seorang muslim. Tak salah kalau saya katakan, ayahlah resepi kejayaan saya. Tanpa ayah dan nasihatnya, saya dah lama hanyut dah.

Banyak sebenarnya kalau saya nak ceritakan tentang ayah saya. Tapi biarlah kami adik beradik je yang berkongsi nikmat Allah yang satu ni. Selepas iman dan taqwa, ayah dan mama lah nikmat terbesar yang Allah berikan kepada saya. Tahun ni kali pertama saya sambut hari jadi lahir ayah jauh daripada Melaka. Baru jauh sikit saya dah rasa sedih dah. Takpelah, nanti kalau ayah datang Shah Alam boleh celebrate sama2.



Ayah saya cuma satu, begitu juga dengan ayah kamu semua. Hargailah setiap insan bernama ayah ni. Kepada ayah sekali lagi selamat hari lahir!!!

Ya Allah ampunilah bagiku segala dosaku, dan juga dosa ayah dan mamaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka memelihara dan mendidiku sejak kecil. Amin~

Wassalam...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts