Tuesday, December 20, 2011

 11:20 AM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Hari ini saya menulis entry ini dalam kelas sewaktu menanti lecturer masuk. So hari ini, saya nak menulis something yang tak lari dari kehidupan kita. Well maybe tak la something yang common untuk kita semua. Tapi bagi saya, elemen ni sangat berkesan dalam hidup saya.

Saya nak menulis mengenai satu perkara yang saya minat Nasyid ataupun dalam bahasa lain, lagu-lagu yang berunsur keagamaan. Saya memang sangat suka sangat nasyid ni. Memang hari-hari dengar. Rasanya saya dah terdedah dengan nasyid ni sejak kecil lagi. Bila kecik-kecik dulu, mama dengan ayah selalu je belik kaset nasyid Raihan dan Rabbani. Dan saya ingat lagi lagu first yang saya hafal dan minat, Sesungguhnya by Raihan. And it still until today, one of my favourites.

Bila waktu makin beranjak, kita mula berfikir bahawa nasyid tidak mampu lagi untuk menyampaikan mesej keagamaan. Malah rentak lagunya pun, gagal menarik minat golongan remaja masa kini yang sangat memerlukan tarbiyyah, termasuk la diri saya. Demi memenuhi tuntutan semasa, muzik nasyid mula berevolusi, banyak nasyid mula dicampur adukkan dengan rap, ballada ataupun muzik tradisional.

Isunya, apakah nasyid ini menjadi wadah untuk mendidik jiwa ataupun membawa kepada kancah kelalaian?

Saya tidaklah mempunyai kata putus dalam perkara ini, cuma dapatlah dengan ilmu yang sedikit ni saya beri pandangan dalam isu ini. Secara positifnya, nasyid masih lagi relevan sebagai medium untuk mendidik anak-anak kecil sejarah islam dalam cara yang menarik. Contoh-contoh lagu seperti Summayah, Hamzah Asadullah, Aisyah Humaira', Halimatus Saadiah, Zinnirah dan bayak lagi. Bukan sesuai untuk budak-budak je sebenarnya, tapi orang yang dah so called matured pun boleh dengar. Ambil contoh saya, kalau saya tak dengar lagu Zinnirah tu, saya takkan tahu sejarah Zinnirah malah takkan pernah terfikir nak google search pasal Zinnirah ni.

Penyanyi nasyid yang famous satu dunia
Keduanya, dalam masyarakat kita yang jauh dari solat, al Quran, sunnah, masjid dan majlis ilmu, kita perlukan sesuatu untuk sentiasa mengingatkan kita. Nasyid sebagai satu wadah. Bila melakukan aktiviti harian tu, rasa tenang dan selalu teringat kat Allah. Tapi kalau bacaan al Quran lagi berkesan insyaAllah. Contoh lagu yang akan buat kita sentap dan teringat kat Allah ni banyak sangat. Cuma kenalah pandai kita mencari. Bagi saya, saya akan selalu terasa dekat hati bila dengar lagu Pemergianmu, Layar Keinsafan, Taubat Seorang Hamba, Menanti di Barzakh dan Destinasi Cinta. Ada banyak lagi, tapi ini yang selalu saya dengar lah.

Kebaikan nasyid ni banyak lagi tapi cukuplah saya bagi 2 je ye. Yang buruknya pun ada. Seperti yang saya mention awal2 tadi. Musik nasyid mula membawa kepada kelalaian berbanding kesedaran. Muzik yang dihasilkan lebih on issue cinta. CinTA, CINta, CINTA. Memang la seronok dengar, tapi rasa muak nanti kan? Dan saya personally rasa, tak perlu lagi ada lagu yang berunsur cinta ni, lagu biasa pun banyak cinta. Nasyid ni je la yang mampu wujudkan kesedaran. Nak berbicara pasal cinta boleh, tapi biarlah berpada.

Conclusionnya, nasyid ni kelalaian atau kesedaran? Saya pun tak tahu. Yang boleh saya katakan nasyid ni masih relevan terutamanya nasyid yang memperihalkan sejarah islam. So cubalah anda dengar-dengarkan nasyid yer. Kalau dengar lagu barat yang memlalaikan tu boleh, kenapa pulak nak allegic pada nasyid?

Ni list nasyid yang saya syorkan untuk yang baru nak try dengar nasyid ni :
1. Pemergianmu
2. Sesungguhnya
3. Layar Keinsafan
4. Wanita
5. Semua lagu by Maher Zain

Wassalam...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts