Friday, December 16, 2011

 10:38 PM   Anonymous      No comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Selepas beberapa tempoh diri ini tidak bersemangat untuk menulis, hari ni baru la terasa nak menaip sedikit ke dalam blog ini. Entry kali ini tak lain tak bukan tentulah mengenai pandangan saya ke arah dunia ini.

Merujuk kepada tajuk entry ini. Orang Asing? Iye orang asing, in englis it's better known as Alien. Apa isunya ni? Apakah saya nak berbicara mengenai kewujudan Alien? Tidak sama sekali. Itu biarlah Allah yang beritahu kita kebenarannya satu hari nanti. Post ini untuk ummah kita, untuk umat Islam yang kita sayangkan ni. Rasa-rasanya kalau ada la yang membaca article ni, ada tak yang marah kalau saya kata muslim itu sama macam alien? Marah tak? Sila bersabar dan baca sampai habis dulu.



Bila melakukan statement itu, tidaklah saya maksudkan muslim itu sama fizikalnya macam Alien, or sama dari segi psychology or emotional. Similarity yang kita ada cumalah, persepsi orang terhadap kita. In before, I am seriously talking about a real muslim ni. Saya tujukan pesanan ini kepada semua yang beragama islam bukan Islam pada nama sahaja. Apa bezanya? Banyak bezanya, anda sendirilah yang bergelar muslim tu fikirkan. Balik semula kepada hujag tadi. Sebagai seorang muslim yang hidup berasaskan islam, saya berani jamin kita tak dapat lari daripada terasa macam Alien dalam komuniti kita sendiri. Ini bukan fakta yang saya buat sendiri tau. Ini sabdaan Rasulullah ;

Islam itu bermula sebagai asing dan akan kembali menjadi asing seperti awalnya, Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu. 

Mari kita apply hadith ni ke dalam kehidupan kita. Zaman dulu2 tu Islam ni asing kan? Betapa masyarakat arab zaman dulu tak recognize Islam ni, malah sangat kuat tentangan yang diterima. Namun kemudian, islam itu menjadi sungguh maju hingga dihormati seantero dunia. Kemudian Islam mula merosot sedikit demi sedikit akibat kelemahan kita sendiri jugak. Walaupun dah merosot hingga ke tahap macam ni, apakah Islam itu tak dekenali? Tidak jawapannya. Semua tahu Islam tu apa. Jadi apa yang asingnya?

Asingnya ialah pengamalan syariat Islam itu. Betapa susahnya nak jumpa orang yang mengamalkan islam sepenuhnya pada zaman ini. Banyak bukti yang kita dapat lihat. Antaranya ialah sikap skeptical masyarakat kita bila ada orang yang suka menghidupkan sunnah Rasulullah, dituduhnya pulak berlagak baik. Yang bertudung labuh kita mesti terfikir yang tak semua bertudung labuh tu baik. Kenapa kena ada pemikiran yang begitu sekali. Bila menutup aurat dan menghidari diri daripada mendedahkan aurat, dituduh tak berfikiran terbuka pulak.

Bila tak bercouple, dikatakan jual mahal pulak. Bila menasihati orang ke arah kebaikan, kita digelar menyibuk. Asing sangatkah kita ni? Apakah mengamalkan ajaran Rasulullah itu satu perkara yang pelik? Kalaulah kita terasa macam tu, janganlah takut yer. Rasulullah janji orang-orang yang asing ni akan berbahagia. Teruslah kita beramal biarpun kita dianggap asing. Kerana belum tentu ramai yang boleh memahami keadaan ummah kita apatah lagi berapa ramai yang tak kisah lansung. Fikir-fikirkan lah.

Wassalam...

0 comments:

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts