Sunday, December 25, 2011

 9:35 PM   Anonymous   ,    2 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Beberapa tidak blogging, saya rasakan ada yang tak lengkap dalam hidup saya. Biasaah, bila tidak menulis mahupun memerah otak ini untuk kemajuan ummah, saya terasa kurang sikit penjagaan hati dan iman ni. Seharusnya setiap hari saya memerah keringat otak ini untuk kemajuan ummah. Sebab memang menjadi tuntutan semasa untuk kita berusaha menyelamatkan ummah kita ni.

Saya masih teringat soalan yang ditujukan kepada saya waktu kuliah maghrib di MOZAC dulu. Presiden BADRI waktu tu, saudara Omar, bertanya kepada kami, adik2 f2 pada waktu itu. "Apakah amalan yang paling cepat untuk kita menimbulkan kesedaran dalam hati kita?" Ramai sekali yang menjawab pada waktu tu. Biasalah, kanak-kanak riang memang begitu. Ada yang kata solat, ada jugak yang kata zikir, tak kurang jugak yang kata bacaan al Quran. Abang Omar hanya tersenyum, katanya semua jawapan tu betul tapi ada satu jer yang paling tepat. Amalan yang paling cepat menimbulkan kesedaran dalam diri kita ialah bercakap mengenai kebesaran Allah. Buktinya, cuba anda anda semua cari seorang partner dan mula bercakap tentang betapa awesomenya Allah. Mesti lepas tu anda akan terasa insaf dan akan terbitlah sinar pengharapan untuk lebih dekat lagi kepada Allah azza wa jalla.

Seharusnya saya perlu berterima kasih banyak2 kali kepada sahabat saya yang seorang ni sebab sudi berkongsi artikel Hadith 40 Imam Nawawi. Saya baru berkesempatan untuk belek2 sikit beberapa hari yang lalu. Saya pun bacalah hadith yang pertama sekali, yakni berkenaan dengan niat.

” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Saya betul2 sentap membaca hadith ni. Saya mula fikirkan balik niat saya. Niat itu sesungguhnya adalah pangkal bagi setiap amalan. Tak kiralah baik atau buruk. Saya selalu berazam nak berubah jadi lebih baik baik. Tapi atas tujuan apa? Untuk diri sendiri, untuk orang lain atau untuk perempuan yang saya suka? Di manakah Allah dalam niat saya? Sepatutnya Allah yang menjadi tunjang untuk setiap perbuatan saya. Setiap gerak langkah dan tutur kata ini patutnya kerana Dia semata-semata. Bukan untuk orang lain.

Kalau kita berpegang kepada pesanan baginda ni, saya yakin kita akan terhindar daripada hipokrasi ataupun sifat bermuka-muka. Fikirkan ye sahabat-sahabat. Kenapa kita nak berubah? Niat kita perlu betul dan mantap. Barulah tak mudah putus asa. 



Dilema saya, saya selalu nak berubah sebab nak dapatkan jodoh yang baik, isteri yang solehah. Tapi apakah niat ni betul? Rasulullah dah pesan, kalau kita berhijrah kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrah dia dinilai mengikut tujuan itu. Saya tak nak perkara ni. Saya nak di akhirat nanti, hijrah saya dinilai kerana Allah bukan kerana yang lain. Astargfirullah. Betapa pentingnya niat kita ni. Maka, saya perlu usaha keras untuk ubah niat saya ni.

InsyaAllah kalau niat kita kerana Allah semata-mata, perkara lain pun akan mengiringi. Mintak je lah apa pun, Allah akan kurniakan. Hinggakan isteri yang solehah pun Allah tak keberatan nak bagi pada kita. Allah kan Yang Maha Pemurah. So, buatlah everything untuk Allah kerana dapat melihat wajah Allah merupakan kebahagiaan kita yang hakiki. Moga kita bertemu di Jannah. Selamat Beramal.

Wassalam...

2 comments:

Mohamad Nasruddin said...

Dilema saya, saya selalu nak berubah sebab nak dapatkan jodoh yang baik, isteri yang solehah------------------->Kah,kah,kah...kantoi di situ...

Cik Prada said...

InsyaAllah.
Doa mengiringi langkah anda.

Total Pageviews

Followers

Twitter

Be Likeable!

Fami-Liar's Posts

get this widget here

Writers of Life

Pages

Solat Time

Powered by Blogger.

Petikan Al-Quran

Blog Archive

Popular Posts